JURURAWAT KANG sedang sibuk membuat catatan di buku rekod. Tiba-tiba, bahunya disentuh. Dia terus berpaling ke belakang.
"Choi seonsaengnim?"
Choi Kang-soo tersenyum manis dan berdiri di hadapan jururawat Kang.
"Neo jigeum bappeo? (Awak busy ke sekarang ni?)" soal Choi Kang-soo. Jururawat Kang menggeleng.
"Eomcheongnan! Nae samusil-eseo manna. (Bagus! Jumpa saya kat pejabat saya.)"
"Samusil? Mueos-eul wihae? (Pejabat? Untuk apa?)"
"Hani seonsaengnim-e daehae mudgo sipseubnida. (Saya nak tanya pasal Dr. Hani.)"
"Hani seonsaengnim? Mueos-e daehae? (Dr. Hani? Pasal apa?)"
"Neomu manh-eun jilmun-eulhaji masibsio. Geunyang nae jisileul ttaleusibsio. Joh-ayo? (Awak jangan banyak tanyalah. Ikut aje arahan saya. Okey?)"
Choi Kang-soo menepuk lembut bahu jururawat Kang sebelum pergi dari situ.
Park Ae-ri mendengar perbualan mereka itu terus mendekati jururawat Kang.
"Gangsuga susanghae boindagoyo? (Awak tak rasa Kang-soo nampak mencurigakan?)"
"Ne, geuleohge saeng-gaghabnida. (Ya, saya pun rasa macam tu juga.)"
"Euga ijeon-e mia-ege haessdeon geosgwa gat-eun il-eul hal geos-ilago saeng-gaghabnikka? (Awak rasa dia nak buat benda yang sama macam dia buat kat Mia dulu?)"
"Shh! Geunyeoui ileum-eul dasi eongeubhal su eobs-seubnida, gieoghasibnikka? (Awak tak boleh sebut nama dia lagi, awak lupa ke?)"
Park Ae-ri terus menutup mulut dengan tapak tangan kanannya. Dia benar-benar terlupa.
"Geuleona naneun jinsil-eul malhaessda. (Tapi saya cakap benda yang betul.)"
Jururawat Kang memandang wajah Park Ae-ri dengan jelingan tajam. Park Ae-ri tersengih.
"Naneun naega hwanjaleul chilyohaeya handaneun geos-eul ij-eossda. Nan jigeum tteonalgeoya. (Saya lupa yang saya kena rawat pesakit. Saya pergi dulu.)"
Jururawat Kang mengatur langkah ke kaunter dan menyimpan buku rekod itu ke dalam rak. Dia terus pergi menuju ke pejabat Choi Kang-soo.
**********
PINTU BILIK dibuka dan tiada sesiapa di dalamnya. Dzarin mahu keluar tetapi dia teringat sesuatu. Dia harus mencari apa-apa petunjuk yang akan membongkarkan segala kebenaran.
Dzarin melihat sekeliling dahulu sebelum masuk ke dalam bilik itu. Dia menutup pintu serapat-rapatnya. Dia mula mencari di dalam almari.
Sibuk mencari, dia terjumpa sebuah kotak hadiah. Dia mengambilnya. Dia membuka kotak itu.
"Diari?" Dia mengambil buku diari itu dan membacanya sehelai demi sehelai. Tetapi ada satu muka surat yang menarik perhatiannya.
Entah kenapa malam ni aku rasa pelik. Aku rasa gelisah aje. Macam ada sesuatu yang akan berlaku tapi aku tak tahu apa dia. Mungkin perasaan aku aje kot.
Tapi kalau jadi apa-apa kat aku... Hani mesti sedih. Dia mesti takkan buka hati dia untuk sesiapa dah. Aku tak nak Hani sedih.
Aku harap abang Zar akan jaga Hani bila aku tak ada nanti. Aku yakin takkan ada siapa-siapa yang layak jadi suami Hani selain abang Zar.
Bergenang air mata Dzarin saat membaca diari itu. Dia sudah menemui jawapan kepada persoalannya.
"Umi bukan saja-saja nak Zar kahwin dengan Hani." ujar Dahlia entah datang dari mana. Dzarin berpaling ke belakang.
"Umi?" Dahlia berjalan menghampiri Dzarin.
"Umi jumpa diari tu kat dalam laci Dani. Mula-mula, umi tak nak baca tapi hati umi ni kuat untuk baca."
"Jadi, umi nak tunaikan hajat Dani?"
"Ya, Zar. Umi sanggup buat apa saja."
Dzarin meletakkan buku itu ke dalam kotak semula. Dia meraih tangan Dahlia dan mencium tangan itu lama.
"Kalau ini hajat Dani... Zar akan tunaikan. Zar akan takcle hati Hani untuk terima Zar."
Dahlia memandang wajah anaknya dengan reaksi tidak percaya.
"Be-betul ke ni, Zar?" Dzarin mengangguk laju.
"Ya Allah, anak umi!" Dahlia terus memeluk tubuh anaknya itu. Dia menangis kegembiraan di dalam pelukan itu.
"Terima kasih, Zar. Umi sayangkan Zar."
"Zar pun umi. Kebahagiaan umi adalah keutamaan Zar. Zar takkan kecewakan umi."
Dahlia mengelus-elus rambut Dzarin. Dia mencium hampir seluruh wajah anaknya itu.
Aku akan tunaikan hajat kau, Dani. Aku janji.
**********
"SUSUL jung-e jeongsin-i sanman haejyeossseubnida. naneun dangsin-ege nae mogsolileul nop-yeossdaneun geos-eul kkaedadji moshabnida. (Saya terganggu waktu pembedahan tadi. Saya tak sedar yang saya tertinggi suara kat awak.)"
Hani tersenyum sinis lalu menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.
"Naega dangsin-eul mid-eul geos gat-ayo?Dangsin-eun modeun salamdeul ap-eseo na-e daehae nappeun mal-eul habnida. (Awak ingat saya akan percayakan awak? Awak dah cakap buruk pasal saya kat depan semua orang.)"
Han Dal-Sik tertunduk malu. Dia menyesal kerana berbuat demikian.
"Han seonsaengnim, jega yeogi saelo on uisalaneun geol abnida. Hajiman dangsin-eun naleul geuleohge yatjab-a bol su eobs-seubnida. (Dr. Han, saya tahu saya doktor baru kat sini. Tapi awak tak boleh pandang rendah kat saya.)" luah Hani secara habis-habisan.
"Aljiman dangsin-ege geuleohge han geos-eul jeongmal huhoehabnida. (Saya tahu tapi saya menyesal buat macam tu kat awak.)"
Hani menjeling tajam dan bangkit dari tempat duduk. Begitu juga dengan Han Dal-Sik.
"Hani ssi, jeoleul deo isang joechaeggam-e ppajige mandeulji maseyo. (Cik Hani, tolong jangan buat saya rasa lebih bersalah.)"
"Al-ass-eo, hajiman wae naega tteonagil wonhaneunji algo sip-eo? (Okey tapi saya nak tanya awak kenapa awak nak saya pergi?)"
Han Dal-Sik tidak dapat menjawab soalan Hani itu. Hani tidak boleh tahu alasan yang sebenarnya.
"Naneun dangsin-ege malhal su eobs-seubnida. (Saya tak boleh bagitahu awak.)"
Hani senyum sinis. "Algo iss-eoss-eo. (Saya dah agak.)" Hani terus keluar dari bilik itu.
Han Dal-Sik mengeluh panjang. Dia duduk semula di atas kerusi. Dia meraup wajahnya.
Choi Kang-soo telah mencuri dengar perbualan mereka. Dia tersenyum lebar.
**********
TUDUNG SAJI diangkat dan tiada satu pun makanan di atas meja. Erina merengus kuat. Dia mencampakkan tudung saji ke bawah.
"Dahlah kurung aku macam banduan. Makanan pun tak sediakan. Dia ingat aku ni robot ke tak payah makan." rungut Erina.
Erina mengatur langkah menuju ke dapur. Dia membuka peti ais. Hanya ada dua biji telur dan sekotak jus epal.
"Ini je? Dia tak masak langsung ke? Pemalas!"
Erina mengambil sebiji telur itu. Dia mencapai kuali yang tergantung di dinding. Dia meletakkan minyak di dalam kuali dan menggoreng telur itu.
Nasib baik nasi semalam masih ada. Boleh juga dia makan nasi dengan telur goreng itu.
Erina sudah bersiap sedia mahu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya tetapi terbantut apabila Johan masuk ke dalam rumah.
"Hah! Tahu pun kau balik rumah. Mana kau pergi?"
Johan tidak menjawab malah berjalan ke dapur. Dia mengambil secawan air kosong. Dia datang ke ruang tamu semula. Dia duduk di meja makan.
"Hoi, aku tanya kau ni? Kau pergi mana?"
"Eee, bisinglah kau ni! Aku tidur rumah kawan. Tak yah nak sibuk hal aku boleh tak?"
Erina tersenyum lalu berkata, "Siapa suruh kau bawa aku balik rumah? Padanlah muka kau!"
Johan meletakkan cawan dengan kasar di atas meja. Terhincut sedikit bahu Erina kerana terkejut.
"Kau pahal?! Pecah gelas tu siapa nak ganti?!"
"Kau ni patut berterima kasih kat aku. Aku dah tolong kau. Kalau tak dah lama kau kena tangkap dengan polis."
"Tolong aku? Oh... please lah!"
"Untuk pengetahuan kau, masa kau kat airport hari tu... ada orang nampak kau. Dia dah report polis bagitahu kau ada kat situ."
Erina terkejut dengan apa yang didengarinya itu.
"Macam mana kau tahu?"
"Adalah kawan aku bagitahu aku. Walaupun aku benci dengan kau tapi aku dah janji pada diri aku untuk lindung kau."
Erina berasa bersalah dengan Johan. Dia telah salah faham dengan niat sebenar Johan.
"Sorry..." mohon Erina dengan nada perlahan.
"Apa dia? Kau cakap apa tadi?" Johan berpura-pura tidak mendengarnya.
"Ish, sorry!" Johan tersenyum. Dia memandang ke arah pinggan Erina.
"Kau goreng telur satu je ke?"
"Yelah! Kau tadi kan tak balik lagi."
"Tak apalah... kau makanlah dulu. Aku nak mandi." Erina mengangguk sedikit.
"Jangan lupa basuh pinggan!" pesan Johan sambil menaiki anak tangga.
"Haih... sayang juga kau kat aku, kan?" Erina tersenyum lebar.
**********
HAN DAL-SIK keluar dari bilik kakitangan. Dia terkejut apabila melihat Choi Kang-soo sedang menunggunya di luar.
"Han seonsaengnim!" Choi Kang-soo berjalan mendekati Han Dal-Sik.
"Dangsin-eun mueos-eul wonhasibnikka? (Apa kau nak?)" Bukannya dia tidak tahu tujuan sebenar Choi Kang-soo itu.
"Jinjeonghae, dalsig. Nalang keopi masillae? (Relaks, Dal-Sik. Kau nak minum kopi tak dengan aku?)"
"Naneun wonhaji anhneunda. Naneun bappeuda. (Aku tak nak. Aku busy.)" Han Dal-Sik menolak ajakan Choi Kang-soo itu. Dia pergi dari situ.
"Geunyeowa gat-eun salam-eul imi chaj-assgi ttaemun-e joh-ahaeyagessjyo? (Kau patut suka sebab kau dah jumpa seseorang macam dia, kan?)"
Semerta, langkah Han Dal-Sik terhenti. Dia berpaling ke belakang. Dia terus menerpa Choi Kang-soo. Kolar baju Choi Kang-soo digenggam kuat.
"Gamhi geunyeoleul manjiji masibsio! (Kau jangan berani sentuh dia!)"
Choi Kang-soo tersenyum sinis dan menepis tangan Han Dal-Sik.
"Jeoleul binanhaji masibsio. Dangsin-eun geunyeoleul bohohal su eobs-seubnida. (Jangan letak salah tu kat aku. Kau yang tak boleh nak protect dia.)"
Han Dal-Sik menahan amarah. Dia menggenggam buku lima.
"Igijeog-iya, dalsig. Dangsin ttaemun-e geunyeoga toehag danghaessdaneun geos-eul ij-eusyeossseubnikka? (Kau selfish, Dal-Sik. Kau lupa ke dia kena buang kerja sebab kau?)"
Jururawat Kang melihat mereka sedang bertekak. Dia terus berjalan menghampiri mereka.
"Han seonsaengnim! Sin seonsaengnim-i jigeum dangsin-eul mannago sipseubnida. (Dr. Han! Dr. Shin nak jumpa awak sekarang.)"
Choi Kang-soo senyum sinis. Han Dal-Sik masih tidak berkelip memandang ke arah Choi Kang-soo.
"Han seonsaengnim?" panggil jururawat Kang.
"Wae? Dangsin-eun hwaga? (Kenapa? Kau marah ke?)" Choi Kang-soo sengaja memanaskan lagi hati Han Dal-Sik.
Han Dal-Sik terus pergi dari situ. Choi Kang-soo ketawa sinis.
"Choe ssi, geuleul tteonajuseyo. (Encik Choi, tolong tinggalkan dia.)"
Choi Kang-soo mendekati jururawat Kang. Dia berkata, "Nae il-e ganseobhaji ma algess-eo? (Jangan masuk campur urusan aku, faham?)" Dia menjeling tajam sebelum berlalu pergi.
Hani segera menyorok di sebalik dinding apabila Choi Kang-soo berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak mahu Choi Kang-soo atau sesiapa tahu bahawa dia telah mencuri dengar perbualan mereka itu.
"Interesting..."
Share this novel