SEPERTI YANG DIJANJIKAN, Dzarin datang melawatnya di penjara. Erina melangkah tidak pasti menuju ke satu ruang khas untuk pelawat. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
Dzarin tersenyum menyeringai sehingga menampakkan giginya. Dia yakin dan pasti bahawa Erina akan bersetuju untuk bekerjasama dengannya.
"So... what's your answer?" soal Dzarin.
Erina tidak membuka mulut untuk memberi jawapan. Dia meramas-ramas tangannya. Tiba-tiba, hatinya berasa tidak enak. Adakah benar keputusannya ini?
Dzarin mengerutkan dahinya apabila melihat Erina hanya menundukkan kepalanya memandang lantai.
Jangan-jangan dia ubah fikiran. Eh... tak boleh! Dia kena setuju juga!
"Hey, Erina! Kau setuju, kan?" soal Dzarin lagi. Dia sudah mulai risau.
Lambat-lambat, Erina mengangkat wajah memandang Dzarin. Dzarin tidak sabar menunggu jawapannya.
"Dzarin... aku... aku nak tahu sebab kau suruh aku lari dari sini? Apa yang kau akan dapat sebagai balasan?" soal Erina.
"Ap-apsal kau tanya? Kau setuju ajelah!" Dzarin mengelak agar tidak menjawab persoalan Erina itu.
Erina terus menepuk meja dengan kuat. Tajam matanya memandang wajah Dzarin. Dzarin terus menelan air liur. Terasa pahit di tekaknya.
"O-okey... aku jawab."
Dzarin sedang memikirkan alasan yang kukuh. Dia harus membuat Erina bersetuju jua.
"Jangan kau berani tipu aku, Dzarin." Erina memberi amaran keras kepada Dzarin.
"Aku suruh kau lari sebab... sebab... aku nak tolong kau! Kau tak nak ke balik jumpa adik kau. Mesti kau rindu dia, kan?"
"Kau ingat aku bodoh sangat ke? Kau takkan tolong aku sampai mati, Zar."
"Betul! Kau kena percayakan aku."
Erina mengukir senyum sinis. "Sampai mati aku takkan percayakan kau, Zar."
"Jadi, kau nak cakap apa sekarang ni? Kau tak nak ikut plan aku? Hah?"
"Kau dah tahu jawapannya, Zar."
"Hey! Kau lupa ke aku boleh buat apa saja? Adik kau... jangan sampai kau jumpa mayat dia jer!"
"Dzarin! Kau jangan berani nak ugut aku. Aku tak pernah gentar walaupun sedikit."
"Kalau kau berani sentuh adik aku walaupun seinci, aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara."
Dzarin ketawa dan terus berkata, "Aku rasa kau tak sedar yang kau dalam penjara sekarang ni. Tolong jangan buat joke dengan aku, Erina."
"Aku tak main-main, Dzarin. Ini janji aku pada kau." Erina terus bangkit dan berlalu pergi.
Bibir diketap kuat dan tangan mengepal penumbuk. Berani sungguh Erina melawannya. Jika itu yang dia mahukan, maka dia juga akan menunaikan janjinya.
**********
MAKAN MALAM bersama keluarga Dr. Amir berjalan dengan lancar. Mereka amat menyenangi akan kehadiran Sarah. Hubungan mereka juga direstui oleh mereka.
Para lelaki sedang berkumpul di ruang tamu, menunggu hidangan pencuci mulut tiba. Manakala para wanita sibuk di dapur.
Sarah sibuk membasuh pinggan dan mengemas dapur. Yang lain sibuk menyediakan pencuci mulut.
"Kak Sarah... Bella nak tanya sikit boleh?" soal Nabila, adik bongsu Dr. Amir.
"Hmm, apa dia?" soal Sarah kembali. Tangan dan matanya masih fokus terhadap kerjanya.
"Kak Sarah kenal abang Amir kat hospital, kan? So... dah berapa lama you guys together?" soal Nabila, ingin tahu.
"Aa'h, betul lah tu. Tak lama pun... dalam 2-3 bulan macam tu." jawab Sarah.
"Ooo... Apa yang ada kat abang Amir sampai akak buka hati akak untuk dia?"
Soalan Nabila itu terus membuatkannya mengukir senyum lebar. Debaran di dada mulai terasa. Nabila perasan Sarah tersenyum-senyum sendirian.
"Amboi, kak... tersenyum sampai ke telinga." usik Nabila. Hayati turut tersenyum senang.
"Biasalah, Bella... orang tengah angau!" sokong Hayati.
Tiba-tiba, mereka mendengar kekecohan di ruang tamu. Mereka segera meninggalkan kerja mereka dan bergegas ke ruang tamu.
Membuntang biji mata mereka apabila melihat dua orang lelaki bertopeng dan salah seorang daripada mereka sedang mengacukan pistol ke arah Dr. Amir.
"Amir!" panggil Hayati dalama keadaan terkejut.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara tawa lelaki. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Sarah dan Dr. Amir terkejut melihat gerangan lelaki itu.
"Zikri?" soal Dr. Amir.
"Yes! I'm here, Dr. Amir." ujar Zikri. Dia menoleh ke arah Sarah yang sedang berdiri di sebelah Nabila.
"Hai, Sarah! I'm happy for you. Finally... you dah jumpa bakal suami baru dan keluarga mertua baru."
Sarah terus berjalan laju mendekati Zikri. Dia menarik lengan Zikri dan dibawa keluar dari rumah. Namun, Zikri segera menahannya.
"Kau jangan buat kecoh kat sini, Zikri!" ujar Sarah dengan nada keras.
Zikri mengenyitkan mata kepada Sarah. Dia menarik Sarah ke dalam dakapannya. Sarah meronta-ronta minta dilepaskan.
"Kau buat apa ni, Zikri?! Lepaskan aku!" ronta Sarah.
"Ala... relakslah Sarah! Macam tak biasa."
"Apa kau merepek ni?! Lepaskan sekarang!" Sarah menggunakan segala tenaganya untuk menolak kuat tubuh Zikri. Zikri terundur beberapa langkah ke belakang.
"Aku merayu kat kau tolong pergi dari sini. Tolong hormat keluarga Amir."
"Kenapa? Kau takut rahsia kau terbongkar?"
Sarah mengerutkan dahinya, "Rahsia apa pula ni?"
"Rahsia kita berdua. Malam tu..."
"Hei! Kau jangan nak tabur fitnah kat Sarah lah! Aku takkan percaya!" sela Dr. Amir.
"Bukan fitnah tapi kebenaran."
Zikri memandang ke arah lelaki upahannya dan memberi isyarat untuk memberikan bukti yang ada kepada keluarga Dr. Amir.
Mereka kelihatan sangat terkejut. Sarah dan Dr. Amir tertanya-tanya apakah bukti itu.
"Apa yang kau bagi?" soal Sarah.
"Gambar kita berdua... bersama."
Membulat biji mata Sarah apabila mendengar kata-kata Zikri itu. Apakah gambar yang tidak menyenangkan seperti apa yang dimaksudkan oleh Zikri itu?
Dr. Amir segera merampas gambar dari tangan adiknya. Dia juga terkejut melihat gambar itu. Dia memandang wajah Sarah.
"Kenapa Amir? Gambar apa tu?"
Lambat-lambat, Dr. Amir menghulurkan gambar itu kepada Sarah. Sarah terus mengambilnya.
"Astaghfirullah Al Azim! Zikri!"
"Boom!"
************
HANI baru sahaja selesai solat. Mahu bangkit tetapi terbantut dek bunyi deringan telefon bimbitnya. Dia mencapai telefon di atas tilam. Tertera nama Naufal.
Lambat-lambat, Hani menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, Naufal." ucap Hani.
"Waalaikumsalam, Hani. Awak sihat?" balas Naufal.
"Sihat jer. Ada apa awak call saya?" soal Hani, acuh tak acuh sahaja. Dia masih marah dengan Naufal tentang perkara itu.
"Saya tahu awak masih marahkan saya. I'm sorry."
"Sorry sebab apa? Saya dengan awak bukannya ada apa-apa pun, kan? So... tak ada sebab saya nak marah kat awak."
"Awak janganlah cakap macam tu. Awak special dalam hati saya. Hanya awak dalam hati saya."
"Naufal... tolong jangan beri harapan kat saya. Saya dah pernah kehilangan cinta saya. Saya tak sanggup dilukai lagi."
"Saya takkan sesekali lukakan hati awak. Tolonglah percayakan saya."
"Okey... awak bagitahu saya sekarang. Siapa perempuan tu?"
"Dia sepupu saya. Nama dia Melissa. Saya memang tak ada perasaan langsung kat dia."
"Habistu, kenapa awak sanggup tinggalkan saya sebab dia? Bukan sebab dia penting bagi awak?"
"Saya akui saya salah. Saya tak patut tinggalkan awak macam tu aje. Tapi percayalah... saya terpaksa."
"Terpaksa sebab apa?"
"Parents saya... dia orang tak boleh tahu pasal awak."
"Kenapa? Awak malu kalau dia orang tahu awak suka perempuan biasa macam saya ni?"
"Langsung tak awak! Betul! Saya ada reason lain."
"So... explain kat saya."
"Not right now."
"Awak cakap ajelah awak malu, kan?"
"Hani..."
"Ish, dahlah! Saya malas nak dengar alasan awak lagi." Hani terus memutuskan talian.
"Dia ingat boleh tipu aku ke? Aku yang bodoh sebab percaya dia cintakan aku." bebel Hani sendirian.
Hani bangkit lalu dia melipat telekung dan sejadah. Dia menggantungnya di rak. Kemudian, dia menutup lampu dan merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Mata ditutup rapat serapatnya.
**********
ZIKRI menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Kaki digoyangkan beberapa kali. Hatinya berlagu senang. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak. Mengingati apa yang terjadi, dia adalah orang paling gembira di atas muka bumi ini. Melihat kejatuhan Sarah.
SARAH mahu mendekati Hayati tapi tidak berani apabila Hayati sudah mengangkat sebelah tangan, menyuruhnya agar tidak melangkah lebih dekat.
"Mak cik... saya tak buat semua tu. Ini semua fitnah!" nafi Sarah, bersungguh-sungguh. Hayati terus berpaling ke arah lain.
Kemudian, Sarah berpaling ke arah Dr. Amir. Dia berjalan mendekatinya.
"Amir... awak tahu saya bukan macam tu, kan? Awak percayakan saya, kan?" soal Sarah, bertubi-tubi.
Tanpa berkata apa-apa, Dr. Amir memandang wajah Sarah. Namun, dia tidak dapat menafsirkan maksud di sebalik pandangan itu.
"Amir, please... percayakan saya."
"Bagi saya dan family saya masa. Awak balik dulu." ujar Dr. Amir.
Meskipun Dr. Amir tidak berterus terang namun kata-kata itu jelas bahawa Dr. Amir mahu dia pergi dari sini, keluar dari rumah itu. Atau kata lainnnya, dia dihalau.
"Awak pun tak percayakan saya? Awak tahu saya bukan macam tu! Awak tahu Zikri memang berdendam dengan saya!"
"Enough, Sarah!" Sarah tersentak dengan tengkingan Dr. Amir itu. Tidak percaya lelaki di hadapannya ini adalah lelaki yang sama yang pernah dia kenal dulu.
"Saya merayu dengan awak... tolong pergi dari sini. Kami perlukan masa dan ruang. Just leave, okay?"
Sarah menggeleng-geleng kepalanya. Dia terus menyeka air mata yang membasahi pipinya itu.
"Baik, Dr. Amir. Kalau ini yang awak dan keluarga awak nak... saya hormati. Tapi saya cuma nak bagitahu satu benda."
Sarah menarik nafas dahulu sebelum sambung bicara, "Saya takkan biarkan diri saya dihina, difitnah! Saya akan buktikan yang saya bukan perempuan macam yang awak dan family awak sangkakan."
"Tapi sebaik saja kebenaran terbukti... hati saya dah tertutup untuk awak, Dr. Amir." Sarah terus melangkah keluar dari rumah itu.
Dr. Amir agak terkesan dengan kata-kata Sarah itu.
GELAK TAWA memenuhi ruang bilik. Kini, dendamnya sudah terbalas. Ini membuktikan bahawa tiada siapa HARUS mencari fasal dengannya. Jika tidak, buruk padahnya seperti apa yang berlaku kepada Sarah.
Share this novel