JAK 27

Drama Series 25089

SEMUA MATA sedang memandang ke arah Choi Kang-soo. Dia mula bekerja semula di hospital ini pada hari ini. Dia berjalan dengan megahnya.

Ketika Choi Kang-soo melalui lorong untuk ke bilik rawatannya, dia ternampak Han Dal-sik sedang berdiri menunggunya di hadapan pintu biliknya itu.

"Dal-sik..." bisik Choi Kang-soo.

Choi Kang-soo berjalan menghampiri Han Dal-sik. Han Dal-sik mengukir senyum palsu kepada Choi Kang-soo.

"Dol-aongeol hwan-yeonghaeyo. (Selamat kembali.)" ucap Han Dal-sik lalu memberikan tunduk hormat.

Choi Kang-soo menyeringai sehingga menampakkan giginya yang putih itu. Dia menyentuh bahu Han Dal-sik.

"Neo nae chinguneun eotteoni? (Apa khabar, kawanku?)" soal Choi Kang-soo, pura-pura.

"Jeon gwaenchanh-ayo. (Aku okey jer.)"

"Imi aljanh-a. Angeulae? (Kau mesti dah tahu, kan?)" Han Dal-sik mengangguk.

"Seulpeohaji ma, al-assji? Neon jalhaess-eo. (Jangan sedih, okey? Kau dah buat yang terbaik.)"

Han Dal-sik senyum sinis, "Gangsu ssi, wonhaneun geol eodji moshal geoyeyo. (Cik Kang-soo, kau takkan dapat apa yang kau nak.)"

"Usgiji ma. (Jangan merepeklah.)"

"Neol an nwajulgeoya. (Aku takkan lepaskan kau.)"

Mereka memandang tajam ke dalam mata masing-masing. Bila-bila masa saja pergaduhan boleh berlaku.

Hani berjalan ke lorong sama. Dia berhenti melangkah apabila melihat Choi Kang-soo dan Han Dal-sik di situ. Dia terus memanggil Han Dal-sik.

"Dal-sik-i oppa!" panggil Hani dari hujung lorong.

Mereka berdua terus menoleh ke sisi. Choi Kang-soo senyum lebar. Han Dal-sik segera menghampiri Hani.

"Yeogiseo mwohae? (Awak buat apa kat sini?)" soal Han Dal-sik.

"Hwajangsil gago sip-eo. Neohui dul mwohaneun geoya? (Saya nak pergi tandas. Awak berdua buat apa?)" balas Hani.

"Uli geunyang yaegihaneun jung-iya, yeobo. (Kita orang cuma berborak, sayang.)" ujar Choi Kang-soo.

"Yeobo? Neoui yeojachinguga anieyo. (Sayang? Saya bukan girlfriend awaklah.)"

Choi Kang-soo mahu mendekati Hani tapi Han Dal-sik segera menarik Hani. Dia membawa Hani pergi dari situ.

"Leal? (Really?)" bisik Choi Kang-soo. Dia menjeling tajam sebelum masuk ke dalam bilik rawatannya.

**********

SAFIAH termenung di atas sofa. Kata-kata Dahlia sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Apa patut dia beritahu Hani tentang perkara ini? Dapatkah Hani menerimanya?

Halim datang membawa sedulang makanan dan minuman ke ruang tamu. Dia meletakkan ke atas meja.

"Piah... jom makan dulu. Abang ada buat sup ayam. Sedap ni!" ujar Halim.

Halim mengambil semangkuk sup ayam dan bersedia untuk menyuap Safiah. Namun, perbuatannya terhenti apabila melihat Safiah sedang termenung jauh.

"Haih... termenung pula dia. Piah?" panggil Halim sambil menggoyang-goyangkan sedikit tubuh Safiah.

"Hah...!" Safiah agak terkejut. Terpinga-pinga dia memandang wajah Halim.

"Awak ni kenapa, Piah? Sejak balik dari hospital awak asyik termenung aje. Ada apa-apa ke yang awak sembunyikan daripada saya?"

Safiah mengeluh berat seraya berkata, "Sebenarnya... saya dapat call daripada Dahlia masa kat hospital tadi."

"Okey..."

"Dia bagitahu saya yang... kemalangan Daniel tu... dirancang."

Halim terkejut dan terus bertanya, "Allah... ye ke?! Siapa yang buat?"

"Erina. Rakan sekerja Daniel. Dia tak puas hati sebab Dani nak kahwin dengan Hani."

"Kes cemburulah ni. Manusia sekarang sanggup buat apa saja... membunuh pun sanggup."

"Tapi bukan itu yang merisaukan saya, bang. Macam mana kalau Hani dapat tahu pasal ni?"

"Biarlah dia tahu pun. Benda pun dah lama berlaku."

"Abang ni cakap macam tak kenal anak kita tu. Dia terlalu cintakan Dani. Takkan dia lepaskan saja Erina tu."

"Ish, apa awak ni? Cuba fikir yang baik-baik aje. Tak mungkinlah anak kita nak buat benda bukan-bukan."

"Walau macam mana pun, saya tetap risau. Saya rasa baik kita rahsiakan hal ni."

"Rahsiakan? Hani perlu tahu, Piah."

"Tak boleh! Saya tak benarkan. Abang kalau cuba-cuba bagitahu Hani... abang jangan cakap dengan saya lagi."

Halim mahu membidas kata-kata Safiah tapi tidak sempat. Safiah sudah bangkit dan berlalu pergi.

"Apalah nasib aku..." keluh Halim.

**********

NAUFAL masuk ke dalam bilik kakitangan. Hani sendirian di dalam bilik itu. Dia berfikir untuk membeli kopi untuk Hani.

Naufal membeli kopi di mesin layan diri sahaja. Kemudian, dia masuk semula ke dalam bilik kakitangan.

Naufal berjalan menghampiri meja Hani. Dia meletakkan secawan kopi di atas mejanya.

"Coffee for you, beautiful." ujar Naufal.

Hani sedang fokus menelaah buku terus mengangkat wajah. Dia tersenyum manis kepada Naufal.

"Thank you. Susah-susah jer." ucap Hani. Dia terus menghirup kopi itu dengan penuh nikmat.

"Awak study apa lagi tu, hmm?"

"Study pasal jantunglah. Bila saya kerja sini... banyak rupanya yang saya kena belajar lagi."

"Biasalah... tapi awak akan jadi lebih berpengalaman. Dapatlah awak capai impian awak tu."

"Betul tu. Saya rindu pula kat Malaysia. Macam nak baliklah hujung bulan ni."

"Wah... kalau macam tu saya nak ikut sekali."

"Boleh! Ada teman."

"By the way... apa yang awak cakap dengan Dal-sik tadi? Nampak macam serius."

"Oh... kita orang cakap pasal Kang-soo."

"Choi Kang-soo? Dia kan yang cuba..." Hani mengangguk.

"Betul lah apa yang saya dengar. Dia datang kerja sini balik. Tak adil betul."

"Kan? Tapi nak buat macam mana?"

"Awak tak nak upah peguam ke?"

"Saya tak nak besarkan hal ni. Parents saya tahu nanti mesti dia risau."

Tiba-tiba, bunyi notifikasi masuk daripada telefon bimbit Naufal. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kotnya. Dia membawa mesej itu.

-Nan jigeum lobiya. Neon eodiya? (Saya kat lobby sekarang. Awak kat mana?)-

-Naneun gyojig-wonsil-e iss-eoyo. Wae? (Saya kat dalam bilik kakitangan. Kenapa?)-

-Ije ili wa. (Datang sini sekarang.)-

"Hani, jururawat Kang suruh saya pergi lobi. Nak ikut?"

"Ada apa?" Naufal menjongketkan bahunya.

"Jomlah kita tengok."

Hani mengemas buku-bukunya dahulu sebelum bergerak beriringan dengan Naufal ke lobi.

**********

SUASANA bising dan huru-hara apabila Choi Kang-soo dan Han Dal-sik saling bertumbuk. Hani dan Naufal yang baru sampai terkejut melihat kejadian itu.

"Apa dah jadi ni? Kenapa dia orang sampai bertumbuk pula ni?" soal Hani.

"Entahlah... kita nak buat apa ni?" balas Naufal.

Sebelum sempat Hani membalas kata-kata Naufal itu, jururawat Kang datang kepada mereka.

"Naupal, Hani..." panggil jururawat Kang.

"Gangssi, museun-il-iya? (Encik Kang, apa jadi?)"

"Geudeul-eun hanileul dugo ssaunda. Dalsig-eun Gangsuege susul-eul jungdanhalago malhanda.(Dia orang gaduh pasal Hani. Dal-sik suruh Kang-soo tarik diri daripada pembedahan tu.)" jelas jururawat Kang.

"Ije eotteohge haeya haji? (Saya nak buat apa sekarang?)" soal Hani.

"Naneun uisa-ege ganda. Yeogiseo gidalyeo. (Saya pergi panggil doktor. Awak tunggu sini.)" ujar Naufal dan terus berlalu pergi.

Sementara itu, Hani mendapat panggilan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket kotnya. Dia agak terkejut apabila melihat nama Dzarin tertera di skrin.

Abang Dzarin? Dia call pasal apa?

Bagi menjawab persoalannya itu, dia harus menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, abang Dzarin?" ucap Hani.

"Waalaikumsalam Hani. Sukalah dengar Hani panggil macam tu." balas Dzarin.

"Hah?" soal Hani, hairan.

"It's okaylah.... abang Zar tahu Hani malu."

"Apa abang cakapkan ni? Ada apa abang call?"

"Abang ada perkara penting nak bagitahu. Tentang arwah Daniel."

"Arwah Dani? Tentang apa?"

"Tapi sebelum tu... Hani kena setuju dengan syarat abang. Boleh?"

"Syarat apa pula ni?"

"Syarat untuk berkahwin dengan abang."

"What?! Abang boleh tak jangan nak merepek? Baik abang terus terang aje."

"Abang tak merepek, Hani. Kahwin dengan abang and you will know the secret."

Hani sudah mula panas hati. Dia segera mengawal amarahnya itu.

"Hani masih diam sebab Hani hormatkan abang. Tolong... bagitahu saja niat sebenar abang."

"Niat abang untuk kahwin dengan Hani."

"Okey, fine! Hani takkan kahwin dengan abang. Cinta Hani hanya untuk arwah Daniel!" Hani terus mematikan talian.

"Hwajangsil gago sip-eo. (Saya nak pergi tandas kejap.) beritahu Hani kepada jururawat Kang. Jururawat Kang mengangguk.

Saat Hani berpusing ke belakang, dia terkejut melihat Naufal sedang berdiri memandangnya.

"Naufal..."

"Betul ke apa yang saya dengar tadi?"

"Naufal, saya boleh..."

"Betul atau tak?"

"Saya minta maaf, Naufal. Saya..."

Naufal terus pergi dari situ tanpa mendengar bicara Hani yang selanjutnya.

"Naufal! Tunggu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience