TIBA di airport, Halim dan Safiah menghantar pemergian Hani. Sementara menunggu pengumuman untuk bergerak ke pintu pelepasan, Safiah tidak henti-henti memberi pesanan kepada Hani.
"Nanti sampai sana, jaga diri baik-baik. Jangan mudah percayakan orang. Kita tak kenal orang-orang kat sana, ya?" pesan Safiah.
"Ya, ibu... Hani janji akan jaga diri. Ibu doakan aje semoga Hani dapat kerja kat sana dengan baik." pinta Hani.
Safiah mengangguk dan menyentuh lembut pipi Hani. Dia mengelus-elus pipi Hani.
"Ibu sayangkan Hani. Jangan lupakan kami kat sini. Doa kami sentiasa bersama Hani."
"Ibu, ayah... Hani mesti akan rindukan ibu dengan ayah. Both of you kena jaga diri juga tau."
Safiah dan Halim mengangguk. Mereka memeluk erat tubuh Hani. Tidak sangka, mereka harus juga berjauhan dengan Hani untuk kali kedua.
"Sayang ibu. Sayang ayah."
Tiba-tiba, Hani terlihat satu susuk tubuh yang amat dia kenali.
Daniel?
Daniel sedang tersenyum kepadanya. Dia merasakan kehadiran Daniel. Kini, dia lebih yakin untuk mengejar impiannya.
Daniel, saya janji akan capai impian saya untuk jadi seorang doktor. Awak doakan saya, ya? Saya harap awak tenang di sana. Mengalir air matanya.
Sungguh, hati ini merinduinya. Takkan ada cinta sepertimu. Kaulah cinta matiku.
**********
SARAH termenung di meja kerjanya. Pen hanya dipegang dan mata merenung fail di atas meja dengan pandangan kosong.
Zikri mahu berjumpa dengan Sarah. Dia mengetuk pintu bilik pejabatnya dan memulas tombol pintu. Sarah tidak sedar akan kehadirannya.
Zikri rasa bersalah mahu masuk begitu saja tetapi dia harus berbincang soal kerja. Jadi, dia masuk juga ke dalam bilik pejabat Sarah.
"Sarah?" panggil Zikri. Sarah masih termenung.
"Ehem! Sarah!" Nada suara Zikri ditinggikan sedikit. Sarah tersedar dari lamunan. Dia mengangkat wajah memandang Zikri.
"Hah...! Ya?"
"Awak termenung apa? Saya masuk pun tak perasan."
"Oh ye ke? Sorry..."
"It's okay, can I sit?" Sarah mengangguk laju. Zikri duduk berhadapan dengan Sarah.
"So... awak ada nak bincang apa-apa ke dengan saya?" soal Sarah.
"Yup... pasal pesakit yang ada appendix tu. Erm... saya dah perikasa dia..." Zikir tidak dapat meneruskan bicara apabila Sarah kembali termenung.
"Hmm... parah dah ni. Sarah?" Sarah sedar semula.
"Sorry, Zikri. Saya..."
"Cuba awak cerita kat saya. Kalau saya teruskan pun awak tak fokus."
"Tak apalah, saya okey. Betul."
"Tak okey! Selagi awak tak cerita... saya tak nak bincang apa-apa."
Sarah mengeluh dan mengalah jua. "Okey, fine!"
"Sebenarnya, saya terkilan sebab tak dapat hantar kawan saya, Hani pergi airport."
"Hani? Oh... Hani yang saya jumpa kat restoran hari tu?" Sarah mengangguk.
"Dia nak pergi mana?"
"Pergi Korea. Kerja kat sana."
"Oh... tapi kenapa awak tak pergi aje. Mintalah CRK."
"Awak ni macam tak tahu dengan Doktor Badrul tu. Dia tu susah gila nak bagi cuti."
"Betul juga kan? Ala... awak call ajelah dia nanti. Dia faham tu."
"Thanks, Zikri. Awak sudi dengar luahan saya ni." Zikri tersenyum manis.
"Saya tak kesah punlah. Kita kan kawan sekerja." Sarah sekadar tersenyum nipis.
Kawan sekerja? Dia tak ada hati dengan aku langsung ke? Aku aje yang syok sendiri.
**********
JALAN RAYA kelihatan sunyi dan lengang. Ada seseorang sedang menuangkan minyak di atas jalan itu. Lantas, dia menyembunyikan diri sebalik semak samun.
Terukir senyum sinis di bibirnya. Menunggu mangsa melalui jalan itu dan satu kemalangan akan berlaku dengan dahsyat.
Kau akan mati malam ni, sayangku. Ini balasan di atas perbuatan kau pada aku.
"AKU tak buat! Bukan aku yang buat!" Erina meracau-racau di atas katil.
Erina tersedar dari mimpi ngeri itu. Dia terus bangkit dari pembaringan. Bibirnya terkumat-kamit mengucap berulang kali.
"Tak... aku tak boleh tinggal sini lagi. Rahsia aku akan terbongkar. Aku tak nak kena tangkap." ujar Erina pada diri sendiri.
Tanpa berlengah lagi, Erina turun dari katil. Dia mencapai bagasinya di atas almari. Dia meletakkan bagasi itu di atas katil dan membuka zipnya.
Erina membuka pintu almari bajunya. Semua baju-bajunya dimasukkan ke dalam bagasi itu. Barang-barang kepunyaannya juga dicampakkan ke dalamnya.
Setelah itu, dia zipkan bagasi itu semula. Dia mencapai tuala di rak baju dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
**********
PEMANDANGAN di Seoul, Korea memang cantik dan nyaman. Dia mengedarkan pandangan ke luar tingkap. Dia cukup bertuah kerana dapat berhijrah ke sini.
Hani terus pergi ke hospital kerana setiap kakitangan di situ perlu tinggal di asrama atau kuaters yang disediakan.
Teksi berhenti di hadapan Myeongwoo Hospital. Hani terus keluar dari perut kereta. Dua bagasinya dikeluarkan dari bonet kereta.
"Gamsahabnida!" ucap Hani seraya memberi tunduk hormat kepada pemandu teksi itu.
Hani seperti tidak percaya bahawa dia dapat menjejakkan kaki ke sini. Di hadapannya, sebuah hospital yang dia amat kagumi.
Tiba-tiba, ada satu suara menegurnya. Hani terus menoleh ke sisi.
"Sillyehabnida, dangsin-eun nugu-ibnikka? (Maafkan saya, awak siapa?)" soal seorang perempuan.
"O, annyeonghaseyo! Je ileum-eun nulul hani-ibnida. Naneun saeloun uisaibnida. (Oh, hai! Nama saya Nurul Hani. Saya doktor baru.)" jawab Hani.
"Annyeonghaseyo! Jeoneun joyujeong-ibnida. Mannaseo bangawoyo. (Hai! Saya Jo Yoo-jeong. Selamat berkenalan.)" Hani sekadar memberi tunduk hormat.
"Sin bagsau-i samusillo gaja. (Jom kita ke pejabat Dr. Shin.)"
"Ne, gamsahabnida. (Ya, terima kasih.)
Hani mengikuti Jo Yoo-jeong masuk ke dalam hospital. Dalam bangunan hospital itu memang kelihatan moden dan cantik.
"2cheung-e issneun sin bagsaui samusil. (Pejabat Dr. Shin di tingkat dua.)"
Tiba-tiba, notifikasi dari telefon bimbit Jo Yoo-jeong berbunyi. Dia membaca mesej dari rakan sekerjanya.
"Yeogiseo gidaliseyo. God dol-aolge. (Awak tunggu di sini. Saya akan datang balik.)"
"Ne. (Ya).
Jo Yoo-jeong mahu pergi tetapi dia berpatah balik.
"Hani, je koteu jamsiman gidalyeo jusigess-eoyo? (Hani, awak boleh tolong pegangkan kot saya sekejap?)"
"Ye, munje eobs-seubnida. (Ya, tak ada masalah.)"
Ketika dia sedang menunggu Jo Yoo-jeong, ada seseorang menyergahnya.
"Yeogiseo mwohae? Gingeub sanghwang-i balsaenghaessseubnida. (Apa awak buat kat sini? Kita ada emergency.)" Hani terpinga-pinga memandang doktor lelaki itu.
"Wae nal chyeodabwa? Eung-geubsillo gasyeoya habnida. jigeum balo! (Kenapa awak pandang saya? Awak kena pergi wad kecemasan. Sekarang!)"
"Hajiman, naneun... (Tapi saya...)"
"Nae mal deudgo sipji anh-a?! Naega geuege jeonhwahagil wonhae?! (Awak tak nak dengar cakap saya?! Awak nak saya panggil dia?!)" Hani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Panggil siapa pulak?
"Ajigdo gagi silh-euseyo? (Awak masih tak nak pergi?)"
Aduh, apa aku nak buat ni? Pergi ajelah! Tak pasal-pasal kena marah lagi.
"Aniyo, jigeum gabnida. (Tak, saya pergi sekarang.)"
Doktor lelaki itu terus pergi tanpa menunggu Hani. Hani kelam-kambut menyarungkan kot itu. Dia pergi ke kaunter pertanyaan.
"Sillyehabnida, je jim jom mat-a jusigessseubnikka? (Maafkan saya, boleh awak tolong jagakan bagasi saya?)" pinta Hani kepada jururawat itu.
"Ne. Gueleom-yo! (Ya. Sudah tentu!)"
"Erm... eung-geubsil-eun eodie issseubnikka? (Wad kecemasan kat mana?)"
"Byeongdong bisang sataeneun jeogi issseubnida. (Wad kecemasan di sana.)" Jururawat itu menunjukkan ke arah kiri.
"Ne, gamsahabnida. (Ya, terima kasih.)
Hani menarik nafas dalam-dalam sebelum berlari menuju ke wad kecemasan.
Maaf ya semua, lepas ni Hanan akan update petang atau malam setiap hari. Hanan harap semua enjoy baca karya Hanan yang tak seberapa ni. Maaf, ya jika ada yang kurang.
Share this novel