DR. AMIR masuk ke dalam bilik wad Sarah. Dia terkejut apabila melihat Sarah sedang berkemas. Dia segera menghampiri Sarah.
"Awak buat apa ni? Awak kan tak sihat lagi." tegah Dr. Amir dan menarik beg pakaian Sarah mendekatinya.
Sarah tersenyum dan menarik semula beg pakaiannya daripada Dr. Amir. Dr. Amir masih menunggu jawapan daripadanya.
"Saya tak lemah sangat, Dr. Amir. Dua tiga hari jer saya perlukan untuk rest. Don't worry, okay?" balas Sarah.
"But still..."
"Dr. Amir... I'm fine." potong Sarah.
"Okey! Sebelum tu... coffee-coffee dulu. Boleh?"
"Boleh, Dr. Amir."
Sarah menzipkan beg pakaiannya dan meletakkannya di bawah. Mereka melabuhkan duduk di birai katil. Dr. Amir menghulurkan secawan kopi kepada Sarah.
"Thanks." ucap Sarah lalu mengambil kopi itu. Dr. Amir sekadar tersenyum nipis.
Suasana menjadi hening seketika apabila masing-masing tidak bersuara.
"Erm... pasal Zikri tu... awak sure tak nak report polis?"
"Tak apa... saya tak nak besarkan hal ni. Saya jamin dia takkan berani apa-apakan saya lagi."
"Kenapa awak confident sangat?"
"Sebab saya tahu ada orang protect saya."
Dr. Amir terus mengerutkan dahinya. Dia bertanya, "Awak upah bodyguard ke?" Sarah terus ketawa dan memukul lembut lengan Dr. Amir.
"Awak ni kelakarlah! Saya tak ada masa nak upah bodyguard bagai." ujar Sarah dengan ketawa yang masih tersisa.
"Habistu? Awak juga kata ada orang protect awak, kan? Logiklah."
"Tak semestinya bodyguard, awak. Boleh jadi orang biasa."
"Hah? Boleh tak awak terus terang aje. Peninglah saya."
"Okey... maksud saya tadi... awaklah orang tu."
"Sa-saya? Ke-kenapa pula?"
"Yelah! Awak sampai bertumbuk dengan Zikri tu sebab saya. Bukan sebab awak protect saya?"
Dr. Amir terus tertunduk malu. Dia dapat merasakan kedua-dua pipinya panas kerana menahan malu.
"Awak malu ke?" Sarah menyiku lengan Dr. Amir.
"Tak... mana ada... saya... pergi dulu. Bye!" ujar Dr. Amir dah terus berjalan laju keluar dari bilik wad itu.
"Malulah tu! Comel jer!"
**********
HAN DAL-SIK dan Choi Kang-soo berdiri tegak di hadapan meja kerja Dr. Shin. Mereka hanya tunduk memandang lantai. Tidak berani mahu bertentang mata dengan Dr. Shin yang sedang memandang tajam ke arah mereka.
Hani dan jururawat Kang pula berdiri di satu sudut di dalam bilik itu. Mereka setia menjadi pemerhati.
"Seolmyeonghae jul su issnayo? (Boleh explain kat saya?)" soal Dr. Shin dengan nada serius.
"Erm... ulineun... geunyang... (Erm... kami... cuma...)" jawab Choi Kang-soo, gagap.
"Nae jalmos-iya. (Salah saya.)" jawab Han Dal-sik pula. Dia nampak tenang saja. Tidak kelihatan langsung riak takut di wajahnya.
Dia ada sembunyikan sesuatu ke? Kenapa dia nampak lain?
"Wae geu salam-ilang ssawo? (Kenapa awak bergaduh dengan dia?)"
"Joesonghabnida. Naneun geuwa eoulliji anh-a. (Saya minta maaf. Saya tak boleh dengan dia.)"
"Museun mal-ieyo? (Apa maksud awak?)"
"Wae geuleul noh-ajunayo? Geu salam-i yujoein geo aljanh-a. (Kenapa awak lepaskan dia? Awak tahu dia bersalah.)"
"Ya! Babogat-i geuleojima. (Hei! Jangan merepeklah.)" sela Choi Kang-soo.
"Hanihante antakkabji anhnayo? (Awak tak kesian ke kat Hani?)"
Hani terkejut dengan tindakan Han Dal-sik itu. Dia seperti tidak peduli lagi sekiranya dia dihukum.
"Jeoneun amugeosdo hal su eobs-eoyo. Jebal, ihaehaejuseyo. (Saya tak boleh buat apa-apa. Tolonglah faham saya.)"
Han Dal-sik ketawa sinis seraya berkata, "Neon wanjeon geojismaljaeng-iya! Jinjja silmanghaess-eo! (Awak memang penipu! Saya betul-betul kecewa!)"
"Jeoleul jonjunghaejwoyo. Naega ne sangsaya. (Tolong hormat saya. Saya bos awak.)"
"Wae? Igijeog-ige hajimala! (Kenapa? Berhenti pentingkan diri!)" jerkah Han Dal-sik.
"Handalsig!" panggil Dr. Shin dengan nada tinggi.
"Neohui dul da haegodoege haejulge. (Saya akan pastikan awak berdua kena pecat.)"
Tanpa menunggu lebih lama lagi, Han Dal-sik terus membawa langkah keluar dari bilik itu. Choi Kang-soo dan Dr. Shin terus berpandangan. Mereka kelihatan cuak.
Betul ke sangkakan aku yang Dr. Shin dah kena bayar? Tapi kenapa Dal-sik beria-ria back up aku?
"Haniya... nagaja. (Hani, jom keluar.)"
"Hah...? Okay..." balas Hani dalam keadaan masih terpinga-pinga.
Mereka memberi tunduk hormat kepada Dr. Shin dan Choi Kang-soo sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
**********
HARI sudah larut malam tetapi Han Dal-sik masih tidak pulang ke kuarters. Dia duduk bersendirian di dalam bilik rehat kakitangan.
Hani sedang mencari Han Dal-sik. Dia menjenguk setiap bilik. Tiba-tiba, tekaknya berasa haus. Dia mahu ke bilik rehat kakitangan.
Saat kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia terkejut melihat Han Dal-sik berada di situ. Dia terus menghela nafas lega.
"Kat sini rupanya... haih... penat aku cari dia." bisik Hani.
Hani berjalan menghampiri Han Dal-sik. Banyak tin bir di atas meja. Dia pasti sudah mabuk.
"Dal-sik-i oppa?" panggil Hani. Lambat-lambat, Han Dal-sik menoleh ke sisi. Dia tersenyum menyeringai kepada Hani.
"Haniya... yeogiseo mwohae? (Hani... awak buat apa kat sini?)" soal Han Dal-sik.
Hani tidak menjawab malah melabuhkan duduk di atas sofa bertentangan dengan Han Dal-sik.
"Wae naleul jijihaneun geoya? Neon gongyeong-e cheohage doel geoya. (Kenapa awak back up saya? Awak boleh dapat masalah tau.)"
"Nan sang-gwan-eobs-eo. Neol wihaeseo mwodeunji halgeoya. (Saya tak peduli. Saya sanggup buat apa saja untuk awak)"
"Dal-sik-i oppa, na jinjihae. (Abang Dal-sik, saya serius.)"
"Geugeo al-eo? Na neohante gamjeong iss-eo. (Awak nak tahu? Saya ada perasaan kat awak.)"
"Neo mwoya... (Apa yang awak....)"
"Saranghaeng. Jinsim-iya. (Saya cintakan awak. Saya maksudkannya.)"
Naufal terdengar perbualan mereka berdua. Dia terus menggenggam buku lima. Dia menyerbu masuk ke dalam bilik itu.
"Hani!" panggil Naufal. Dia mendekati Hani dan menarik lengannya. Dia membawa Hani keluar dari bilik itu.
"Naufal... awak nak bawa saya pergi mana ni?" soal Hani. Naufal hanya diam.
Naufal membawa Hani ke belakang hospital. Dia terus mengujarkan soalan kepada Hani.
"Apa sebenarnya perasaan awak kat saya? Kenapa awak perlu seksa saya macam ni?"
"Saya seksa awak? Apa awak cakapkan ni?"
"Dahlah, Hani! Saya dah penat!"
"Saya tak faham! Cuba awak explain kat saya."
"Awak hanya gunakan saya untuk lupakan arwah tunang awak tu, kan?"
Hani terkejut, "Macam mana awak tahu tentang arwah Dani? Siapa bagitahu awak?"
"Ya, saya memang dah tahu lama! Saya diam sebab saya nak awak sendiri yang buka mulut. Tapi saya silap... awak tetap tak nak terus terang!".
"Saya ada sebab, Naufal! Awak kena faham saya!"
"Awak yang perlu faham diri awak dulu! Jangan terlalu ikutkan perasaan sampai tak boleh terima qada dan qadar Allah!"
Hani terus menampar pipi Naufal. Dia menundingkan jari telunjuknya tepat ke wajah Naufal.
"Awak jangan berani-berani nak nilai saya. Hanya Allah yang boleh nilai saya sebab Dia tahu apa yang saya lalui!"
"Saya pun, Hani! Saya pernah kehilangan satu-satunya kakak saya. Saya faham perasaan awak, Hani."
Hani terdiam seketika. Naufal mendekati Hani.
"Hani... saya cuma nak awak mencintai saya kerana diri saya sendiri. Saya tak nak awak terus gantung saya tak bertali."
"Tapi awak cakap yang awak akan tunggu jawapan saya, kan?"
"Ya... tapi bila saya dengar orang lain luahkan perasaan dia kat awak... saya tak boleh. Saya tak boleh tanggung perasaan ni lagi."
"Awak mungkin anggap saya ni bukan lelaki setia sebab tak boleh tunggu awak. Tapi... saya manusia biasa. Rasa cemburu tu ada."
"Naufal..."
"Hani... saya bagi awak masa dua hari. Awak bagitahu saya sama ada awak terima saya atau tak."
Hani mahu menghalang Naufal pergi tetapi tidak sempat. Naufal sudah hilang dari pandangannya.
Ya Allah, ujian apakah ini? Aku buntu, Ya Allah.
**********
HARI INI, Hani mahu kelihatan anggun kerana dia mahu menyatakan keputusannya. Dia bersolek dan menggayakan dirinya lebih sedikit.
Setelah membuat solat istikharah, dia mendapat pentunjuk daripada Allah. Bukan melalui mimpi tapi gerak hatinya kuat mengatakan bahawa Naufal adalah jodoh terbaik untuknya.
Beg tangan di atas meja dicapai. Kot putih yang tergantung di belakang pintu biliknya juga dicapai.
Masa berlalu dengan pantas. Waktu bekerja sudah tamat. Dia segera mencari Naufal di sekitar hospital. Tiba-tiba, dia mendapat panggilan.
"Ish... siapa pula call ni? Sibuk ajelah!" rungut Hani sebelum mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.
Hani terus merengus apabila melihat nama Dzarin di skrin. Dia memutuskan talian. Namun, tidak sampai beberapa saat, telefon bimbitnya berdering kembali.
"Eee! Apalah dia nak dari aku ni?!" bentak Hani. Dia terus menjawab panggilan itu.
"Helo! Kau nak apa lagi, hah?!" sergah Hani.
"Helo, Hani sayang! Jangan marah-marah... tak elok. Cepat tua nanti baru tahu."
Dia ni aku serius dia boleh main-main. Memang nak kena mamat sewel ni.
"Excuse me? Aku tak nak cakap dengan kau. Sebelum aku letak telefon ni... baik kau cakap sekarang apa kau nak." ujar Hani.
"Garang betul lah bakal isteri abang ni. Meow!"
Mahu termuntah Hani di situ. Orang sudah tidak sudi, pergi sajalah. Meluat sungguh!
"Last warning! Kau nak..."
"Abang dah tahu siapa dalang disebalik kemalangan arwah Dani."
Kata-kata Dzarin itu memang mengejutkan Hani. Dia hilang kata sebentar.
"Beberapa hari lepas, dia datang serah diri. Hani mesti nak tahu siapa, kan?"
"Na-nak! Bagitahu Hani sekarang!"
"Nope! Ada syaratnya."
"Hei! Kau boleh tak berhenti main kotor! Aku takkan terjatuh dalam perangkap kaulah!"
"Kalau macam tu... tak apalah. Bye."
"Tunggu!" tegah Hani, pantas.
Keinginan untuk mengetahui perkara sebenar telah memaksa Hani membuat keputusan paling bodoh dalam hidupnya.
"Hani... Hani setuju dengan syarat abang."
Dzarin terus mengukir senyum lebar. Rancangannya berjaya. Hani sudah masuk ke dalam perangkapnya. Kini, tiada siapa dapat menghalang Hani daripada menjadi miliknya.
"Bagus, Hani. Abang nak Hani balik Malaysia. Kita jumpa kat sana."
"Kenapa pula? Abang bagitahu jelah kat phone."
Dzarin ketawa, "Hani... abang belum percayakan Hani sepenuhnya. Kalau Hani mungkir janji... macam mana?"
"Tak... Hani takkan mungkir janji. Abang bagitahu siapa dia?"
"Balik Malaysia, okey? Bye!" Dzarin terus mematikan talian.
Hani terus menjerit kecil. Dia bersandar ke dinding. Dia menangis teresak-esak dan terduduk ke lantai.
"Tak... aku kena tahu siapa dia? Aku... aku kena balik Malaysia." ujar Hani pada diri sendiri.
Hani terus bangun dan berlari keluar dari hospital. Dari jauh, Naufal ternampak Hani dan mahu mengejarnya.
"Hani!" panggil Naufal tapi Hani tidak berpaling ke belakang dan terus hilang dari pandangannya.
"Kenapa Hani nampak tergesa-gesa? Ada apa-apa jadi ke?" soal Naufal pada diri sendiri.
Share this novel