JAK 7

Drama Series 25086

SUDAH HAMPIR seminggu Daniel dimasukkan ke hospital tetapi keadaannya masih sama. Masih terlantar di atas katil.

Mereka bertiga menginap di sebuah hotel untuk beberapa hari. Namun, Hani berkeras untuk tinggal di sini sehingga Daniel sembuh.

Selesai mandi, Hani mengatur langkah menuju ke katil. Dia mencapai telefon bimbit di atas meja dan menghenyakkan punggung di birai katil.

Hani membuka galeri. Gambarnya bersama Daniel ditatap penuh kerinduan. Mengalir halus air mata di pipinya.

"Dani... awak tak rindu saya ke? Bila awak nak bangun? Awak tak nak jumpa saya ke?"

Tiba-tiba, panggilan masuk. Panggilan daripada Sarah. Hani terus menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Hani. Kau sihat?" ucap Sarah disamping bertanya khabar.

"Waalaikummussalam, Sarah. Aku tak kuat, Sarah." Mengalir air matanya deras.

"Kau banyakkan bersabar, ya? Aku tahu berat bagi kau untuk hadap semua ni tapi aku tak nak tengok kau sakit." pujuk Sarah.

"Sarah, aku tak sanggup kehilangan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia, Sarah. Dia segala-galanya bagi aku."

"Hani... kau tak boleh terus macam ni. Kau kena ingat, Daniel tu milik Allah. Allah ada hak untuk ambil dia bila-bila masa saja."

"Aku bukan nak bagi kau lagi down tapi ini lumrah hidup, Hani. Semua dalam dunia ni hanya pinjaman daripada Allah termasuklah Daniel."

"Aku tahu, Sarah. Aku bukan nak lawan takdir Allah. Aku cuma tak kuat untuk terima kenyataannya nanti."

"Hani, aku sentiasa ada untuk kau. Aku yakin Daniel pun tak suka tengok kau macam ni. Murung, lemah."

Hani menangis tanpa henti. Namun, dia lega sedikit kerana dapat meluahkan kepada Sarah. Hilang sedikit beban di hati.

"Sarah... terima kasih sebab selalu ada dengan aku."

"Tak yah nak terima kasih kat aku. Aku ni kawan kau... di mana ada kau kat situ aku ada." seloroh Sarah. Hani tersenyum kelat.

"Hani... aku ada suprise nak bagitahu kau."

"Hah, suprise? Tapi bukan suprise tak boleh cakap ke?"

"Ini suprise aku. Suka hatilah nak bagitahu ke tak nak, kan?"

"Ikut kaulah, Sarah. Hah... apa dia?"

"Aku nak datang Johor esok! Aku minta cuti dua hari sebab nak teman kau."

"Ya Allah, Sarah! Kau baru aje masuk kerja... dah minta cuti. Aku tak naklah kau kena buang kerja sebab aku."

"Hani, aku cakap minta cuti bukan minta berhenti. Kau ni...!"

"Tapi Sarah aku tetap..."

"Shh! Esok aku jumpa kau kat hospital. Bye!" potong Sarah dan terus mematikan talian.

Hani mengeluh panjang. "Sarah ni suka buat aku rasa bersalah." bisik Hani. Dia memang beruntung memiliki kawan seperti Sarah.

**********

JOHAN dan rakan-rakannya melepak di belakang kampus sambil menghisap rokok. Erina menangkap perbuatan mereka itu.

"Hoi! Kamu semua ni tak kerja lain ke, hah?!" jerkah Erina. Kelam-kambut mereka menyorokkan puntung rokok di belakang badan.

"Maaf, miss Erin. Kita orang lepak aje sebelum kelas start." ujar salah seorang rakan Johan.

"Melepak? Kamu semua jangan ingat miss tak tahu yang kamu semua ponteng kelas! Hisap rokok, membuli! Nak jadi apa kamu semua ni?!" tempelak Erina.

"Relakslah, miss! Bukannya yuran kita orang tak bayar. Jaga tepi kain sendiri jelah, miss!" ujar Johan.

"Hey! Sebelum saya report pada pihak atasan, baik kamu semua pergi balik kelas!"

Tanpa berlengah, semua lari lintang pukang meninggalkan kawasan itu. Tetapi Johan sahaja masih duduk di situ.

"Kau tak dengar ke apa aku cakap? Balik kelas!"

"Kalau aku tak nak...?"

Erina tidak dapat menjawabnya kerana jika pihak atasan mengetahui tentang perkara ini, rahsia besarnya akan terbongkar.

"Aku lepak kejap aje. Aku janji aku balik kelas."

Mahu tak mahu, Erina terpaksa menurut sahaja kata-kata Johan itu.

"Kau ingat, Jo... jangan bagi malu kat aku." pesan Erina sebelum pergi dari situ.

"Semua orang dah cakap fasal kau?" Soalan Johan itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia berpusing ke belakang.

"Apa maksud kau, hah?"

Johan ketawa sinis. "Kau tu jangan nak lari. Patutnya kau defend diri kau bukan terus diam."

"Hey! Kau tak yah dah berdolak dalih lah! Cakap ajelah apa maksud kau?!"

Johan bangun dan berjalan menghampiri Erina.

"Aku tahulah kau orang terakhir yang call Daniel. Kau ada kaitan kan dengan accident tu?"

"Ya, memang aku call dia tapi mana aku tahu dia nak accident malam tu."

"Kau kena ingat, Erina. Polis sekarang ni makin cekap. Sekelip mata jer kau boleh kena tangkap."

"Aku tak salahlah! Kau jangan nak gertak aku! Aku tak takut!"

"So... I think kau dah ready disoal siasat?"

"Ya! Aku akan buktikan aku tak salah!" Erina terus pergi dari situ. Johan tersenyum sinis.

Macam aku tak kenal kau, Erina.

**********

SEBAIK SAHAJA mendapat panggilan daripada Dahlia, Hani bergegas ke hospital. Di luar bilik wad, Dahlia, Jalil dan Dzarin duduk termenung di tempat duduk masing-masing.

Apa dah jadi?

Hani berjalan menghampiri mereka bertiga. Dia duduk di sebelah Dahlia.

"Aunty, kenapa semua orang sedih? Daniel tak apa-apa, kan?" soal Hani.

Dahlia menoleh memandang Hani. Dia menangis.

"Hani... doktor kata Dani semakin tenat!"

Seluruh badan Hani menjadi kaku. Lidahnya kelu.

"Doktor kata Dani dah tak ada harapan. Doktor akan cabut alat penafasan dan selepas tu... bergantung kepada Dani." sambung Dzarin.

"Tak... tak!" Hani bangun dari tempat duduk.

"Doktor tak boleh buat macam ni! Aunty, uncle... tolonglah suruh doktor cuba lagi." Hani menangis teresak-esak.

"Kami tak ada pilihan selain bersetuju, Hani. Kalau dia hidup pun... dia takkan jadi Daniel yang dulu." ujar Jalil.

Hani tersandar ke dinding. Berapa perit hatinya harus menerima kenyataan ini.

Daniel, awak janji takkan tinggalkan saya tapi mana janji awak? Bangunlah, Dani. Rintih hati Hani.

**********

SEPERTI yang dipersetujui, doktor telah mencabut alat penafasan Daniel. Semuanya kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.

Dahlia mendekati anaknya itu. Dia mengusap-usap lembut ubun-ubun Daniel. Dia mencium lama dahi Daniel.

"Dani, umi sayangkan Dani. Umi reda kalau Allah nak ambil Dani daripada umi." Air mata deras mengalir di pipinya.

Halim berjalan menghampiri Dahlia. Dia menyentuh lembut bahu Dahlia.

"Kita kena terima apa jua yang berlaku, Lia." pujuk Halim. Dahlia terus memeluk erat tubuh suaminya.

"Hani... awak pergilah dulu." ujar Dzarin. Hani tersenyum kelat. Dia mendekati Daniel.

Hani memandang wajah Daniel lama bersama deraian air mata. Buat pertama kali, dia memegang tangan Daniel. Tanpa disangka, Daniel menggenggam erat tangannya.

"Dani? Saya tahu awak kuat. Awak takkan tinggalkan saya."

"Dani, awak ingat kan awak dah janji dengan saya akan kahwin dengan saya. Pastu, awak nak anak ramai."

"Dani... saya janji dengan awak saya takkan pernah lupakan semua memori kita bersama. Kita kahwin lepas awak sembuh, ya?"

Tiba-tiba, Hani tidak dapat merasakan genggaman tangan Daniel lagi. Dia sudah panik.

"Dani! Kenapa awak tak genggam tangan saya?"

Doktor terus mendekati Daniel. Jururawat meminta Hani beralih ke tepi untuk memberi ruang kepada doktor untuk merawat Daniel.

Tak! Awak tak boleh buat saya macam ni! Awak jangan tinggalkan saya. Dani! Jerit hati kecil Hani.

Sejenak, doktor datang menghampiri mereka bertiga. Dia menggeleng kepala dan tertunduk penuh kekecewaan.

Dahlia menangis dan meraung di dalam pelukan Halim. Dzarin tersandar ke dinding. Hani hanya berdiri kaku tetapi air mata masih mengalir tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience