JAK 18

Drama Series 25089

BASIKAL diparkir di tepi rumah. Erina terus masuk ke dalam rumah. Rumah kelihatan sunyi dan tiada orang.

Erina masuk ke dalam bilik. Beg sekolah diletakkan di atas kerusi. Dia mencapai tuala di belakang pintu dan bersiap sedia untuk mandi.

Bilik mandi terletak di luar rumah. Ketika Erina mahu masuk ke dalam bilik mandi, ada seseorang menyentuh bahunya. Dia terus berpaling ke belakang.

"Oh... Pak Ngah? Mak tak ada." ujar Erina.

"La ye ke? Pak Ngah ada beli barang dapur sikit." beritahu Salim.

"Pak Ngah ni susah-susah aje."

"Tak apalah, Pak Ngah simpan kat dalam."

Erina mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi, dia terus masuk ke dalam rumah semula.

Erina terkejut melihat Salim sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Dia masih dalam keadaan berkemban. Badannya hanya dilitupi dengan kain batik dan tuala.

"Pak Ngah tak balik lagi? Tak manislah kita aje dalam rumah ni. Pak Ngah baliklah."

Erina mahu masuk ke dalam bilik tetapi Salim menghalangnya. Dia berdiri di muka pintu sambil tersenyum penuh makna.

"Fulamak! Badan cantik... putih gebu!"

Salim mahu memegang badan Erina. Erina segera menepis tangan Salim daripada memegangnya.

"Apa Pak Ngah buat ni?! Tepilah!" marah Erina.

"Aku dah lama tunggu peluang ni. Meh, sini kau!"

Salim terus menarik lengan Erina dan memaksanya masuk ke dalam bilik. Erina meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaslah! Jangan buat Erina macam ni, Pak Ngah. Tolong!" jerit Erina sekuat hati.

Salim tidak peduli dan terus memeluk tubuh Erina. Tiba-tiba, Johan pulang ke rumah. Dia terlihat kejadian itu dan terus menerpa ke arah Salim.

"Hoi! Kau lepaskan kakak aku!" Johan sedaya upaya menarik tubuh Salim supaya melepaskan tubuh Erina.

"Hei!" Salim terus menyiku muka Johan. Johan terus jatuh ke atas lantai. Hidungnya berdarah dengan banyak.

"Jo, tolong kakak! Jo!" pinta Erina.

Johan sekali lagi menarik tubuh Salim tetapi kali ini Salim menendang perut Johan. Erina dicampakkan ke dalam bilik dan terus mengunci pintu bilik itu.

"Pak Ngah! Buka pintu ni! Jangan apa-apakan Johan!"

"Kau ni memang nak mampus!"

Salim terus memukul dan menendang Johan sehingga separuh mati.

"Kalau kau berani-berani bagitahu sesiapa, mampus kau!"

Salim membuka pintu bilik itu dan masuk ke dalam untuk menyelesaikan urusannya itu. Johan dapat mendengar jeritan Erina dari dalam bilik itu.

"ERINA, maafkan aku. Aku takut masa tu. Aku minta maaf." Johan meracau-racau di atas katil.

Tiba-tiba, Johan tersedar dari tidurnya. Dia membuka matanya dan tercungap-cungap. Dia berpeluh dan menggigil ketakutan.

Johan bangkit dari pembaringan. Dia meraup wajahnya beberapa kali.

"Ya Allah, kenapa aku pengecut sangat?! Kalau aku bagitahu perkara sebenar hari tu... Erina takkan jadi mangsa."

Penyesalan tidak dapat mengubah apa-apa. Namun, dia takkan mengulangi kesilapan itu lagi. Mulai saat ini, dia akan menjaga dan melindungi Erina.

**********

SEBAIK SAHAJA kaki melangkah masuk ke dalam hospital, semua perempuan memandang ke arahnya. Mereka mengagumi ketampanannya itu. Dia juga kelihatan segak memakai kot putih. Doktor idaman semua wanita.

Dia mengatur langkah mendekati kaunter pertanyaan. Dia bertanya, "Sillyehabnida, sin seonsaengnimui jinlyosil-eun eodie issseubnikka? (Maaf, pejabat Dr. Shin kat mana?)" soalnya.

Jururawat Oh terlalu leka mengamati wajahnya sehingga tidak mendengar soalannya itu.

"Agassi, nae mal deullyeoyo? (Cik, awak dengar saya tak?)" soalnya lagi.

Jururawat Oh tersedar dari kayalannya, dia terus memohon maaf kepadanya.

"Joesonghabnida! (Maaf!)"

"Geulaeseo eodi? (Jadi, kat mana?)"

"Ha?" Jururawat Oh terpinga-pinga.

"Sin seonsaengnimui jinlyosil-i eodinyago mul-eossda. (Saya tanya pejabat Dr. Shin kat mana?)"

"A, 2cheung. Dangsin-i sin-ib uisalagoyo? (Oh, tingkat 2. Biar saya teka, awak ni doktor baru, kan?)" Dia tersenyum manis dan mengangguk.

"Neo jal saeng-gyeossda. (Awak sangat hensem.)" puji jururawat Oh. Dia tersenyum malu.

"Al-ass-eo, jigeum tteonalge. Annyeong! (Okey, saya pergi dulu. Bye!)"

Dia terus mengatur langkah menuju ke lif untuk ke tingkat 2. Dia perlu melaporkan diri kepada Dr. Shin.

Sepanjang perjalanannya ke sana, ada banyak mata memandang ke arahnya. Dia hanya steady dan cool. Tiba-tiba, sewaktu dia berlalu di hadapan satu bilik, dia terdengar bunyi seorang perempuan menjerit.

Tanpa berlengah lagi, dia terus mengetuk pintu bilik itu tetapi tidak dibuka. Dia cuba membuka pintu itu tetapi pintu dikunci.

"Annyeong, an-e nuguya? (Helo, siapa kat dalam?)"

Jururawat Kang ternampak seorang lelaki berdiri di hadapan bilik Dr. Choi. Dia berjalan menghampiri lelaki itu.

"Yeogiseo mwohae? (Apa awak buat kat sini?)" soal jururawat Kang. Lelaki itu terus menoleh memandang jururawat Kang.

"Nugunga solichineun soliga deullyeossjiman nokeuleul haedo amudo daedabhaji anh-assda. (Saya dengar ada orang jerit tapi bila saya ketuk, tak ada siapa yang respon.)" jelasnya.

Jururawat Kang berfikir sebentar sebelum pergi dari situ. Dia datang semula tidak lama kemudian.

"Bikyeojuseyo. (Tolong ke tepi.)" pinta jururawat Kang dengan sopan. Dia bergerak ke tepi.

Jururawat Kang membuka pintu itu dengan kunci. Sebaik pintu dibuka, mereka melihat Choi Kang-soo sedang menekup mulut Hani dengan telapak tangannya.

"Hani seonsaengnim!" panggil jururawat Kang.

Choi Kang-soo terus melepaskan Hani. Hani berlari mendekati jururawat Kang.

"Gangssi! Geuneun naleul gang-ganhago sip-eo! (Encik Kang! Dia nak rogol saya!)" ujar Hani dalam ketakutan.

Jururawat Kang terus memandang tajam wajah Choi Kang-soo.

"Mueos? Dangsin-eun geunyeoleul midseubnikka? Geunyeoneun geojismal-eul hago iss-eo! (Apa? Awak percayakan dia? Dia tipulah!)" nafi Choi Kang-soo tanpa rasa bersalah.

Jururawat Kang menggenggam buku lima. Dia mahu menumbuk muka Choi Kang-soo tetapi ada seseorang menahannya. Dia berpaling ke belakang.

Membulat biji mata Choi Kang-soo melihat gerangan itu. "Da-Dal-Sik?"

"2nyeon jeon-e neol bonaen geon nae silsuyeoss-eo. (Silap aku sebab lepaskan kau 2 tahun lepas.)"

Han Dal-Sik terus pergi ke arah Choi Kang-soo dan menggenggam kolar bajunya.

"Ya, mwohaneungeoya?! Nal noh-ajwo! (Hei, kau buat apa ni?! Lepaskan aku!)"

Han Dal-Sik tidak berkata apa-apa. Dia terus menarik Choi Kang-soo keluar dari bilik itu. Dia membawanya ke bilik Dr. Shin.

"Ya! Hajima! (Hei! Jangan!)"

Han Dal-Sik tidak mempedulikan kata-kata Choi Kang-soo itu. Dia terus membuka pintu bilik Dr. Shin dan menolaknya masuk ke dalam. Choi Kang-soo tersungkur di atas lantai.

"Yeogiseo museun il-iya?" soal Dr. Shin.

**********

PINTU BILIK diketuk beberapa kali. Sarah mengangkat wajah. Zikir berdiri di muka pintu sambil tersenyum nipis.

"Oh, awak... masuklah." pelawa Sarah. Zikir berjalan ke arah meja kerja Sarah. Dia duduk di kerusi pesakit.

"Awak tak ada patient ke?" Zikri menggeleng.

"Awak busy ke? Kalau awak busy, saya tak nak kacau."

"Taklah... saya tak busy pun. Bagitahulah."

Sarah menoleh memandang Zikri apabila tiada respon daripadanya. Zikri tampak sedih. Dia meletakkan pen di atas meja. Dia fokus kepada Zikri.

"Tell me... what's wrong?"

Zikri memandang wajah Sarah seketika sebelum berkata, "Saya jealous tengok awak dengan Dzarin."

Sarah ketawa. Zikri mengerutkan dahinya.

Dia gelak? Aku jealous pun kelakar ke?

"Awak jealous? Zikri... kelakarlah awak ni!" ujar Sarah dengan ketawa yang masih bersisa.

"Awak! Saya serius tau... I'm jealous!" Semakin kuat Sarah ketawa.

"Sarah Liyana! Enough!" jerit Zikri. Sarah tersentak dan terus berhenti ketawa.

"Saya paling tak suka orang yang memperlekehkan saya. Awak ingat saya tak ada hati dan perasaan? Saya pun berhak untuk rasa cemburu!" bentak Zikri.

Sarah terkejut dengan perubahan Zikri. Dia hanya bergurau sahaja. Tiada niat langsung untuk memperlekehkan Zikri.

"Kenapa awak marah sangat? Saya gurau aje."

"Macam mana saya tak marah? Saya ni boyfriend awak tau. Mestilah saya jealous tengok awak dengan lelaki lain."

"Tapi saya dengan dia tak ada hubungan apa-apa pun. Awak tak perlulah nak cemburu sangat."

"But still... awak keluar berdua dengan dia. Apa awak rasa kalau saya keluar berdua dengan perempuan lain?"

"Saya takkan jealous sebab saya percayakan awak."

"Alasan! Awak sebenarnya tak cintakan saya, kan?"

"Tak, saya cintakan awak. Kita kan dah plan nak bertunang."

Zikri menepuk kuat meja sehingga terhincut bahu Sarah. Zikri bangkit dari tempat duduk.

"Tipu! Kau tipu aku!"

Sarah turut bangkit dari tempat duduk dan mendekati Zikri. Zikri berundur ke belakang dan memintanya untuk menjauhkan diri darinya.

"Zik..."

"I think I'm wrong. Kau sama aje macam perempuan lain. Suka mempermainkan hati aku." ujar Zikri dan terus berlalu pergi.

"Apa masalah dia? Pening kepala aku." Dia memicit kepalanya yang pening itu.

**********

HANI menghirup sedikit air kosong yang diberikan oleh jururawat Kang itu. Dia duduk berehat di bilik rehat kakitangan ditemani jururawat Kang.

"Yeogi meomulgo sip-euseyo? (Awak sure nak stay sini?)" Hani mengangguk lemah.

Aku kena fight. Aku tak boleh biarkan jantan tak guna tu terlepas.

"Gangssi, miaga nugujyo? (Encik Kang, siapa Mia?)"

Jururawat Kang mengeluh panjang. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Gangssi..."

Jururawat Kang mengangkat wajah memandang Hani. Mungkin sudah tiba masanya untuk Hani mengetahui kebenarannya.

"Mianeun 2nyeon jeon-e igos-eseo uisayeossseubnida. (Mia pernah jadi doktor kat sini 2 tahun lalu.)"

Jururawat Kang menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung semula bicaranya.

"Gangsuwa dalsig-eun mialeul joh-ahanda. Hajiman mianeun dalsig-eul seontaeghanda. (Kang-soo dan Dal-Sik sukakan Mia. Tapi Mia pilih Dal-Sik.)"

"Geu sasil-eul alge doen gangsuneun hwaleul naenda. Geudeul-eun keun ssaum-eul haessda. (Bila Kang-soo tahu pasal ni, dia jadi marah. Dia orang gaduh besar.)"

"Geugeos-i geudeul-i jeogdaejeog-in yuilhan iyuga anibnikka? (Takkan sebab tu jer dia orang bermusuhan?)"

Jururawat Kang menggeleng. "Gangsuneun geudeul-i hamkkehaneun geos-eul wonhaji anhneunda. Geulaeseo geuneun mialeul tteonage hagi wihae mueongaleul habnida. (Kang-soo tak nak dia orang bersama. Jadi, dia buat sesuatu supaya Mia pergi dari sini.)"

"Geuga na-ege haneun geoscheoleom geunyeoegedo gat-eun il-eul habnikka? (Dia buat perkara yang sama kat dia macam mana dia buat kat saya?)"

"Aniyo. Geunyeoui him-eul iyonghae dalsig-eul hyeobbaghanda. (Tak. Dia guna kuasa dia untuk ugut Dal-Sik.)"

"Geuneun mueos-eul wihyeob haessseubnikka? (Apa yang dia ugut?)"

"Geuneun dalsig-i daetonglyeong-ege miaga susulhan hwanjaleul jugge haessdago malhaejugileul wonhanda. (Dia nak Dal-Sik bagitahu kat presiden yang Mia punca kematian pesakit yang dia orang bedah.)"

"Geuge silh-eumyeon i byeong-won-eseo dalsig-ui chilyoleul jungdansikigessda. (Kalau dia tak nak buat, dia akan hentikan rawatan mak Dal-Sik kat hospital ni.)"

Hani terkejut mendengar penjelasan daripada jururawat Kang itu.

"Geulaeseo dalsig-i sikineundaelo hae? (Jadi, Dal-Sik buat apa yang dia suruh?)" Jururawat Kang mengangguk.

Tiba-tiba, ada seseorang membuka pintu bilik. Hani dan jururawat terus menoleh ke arah pintu.

"Joesonghabnida, geunyang sul-eul masigo sipseubnida. (Sorry, saya cuma nak minum air.)" ujar lelaki itu.

"Hani ssi, dangsin-eul guhaejun salam-ibnida. (Cik Hani, dialah orang yang selamatkan awak.)"

Hani terus bangkit dan berjalan menghampiri lelaki itu.

"Guhaejusyeoseo gamsahabnida. (Terima kasih kerana selamatkan saya.)"

Lelaki itu terkejut dan tersenyum manis. Dia kembali membancuh kopi.

"Jeog-eodo dangsin-ui ileum-eul al su issseubnikka? (Boleh tak sekurang-kurangnya saya tahu nama awak?"

"Oh, sorry... saya Naufal."

"Aw-awak Melayu? La... saya ingatkan awak orang Korea. Muka awak tak macam Melayu langsung."

Naufal ketawa kecil dan menghirup sedikit kopi.

"Saya mix. Ayah saya Korea... mak saya melayu-cina."

"Wow! Patutlah..."

"Handsome?"

Hani dan Naufal tertawa. Keserasian mereka boleh dirasai walaupun mereka baru sahaja bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience