JAK 13

Drama Series 25089

SEBAIK SAHAJA Hani melaporkan tentang keadaan pesakit yang dirawat, dia terus membuka telefon bimbitnya. Ada satu notifikasi daripada nombor yang tidak dikenali.

Hani membuka chat itu. Ianya daripada Han Dal-Sik. Dia berkata mahu berjumpa di belakang hospital.

"Belakang hospital? Privasi sangat ke?" fikir Hani.

Hani pergi ke sana dengan penuh tanda tanya. Dia mencari-cari kelibat Han Dal-Sik. Dia sedang berdiri menunggunya di hujung sana.

Hani mengatur langkah menuju ke arah Han Dal-Sik.

"Han seonsaengnim?" panggil Hani. Han Dal-Sik menoleh ke sisi.

"Wae naleul mannago sip-eo? (Kenapa awak nak jumpa saya?)"

"Nan nega tteonagil wonhae. (Saya nak awak pergi.)" Membulat biji mata Hani.

"Mwo?"

"Ye, dangsin-eun yeogie jeoghabhaji anhseubnida. (Ya, awak tak sesuai kat sini.)"

"Dangsin-eun mueos-eul malhalyeogohaneun? (Apa awak cuba cakapkan ni?)"

"Nae mal deullyeoyo, hani ssi. Tteonaji anh-eumyeon tteonage mandeul geos-ida. (Awak dengar saya, Hani. Kalau awak tak nak pergi, saya akan buat awak pergi.)"

Han Dal-Sik mahu pergi tetapi Hani menghalang laluannya.

"Wae naega tteonagil wonhae? Naneun dangsin-ege nappeun jis-eul han jeog-i eobs-seubnida. (Kenapa awak nak saya pergi? Saya tak pernah buat salah apa-apa pun kat awak.)"

Han Dal-Sik mengangguk dan menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.

"Ye, hajiman dangsin-eun naleul gonlanhage mandeul geos-ibnida. (Ya, tapi awak akan bagi masalah kat saya.)"

"Museun munjeleul malhaneungeoya? (Masalah apa yang awak cakapkan ni.)"

Han Dal-Sik memberi pandangan tajam dan tersenyum sinis. Dia pergi dari situ. Hani segera mengejarnya.

"Han seonsaengnim! Eodi gaseyo?! (Dr Han! Awak nak pergi mana?!)"

Hani mengejar hingga ke bilik kakitangan. Dia sempat menahan Han Dal-Sik daripada masuk ke dalam.

"Han seonsaengnim. Nan amudedo gaji anh-eulgeoya. (Dr Han. Saya takkan pergi mana-mana.)" ujar Hani dengan tegas.

Belum sempat Han Dal-Sik mahu membalas apa-apa, ada seseorang memanggil namanya.

"Han seonsaengnim!"

Mereka berdua terus menoleh ke arah suara itu. Park Ae-ri dan Yeo Joo-da sedang berjalan ke arah mereka.

"Dul-i museun yaegi haneungeoya? (Awak berdua cakap pasal apa?)"

"Amugeosdo aniya. (Tak ada apa-apa.)" jawab Han Dal-Sik dan terus masuk ke dalam bilik itu. Hani terpaksa membiarkan Han Dal-Sik pergi kerana hal ini antara mereka berdua.

"Deul-eogago sipji anh-euseyo? (Awak tak nak masuk ke?)" tanya Park Ae-ri.

"Ani, hal il-i iss-eo. (Tak, saya ada kerja nak kena buat.)" Hani memberi tunduk hormat sebelum berlalu pergi.

Aku kena cari tahu apa sebab dia nak aku pergi dari sini. Aku takkan mengalah macam tu jer.

**********

DZARIN duduk termenung di atas kerusi. Dia teringat akan hajat Dahlia untuk bermenantukan Hani itu. Dia memang tiada calon lagi tetapi dia tak boleh bayangkan akan berkahwin dengan bekas tunang adiknya sendiri.

Dzarin membuka laci meja. Sekotak cincin yang diberikan kepadanya dikeluarkan. Dia merenung cincin itu.

Semerta, kata-kata Dahlia terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

"UMI harap sangat Zar boleh pertimbangkan hajat umi ni. Umi dah sayangkan Hani macam anak umi sendiri. Zar fikirkan, ya?" pinta Dahlia.

"Umi, bukan Zar tak nak tapi Hani tu bekas tunang Dani. Lagipun, Zar tak cintakan Hani."

"Umi tahu tapi Zar kenal-kenal dengan Hani dulu. Mana tahu hati Zar terpaut pada Hani. Hmm?"

Dzarin mengeluh panjang. "Okey, Zar akui apa yang umi yang cakap tu betul tapi hati Hani macam mana? Zar yakin Hani masih cintakan Dani dan tak boleh lupakan dia." terang Dzarin.

"Habistu, takkan nak biarkan Hani terus layan perasaan dia tu. Hani pun perlu mulakan hidup baru dan buka hati untuk orang lain."

"Tak semudah tu, umi. Zar pernah rasa apa yang Hani rasa."

"Belum cuba belum tahu, Zar."

KRING, KRING!

Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Dzarin melirik ke arah skrin telefon. Tertera perkataan Abah. Dia terus menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, abah." ucap Dzarin.

"Waalaikummussalam, Zar. Kamu kat office ke?"

"Aa'h, bah. Kenapa?"

"Tak, abah dengan umi nak pergi rumah Jalil dengan Safiah. Boleh bincang pasal kamu dengan Hani."

Dzarin mengeluh kuat. "Abah, Zar kan dah bagitahu Zar perlukan masa."

"Abah tak larat dengar pujuk rayu umi kamu tu. Kita ikutkan ajelah permintaan umi kamu tu."

Dzarin berdecit dan berkata, "Okeylah, Zar pergi sendiri. Kita jumpa kat sana."

Dzarin mematikan talian. Dia menyandarkan kepalanya di kepala kerusi. Pening dia memikirkan permintaan Dahlia yang semakin menjadi-jadi itu.

**********

AIR KOPI di dalam cawan dikacau-kacau tetapi fikiran melayang entah ke mana. Hani masih memikirkan kata-kata Han Dal-Sik itu.

"Kenapa dia nak sangat aku belah dari sini? Dahlah muka tu masam aje. Aku pun tak pernah tegur dia. Tiba-tiba, suruh aku pergi. Banyak cantik!" bebel Hani.

Tiba-tiba, deringan telefon bimbitnya berbunyi. Hani meletakkan cawan di atas meja. Dia berjalan ke arah katil dan mencapai telefon bimbitnya.

"Jururawat Kang? Dia nak apa call aku? Syif aku dah habis."

Hani menjawab panggilan itu. "Annyeonghaseyo gangssinim. Wae jeonhwahae? (Helo, Encik Kang. Ada apa awak call saya?)" soal Hani.

"Hani ssi, gingeub sanghwang-ibnida. Jigeum byeong-won-e gasyeoya habnida. (Cik Hani, kita ada kecemasan. Awak kena pergi ke hospital sekarang.)" jawab jururawat Kang.

"Mwo?! Joh-a, jigeum galge. (Apa? Okey, saya datang sekarang.)"

Hani bergegas menukar pakaian. Kot putih yang tersangkut di almari itu dicapai. Hani terus keluar dari kuaters dan menuju ke hospital.

Hani berlari menuju ke wad kecemasan. Semua sedang kelam-kambut. Dia mendekati jururawat Kang.

"Kang-ganhosa? Museun il-ieyo? (Jururawat Kang? Apa dah jadi?)"

"Sagoga nass-eo. Geuneun yangjjog dalileul dachyeossda. (Ada kemalangan. Dua cedera kedua-dua belah kaki.)"

"Daleun uisadeul-eun eodie issseubnikka? (Mana doktor yang lain?)"

"Modu dol-awassseubnida. Han seonsaengnim nam-assda. (Dia orang dah balik. Tinggal Dr. Han saja.)"

"Han seonsaengnim?" Jururawat Kang mengangguk sedikit.

Han Dal-Sik sedaya upaya membuat chest compression pada pesakit. Namun, pesakit tidak memberi sebarang respon.

"Jeong-ganhosa! Jigeum hani seonsaengnim-ege jeonhwahaseyo! (Jururawat Jung! Panggil Dr. Hani sekarang!)" arah Han Dal-Sik.

"Ne, seonsaengnim!" akur jururawat Jung. Dia segera mencari Hani di luar.

Jururawat Jung nampak Hani dan jururawat Kang sedang berbincang di kaunter. Dia segera berlari ke arah mereka berdua.

"Hani seonsaengnim! Dangsin-eun nawa hamkke gayahabnida. Hwanjaui sangtaeneun jeomjeom aghwadoego issseubnida. (Dr. Hani! Doktor kena ikut saya. Keadaan pesakit semakin merosot.)"

"Ne, ije gaja. (Ya, kita pergi sekarang.)"

Hani mengikuti jururawat Jung ke katil pesakit. Han Dal-Sik masih berusaha membuat chest compression pada pesakit.

"Han seonsaengnim! Na yeogi iss-eo! (Dr. Han! Saya dah sampai!)"

"Hani ssi, ulineun sigan-i manhji anhseubnida. Susul junbileul habnida. (Hani, kita dah tak ada masa. Awak siap sedia untuk surgery.)"

Membuntang biji mata Hani. Dia terus menggelabah.

"Susul? Hajiman jeon-eneun susul-eul han jeog-i eobs-seubnida. (Surgery? Tapi saya tak pernah buat operation sebelum ni.)"

Han Dal-Sik berhenti daripada perbuatannya. Dia melangkah mendekati Hani.

"Jeongmal uisaga doego sipdamyeon geuleohge haeya habnida. Ihaehada? (Kalau betul awak nak jadi doktor, awak kena buat. Faham?)"

Hani masih takut untuk melakukannya. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.

"Deul-eo bwa, naega neowa hamkkeiss-eo. Nae jisileul ttaleusibsio. Hal su issnayo? (Listen, saya ada dengan awak. Awak ikut aje arahan saya. Boleh awak buat?)"

Lambat-lambat, Hani bertenang dan mengangguk sedikit.

"Joh-a, susulsil-eseo boja. Gaseo junbihaseyo. (Okey, saya jumpa awak kat bilik bedah. Pergi siap.)"

Hani memberi tunduk hormat sebelum pergi dari situ. Han Dal-Sik menghela nafas lega.

"Jeong ganhosa, sin uisa bulleo. (Jururawat Jung, call Dr. Shin.)"

"Ne, seonsaengnim!"

**********

DI meja makan, Dzarin hanya menjadi pendengar setia. Tiada minat langsung mahu masuk campur. Dia juga tidak rela datang ke sini.

"Hah, Zar... kenapa tenung aje makanan tu? Makanlah." tegur Dahlia.

Dzarin mengangguk dan menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Dia tersenyum kelat.

"Erm... Lia, Jalil? Saya nak tanya sikit, boleh?" soal Safiah.

"La... apa pula tak boleh. Tanya ajelah." jawab Dahlia.

"Betul ke Lia dan Jalil nak anak kami jadi menantu kamu berdua?"

"Betul lah, Piah. Ya, saya tahu sebelum ni saya tak suka Hani. Macam-macam saya kata pasal dia. Tapi, lepas Dani meninggal, saya sedar susah nak cari perempuan macam Hani tu." luah Dahlia.

Safiah menghela nafas lega. Dia bersyukur Hani akan mendapat keluarga mertua seperti Dahlia dan Jalil. Dia juga yakin bahawa Dzarin akan menjaga Hani lebih baik daripada arwah Daniel.

"Lega saya dengar, Lia. Tapi tulah... kami dah berbincang. Kami akan minta persetujuan daripada Hani dulu."

"Itu tak apa... saya tak kisah. Saya sanggup tunggu Hani. Maksud saya... Zar. Dia sanggup tunggu Hani. Kan, Zar?"

"Ya, aunty and uncle." jawab Dzarin, terpaksa.

Safiah tersenyum lebar. Mereka semua gembira tetapi Dzarin masih tidak setuju dengan pakatan ini.

Kenapalah umi nak sangat Hani tu. Banyak lagi perempuan yang boleh jadi isteri aku. Aku bukannya tak laku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience