JAK 23

Drama Series 25089

SEMUA doktor senior dan junior berkumpul di bilik kakitangan. Dr. Shin mahu membincangkan sesuatu yang penting dengan mereka semua.

Dr. Shin masuk ke dalam bilik kakitangan. Semua orang bangkit dari tempat duduk mereka dan memberikan tunduk hormat kepada Dr. Shin. Mereka duduk semula.

"Okay, myeochmyeoch uisadeul-i jeowa hamkke VIP hwanjadeul-eul susulhal geos-ibnida. (Okey, beberapa doktor akan menyertai saya dalam pembedahan pesakit VIP kita.)"

Dr. Shin menyebut nama-nama tertentu yang akan menyertainya dalam pembedahan itu. Nama Hani juga turut disebut.

"Akka bulleossdeon ileum, oneul ohue mannayo. (Nama yang saya panggil tadi, jumpa saya petang ni.)"

Sepeninggalan Dr. Shin, Park Ae-ri mendekati Hani.

"Wa, jeongmal un-i joh-eusigun-yo. Naneun igeos-eul olaesdong-an gidaligo issseubnida. (Wah, bertuahnya awak. Saya dah lama tunggu.)"

"Geulae, ige nae kkum-iya. (Ya, inilah impian saya.)"

Hani menoleh ke arah Han Dal-sik. Han Dal-sik memandangnya tajam.

Kau ingat aku nak dengar cakap kau? No way!

"WAE nal bogo sip-eo? (Kenapa nak jumpa saya?)"

"Susul-e gwan-yeohal su eobs-seubnida. (Awak tak boleh terlibat dalam pembedahan tu.)"

"Hah? Eotteon susul-eul malsseumhasyeossseubnikka? (Hah? Pembedahan apa yang awak cakapkan ni?)"

"Bagjiwon susul. (Pembedahan Park Ji-Won.)"

"VIP hwanja? (Pesakit VIP tu?)"

Han Dal-sik memegang lengan Hani. Dia memandang tepat ke dalam matanya.

"Jebal. (Please.)"

HAN DAL-SIK bangkit dan terus keluar dari bilik itu. Dia kelihatan sangat marah. Hani tidak mempedulikannya.

"Ada aku kesah?" bisik Hani.

Naufal memerhatikan mereka berdua. Berkerut-kerut dahinya memikirkan permasalahan mereka berdua.

"Apalah yang dia orang nak cari pasal?"

Tiba-tiba ada notifikasi masuk. Jururawat Kang memberi pesanan kepadanya. Dia membaca pesanan itu.

-Lobieseo manna. (Jumpa saya kat lobi.)-

-Okay.-

Naufal pantas membalasnya. Kemudian, dia juga keluar dari bilik itu untuk berjumpa dengan jururawat Kang.

**********

JALIL keluar dari bilik. Membulat biji matanya apabila melihat ada tetamu di ruang tamu. Dzarin dan Dahlia sibuk membelek-belek katalog baju nikah. Jelas sekali mereka sedang berbincang tentang persiapan perkahwinan.

"Aku tak faham betul lah dengan anak dan isteri aku ni. Hani tu balik pun belum lagi. Beria-ria buat persiapan dah kenapa?" bebel Jalil.

Jalil mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Dia duduk di sebelah Dahlia.

"Lia... Awal buat persiapan?" perli Jalil.

"Ish... abang ni. Mestilah kena booking awal-awal. Kalau tak sempat macam mana?" balas Dahlia. Dzarin mengangguk tanda menyokong kata-kata Dahlia itu.

"Apa pulak tak sempatnya? Hani balik nanti bukannya nak kahwin terus."

"Yes!" Pantas Dzarin menjawab.

"Maksud Zar... Hani kena kahwin cepat dengan Zar. Senang Zar nak jaga aunty Safiah."

"Betul tu, bang. Kesian Hani nak jaga Piah sorang-sorang."

Jalil menggeleng kepalanya. Dia berkata, "Hani tu bukan patung yang tak ada hati dan perasaan. Dia perlukan masa untuk buat keputusan sebesar ni."

"Abah, please... Zar yakin Hani takkan fikir panjang. Ini kan soal mak dia."

"Oh... kamu nak kahwin dengan Hani ni sebab kesianlah, ya?"

Dzarin mengerutkan dahinya. "Apa maksud abah ni?"

"Yelah... kalau betul kamu nak kahwin dengan Hani sebab cinta.... kamu takkan paksa Hani kahwin secepat yang mungkin."

"Abang!" panggil Dahlia dengan nada tinggi.

"Zar dah buat keputusan. Hani pun dah setuju. Jadi, tak ada sebab untuk kami lambatkan wedding ni." balas Dzarin dengan tegas.

Suasana menjadi tegang. Dua orang wedding planner itu menjadi kaku di tempat duduk masing-masing.

"Okeylah... Abah ada kerja sikit. Kamu teruskanlah." ujar Jalil lalu bangkit dari sofa. Dia pergi meninggalkan mereka.

Dahlia menyentuh lembut bahu Dzarin. Dzarin menoleh ke arah Dahlia.

"Kita bincang pasal pelamin pula, ya?" Dzarin mengangguk sedikit.

Kurang ajar punya orang tua! Aku takkan biarkan kau halang perkahwinan aku dengan Hani. Even though kau bapak aku.

**********

YEO JOO-DA berjalan masuk ke wad kecemasan. Dia melihat Hani dan Park Ae-ri sedang sibuk di kaunter. Dia menghampiri mereka dengan perlahan-lahan.

"Boo!" sergah Yeo Joo-da. Hani dan Park Ae-ri terkejut dan terus mengurut-urut dada mereka.

"Ya, nugu... (Hei, siapa...)"

Park Ae-ri tidak sempat menghabiskan bicaranya kerana terkejut melihat Yeo Joo-da sedang berdiri di hadapannya.

"Joo-da!" jerit kecil Park Ae-ri. Mereka berpelukan.

"Wae dol-awassdago malhaji anh-ass-eo? (Kenapa tak bagitahu kau dah balik?)"

"Naneun dangsin-eul nollagehago sipseubnida. (Aku nak surprise kan kau.)"

Yeo Joo-da beralih ke arah Hani pula. Dia memberikan perlukan mesra.

"Bogo sip-eoyo. (Saya rindu awak.)"

"Erm..." Hani berpura-pura berfikir. Yeo Joo-da terus memukul lembut bahu Hani. Meletus tawa mereka.

"Oneul heungmiloun il-i issnayo? (Ada benda yang menarik tak jadi hari ni?)" soal Yeo Joo-da. Dia menjongketkan sebelah keningnya.

"Ye, VIP hwanjaui susul-i issseubnida. (Ada, kita ada pembedahan untuk pesakit VIP.)" jawab Park Ae-ri dengan nada teruja.

"VIP hwanja? Jeongmal? (Pesakit VIP? Betul ke ni?)"

"Dangsin-eun naega dangsin-ege geojismal-eul saeng-gag? (Kau ingat aku tipu kau?)"

"Aniyo. (Tidak.)"

"Nuga susul-e cham-yeohabnikka? (Siapa yang terlibat dalam pembedahan tu?)"

"Uli moduneun anibnida. Hajiman haniga seontaegdwaessda. (Tak semua. Tapi Hani terpilih.)"

Yeo Joo-da melopong memandang wajah Hani. Hani tersengih.

"Yeo Joo-da!" panggil seseorang dari jauh. Jururawat Kang berlari-lari anak ke arah mereka.

"Neon imi dol-awass-eo. (Kau dah balik.)"

"Mullon-iji! Imi modu geuliwoyo. (Mestilah! Aku dah rindu kat kau orang semua.)"

"A, hanissi...sinseonsaengnim-i bogosip-eoyo. Susul-e gwanhan geos-ibnida. (Oh, Hani... Dr. Shin nak jumpa awak. Pasal pembedahan tu.)"

"Oh, galgeyo! (Oh, saya pergi dulu.)"

**********

LEBAM di tepi bibirnya disentuh perlahan. Masih terasa sakitnya. Dia berasa marah dan geram setiap kali teringat akan kejadian itu.

"Kalau aku tahu kau jantan tak guna, aku takkan jatuh cinta dengan kau. Aku memang menyesal seumur hidup aku." ujar Sarah pada diri sendiri.

Pintu bilik diketuk. Sarah berjalan ke arah pintu dan membukanya. Isma, mama Sarah sedang berdiri di muka pintu.

"Mama dah siapkan sarapan. Jom makan." ajak Isma.

"Tak naklah, ma. Adik tak lapar."

"Janganlah macam tu. Nanti sakit mama juga susah hati. Makan sikit, ya?"

"Tak apalah... kejap lagi adik turun."

Sarah mahu menutup pintu tetapi Isma menahan pintu itu. Isma menarik lengan Sarah dan membawanya duduk di pinggir katil.

"Mama, kenapa ni?" soal Sarah, hairan.

"Terus-terang dengan mama. Siapa yang pukul adik?"

"Mama cakap apa ni? Adik kan dah bagitahu yang adik jatuh tangga."

"Jangan tipu mama! Jawab sekarang."

Sarah terus menundukkan kepalanya memandang lantai. Tubir matanya sudah bergenang dengan air mata.

"Adik minta maaf, ma. Adik tak nak mama risau."

Isma menarik tubuh Sarah ke dalam dakapannya. Belakang badan Sarah diusap-usap lembut.

"Mama ada dengan adik."

Sarah meleraikan pelukan. Dia menggenggam tangan Isma.

"Adik kenal seorang lelaki.... nama dia Zikri. Mula-mula memang nampak dia baik dan ikhlas nak bersama dengan adik."

Sarah menyeka air matanya sebelum sambung semula, "Ada satu hari tu... dia cemburu tengok adik dengan Dzarin."

"Dzarin, abang arwah Daniel?" Sarah mengangguk sedikit.

"Kita orang jumpa sebab nak bincang pasal Hani. Adik tak rasa pun yang dia perlu cemburu."

"Jadi, kau orang bergaduh lepastu dia pukul adik?"

"Memang kita orang gaduh tapi masa tu dia cuma hilangkan diri. Lepas dia muncul balik, dia jadi agresif. Pasal perkara kecil, dia angkat tangan kat adik."

"Astaghfirullah, kesian anak mama ni. Lelaki tu memang tak layak dijadikan suami."

"Adik cintakan dia, ma. Adik terluka sangat bila dia buat macam tu."

"Jangan nangis sebab lelaki tak guna tu. Adik kena kuat. Tunjuk dekat dia yang adik tak heran pun kalau tak bersama dengan dia." Sempat Isma memberi nasihat.

"Thanks ma..."

"Dah, jom turun bawah. Kita sarapan, ya?"

"Okey, jom!"

Isma menguncup lembut dahi anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience