JAK 14

Drama Series 25089

KAKI melangkah longlai keluar dari bilik pembedahan. Tubuh tersandar ke dinding. Air mata mula bergenang di tubir mata. Debaran di dada masih terasa.

"Betul ke... aku tak layak... jadi doktor?" soal Hani pada diri sendiri. Nadanya bergetar-getar menahan tangis.

Sejenak, Han Dal-Sik juga keluar dari bilik pembedahan. Dia menghela nafas lega apabila melihat Hani di luar.

Han Dal-Sik berjalan menghampiri Hani.

"Hanissi?" panggil Han Dal-Sik.

Lambat-lambat, Hani menoleh memandang Han Dal-Sik. Air mata sudah mengalir di pipinya.

"Na hante wae ileoneungeoya? (Kenapa awak buat saya macam ni?)" soal Hani bercampur amarah.

Han Dal-Sik menundukkan kepalanya memandang lantai. Dia memandang wajah Hani.

"Naneun amu uidoga eobs-seubnida. Naneun geugeos-i il-eonal geos-ilago gidaehaji anhseubnida. (Saya tak ada niat langsung. Saya cuma tak sangka benda tu boleh berlaku.)" jelas Han Dal-Sik.

Hani mendekati Han Dal-Sik. Mata mencerlung memandang wajah Han Dal-Sik.

"Naneun dangsin-i na-ege han il-eul gyeolko ij-ji anhseubnida. (Saya takkan lupakan apa yang awak buat pada saya.)" ujar Hani dengan nada keras.

Hani mahu pergi tetapi Han Dal-Sik segera memegang lengan Hani. Hani merentap lengannya daripada pegangan Han Dal-Sik.

"Hanissi jeongmal joesonghabnida. (Cik Hani, saya betul-betul minta maaf.)" rayu Han Dal-Sik.

"Joesonghabnida? Dangsin-ui mianham-i modeun geos-eul gochil geos-ilago saeng-gaghabnikka?! (Minta maaf? Awak ingat maaf awak tu boleh betulkan semuanya?!)"

Ketika itu juga, semua yang terlibat dalam pembedahan itu keluar dari bilik pembedahan. Mereka mendengar perbualan Hani dan Han Dal-Sik.

"Hani? Dal-Sik?" panggil Dr. Shin.

Hani terus pergi dari situ. Han Dal-Sik berpusing ke belakang

"Museun il-ieyo? (Apa jadi?)" soal Dr. Shin.

"Amugeosdo anim. Jigeum galgeyo, seonsaengnim. (Tak ada apa. Saya pergi dulu.)"

Han Dal-Sik memberi tunduk hormat sebelum berlalu pergi. Semua yang ada di situ tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di antara mereka berdua.

*********

SEJAK dapat panggilan daripada Safiah, Dahlia kelihatan muram. Makan malam tadi pun dia hanya menjamah sedikit sahaja. Naik risau Jalil dan Dzarin jadinya.

Dzarin sedang melihat Dahlia dari jauh. Jalil baru datang dari arah dapur, menegurnya.

"Zar... tengok apa?" tegur Jalil. Dzarin mengeluh panjang.

"Zar risau dengan umi tu. Apa sebenarnya yang aunty Lia cakap dengan umi, ek?"

"La... kamu tak tahu ke?"

Dzarin memandang wajah Jalil dengan kerutan di dahi. Jalil menyentuh lembut bahu Dzarin.

"Umi kamu tu sedih sebab Lia bagitahu yang Hani tolak lamaran tu." beritahu Jalil.

"What?! I mean... serius ke bah?"

"Apa pula tak serius? Betul lah... itu yang umi kamu sedihkan sangat tu."

Dzarin tersenyum lebar. Dia menghela nafas lega. Tiba-tiba, dia terfikir sesuatu.

"Tapi kan bah... kenapa umi nak sangat Hani jadi menantu?"

"Abah pun dah berapa kali tanya umi kamu tu tapi jawapan dia tetap sama... adalah bang."

"Eh, dahlah... abah nak pujuk umi kamu."

"Okey, bah. Good luck."

Mesti umi ada sorok something dari aku dengan abah. Aku kena cari tahu.

**********

JURURAWAT KANG berjalan melintasi bilik rehat kakitangan. Dia perasan Hani sedang duduk termenung di situ. Dia tidak jadi meneruskan langkah. Dia masuk ke dalam bilik itu.

Hani masih tidak perasan kedatangannya. Jururawat Kang berfikir mahu membancuh secawan kopi untuknya.

"Hani seonsaengnim?"

Hani tersedar dari lamunan. Dia mengangkat wajah memandang jururawat Kang. Jururawat Kang sedang tersenyum kepadanya.

"Naneun dangsin-eul wihae keopileul mandeubnida. (Saya ada buat kopi untuk awak.)" Jururawat Kang menghulurkan secawan kopi kepadanya. Hani mengambilnya dan menghirupnya sedikit.

"Gomawo. (Terima kasih.)"

Jururawat Kang duduk di sebelah Hani.

"Oneul jeonyeng-e deiteu hallaeyo? (Doktor nak keluar tak malam ni?)" Hani terus menoleh memandang jururawat Kang.

"Jasin-ege sigan-eul jueoya habnida. (Doktor kena bagi masa untuk diri sendiri.)"

Hani mengeluh panjang. "Naneun gibun-i eobsda. Daleun salam-ege hamkke gajago yocheonghal su issseubnida. (Saya tak ada mood. Awak ajaklah orang lain keluar dengan awak.)"

Tiba-tiba, pintu dikuak dari luar. Han Dal-Sik masuk ke dalam bilik itu. Mereka berdua memandang ke arahnya.

"Geunyang keopi han jan hago sip-eoyo. Du salam-eun gyesog chaetinghal su issseubnida. (Saya cuma nak bancuh kopi. Awak berdua boleh sambung berborak.)"

Han Dal-Sik pergi ke pantri untuk membancuh kopi. Mereka berdua berpandangan.

"Ulineun najung-e yaegi. (Kita cakap nanti.)" bisik Hani. Jururawat Kang mengangguk sedikit.

Mereka berdua bangun dan mahu keluar dari bilik itu. Tiba-tiba, nama Hani diseru.

"Hanissi?"

Mereka berdua berhenti melangkah. Hani berpusing ke belakang.

"Ne?"

"Jamsi yaegihal su iss-eulkkayo? (Boleh kita bercakap sekejap.)" pinta Han Dal-Sik.

"Naneun naega gayahandago saeng-gaghanda. Annyeong! (Saya rasa saya kena pergi. Bye!)" permisi jururawat Kang.

Han Dal-Sik berjalan menghampiri Hani sambil memegang secawan kopi di tangannya.

"Naega teullyeossdaneun geol al-a. Hajiman modeun geos-eul seolmyeonghal gihoeleul han beon deo jusil su issnayo? (Saya tahu saya salah. Tapi, boleh tak awak bagi saya satu lagi peluang untuk saya explain semuanya?)"

Hati masih panas dan berkira-kira mahu bersetuju. Namun begitu, bila difikirkan kembali, dia berhak mendapat peluang itu.

"Joh-a, 5bunman julge. (Okey, saya bagi awak masa 5 minit aje.)"

"Yagsoghabnida. Gamsahabnida, hanissi. (Saya janji. Terima kasih, Cik Hani.)"

**********

SARAH berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Dia membuka pintu kereta dan memasukkan barang-barangnya di dalam kereta. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

Ketika mahu bergerak pulang, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat nama pemanggil. Tertera nama Zikri.

"Zikri? Dia call nak apa?"

Sarah menjawab panggilan itu.

"Hello, Zikri? Kenapa awak call saya? Ada emergency ke?" soal Sarah, bertubi-tubi.

"Hello, Sarah. Banyak betul soalan awak. Tak sempat saya nak jawab apa-apa pun."

Sarah ketawa kecil dan berkata, "Sorrylah... saya dah biasa. Mulut ni memang suka tanya soalan macam polis." Zikri turut ketawa kecil.

"It's okay, saya call ni nak ajak awak dinner. Awak masih kat hospital ke?"

"Oh, tak... saya tengah memandu nak balik rumah."

"Oh ye ke? Tak apalah... lain kali ajelah."

"Jap, Zikri! Apa kata awak send location. Saya jumpa awak kat sana."

"Seriuslah?"

"Yelah! Baik awak send sekarang sebelum saya ubah fikiran."

"Alright! Saya send sekarang. Jumpa awak nanti. Bye!"

"Bye!" Talian dimatikan.

Sarah tersenyum lebar. Sudah dua minggu mereka bercinta. Zikri melayannya dengan baik sekali. Jika tiada halangan, mereka akan ke tahap seterusnya.

**********

ERINA masih dalam penyamaran. Dia tidak henti-henti melihat sekeliling. Takut sekali jika ada yang mengenalinya.

Sebentar saja lagi, dia akan berlepas ke London. Dia akan bersembunyi di sana untuk beberapa bulan sehingga kes Daniel selesai.

Seketika, dia mendengar pengumuman bahawa semua penumpang ke London perlu bergerak ke pintu pelepasan.

Tiba-tiba, dia mendapat panggilan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Dia melihat nama pemanggil.

"Jo? Dia nak apa pulak ni? Malas aku!"

Erina memutuskan talian. Dia mahu menyimpan semula telefon bimbitnya tetapi bunyi notifikasi pula dari telefon bimbitnya. Erina merengus kuat.

Aku nak kau balik sekarang! Kalau tak... kau akan malu.

"Apa benda dia ni?! Dia ingat aku takut sangat dengan dia?" Erina tidak membalas chat Johan itu dan menyimpan telefon bimbitnya semula.

Erina berjalan menuju ke pintu pelepasan. Ada seseorang menarik lengannya kasar sehingga dia berpusing ke belakang.

"Kau!"

Johan mengukir senyum sinis. "You can't run away just like that, Erin." ujar Johan. Nafas Erina naik turun alibat menahan amarah.

Erina mahu melepaskan lengannya daripada pegangan Johan tetapi makin kejap Johan memegangnya.

"Hei, lepaslah! Ramai orang kat sinilah, Jo! Dia orang boleh tangkap kau!"

"Dia orang takkan tangkap aku tapi kau. Kau lupa ke kau ni pelarian?"

Johan menarik Erina mendekatinya. Bibirnya didekatkan ke telinga Erina.

"Kau nak selamat... kau ikut aku." bisik Johan. Erina memandang tajam wajah Johan.

"Kau memang tak guna!"

Johan melepaskan lengan Erina. Dia terus pergi dari situ tanpa menunggu Erina.

"Eee!" jerit kecil Erina.

Mahu tak mahu, Erina harus mengikuti Johan pulang. Jika ini muslihat Johan, dia takkan biarkan Johan terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience