JAK 5

Drama Series 25089

"AWAK memang kena pergi JB ke? Wedding kita kan minggu depan." rungut Hani.

Daniel mengeluh panjang dan berkata, "Saya kena pergi Hani. Kalau saya tak pergi... saya boleh kena buang dari kerja tau." jelas Daniel, bersungguh-sungguh.

Hani mencebik dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Susah betul nak pujuk perempuan ni.

"Hani... look at me, please?" pinta Daniel.

Lambat-lambat, Hani menoleh memandang Daniel.

"Saya tak pergi lama pun. Sekejap aje... 2 hari."

"Betul ke? Tiba-tiba nanti nak kena stay sana 1 hari lagilah... 2 hari lagilah. Awak tu bukan boleh percaya sangat."

"Saya janji 2 hari aje. Takkanlah saya tak datang waktu kita nikah? Saya sayangkan awak."

Lama Hani memandang wajah Daniel.

Aduh, pandangan dia ni yang aku tak boleh handle ni. Adalah tu macam-macam syarat dia nak bagi.

"Okey, tapi ada satu... bukan dua syarat."

Kan dah kata...

"Awak bagilah seribu syarat pun saya tunaikan."

"Perli saya, kan?" Hani mula marah. Daniel segera memujuknya.

"Tak... saya ikhlas terima apa saja syarat awak."

"Okey... syarat pertama. Awak kena call saya setiap malam."

"Boleh!"

"Syarat kedua... awak jangan berani-berani nak dekat dengan mana-mana perempuan. Boleh ke tak?"

"Boleh! Awak jangan risau... awak sentiasa di hati saya."

"Ingat! Kalau awak langgar syarat saya ni... saya tak nak kahwin dengan awak."

"Eh, mana boleh macam tu?" Hani memandang tajam tepat ke dalam mata Daniel.

"Saya janji... saya takkan langgar syarat awak." Daniel mengangkat sebelah tangan sebagai tanda ikrar.

"Okeylah, saya nak balik. Ini pun saya tipu ibu saya cakap nak jumpa kawan. Padahal nak jumpa awak."

"Ish, tak baik menipu tapi saya pun sama."

Hani memukul lembut bahu Daniel. Daniel ketawa kecil.

"Bye, Dani!" permisi Hani.

Namun, baru beberapa langkah, nama Hani diseru oleh Daniel. Hani berpaling ke belakang.

"Tunggu saya tau." pesan Daniel.

"Saya akan tunggu awak sampai bila-bila." balas Hani.

Entah mengapa, Hani berasa tidak sedap hati dan gelisah. Dia teringat kata-kata ibunya.

"JANGAN jumpa Daniel tau. Kamu berdua tu darah manis. Ibu tak nak perkara tak elok jadi."

BETUL ke apa yang buat ni? Aku dah ingkar kata-kata ibu. Ya Allah, jagalah hubungan kami. Sungguh, aku cintakan Daniel. Aku tak sanggup kehilangan dia.

**********

ERINA sedang bersarapan mi goreng. Johan baru turun ke bawah dan menyertai Erina. Erina buat tidak nampak saja.

Johan mencedok mi goreng ke dalam pinggan. Sesekali dia melirik ke arah Erina. Dia tahu perbuatannya semalam memang melampau.

"Erin, aku nak min..."

Belum sempat Johan menghabiskan bicara, Erina sudah bangun dari kerusi. Dia sudah habis makan. Pinggan diangkat dan dibawa ke dapur.

Setelah itu, dia datang ke ruang hadapan semula. Beg tangan dicapai di atas sofa dan berjalan keluar dari rumah.

Johan mengeluh panjang. Pinggan ditolak ke tepi. Dia sudah tiada selera untuk makan.

Sejujurnya, dia tiada niat untuk membuat Erina terasa hati. Apa yang terjadi bukan salahnya. Semuanya berlaku dengan pantas.

MALAM ITU, hujan turun dengan lebat. Jalan raya licin dan tidak selamat. Mereka satu keluarga baru pulang dari berkelah.

"Lebat betul hujan ni kan, bang?" soal Zaleha.

"Itulah... entah sempat ke tak nak sampai rumah."

"Kita doa banyak-banyak."

Tiba-tiba, tanpa sedar, ada sebuah kereta menghala ke arah mereka. Zulkifli tidak dapat mengawal kereta yang dipandu kerana jalan yang licin.

"Abang, hati-hati abang!" jerit Zaleha.

Johan dan Erina ketakutan di tempat duduk belakang.

"Pegang kuat-kuat semua!"

Zulkifli sedaya upaya mengawal kereta yang dipandu dan dia terpaksa merempuh pohon besar yang berdekatan. Kereta mereka dihentam dengan kuat.

Johan dan Zulkifli tercampak keluar dari kereta. Manakala Zaleha dan Erina masih berada di dalam kereta itu.

Zulkifli cedera teruk tetapi dia bangkit untuk menyelamatkan anak dan isterinya.

"Leha... Erina..." panggil Zulkifli sambil berjalan terhincut-hincut ke arah kereta.

Erina separuh sedar memanggil ayahnya. "Ayah... tolong Erina..." Suaranya lemah.

"Ya, ayah datang Erina." Zulkifli mahu pergi kepada Erina tetapi Zaleha pula memanggil namanya.

"Abang..."

"Ya, Leha. Kejap abang datang." Zulkifli pergi kepada Zaleha.

"Leha, jom abang tolong keluarkan Leha." Zulkifli mahu membantu Zaleha keluar tetapi kaki Zaleha tersangkut.

"Ah! Kaki Leha, bang." Zaleha mengaduh sakit. Zulkifli cuba untuk mengeluarkan kaki Zaleha tetapi tidak berjaya.

"Ayah... Erina sakit..."

"Ya, kejap sayang."

"Abang... pergi selamatkan Erina dulu. Leha boleh bertahan lagi."

"Tapi Leha..."

"Pergi!"

Lambat-lambat, Zulkifli pergi kepada Erina. Dia memapah Erina keluar dan membaringkannya di sebelah Johan.

Dia pergi semula ke kereta untuk menyelamatkan Zaleha. Tiba-tiba, kereta itu meletop dan terbakar.

"Tak... ayah! Ibu!"

MENITIS jua air mata kejantanannya. Insiden itu takkan boleh dia lupakan. Insiden itulah yang telah meragut nyawa dua insan yang paling dia sayang.

*********

SARAH menghubungi Hani untuk menyampaikan berita gembira. Dia telah mendapat tawaran untuk bekerja sebagai doktor di salah sebuah hospital ternama.

"Ye ke, Sarah? Ya Allah... aku tumpang gembira untuk kau." ujar Hani dengan nada gembira.

"Terima kasih! Aku start kerja esok. Kau doakan aku dapat boss yang baik, kawan-kawan yang baik." pinta Sarah.

"Aamiin!"

"Oh sebelum aku lupa... kau jangan lupa datang wedding aku nanti."

"Of course, aku datang! Kau ni risau sangat." Hani tersengih.

"Hani... kau excited tak nak jadi bini orang?"

"Excited! Lagi-lagi jadi isteri kepada Prof. Daniel."

"Amboi! Jangan excited sangat. Macam-macam boleh jadi tau."

"Ish, aku peliklah dengan kau orang ni! Dani pun cakap benda yang sama. Ibu aku pulak cakap jangan jumpa sebelum kahwin takut jadi apa-apa. Melebihlah kau orang ni!" bebel Hani.

"Kita orang bukan melebih... lebih baik berjaga-jaga sebelum terlambat." balas Sarah dengan tenang.

"Sudahlah, aku malas nak cakap pasal benda ni. Buat serabut kepala aku aje."

"Hmm... suka hati kaulah, Hani. Aku dah nasihat... terpulang kat kau nak dengar atau tak?"

"Okeylah... aku nak tidur awal. Esok aku dah start kerja. First impression tu penting."

"Yelah... hwaiting!"

"Hah... mula dah! Nasib baik aku faham perkataan tu. Kalau tak terpinga-pinga aku."

Hani ketawa kecil. "Itulah gunanya tahu bahasa asing. Kalau tak practice speaking... luputlah nanti."

"Baiklah, Hani. Aku nak tidur. Jal ja!" ucap Sarah.

"Jal ja chingu ya!" ucap Hani pula. Dia mematikan talian.

Hani melepaskan keluhan berat. Dia tidak sedap hati pula memikirkan kata-kata Sarah dan Daniel itu. Namun, dia cepat-cepat menepiskan perasaan itu.

"Aku yakin kalau benar Dani jodoh aku, takkan ada halangan apa-apa."

**********
HABIS sahaja seminar, Daniel mahu pulang ke hotel. Dia keluar dari bangunan itu dan terus menuju ke tempat parkir kereta.

Daniel masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta tetapi tidak lama selepas itu, enjin keretanya mati.

"Aik, apahal pulak ni? Buat hal lah!" rungut Daniel.

Dia mencuba menghidupkan enjin kereta sekali lagi tapi tetap sama. Dia keluar dari perut kereta dan membuka bonet hadapan untuk memeriksa punca kerosakan.

"Hmm... apa yang rosak?"

Daniel mendapati bahawa bateri kereta sudah habis.

"Aduh! Macam mana aku boleh cuai? Habistu, aku nak balik macam mana ni?" soal Daniel pada diri sendiri.

Dalam kekalutan itu, Fahim datang menegurnya.

"Hey, bro! Apahal?" soal Fahim sambil berjalan ke arah Daniel.

"Eh, Fahim! Bateri kereta aku habis." jawab Daniel.

"La... ye ke? Bengkel dah tak buka malam-malam buta ni."

"Tulah..."

Fahim berfikir sejenak sebelum berkata, "Bro, kau pinjam motor aku."

"Eh, apa pulak? Nanti kau nak balik macam mana?" soal Daniel.

Fahim menyentuh bahu Daniel seraya berkata, "Kau lupa ke aku duduk sini? Aku jalan kaki jer dah sampai rumah aku." jawab Fahim.

"Oh ya tak ya juga. Tapi aku rasa bersalah pula."

"Tak yah nak rasa bersalah bagailah! Sekarang ni... kau tinggal aje kereta kau kat sini. Esok baru kita call mekanik." Daniel mengangguk.

"Thanks, bro!"

"Nah... ambil kunci ni. Pergi balik. Esok kau nak balik KL en?" Fahim memberikan kunci motornya kepada Daniel.

"A'ah... thanks again, bro!"

"Dahlah, pergi balik."

"Okey, gerak dulu. Assalamualaikum!" ucap Daniel sebelum pergi dari situ.

"Waalaikummussalam." Fahim menjawab salam Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience