ZIKRI berjalan menghampiri Sarah yang sedang sibuk mengisi maklumat di dalam komputer riba. Dia mencuit bahu Sarah.
"Hello, sayangku." sapa Zikri. Membulat biji mata Sarah apabila Zikri memanggilnya sayang.
"Awak! Malulah kalau orang dengar!" marah Sarah.
"Ala... biarlah orang dengar. Saya tak malu nak mengaku awak ni girlfriend saya." Zikri menjongketkan sebelah keningnya.
Sarah menepuk lembut lengan Zikri. Zikri berpura-pura mengaduh sakit.
"Uish... awak ni perempuan ke lelaki? Tangan macam gergasi!" kutuk Zikri.
"Zikri!" jerit kecil Sarah. Zikri ketawa kecil.
Comel betul girlfriend aku ni.
"So... Dr. Zikri nak apa cari saya?" soal Sarah. Zikri mendekati Sarah.
"Saja jer.... saya free sekarang ni." jawab Zikri.
"Oh... free? Jadi, awak nak minta idea dari saya?" Zikri mengangguk laju.
Sarah menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Dia berfikir sejenak.
"Hah!" Sarah memetik jari. Zikri teruja mahu mendengar idea Sarah itu.
"Jom... ikut saya minum kopi. Amacam?"
"Alright!"
Mereka beriringan pergi ke bilik rawatan masing-masing sebelum berjumpa di lobi utama hospital. Mereka akan pergi ke kafe bersama-sama.
Sewaktu dalam perjalanan ke kafe, ada seseorang memanggil Sarah dari arah belakang. Langkah mereka terus terhenti. Mereka terus berpaling ke belakang.
"Sarah, kejap!" ujar Dzarin sambil berjalan laju menghampiri mereka berdua.
"Awak ni Dzarin, kan? Abang arwah Daniel?" Dzarin mengangguk.
"Sorry tapi awak ada masa tak? Saya nak cakap sikit pasal Hani."
"Oh, saya..."
"Awak pergilah... saya terlupa yang saya ada pesakit nak kena pantau. Saya pergi dulu." ujar Zikri dan terus pergi meninggalkan mereka berdua.
Kenapa dengan Zik? Dia cemburu ke?
"Erm... Sarah?"
"Hah...! Yeah... jomlah kita pergi kafe."
"Okey, thanks."
Zikri mengintai dari jauh. Dia marah dan cemburu melihat mereka berdua.
"Siapa pulak mamat ni? Aku baru nak dating... tiba-tiba aje datang curi girlfriend aku."
"Girlfriend? Siapa girlfriend awak, Zik?" soal seorang wanita entah datang dari mana. Lantas, Zikri berpusing ke belakang.
Membuntang biji matanya melihat wanita itu.
Laila? Dia buat apa kat sini?
**********
PAGI-PAGI lagi, Hani bangun awal untuk ke hospital. Dia sengaja menukar syif pagi dengan salah seorang doktor di sana. Dia mahu mencari tahu tentang rahsia itu.
Tiba di lobi utama, Hani mengatur langkah menuju ke kaunter pertanyaan.
"Ossi, choeseonsaengnim, han-seonsaengnim osyeoss-eoyo? (Cik Oh, Dr. Choi dan Dr. Han dah datang?)" soal Hani kepada jururawat Oh.
"Aniyo, geudeul-eun ajig oji anhseubnida. (Tak, mereka belum datang lagi.)" jawab jururawat Oh.
"Joh-a, gomawo. (Okey, terima kasih.)"
Hani beredar ke bilik kakitangan. Dia membuka sedikit pintu itu dan mengintai untuk memastikan tiada sesiapa di dalam bilik itu.
Apabila sudah pasti dan yakin tiada sesiapa di dalam, Hani masuk ke dalam bilik itu. Dia pergi ke meja Han Dal-Sik.
"Dangsin-eun eodie sum-eo issseubnikka? (Mana awak sorokkan, ek?)" fikir Hani. Dia mecari di dalam laci tetapi tidak jumpa.
"Ish, mana lagi dia sorok ni!" rungut Hani.
Tiba-tiba dia ternampak ada sebuah almari tertera nama Han Dal-Sik. Dia terus mengatur langkah menghampiri almari itu.
Hani cuba membukanya tetapi almari itu berkunci. Dia pergi ke meja Han Dal-Sik semula. Dia mencari kunci almari itu. Dia menjumpainya di dalam bekas kaca.
Hani pergi membuka almari itu menggunakan kunci itu. Ada beberapa kot dan baju di dalamnya. Hani ternampak sebuah fail di celah-celah baju. Dia mengambilnya.
Belum sempat dia melihat isi dalamnya, pintu dikuak dari luar. Hani menggelabah dan terus menutup pintu almari itu. Kunci diletakkan dalam poket manakala fail disorokkan di belakang badannya.
"Yeogiseo mwohaneungeoya? (Awak buat apa kat sini?)" soal Han Dal-Sik.
"Na... oneul achim-e gyodae geunmuga iss-eoss-eo. (Saya... Saya ada syif pagi ni.)" jawab Hani, gugup.
Han Dal-Sik melihat Hani sedang menyorokkan sesuatu di badan belakangnya.
"Jeoge mwo-eyo? (Apa tu?)" Hani menjatuhkan fail itu dan menyepaknya ke bawah almari.
"Amugeosdo anim. (Tak ada apa.)" Hani menunjukkan kedua-dua tangannya dan ianya kosong.
"Eung-geubsil-e gago sip-eoyo. (Saya nak pergi ke wad kecemasan.)" permisi Hani dan terus keluar dari bilik itu.
Hani berjalan laju menuju ke tandas. Dia gelisah memikirkan fail yang disorokkannya di bawah almari itu.
Macam mana kalau dia atau sesiapa jumpa fail tu? Mati aku.
Tiba-tiba, Park Ae-ri dan Yeo Joo-da masuk ke dalam tandas. Hani segera masuk salah satu pintu di dalam tandas itu.
"Eojesbam-e gangsuwa dalsig-i ssaun yaegi deul-eoss-eo? (Kau ada dengar pasal Kang-soo dan Dal-Sik bergaduh malam semalam?)" soal Park Ae-ri.
"Mueos? Igeos-e daehae eotteohge al-assseubnikka? (Apa? Macam mana kau boleh tahu pasal ni?)"
"Naneun daleun salamdeullobuteo deul-eossda. Gang ssido ssaum jung-e geogie issseubnida. (Aku dengar daripada orang lain. Encik Kang pun ada sekali masa dia orang gaduh.)" jawab Park Ae-ri.
"Aeli, geudeul-i mueos ttaemun-e ssauneunji al-a? (Ae-ri, kau tahu ke dia orang gaduh pasal apa?)"
"Geugeos-i gajang joh-eun bubun-ibnida. Geudeul-eun hanileul dugo ssaunda. (Itu part paling best. Dia orang gaduh pasal Hani.)"
"Hani?! Sae uisa hani mal-ingayo? (Hani? Maksud awak Hani, doktor baru tu?)" Park Ae-ri mengangguk laju.
"Dalsig-eun mia-ege geulaessdeon geoscheoleom haniege dagagalyeoneun gangsuege hwaleul naenda. (Dal-Sik marah bila Kang-soo nak rapat dengan Hani macam mana dia buat kat Mia dulu.)" terang Park Ae-ri bersungguh-sungguh.
Siapa Mia ni sebenarnya? Dia orang yang sama ke yang pernah duduk kat kuaters aku sebelum ni?
Tiba-tiba, deringan telefon bimbitnya berbunyi. Hani segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket dan mematikan talian.
Park Ae-ri dan Yeo Joo-da terkejut dengan bunyi deringan telefon bimbit itu.
"Nuguya? Geunyeoneun uliga malhan modeun geos-eul deul-eossseubnikka? (Siapa tu? Dia dengar ke semua apa yang kita cakap?)" soal Yeo Joo-da, separuh berbisik.
"Moleugessseubnida. Geunyeoga deudji anhgileul balabnida. (Aku tak tahu. Aku harap dia tak dengarlah.)" jawab Park Ae-ri, separuh berbisik.
Hani cuak dan cemas di dalam itu. Dia tidak boleh melarikan diri lagi.
Apa aku nak buat ni? Mati aku kalau dua orang tahu aku dengar semuanya.
Park Ae-ri dan Yeo Joo-da mahu mendekati pintu itu. Belum sempat kaki melangkah, notifikasi dari telefon bimbit mereka berbunyi.
"Bisang! Gaja, juda! (Kecemasan! Jom, Joo-da!)" Merek berlari keluar dari tandas itu. Hani menghela nafas lega.
"Hampir-hampir aku kena tangkap."
Hani keluar dari tandas. Dia juga mengatur langkah menuju ke wad kecemasan.
**********
HABIS KELAS, Johan mahu pulang ke rumah. Dia berjalan ke tempat parkir motorsikal. Dia menyarungkan topi keledar ke kepalanya dan naik ke atas motorsikal. Enjin motorsikal dihidupkan dan bersedia untuk bergerak.
Tiba-tiba, ada seseorang memanggilnya. Dia berpaling ke belakang. Kamal sedang berlari ke arahnya.
"Jo! Kau... kena balik... sekarang!" ujar Kamal, tercungap-cungap.
"Mal, kau pahal ni? Kau kena kejar dengan along ke?" Kamal menggeleng laju.
"Johan! Kau kena balik sekarang! Kakak kau dalam bahaya!"
"Hah?! Apahal dengan dia? Kau bagitahu apa dah jadi!" soal Johan dengan nada cemas.
"Pak cik kau! Dia dah keluar penjara! Kau kena balik rumah sebelum pak cik kau sampai!"
Tanpa berlengah lagi, Johan membawa motorsikal laju meninggalkan perkarangan kampus.
Dalam masa yang sama, Erina sedang memasak di dapur. Bunyi deringan telefon bimbitnya tidak dapat didengari kerana ianya berada di ruang tamu.
Tiba-tiba, ada seseorang membuka pintu rumah. Dia masuk ke dalam rumah itu dan melihat sekeliling rumah itu.
"Hahaha... akhirnya aku dapat juga jejak rumah ni." ujar lelaki itu. Dia agak berumur.
Lelaki itu mendengar bunyi bising di dapur menandakan orang sedang memasak. Dia menjenguk ke dapur.
"Wow!" bisiknya.
Lelaki itu memandang Erina dari atas hingga bawah dengan penuh keghairahan. Dia berjalan menghampiri Erina.
Tanpa disangka, tubuh Erina dipeluk dari arah belakang. Erina terkejut dan mahu melepaskan pelukan itu tetapi lelaki itu makin kejap memeluknya.
"Hei, kau siapa?! Lepaskan aku!" jerit Erina sambil meronta-ronta minta dilepaskan.
"Jangan melawan, Erina! Aku dah lama tunggu nak makan kau!" ujar lelaki itu.
Suara tu... Pak Ngah!
Erina terus memijak kaki lelaki itu yang memaksa lelaki itu melepaskan pelukan itu.
"Dasar manusia bertopengkan setan! Kau memang lelaki keji!" jerkah Erina. Dia cuba melarikan diri tetapi lelaki itu segera menarik lengan Erina.
"Eee! Lepaskan tangan akulah, setan!"
"Diam!" Lelaki itu terus menampar kuat pipi Erina sehingga dia jatuh pengsan ke atas lantai.
Lelaki itu ketawa besar. Dia tersenyum lebar.
"Aku takkan lepaskan kau, Erina. Aku akan ratah kau cukup-cukup!"
**********
DI kafe hospital, Dzarin memberitahu segala-galanya kepada Sarah. Hanya satu perkara sahaja yang dia tidak beritahu kepadanya.
"Erm... Dzarin... saya bukan tak nak pujuk Hani tapi saya tahu Hani tu macam mana. Dia tak suka orang paksa-paksa dia." ujar Sarah.
"Sarah, awak aje yang boleh tolong saya. Saya betul-betul cintakan Hani." rayu Dzarin.
Sarah menjadi serba salah pula terhadap Dzarin. Dia nampak keikhlasannya tapi dia juga tidak boleh mempetaruhkan persahabatannya dengan Hani.
"Sarah, saya tahu benda ni susah untuk awak buat. Tapi... saya sanggup merayu dan melutut kat awak." Dzarin mahu bangun dan Sarah cepat-cepat menghalangnya.
"Dzarin, jangan! Saya tolong awak."
Dzarin tersenyum lebar. Rancangannya berjaya.
"Betul ke ni, Sarah?"
"Ya... tapi saya perlukan masa. Sampai saya dapat pujuk Hani, saya minta awak jangan cari saya kat hospital."
"Okey, boleh! Saya janji. Terima kasih, Sarah." Sarah mengangguk dan tersenyum nipis.
Yes! Dia masuk juga perangkap aku. Lepas ni... aku akan dapatkan Hani dan dapat tunaikan hasrat Dani.
Maaf ya semua lmbt published sbb faktor kesihatan. Harap you guys enjoy this chapter.
Share this novel