JAK 6

Drama Series 25089

PELAMIN sedang dihias bertemakan bunga-bungaan. Hani memilih bunga tulip merah kerana ia melambangkan kebesaran cinta. Begitulah besarnya cintanya pada Daniel.

Sebanyak 7 dulang hantaran disediakan bagi pihak perempuan. Antara hantaran yang dipilih oleh pihak perempuan untuk pihak lelaki ialah hantaran jam tangan dan set minyak wangi.

Meriah dan penuh ruang tamu itu dengan saudara mara. Semua hadir untuk membantu menyiapkan persiapan perkahwinan Hani dan Daniel.

Hani sibuk mengubah bunga. Safiah tiba-tiba berlari-lari anak ke arahnya.

"Hani!" panggil Safiah dengan nada cemas

Hani terpinga-pinga memandang Safiah. "Kenapa ni, ibu?" soal Hani.

"Hani! Daniel accident!" ujar Safiah.

Jantung Hani seolah-olah terhenti apabila mendengar perkhabaran itu. Tanpa berfikir apa-apa, Hani terus berlari keluar dari rumah. Habis bertaburan bunga-bunga di atas lantai.

"Hani, nak pergi mana tu?!"

Halim yang menyaksikan kejadian itu terus mendekati Safiah yang sedang cemas itu.

"Kenapa ni, Piah?"

"Saya bagitahu kat Hani yang Daniel accident. Lepastu, dia terus berlari keluar. Saya risaulah, bang!"

"Tak apa... mari kita ikut dia."

"Baik, bang."

Safiah sempat berpesan kepada adiknya, Salimah untuk menjaga rumah sementara dia pergi mencari Hani.

**********

SUDAH hampir 10 jam Dahlia dan Jalil menunggu di luar wad kecemasan. Doktor masih tidak keluar dari wad kecemasan itu.

Dahlia gelisah di tempat duduk. Pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada anaknya bermain di fikirannya.

"Ya Allah, selamatkan anak aku daripada segala bahaya." rintih Dahlia.

DERINGAN telefon bimbitnya sudah beberapa kali berbunyi. Dahlia tidak sedar kerana dia sedang memasak di dapur.

Selesai masak, Dahlia naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Dia mahu menyegarkan diri. Sekali lagi, deringan telefon bimbitnya berbunyi.

"Siapa pulak call ni?"

Dahlia mencapai telefon bimbitnya di atas katil. Dia melihat nama pemanggil. Nombor tidak dikenali. Pada mulanya, dia tidak mahu angkat tetapi dia melihat missed call yang banyak.

"Banyak betul missed call? Urgent kot."

Dahlia terus menjawab panggilan itu.

"Hello? Siapa ni?" sapa Dahlia.

"Hello, aunty! Finally!" ujar Fahim penuh kelegaan.

"Aunty kenal kamu ke?"

"Ini Fahim, aunty. Saya nak sampaikan berita buruk kat aunty."

"Berita buruk? Ada apa-apa jadi pada Daniel ke?" soal Fahim dengan nada cemas.

"Ya, aunty... Daniel accident waktu dia nak balik hotel." jawab Fahim.

"Allahu Akbar! Da-Dan-Dani kat mana sekarang?"

"Daniel kat KPJ Johor Specialist Hospital. Dia baru aje jalankan pembedahan."

"Terima kasih, Fahim. Aunty dengan uncle pergi sana sekarang. Inform aunty perkembangan semasa, ya?"

"Okey aunty, Insya-Allah."

LAMUNAN Dahlia terhenti apabila mendengar pintu wad dikuak dari dalam. Doktor muncul di muka pintu. Dahlia dan Jalil terus menghampiri doktor itu untuk mengetahui keadaan Daniel.

"Macam mana anak saya, doktor?" soal Dahlia, menanti jawapan.

"Saya harap Puan dan Encik dapat bersabar. Anak Puan dan Encik dalam keadaan kritikal. Dia hanya bergantung pada alat penafasan." terang doktor itu.

"Maksud doktor... anak saya akan mati?"

"Lia... jangan cakap macam tu! Anak kita takkan apa-apa."

"Puan dan Encik banyakkan berdoa supaya dia kembali stabil." ujar doktor itu dan pergi dari situ.

"Abang, apa salah anak kita?! Kenapa Allah perlu ambil Dani dari kita?!"

"Lia, bawa mengucap. Semua ni sudah ketentuan dari-Nya. Kita cuma hamba, Lia. Lagipun, Dani tu cuma amanah sementara kepada kita."

Dahlia menangis teresak-esak di dalam pelukan Jalil. Jalil mengusap-usap lembut belakang Dahlia untuk menenangkannya.

**********

HANI memandu kereta pergi ke Johor sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang pakaian. Sampai di sana, dia akan menghubungi Dahlia dan Jalil untuk bertanya tentang keberadaan Daniel.

Sepanjang perjalanan, Hani hanya menangis. Dia menyalahkan dirinya yang menjadi punca Daniel kemalangan.

"Dani takkan kemalangan kalau aku ikut cakap ibu supaya tak jumpa dengan Dani. Aku punca semua ni!"

Tak dapat dia bayangkan jika Daniel pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dia takkan mampu melepaskan Daniel begitu sahaja.

"Dani, maafkan saya! Saya janji kalau awak dah sihat nanti... saya takkan jumpa awak sampai kita kahwin."

"Ya Allah, kenapa berat sangat ujian yang Kau beri padaku? Aku terlalu cintakan Dani. Kau selamatkanlah dia, Ya Allah!"

Tiba-tiba, Hani berasa pening. Matanya kabur dan tidak dapat melihat jalan dengan jelas.

"Ya Allah, kenapa ni?"

Hani sedaya upaya memandang jalan tetapi semakin lama semakin kabur pandangannya. Kereta-kereta dibelakangnya mula menekan hon.

Hani sudah tidak tahan lagi. Dia tidak boleh memandu dalam keadaan begini. Dia menekan brek kecemasan. Hampir saja kereta belakang menghentam bontot keretanya.

"Ya Allah, sakitnya!" Hani memicit kuat kepalanya yang seperti mahu pecah itu.

Hani dapat mendengar bunyi ketukan tingkap keretanya dari luar. Namun, dia dalam kesakitan. Perlahan-lahan, matanya tertutup rapat dan tidak sedarkan diri.

Dalam masa yang sama, di celah-celahan orang ramai, dia memerhatikan Hani. Dia menggenggam buku lima. Menahan amarah.

**********

LULUH hati seorang ibu apabila melihat anaknya terlantar di atas katil. Menitis air mata mengenangkan nasib anaknya itu.

Dzarin baru sampai di hospital. Dia terus mengatur langkah menuju ke bilik wad. Dia masuk ke dalam bilik wad.

"Umi?" panggil Dzarin. Dahlia menoleh ke sisi. Dia terus memeluk erat tubuh anak sulungnya itu.

"Zar, Dani... Zar!"

"Sabar umi. Zar ada... Zar takkan tinggalkan umi."

Dahlia meleraikan pelukannya. Dia memegang lembut pipi Dzarin.

"Zar kena buat sesuatu. Umi tak sanggup tengok Dani macam tu!" Dahlia menangis pilu. Dzarin turut mengalirkan air mata.

"Sabar, umi. Umi kena kuat untuk Dani. Dia perlukan sokongan daripada kita semua." pujuk Dzarin.

Halim muncul seketika kemudian. Dia menghampiri anak dan isterinya.

"Zar..." panggil Halim. Dzarin menyalami abahnya.

"Abah, macam mana Dani boleh accident? Kenapa Dani naik motor?" soal Dzarin.

"Kita cerita kat luar. Biar umi kamu temankan Dani kat sini." Dzarin mengangguk.

"Umi... Zar dengan abah tunggu kat luar kejap, ya? Umi duduk dulu." Dzarin memimpin Dahlia ke tempat duduk.

Setelah itu, Halim dan Dzarin keluar dari bilik wad. Mereka duduk di kerusi di luar bilik wad.

"Fahim cerita yang malam tu kereta Dani habis bateri. Nasib baik Fahim lalu situ. Dialah bagi pinjam pakai motor dia."

"Oh... habistu, pemandu kereta tu dah kena tangkap?"

Halim mengeluh hampa, "Belum lagi, Zar. Tapi polis masih siasat tentang kes ni."

"Eee... kalau Zar tahu siapa pemilik kereta tu... memang pecah muka dia Zar kerjakan."

"Sabar, Zar! Biar polis yang uruskan. Kita doakan saja supaya Daniel cepat sembuh."

"Erm... Abah! Hani tahu ke pasal ni?"

"Tahu... abah dah call mak Hani. Mesti dia orang dah gerak ke sini."

"Hmm... macam manalah Hani nak terima semua ni? Hani tu cinta mati kat Dani."

"Insya-Allah, Hani kuat hadapi semua ni. Abah pun kesian kat Hani tu. Tinggal beberapa hari saja lagi dia orang nak nikah."

"Tulah, bah... dah lama dia orang tunggu. Persiapan kahwin pun dah nak siap. Tapi lain pula jadinya. "

**********

GAMBAR Daniel ditampal di papan tanda. Dia membuat simbol pangkah di gambar itu. Dia tersenyum sinis.

"Kau akan mati, Daniel. Kau memang layak mati."

Kemudian, dia beralih kepada gambar-gambar Hani yang ditampal di papan tanda yang sama.

"Hani ku sayang... awak tunggu saya tau. Saya akan ambil awak semula."

Dia berjalan ke arah meja. Dia mengambil sebuah fail yang di dalamnya tertulis segala rancangannya. Dia tersenyum penuh makna.

"Sekejap saja lagi, sayang."

Dia ketawa besar. Menanti hari itu tiba.

**********

SAFIAH setia menunggu di sebelah Hani sehingga Hani sedar dari pengsan. Dia amat terkejut apabila mendapat tahu Hani dimasukkan ke hospital. Untung saja, tiada apa yang serius.

Tiba-tiba, Safiah terdengar suara Hani memanggil nama Daniel. Dia bangun dan memeriksa keadaan anaknya.

"Hani, sayang..." panggil Safiah.

Perlahan-lahan, Hani membuka matanya. Dalam samar-samar, dia dapat melihat wajah Safiah sedang memandangnya.

"Ibu?"

"Ya, sayang... ini ibu." Safiah menangis kegembiraan.

"Apa jadi kat Hani? Macam mana Hani boleh ada kat sini?"

"Hani pengsan... ada orang yang call ambulans masa kejadian."

"Ibu... kita dah sampai Johor ke?" Safiah mengangguk.

Hani terus bangkit dari pembaringan. Meskipun kepalanya masih sakit, dia tetap berkeras mahu berjumpa dengan Daniel.

"Hani nak jumpa dengan Dani. Bawa Hani jumpa Dani."

"Hani tak sihat lagi. Hani rehat dulu ya, sayang?" halang Safiah.

"Tak, bu! Dani tengah sakit! Dia perlukan Hani. Hani kena jumpa dia." bantah Hani.

"Ibu tahu tapi kalau Hani sakit macam mana nak jaga Dani nanti?"

"Tapi Dani perlukan Hani. Hani kena..." Hani menangis teresak-esak. Safiah terus memeluk erat tubuh anaknya.

"Ini semua salah Hani, bu. Hani degil nak jumpa Dani. Hani punca semua ni."

"Dah, Hani. Ini semua ujian, sayang. Hani kena kuat. Jangan salahkan diri sendiri." pujuk Safiah.

Akhirnya, Hani tenang di dalam pelukan Safiah. Kemudian, Safiah memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Hani.

Selesai pemeriksaan terhadap Hani, doktor datang menghampiri Safiah dan Halim.

"Puan dan Encik tak perlu risau. Hani dalam keadaan baik-baik saja. Dia cuma perlu berehat untuk kembali kuat." jelas doktor itu.

"Baik, doktor. Terima kasih." ucap Halim.

Safiah mahu masuk ke dalam bilik wad tetapi Halim menghalangnya. Safiah mengerutkan dahinya.

"Kenapa halang saya, bang?"

"Bagi Hani ruang. Kita pantau dari luar aje. Hmm?"

"Baiklah, bang..."

Safiah memerhatikan Hani melalui dinding lutsinar yang memisahkan antara bilik wad itu dengan tempat dia berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience