JAK 33

Drama Series 25089

KAKI melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu mahu ditutup tapi ada seseorang menahannya. Johan menjenguk ke luar rumah. Dia agak terkejut melihat Dzarin di luar rumahnya.

"Hai, Johan!" sapa Dzarin.

"Kau buat apa kat sini?" Johan tidak membalas sapaan Dzarin malah bertanya kembali.

"Saja. Dah lama tak jumpa kau." jawab Dzarin.

"Kau nak apa, Zar? Tak perlu nak pura-pura depan aku. Kau mesti datang ada muslihat, kan?" ujar Johan.

Dzarin ketawa kecil lalu berkata, "Bijak rupanya kau ni, kan? Yes... you're right."

Tanpa dijemput, Dzarin melangkah masuk ke dalam rumah Johan. Tidak sempat dia mahu menghalang Dzarin.

Dzarin menghenyakkan punggung di atas sofa sambil menyilangkan kaki. Johan segera menghampirinya.

"Hei, kau baliklah! Aku tak ada urusan apa-apa dengan kau! Berambus!" bentak Johan.

"Siapa kata kau tak ada urusan dengan aku? Kakak kau... dia jadikan kau sebagai taruhan."

"Sudahlah, Zar! Aku takkan percaya cakap kau. Kakak aku memang ada buat salah tapi kau yang hasut dia. Kau ingat aku tak tahu?"

Dzarin ketawa, "Banyak rupanya rahsia aku yang kau tahu. So... aku anggap kau dah tahulah belang sebenar aku?"

"Kau punca segala-galanya. Adik kau mati sebab kau! Kau yang nak dia mati tapi kau jadikan kakak aku kambing hitam!" Makin kuat tawa Dzarin.

"Sekarang kau boleh nampak yang aku boleh hapuskan sesiapa aje yang menghalang laluan aku. Termasuklah kau, Johan."

"Aku tak takutlah dengan gertakan kau tu. For your information... aku sanggup korban nyawa aku untuk kakak aku."

"Bagus! Memang itu yang aku nak."

Dzarin bangkit dari sofa dan mendekati Johan. Dia berdiri di hadapan Johan. Wajahnya didekatkan.

"Kakak kau ingat aku tak berani nak buat apa-apa kat kau. It's okay! Aku boleh buktikan."

"Apa maksud kau, hah?!"

"Rancangan aku akan berjaya. Melihat kesengsaraan kau... kakak kau pasti akan setuju."

"Kau nak buat apa? Nak pukul aku? Bunuh aku?"

"Yes and no."

Dzarin terus mengeluarkan pisau lipat dari dalam kocek seluarnya dan menikam perut Johan. Johan rebah ke atas lantai sambil menahan sakit.

**********

PUSAT BELI BELAH adalah tempat yang paling sesuai untuk hilangkan stres. Sama seperti orang lain juga, Hani turut menghabiskan masa di pusat beli belah. Namun, barang yang dibeli tidaklah banyak mana.

Penat berjalan, tekak Hani berasa haus. Perutnya juga sudah berkeroncong kerana lapar. Terdapat sebuah kefe tidak jauh di hadapannya. Dia singgah makan dahulu sebelum pulang ke rumah.

Hani disambut mesra oleh seorang pekerja di kafe itu. Pekerja itu membawa Hani ke meja yang kosong. Hani hanya memesan spaghetti carbonara dan coffee latte.

Sementara menunggu makanan sampai, Hani melayan sosial media. Sedang leka, ada seseorang datang berdiri di tepi meja. Hani menoleh ke sisi.

"Hai, Hani." sapa Naufal sambil mengukir senyuman manis.

Hani terus berpaling dan bertanya, "Awak buat apa kat sini? Kalau awak nak explain pasal tu... saya tak nak dengar."

Naufal dengan selambanya menarik kerusi di hadapan dan duduk di atasnya. Hani terkejut dan memandang Naufal sambil mengecilkan matanya.

"Saya tak kira. Awak nak dengar ke tak... saya tetap akan explain kat awak."

"Naufal, saya dah kata..."

"Nama dia Melissa. Dia sepupu saya. Dia memang sukakan saya sejak zaman sekolah lagi."

"So?" Hani sengaja berpura-pura bertanya.

"Hani, percayalah saya. Saya memang tak ada perasaan apa-apa pun kat dia. Dalam hati saya cuma ada awak."

Hani menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada. Dia berkata dengan sinis, "Saya dah banyak kali dengar alasan tu daripada lelaki. Sebenarnya... ada maksud tersirat."

"Demi Allah, Hani! Saya tak tipu!"

"Awak tak perlu nak pujuk saya guna nama Allah bagai. Nanti awak juga menyesal."

Tiba-tiba, Naufal baru perasan sesuatu. Dia tersenyum memandang Hani. Hani terus berkerut.

"Apa?"

"Awak cemburu, kan?"

Membulat biji mata Hani. Dia segera menggeleng.

"Mana adalah! Suka hati jer."

"Habistu awak beria-ria marah kat saya. Bukan sebab awak cemburu?"

"No! Jangan nak perasan!"

"Okey, tak nak mengaku tak apa. Jadi, awak tak kisah lah kalau saya kata nak kahwin dengan awak, kan?"

Semerta, mulut Hani terkunci rapat. Lidah menjadi kelu. Debaran di dada usah ditanya lagi, ianya berdegup dengan kencang.

Naufal ketawa besar. "Saya dah agak! Awak memang cemburu."

"Tak kelakar langsung! Awak simpan jer joke awak tu."

"Correction! It's not a joke. I'm serious." Hani menggeleng. Tidak percaya.

"Ya, Hani... saya nak kahwin dengan awak. Dan saya takkan terima jawapan tidak daripada awak." kata Naufal dengan tegas.

"Aw-awak tak boleh paksa saya."

"Awak kena terima saya juga Hani. Awak tak boleh sorokkan lagi perasaan awak terhadap saya."

Hani menggeleng-geleng kepalanya. Dia terus bangkit dan berjalan laju keluar daripada kafe itu. Naufal juga segera mengejar Hani.

"Hani tunggu!" jerit Naufal. Dia menarik lengan Hani. Hani terus merentap lengannya daripada pegangan Naufal.

"Hani... look..."

"Awak, cukup!" Hani mengangkat sebelah tangannya.

"Sekarang awak pula dengar cakap saya. Saya mengaku awak lelaki yang baik. Tapi saya tak cintakan awak!"

Pap! Seolah-olah satu tamparan hinggap tepat ke pipinya. Sakit dan perit. Pengkuan Hani itu amat menyakitkan hati dan perasannya.

"Awak kena terima kenyataan yang saya hanya cintakan arwah Dani. Takkan ada ruang dalam hati saya untuk lelaki lain." ujar Hani dan terus berlalu pergi.

Naufal berdiri kaku. Dia hanya memandang kepergian Hani. Lebih memeritkan tatkala Hani langsung tidak menoleh ke belakang.

**********

BERITA tentang banduan melarikan diri daripada penjara telah tersebar dengan begitu pantas. Hani turut mengetahui tentang perkara itu. Hani terus datang berjumpa dengan Dzarin.

Pintu rumah Dzarin diketuk bertalu-talu. Dzarin sudah tahu Hani akan datang ke sini. Dia berjalan santai ke ruang tamu dan membuka pintu.

"Helo, my sweet Hani." sapa Dzarin lalu mengenyitkan mata kepada Hani.

"Kau punca Erina lari, kan?" soal Hani bercampur amarah.

"Ops! Dia dah tahulah!" Dzarin berpura-pura terkejut. Hani sungguh meluat dengan reaksi yang dipamerkan oleh Dzarin itu.

"Hei! Aku tahulah semuanya. Kau yang tikam Johan, kan?"

"Yes! Memang aku yang tikam dia. Aku nak buat macam mana kalau kakak dia tak nak percayakan aku."

"Johan tak bersalah! Apsal kau kejam sangat?!"

"Aku kejam sebab kau tak nak terima aku. Kau tak boleh salahkan aku sorang, Hani."

"Kau nak sangat kahwin dengan aku, kan? Okey!"

Hani membuka zip beg tangannya. Dia mengeluarkan kotak cincin yang pernah diberikan oleh Dzarin kepadanya.

"Kau ingat lagi kotak cincin ni, kan? Kau yang bagi kat aku. Aku akan pakai sekarang."

Dzarin terus tersenyum gembira. Dia tidak sabar mahu melihat cincin itu tersarung di jari manis Hani.

"Tapi aku nak buat perjanjian dengan kau."

"Hah? Perjanjian apa?"

"Kalau aku kahwin dengan kau... aku nak kau pindahkan semua harta kau pada aku. Termasuklah syarikat pak cik Jalil."

"Kau gila harta juga, kan?"

"Aku memang macam ni dari dulu. Kau setuju ke tak?"

Dzarin melangkah setapak ke hadapan. Dia menundukkan badannya agar selaras dengan ketinggian Hani.

"You're so cute, you know that? But I'm sorry... aku takkan termakan dengan umpan kau."

Dzarin berdiri tegak dan berpusing ke belakang. Dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar.

"Kau takkan dapat harta dan kau akan kahwin dengan aku, Hani."

"Kau tak boleh buat macam tu. Kalau betul kau nak aku."

Dzarin berpusing ke belakang semula. Dia berjalan mendekati Hani.

"Aku tak sebodoh dan selemah yang kau sangka, Hani. You'll be mine soon."

Dzarin menutup pintu rumah. Hani terpinga-pinga seketika. Dia menggenggam buku lima.

**********

PAGI-PAGI lagi Naufal pergi berjoging di taman berdekatan rumahnya. Dia mahu menenangkan fikirannya daripada memikirkan soal itu.

Penat berjoging, Naufal berehat seketika. Dia duduk memeluk tubuh di atas rumput. Pandangan dialihkan ke arah tasik di depan mata. Sangat tenang.

Hampir setengah jam Melissa mencari Naufal di taman itu tapi masih tidak dijumpai. Dia hampir putus asa. Tiba-tiba, dia ternampak Naufal di hujung sana.

"Abang Naufal? Yes... that's him!" ujar Melissa pada diri sendiri. Dia terus berlari-lari anak ke arah Naufal.

Ketenangan yang dicari tidak bertahan lama apabila Melissa muncul secara tiba-tiba.

"Abang Naufal! Sampai hati tak ajak Mel joging sekali." rajuk Melissa. Naufal tidak membalas apa-apa.

Melissa duduk bersila di sebelah Naufal. Naufal segera bergerak menjauhi Melissa.

"Kenapa abang lari dari Mel? Baru nak sweet-sweet."

"Mel nak apa ni?" soal Naufal, acuh tak acuh sahaja.

Melissa tersenyum lebar. "Mel nak abang. Eh! Mel nak ajak abang balik rumah. Aunty dah masak sarapan. Jom."

"Tak lapar." jawab Naufal, pendek.

"Ala... abang nak tipu pun agak-agaklah! Abang keluar joging tak makan apa-apa, kan?"

"Abang janganlah macam ni. Mel risaukan abang. Jomlah balik makan."

"Eee! Boleh diam tak?!" Naufal melenting geram.

Melissa tersentak apabila Naufal melenting begitu. Dia tidak pernah melihat Naufal semarah itu.

Naufal berasa bersalah pula pada Melissa. Jadi, dia segera meminta maaf kepadanya.

"Mel, I'm sorry. Abang tak ada niat nak marah Mel tapi abang perlukan ketenangan. Please leave me alone." pinta Naufal.

"Okey. I'm leaving." Melissa terus bangkit tapi Naufal memegang lengan Melissa.

"Kenapa pegang? Kata nak Mel pergi." perli Melissa.

"Duduk, please?"

Melissa duduk semula dengan wajah yang masam. Bibir sudah dimancungkan ke depan.

"Boleh abang share something?"

Lambat-lambat, Melissa menoleh ke arah Naufal. Dia tahu pasti ada sesuatu yang menganggi fikiran Naufal dengan hanya melihat wajah Naufal.

"I'm here."

"Apa yang Mel akan buat untuk abang?"

"Hmm?"

"You love me, right? But I don't love you back."

"Oh! Mel akan fight habis-habisan. Abang tolak lah cinta Mel banyak mana sekali pun... Mel takkan putus asa. Because... I really love you."

Ya! Itu adalah jawapan bagi persoalannya. Dia tidak harus berputus asa untuk mendapatkan cinta Hani. Dia perlu buktikan cintanya pada Hani.

Naufal memegang kedua-dua bahu Melissa. Dia tersenyum dan berkata, "Thank you so much."

Naufal terus bangkit dan berlalu pergi. Melissa terpinga-pinga memandang kepergian Naufal.

**********

SEBUAH rumah usang di hujung kampung, itulah tempat tinggalnya buat sementara waktu. Dia harus bersembunyi seperti yang diarahkan oleh Dzarin.

Pintu dikuak dari luar. Dzarin memandang sekeliling dulu sebelum masuk ke dalam rumah itu. Erina sedang duduk berpeluk tubuh di sudut rumah.

Dzarin berjalan mendekati Erina. Dia mencangkung di hadapan Erina. Dia tersenyum sinis. Plastik makanan dan air minuman diletakkan ke atas lantai.

"Makan tu! Kang mengadu cakap aku tak bagi makan pula." perli Dzarin. Dia berdiri semula dan bersandar ke dinding.

Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu makan langsung makanan yang datangnya daripada Dzarin. Namun, dia terlalu lapar.

"Sampai bila aku nak duduk sini?" soal Erina.

"Sampai aku suruh kau munculkan diri."

"Kau ingat aku ni kuli batak kau ke? Kalau bukan sebab adik aku... dah lama aku buat kau meringkuk dalam penjara."

"Erina... Erina... kau turunkan lah sikit ego kau tu. Dengar ajelah cakap aku."

"Kau tak jawab soalan aku lagi. Apa kau dapat bila aku larikan diri?"

"Hani. Aku dapat Hani."

"Pengecut!"

Dzarin terus menerpa ke arah Erina. "Kau apsal, hah?!"

"Kalau kau berani sangat... kau takkan hasut aku untuk bunuh adik kau sendiri!"

Pipi Erina terus ditampar dengan kuat. Mengalir halus darah di tepi bibirnya.

"Sial!" jerkah Erina sambil memegang pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience