JAK 31

Drama Series 25089

BIHUN GORENG di dalam pinggan tidak luak sama sekali. Jasadnya saja yang berada di situ tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

Entah apa yang Hani fikirkan. Agaknya dia masih marah aku lagi ke?

Tiba-tiba, ada seseorang memanggilnya. Dia sudah tahu siapakah gerangan itu, tidak lain dan tidak bukan sepupunya, Melissa. Dia juga yang datang menyerang di restoran tempoh hari.

"Naufal!" panggil Melissa dengan nada tinggi dan agak manja.

Melissa berjalan menghampiri Naufal. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di atasnya.

"Sampai hati tak kejut Mel! Tahulah abang Naufal tak suka Mel kat sini." rungut Melissa.

Haih... perempuan ni. Aku sumbat bihun ni dalam mulut kau, baru tahu.

Melissa perasan mulut Naufal terkumat-kamit. Pasti sedang mengutuk dirinya. Dia terus memukul lengan Naufal.

"Abang Naufal! Mel merajuklah macam ni. Asyik jumpa aje... abang mesti akan kutuk Mel." rajuk Melissa. Bibirnya sudah muncung sedepa.

Naufal mengeluh dan memujuk, "I'm sorry, okay? Abang belanja Mel dinner malam ni. I promise!" Naufal mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda ikrar.

Melissa tersenyum meleret. "Sweetlah abang Naufal ni... sebab tu Mel suka!"

Mahu termuntah Naufal mendengar kata pujian daripada Melissa itu. Meluat pun ada dengan aksi gedik Melissa.

Sejak zaman sekolah lagi Melissa mempunyai perasaan terhadapnya. Namun, Naufal hanya menganggapnya sebagai adik sahaja. Tidak mungkin lebih daripada itu.

Salah satu asbab dia berhijrah ke Korea kerana mahu mengelakkan diri daripada Melissa.

"Kita nak dinner kat mana?" soal Melissa dengan nada teruja.

"Ikutlah... abang ikut aje." jawab Naufal.

"Kalau macam tu... biar Mel yang booking. Abang Naufal relaks aje."

"So... soalan Mel semalam abang Naufal tak jawab lagi. Siapa perempuan tu?"

Naufal sedang minum air terus tersedak. Dia terus terbatuk-batuk. Ingatkan sudah lupa tentang itu.

"Kawan." jawab Naufal sepatah.

"Ye ke kawan? Macam girlfriend abang Naufal aje. Abang Naufal jangan macam-macam."

"Betul lah! Dahlah... abang dah kenyang. Abang naik atas dulu."

"Ala... temanlah Mel makan. Please..." Melissa mengedipkan matanya beberapa kali.

Eee...! Dia ingat comel ke? Meluat lagi adalah.

"Makan sesorang, ek? Abang naik atas dulu."

Sebelum Melissa membalas apa-apa, Naufal segera bangkit dan naik ke tingkat atas. Melissa berdecit.

"Hmm... agaknya betul ke perempuan tu kawan dia? Aku kena siasat ni." bisik Melissa pada diri sendiri.

**********

GAZEBO di luar rumah menjadi tempat Hani untuk bersantai dan menenangkan fikirannya. Setiap kali dia teringat kejadian tempoh hari, dia berasa tidak senang. Siapakah wanita itu?

Hani merengus kuat, "Eee... siapa dia sebenarnya? Kalau tu girlfriend dia... takkan dia ngorat aku, kan?" soal Hani pada diri sendiri.

Safiah menjenguk ke luar rumah untuk mencari Hani. Dia berasa lega melihat Hani sedang duduk di gazebo. Dia terus memanggil Hani.

"Hani!" panggil Safiah di muka pintu.

Dengar sahaja suara ibunya memanggil, Hani segera menoleh ke arah Safiah.

"Ya, bu! Kenapa?!" soal Hani.

"Mari masuk! Makan!" jawab Safiah.

"Okey! Nanti Hani masuk!"

Safiah mengangguk dan masuk ke dalam rumah semula. Hani juga turut bangkit dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Halim dan Safiah sudah berada di meja makan. Bersedia untuk menjamu selera. Hani duduk menyertai mereka berdua.

Di atas meja, terhidang pelbagai lauk pauk. Aromanya pun sudah menyengat apatah lagi rasanya. Walaupun sudah ditegah, Safiah tetap mahu memasaknya. Kesihatan Safiah tidak menentu. Sakitnya boleh datang pada bila-bila masa saja.

"Wah...! Dah lama tak makan masakan ibu." ujar Hani.

Safiah tersenyum manis dan berkata, "Ibu tahu Hani mesti rindu masakan ibu. Dah... makan banyak sikit." Safiah mencedokkan nasi dan diletakkan ke dalam pinggan Hani.

"Terima kasih, bu." ucap Hani. Laju saja tangannya mencedok lauk ayam masak merah ke pinggannya.

Halim dan Safiah tertawa kecil melihat gelagat Hani. Hani makan dengan penuh berselera. Rindu masakan melayu.

"Hani... ibu dan ayah nak tanya sikit." ujar Safiah. Hani sekadar mengangguk. Mulutnya tidak berhenti mengunyah.

"Siapa Naufal?" soal Safiah.

Hani terus tersedak apabila nama Naufal diseru. Hani segera mencapai air di hadapannya dan meminumnya.

"Kamu okey tak, Hani?" soal Halim pula.

Hani mengangguk laju. "Okey, yah. Ke-kenapa tiba-tiba tanya pasal tu?" soal Hani.

"Hari tu kan waktu kamu bergaduh dengan Dzarin... kamu ada sebut nama Naufal. Jadi... ayah dan ibu nak tahulah siapa yang kamu maksudkan tu." jawab Halim.

"Oh... dia... kawan! Sama tempat kerja. Hah..."

"Kamu rapat ke dengan dia?"

"Rapatlah juga."

"Tapi kalau kamu berdua ada apa-apa... kamu terus terang ajelah."

"Mana ada! Maksud Hani... kita orang tak ada apa-apa hubungan pun. Kawan jer."

Halim dan Safiah saling berpandangan. Mereka tahu Hani ada sembunyikan sesuatu daripada mereka. Namun, mereka membiarkan sahaja. Biar Hani sendiri yang berterus terang.

"Jadi... kerja kat sana okey? Bila kamu nak balik ke sana semula?" soal Halim.

"Erm... okey jer yah. Seronok. Entahlah... Hani pun tak pasti lagi nak balik sana semula ke tak."

"La... kenapa pula macam tu? Inikan impian kamu."

"Nanti Hani fikirkan. Lebam ayah dah okey ke?"

"Dah surut, Alhamdulillah." Hani sekadar tersenyum nipis.

Bukan dia tak mahu pulang ke sana semula tapi dia risaukan kesihatan Safiah. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Safiah ketika waktu sukar ini.

**********

TIDAK lena tidurnya apabila memikirkan kata-kata Dzarin itu. Kejap-kejap dia berpusing ke kiri. Kejap-kejap dia berpusing ke kanan. Kejap-kejap dia meniarap. Akhirnya, dia bangkit dari pembaringan.

Dia bersandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Keluhan panjang dilepaskan.

"Haih... apa sebenarnya rancangan kau, Zar?" soal Erina sendirian, berbisik.

"KAU gila ke apa?! Memang taklah aku nak ikut cakap kau! Aku masih waras lagi!" bentak Erina.

Dia akui bahawa tiada siapa di dunia ini termasuklah dirinya sendiri mahu hidup di dalam penjara. Melarikan diri bukanlah jalan yang terbaik. Tidak mahu dia menjadi pelarian seumur hidupnya.

"Dengarlah dulu apa plan aku. Janganlah melenting dulu."

"No! Aku tak nak ikut cakap kau. Aku pun tak peduli dengan plan kau ni."

Erina mahu bangkit tapi kata-kata Dzarin itu telah membantutkan perbuatannya itu.

"Kau nak tengok Pak Ngah kau meringkuk dalam penjara, kan?" soal Dzarin. Dia tersenyum sinis.

Dzarin sudah mengagak bahawa Erina akan menolak dan dia mempunyai cara untuk membuat Erina bersetuju.

"Apa maksud kau, hah?!"

"Kau tarik balik report tu sebab dia ugut kau, kan? Kau tak mampu nak lawan orang tua tu. Tapi aku boleh jamin dia akan meringkuk dalam penjara. Dengan syarat... kau ikut plan aku." Dzarin menjongketkan sebelah keningnya.

"Kau saja, kan? Tak... aku tak AKAN ikut plan kau."

"Well... apa nasib adik kau agaknya, kan?"

"Hey! Kau jangan berani-berani nak sentuh adik aku!"

That's it! Itulah kelemahan kau, Erina. Johan.

"Kau KENA ikut plan aku, Erina. Nyawa adik kau dalam genggaman aku."

ERINA meraup wajahnya. Dia memegang kepalanya yang sedang serabut itu. Nampaknya dia sudah tidak ada pilihan lagi. Demi nyawa Johan, dia harus mengikuti rancangan Dzarin itu.

"Dzarin... kali ni kau menang. Tapi aku takkan berdiam diri. Aku akan pastikan kau dapat balasan kau." janji Erina pada diri sendiri.

Dzarin akan melawatnya esok. Dia menunggu jawapan daripadanya. Dan dia akan memberi jawapan yang pastinya akan mengembirakan Dzarin.

**********

MELIHAT kemesraan Dr. Amir dan Sarah telah membangkitkan rasa cemburu dan amarah Zikri. Bagaimana Sarah boleh bahagia bersama orang lain sedangkan dia terseksa? Memang tidak adil untuknya.

Hari ini Zikri akan melaksanakan rancangannya untuk memisahkan mereka berdua. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak melihat penderitaan Sarah.

Malam ini, Dr. Amir mengajak Sarah untuk makan malam bersama ibu bapanya di rumahnya. Inilah saat paling sesuai untuk dia laksanakan rancangannya.

Di hujung jalan, Zikri memberhentikan kereta. Dia memerhatikan mereka berdua. Ibu bapa Dr. Amir menyambut mereka di pagar rumah.

"Assalamualaikum, aunty... uncle." ucap Sarah. Dia menyalami tangan Hayati a.k.a mama kepada Dr. Amir.

"Waalaikumsalam, cantik orangnya." balas Hayati. Pipi Sarah sudah bertukar kemerah-merahan, menahan malu apabila dipuji begitu.

"Eh, dahlah! Apa bersembang kat luar? Jom, masuk!" ujar Khalid a.k.a papa kepada Dr. Amir.

Sebaik mereka masuk ke dalam rumah, Zikri turut keluar dari perut kereta. Dia berjalan mendekati rumah Dr. Amir. Dia mengintai di sebalik pokok besar.

"Jumpa bakal mertua rupanya. Bahagia kau sekarang kan Sarah?" bisik Zikri sendirian.

Zikri terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor seseorang. Tidak sampai sesaat, panggilan dijawab.

"Helo! Kau dah ready belum?" soal Zikri.

"Da-dah bos! Gerak sekarang ke bos?" balas seorang lelaki. Garau suaranya.

"Sabar dulu! Tunggu arahan aku!"

"Okey, bos!"

"Kau get ready jer. Kejap lagi aku call kau balik."

"Baik, bos!" Talian dimatikan serta-merta.

Senyum sinis terukir di bibirnya.

Dah tiba saatnya untuk aku tengok kau jatuh tersungkur, Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience