KEPALA dilitupi dengan selendang ditambah pula dengan kaca mata hitam. Memang wajahnya tidak dapat dikenali. Erina berjalan masuk ke dalam hotel. Erina mengatur langkah menuju ke kaunter pertanyaan.
"Hello, saya ada booking untuk 3 hari." ujar Erina kepada penyambut tetamu itu.
"Hello, boleh saya tahu nama Cik?" soal penyambut tetamu itu.
"It's Erina." jawab Erina sambil mengedarkan pandangan ke sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa yang dia kenali berada di sini.
"Baik, Cik... bilik Cik nombor 56. Ini kuncinya. Terima kasih kerana memilih hotel kami." Kunci diberikan kepada Erina. Dia mengambilnya dan terus beredar dari situ.
Erina menggunakan lif untuk naik ke biliknya di tingkat 2. Biliknya terletak di tengah-tengah. Dia masuk ke dalam biliknya.
Bilik itu agak kecil tetapi dia hanya tinggal untuk beberapa hari. Selesai sahaja urusannya di sini, dia akan pergi ke luar negara. Dia akan selamat di sana.
Dia menghenyakkan punggung ke atas tilam.
"Okey, Erina... kau selamat kat sini." pujuk Erina pada diri sendiri.
Erina mengeluarkan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya. Dia mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian, panggilan dijawab.
"Helo, Zack! Aku ni Erina."
"Oh, Erina? Kau dah check in hotel ke?"
"Dah... aku tunggu kau kat sini."
"Okey, barang-barang aku minta tu dah bawa?"
"Semua dah settle. Kau datang jelah sini. Kalau boleh aku nak belah cepat dari sini."
"Kau jangan risaulah, Erina. Tapi kau kena..."
"Aku tak kisah berapa pun kau nak... asalkan kau bawa aku keluar dari sini."
"Alright! See ya!" Talian dimatikan.
"Jo... kau ingat aku bodoh macam kau ke nak serah diri? No way! Aku akan lawan habis-habisan walaupun aku kena hidup merempat." Erina mengukir senyum sinis.
**********
WAD KECEMASAN kelihatan agak sibuk. Ada beberapa pesakit yang sedang diperiksa. Hani mencari-cari kelibat doktor lelaki itu tadi. Dia nampak doktor lelaki itu sedang memeriksa seorang pesakit di katil paling hujung.
"Hah, tu pun dia. Okey... calm down." Hani menarik nafas beberapa kali sebelum menapak menuju ke arah doktor lelaki itu.
"Jeo yeogi iss-eoyo, sunsagnim. (Saya dah sampai, doktor.)" ujar Hani sebaik berdiri di hujung katil.
Doktor lelaki itu tidak mengendahkannya. Dia sibuk memeriksa pesakit. Hani terpinga-pinga mahu melakukan apa.
Doktor lelaki itu perasan bahawa Hani hanya berdiri kaku. Dia terus memarahinya.
"Ya, mueos-eul gidaligo issni?! Hwanjaleul hwag-inhaleo gasibsio! (Kau tunggu apa lagi?! Pergilah periksa pesakit tu!)"
"Joh-ayo, jigeum hwag-inhagessseubnida. (Okey, saya periksa sekarang.)"
Hani terus berjalan menghampiri pesakit itu. Baru sahaja dia mahu bertanya kepada jururawat di situ, doktor lelaki itu menekingnya.
"Mwohaseyo?! Dwie issneun hwanjaleul hwag-inhaeya habnida! (Kau buat apa ni?! Kau kena periksa pesakit kat belakang!)
"Joesonghabnida!"
Hani kelam-kambut berpusing ke belakang untuk memeriksa pesakit itu.
"Jamkkanman-yo! (Tunggu!)" tegah satu suara. Hani tidak jadi memeriksa pesakit itu. Dia menoleh ke sisi.
Kelihatan seorang doktor lelaki berdiri dengan wajah yang serius. Hani menjadi gerun mahu memandang wajah itu.
"Sin sunsagnim!" Doktor lelaki itu terkejut dan terus menunduk hormat. Hani juga berbuat demikian.
Doktor itu memandang ke arah Hani dan berkata, "Jeoneun sin bagsaibnida. Jigeum nae samusil-eseo mannayo. (Saya Dr. Shin. Jumpa saya di pejabat sekarang.)" arah Dr. Shin.
"Mwo? Ne!" jawab Hani. Dia terus pergi dari situ.
Di luar wad kecemasan, Hani mengeluh panjang.
"Apalah nasib aku?! Hari pertama dah kena maki hamun!" rungut Hani.
"Hani!" panggil Jo Yoo-jeong sambil berjalan ke arahnya.
"Yoo-jeong."
"Neuj-eoseo mianhae. Jamkkanman... wae nae koteuleul ibgo iss-eo? (Sorry, saya lambat. Jap... kenapa awak pakai kot saya?)"
"O! Joesonghabnida."
Hani segera membuka kot itu dan memberikannya kepada Jo Yoo-jeong.
"Gwaenchanh-ayo. Dangsin-eun geuleulbogo sip-eo? (Tak apa. Awak nak jumpa dia ke?)"
"Ne."
"Al-ass-eo, jigeum tteonalgeoya. (Okeylah, saya gerak dulu.)" permisi Jo Yoo-jeong. Hani memberi tunduk hormat.
Hani mengambil bagasinya di kaunter pertanyaan dan terus pergi ke tingkat 2.
**********
PINTU BILIK Hani dibuka. Baru sehari Hani pergi meninggalkannya, dia sudah rasa rindu. Seolah-olah Hani pergi dan tidak akan kembali lagi.
Halim menaiki anak tangga dan terrnampak pintu bilik Hani terbuka luas. Sudah pasti Safiah yang berada di dalam bilik itu.
"Rindulah tu..." bisik Halim.
Halim berjalan menuju ke bilik Hani. Dia masuk ke dalam bilik itu.
"Piah, rindu ke tu?" soal Halim sambil menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.
Safiah sedang duduk di birai katil. Dia menoleh ke arah Halim. Dia tersenyum kelat.
"Haih... dah-dahlah tu, Piah. Anak kita tu pergi bekerja bukannya pindah sana terus."
Dia berjalan menghampiri Safiah. Dia melabuhkan duduk di sebelahnya.
"Saya bukan apa, bang. Saya ni tak sanggup nak berpisah dengan Hani lagi. Dia tu satu-satunya anak kita."
"Abang faham. Tapi Hani tu dah besar panjang. Kita bukannya boleh simpan lama-lama. Nanti dia kahwin, berpisah juga."
"Kahwin tu lain, bang. Kita masih boleh melawat dia... dia dekat dengan kita. Saya risau sebab Hani tu pergi negara orang. Kalau tak serasi... macam mana?"
"Macam mana apa? Awak tak usahlah serabutkan kepala otak awak tu."
"Ni malam ni saya ada dinner dengan kawan-kawan. Dia orang ajak saya. Awak ikutlah sekali."
"Ish, tak naklah bang. Segan saya."
"Buat apa nak segan? Jomlah teman abang."
"Hmm... yelah! Saya pergi siap sekarang."
Safiah bangun dari birai katil. Sebelum keluar, dia sempat melihat bilik itu. Terubat rindunya terhadap Hani.
Tiba-tiba, perbualannya dengan Jalil terngiang-ngiang di gegendang telinganya.
"SAYA ajak jumpa ni sebab ada hajat besar."
"Hajat besar? Bunyinya macam serius aje."
"Ya, memang serius. Saya dengan isteri saya dah bincang yang kami nak satukan Hani dengan Dzarin."
Membulat biji mata Halim. Dia terkejut dengan kata-kata Jalil itu.
"Maaf, Jal tapi arwah Daniel baru meninggal. Lagipun, Hani kan dah kerja kat sana."
Jalil mengeluh panjang seraya berkata, "Saya faham maksud Halim tu tapi kami memang nak bermenantukan Hani."
"Macam nilah, Jal. Saya ni tak nak buat keputusan bagi pihak Hani. Saya nak dia buat pilihan sendiri. Lebih-lebih lagi, soal jodoh."
"Baiklah, saya akan tunggu jawapan dari pihak Halim. Tolong sampaikan hajat saya ni pada Hani, ya?"
"Insya-Allah."
HALIM menjadi buntu sama ada mahu memberitahu hal yang sebenar kepada Hani atau tidak. Safiah pula bagaimana? Adakah dia bersetuju dengan lamaran ini?
Terlalu berat untuk dia buat keputusan. Hanya mampu berdoa agar diberikan pertunjuk dalam membuat keputusan yang tepat dan terbaik bagi semua pihak.
**********
HANI duduk bangku yang berada betul-betul di hadapan bilik pejabat Dr. Shin. Dia sedang menunggu Dr. Shin sampai.
"Olaen gidalim? (Lama tunggu?)" soal Dr. Shin. Hani terkejut dan terus bangun dari bangku. Dia menunduk hormat.
"Aniyo. (Tak.)"
"Ol. (Masuklah.)"
Hani mengekori Dr. Shin masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Jeohui byeong-won-e osin geos-eul hwan-yeonghabnida. (Selamat datang ke hospital kami.)" ucap Dr. Shin lalu duduk di atas kerusi.
"Geulaeseo, ijeon-e museun il-i iss-eossneunji seolmyeonghae jusigessseubnikka? (Jadi, boleh awak explain apa jadi tadi?)"
"Museun il-ieyo? Nan ihaega an dwaeyo.(Apa yang jadi? Saya tak faham.)"
"Wae hwanjaui saengmyeong-eul wiheom-e ppatteulyeoyo habnikka? (Kenapa awak perlu risikokan nyawa pesakit?)"
"Naneun uidohaji anh-assda... (Saya tak bermaksud untuk...)"
"Han beonman deo hamyeon jochileul chwihagessseubnida. Al-ass-eoyo?! (Sekali lagi awak buat macam tu, saya akan ambil tindakan. Faham?!)"
"Mianhaeyo, sunsangim. (Saya minta maaf, doktor.)"
"Joh-a, ije gado dwae. (Okey, awak boleh pergi.)"
Hani memberi tunduk hormat dan keluar dari bilik pejabat Dr. Shin. Tiba-tiba, ada seseorang sedang menunggunya di luar.
"Hani sunsangnim."
"Ne? Naleul eotteohge al-ass-eo? (Ya? Macam mana awak boleh kenal saya?)"
"A, Kang ganhosaibnida. Naneun dangsin-eul sugsolo delyeogalaneun immuleul bad-assseubnida. (Oh, saya jururawat Kang. Saya ditugaskan untuk bawa doktor ke kuarters.)"
"O gamsahabnida. (Oh, terima kasih.)"
"Cheonman-eyo. Nalang gat-i gayo! (Sama-sama. Jom ikut saya!)"
Hani mengikut jururawat Kang ke kuarters. Kuarters agak jauh dari hospital. Namun begitu, dia harus membiasakan diri.
Share this novel