HANI dan Sarah berjalan menuju ke kafe kampus. Mereka mahu membeli nasi ayam. Kafe ini terkenal dengan keenakan nasi ayam yang memang padu.
"Hani, biar aku order. Kau cari tempat, ek?" pinta Sarah. Hani mengangguk dan terus mencari meja yang kosong.
Hani mengedarkan pandangan ke sekeliling. Terdapat meja kosong di hujung sana. Dia terus berjalan ke arah meja itu.
Ketika itu juga, Daniel tiba-tiba sahaja duduk di meja itu. Hani terkejut dan berkata, "Dani, saya dapat dululah!" marah Hani. Daniel beriak biasa sahaja.
"Tak apalah, kita boleh kongsi meja ni. Awak tak kisah, kan?" soal Dani. Seolah-olah dia tidak berbuat salah.
"Yes, saya kisah! Awak pergilah duduk kat meja pensyarah! Ini meja student!" bentak Hani.
"Tak nak!" bantah Daniel. Hani mula geram dengan karenah Daniel itu.
"Okay, fine! Awak ambil lah!" Hani mahu pergi tetapi Daniel segera menghalang laluan Hani.
"Apa awak nak?!" soal Hani, kasar.
"Saya nak kemaafan daripada awak. Please...?" rayu Daniel. Hani merengus kuat.
"Saya takkan maafkan awak selagi awak tak ubah fikiran awak." ujar Hani dengan tegas.
"Saya bukan tak nak tapi saya kena hormat keputusan umi dengan abah." jelas Daniel.
"Ya, saya faham. Saya pun tak paksa awak. Kalau awak nak kahwin dengan orang lain.... saya takkan halang."
"Hani, awak tahu kan saya cintakan awak. Saya pun tak kisah pun kalau awak nak kejar impian awak."
"Look, Dani. Macam saya cakap sebelum ni... saya tak nak PJJ. Saya takkan boleh bahagikan antara kerjaya dengan keluarga." beritahu Hani.
Hani mahu pergi dan sekali lagi Daniel menghalang laluan Hani.
"Apa yang awak tak faham lagi ni, Dani?!" soal Hani dengan nada tinggi. Semua pelajar di kafe itu memandang ke arah mereka.
"Okey, nanti saya call awak. Saya pergi dulu." permisi Daniel dengan nada kecewa. Hani pula rasa bersalah.
Kejam sangat ke apa yang aku buat ni? Fikir Hani.
Sarah menyentuh bahu Hani. Hani terus berpaling ke belakang.
"Sarah? Kau dah beli makanan ke?" soal Hani.
"Dah... Hani asal kecoh-kecoh tadi?" soal Sarah pula.
"Tak ada apalah. Jomlah makan." ajak Hani. Dia duduk di meja tadi.
"Tadi beria-ria marah... bila aku tanya tak ada apa pulak." bebel Sarah.
Hani melihat Sarah masih tercegat di situ. Dia memanggilnya lagi.
"Sarah!" panggil Hani.
"Hah...! Okey." Sarah menyertai Hani.
**********
TIDAK cukup tanah dia berlari. Johan dan rakan-rakannya terus mengejarnya. Mereka tidak akan melepaskannya.
"Hoi, nak lari mana?!" soal Johan sambil mengejarnya.
Lariannya berakhir ke jalan mati. Dia tidak boleh melarikan diri lagi. Dia berpusing ke belakang.
Johan dan rakan-rakannya juga tiba di situ. Mereka tersenyum sinis lalu mengatur langkah mendekatinya.
"Jangan harap kau boleh lari lagi." ujar Johan. Seluruh tubuhnya menggeletar kerana takut.
Johan memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk membelasahnya.
"Ja-jangan, Jo. A-aku min-minta maaf." rayunya, sungguh-sungguh. Johan tidak mengendahkannya.
"Just do it, boys!" arah Johan.
Tanpa menunggu lagi, mereka terus membelasahnya dengan teruk. Separuh mati.
**********
BUNYI hon motorsikal kedengaran. Safiah menjenguk ke luar tingkap. Penghantar surat meletakkan beberapa pucuk surat di dalam peti surat.
Safiah mencapai tudung di atas sofa dan menyarungkannya di kepalanya. Dia keluar untuk mengambil surat-surat itu. Dia masuk ke dalam rumah semula.
Safiah menghenyakkan punggung ke atas sofa. Dia memeriksa satu per satu surat itu. Ada sepucuk surat yang tertera nama Hani.
"Ini surat Hani. Myeongwoo Hospital?" bisik Safiah pada diri sendiri.
Tiba-tiba, Safiah teringat bahawa Hani pernah mengatakan kepadanya yang dia mahu memohon untuk bekerja di hospital di Korea.
PINTU BILIK Hani terbuka sedikit. Safiah pergi menjenguk ke dalam bilik. Hani sedang fokus menghadap laptop di atas meja.
"Hani?" panggil Safiah. Hani menoleh ke arah Safiah.
"Oh, ibu? Masuklah." Safiah masuk ke dalam bilik dan melabuhkan duduk di birai katil.
"Hani tengah buat apa tu? Fokus aje ibu tengok." soal Safiah, ingin tahu.
"Hani tengah apply kerja. Hani kan dah nak habis belajar." jawab Hani.
"Apply kerja? Kat mana?" soal Safiah lagi.
Hani tidak menjawab. Dia bangun dan duduk di sebelah Safiah.
"Ibu..." panggil Hani. Tangan Safiah diraih lalu digenggam erat.
"Kenapa ni, Hani?"
"Kalau Hani nak kerja kat Korea, boleh?" soal Hani, teragak-agak. Membulat biji mata Safiah.
"Ya, Hani tahu jauh tapi dari dulu lagi Hani teringin nak study kat sana. Jadi, biarlah Hani cuba kerja kat situ." jelas Hani.
Safiah melepaskan keluhan berat. Dia berkata, "Ibu bukan nak halang Hani untuk capai impian Hani tu. Ibu cuma tak nak Hani terlalu ikutkan perasaan." jelas Safiah pula.
Hani terus mengalihkan pandangan. Kecewa.
"Hani... Please..." rayu Safiah. Hani memandang wajah Safiah.
"Ibu, Hani minta kali ni aje ibu bagi Hani buat keputusan sendiri. Please..." rayu Hani pula.
"AWAK tengok surat apa tu?" soal Halim. Lamunan Safiah terus mati. Safiah terus menyimpan surat itu.
"Tak ada apa. Surat daripada bank." bohong Safiah.
"Oh..." Halim duduk di sebelah Safiah.
"Hani ada call awak?" soal Halim. Safiah menggeleng.
"Busy agaknya, bang." jawab Safiah.
"Hmm... Jalil ada datang jumpa abang. Dia bincang pasal pertunangan Dani dengan Hani." beritahu Halim.
"Habistu, abang cakap apa?"
"Abang bagitahu lah yang abang tak nak bagi kata putus lagi. Biar Hani sendiri yang setuju dengan pakatan ni."
"Betul lah tu, bang."
"Eh, awak masak apa hari ini?" Safiah menepuk dahinya.
"Ya Allah, bang! Saya lupa nak masak nasi!" ujar Safiah dan terus berlari ke dapur. Halim ketawa kecil.
"Piah... Piah..."
**********
DANIEL memandang kosong skrin komputer riba di atas meja. Fikirannya melayang entah ke mana. Kata-kata Hani di kafe tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
Kring, Kring!
Bunyi deringan telefon bimbitnya menyedarkannya dari lamunan yang panjang. Dia segera menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.
"Assalamualaikum." ucap Daniel.
"Waalaikummussalam, Dani." ucap Hani.
Daniel terkejut mendengar suara Hani. Dia segera mengawal nada suaranya.
"Han-Hani? Sorry... saya main angkat je tadi. Tak perasan awak yang call." beritahu Daniel.
"Tak apa. Saya sebenarnya nak minta maaf dengan awak atas apa yang jadi kat kafe tadi." Hani memohon maaf seikhlas hati.
"Oh, pasal tu... saya tak ambik hati pun. Saya faham kadang-kadang perempuan terlebih emosi." balas Daniel.
Hani ketawa kecil lalu berkata, "Sempat awak buat lawak, kan?" Daniel turut ketawa kecil.
"Hani, saya suka bila dengar awak ketawa. Saya rasa happy." ujar Daniel.
"Thanks, Dani. Awak sentiasa faham saya."
"Ala... no hal lah! Saya kan kekasih hati awak."
"Eee! Perasanlah awak ni!"
"Kita jumpa, jom?" ajak Daniel.
"Jumpa? Kat mana?" soal Hani.
"Erm... hah! Saya bawa awak makan seafood."
"Wah! Okey, awak belanja."
Hani terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan daripada Daniel.
"Haih... dia tutup. Hani ni, kan?" Daniel tersenyum meleret.
Tiba-tiba, pintu bilik dikuak dari luar. Erina sudah berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Dani, I..."
"Can you please ketuk dulu sebelum masuk?" soal Daniel bercampur amarah. Erina terus berhenti melangkah.
"I-I'm sorry..." Erina memohon maaf. Cuak.
"It's okay. You nak apa ni?" soal Daniel, acuh tak acuh saja.
"Oh... I nak tanya pasal topik ni. I tak berapa faham." jawab Erina. Dia memberikan sebuah buku nota kepada Daniel.
Daniel menilik buku nota itu. Dia terus memandang ke arah Erina dengan wajah tidak puas hati.
"Erina, seriously? Topik ni you boleh tanya kat Fahim kot. Dia lagi pakar daripada I." marah Daniel.
"I cuma..."
"You cuma apa?! Boleh tak jangan buang masa I? I banyak lagi kerja nak kena buat daripada layan you." sela Daniel. Buku nota itu dicampak ke atas meja.
"Dah, keluar!" halau Daniel.
Erina mengambil buku nota itu dengan kasar. Sebelum keluar, dia sempat memberi pandangan maut kepada Daniel.
Kurang ajar kau, Dani! Kau tunggu nasib kau, Daniel! Jerit hati kecilnya.
Share this novel