JAK 9

Drama Series 25089

PONDOK KECIL di halaman rumah menjadi singgahannya. Safiah duduk termenung memikirkan apa yang terjadi semalam.

Ketika itu, Safiah dan Halim baru pulang dari pasar raya.

"KENAPA ibu dengan ayah tipu Hani?" soal Hani sebaik sahaja Safiah dan Halim menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Safiah dan Halim agak terpinga-pinga dengan soalan Hani itu. Safiah terus bertanya, "Hani cakap apa ni?"

Hani memandang tajam kedua-dua wajah ibu dan ayahnya. Dia bangun dari atas sofa dan berjalan menghampiri mereka berdua.

"Baik ibu dengan ayah jujur dengan Hani. Apa yang ibu dengan ayah sembunyikan daripada Hani?"

"Hani, kami tak faham apa yang Hani maksudkan." ujar Halim.

"Ibu dengan ayah boleh tak jangan nak berpura-pura. Hani dah tahu semuanyalah!"

"Tahu apa, Hani?"

"Ini! Surat ni ibu dengan abah sengaja sorokkan daripada Hani, kan? Ibu dengan ayah takut bila Hani dapat tahu yang pemohonan Hani diterima, Hani akan cancel kan wedding kita orang, kan?"

Safiah dan Halim terkejut apabila melihat surat itu berada di tangan Hani.

"Hani... kami boleh explain. Ada sebab kami rahsiakan daripada Hani." jelas Halim.

"Sebab apa, ibu, ayah? Ibu dengan ayah memang tak percayakan Hani, kan?" Hani sungguh kecewa.

"Tak, Hani. Kami cuma takut Hani akan buat keputusan yang salah." jelas Safiah pula.

"Hani kan dah bagitahu ibu dengan ayah. Hani sanggup tolak tawaran tu kalau betul Hani dapat kerja kat sana. Tak cukup lagi ke?"

"Ya, kami tahu kami silap. Tapi jangan benci kami." rayu Safiah.

"Hani tak layak pun nak bencikan ibu dengan ayah. Hani cuma kecewa dan terkilan sebab ibu dengan ayah tak percayakan Hani."

Hani terus pergi dari situ dengan perasaan kecewa. Safiah dan Halim benar-benar rasa bersalah terhadap Hani.

"PIAH?" Panggilan itu telah menariknya keluar dari lamunan yang panjang. Halim sedang berjalan ke arahnya sambil membawa sepinggan cekodok pisang.

"Piah, abang ada goreng sikit cekodok pisang. Pisang yang abang beli hari tu dah nak busuk."

Safiah hanya diam membisu. Riak wajahnya sedih. Pasti Safiah masih memikirkan perkara itu.

"Dahlah, Piah! Anak kita tu takkan merajuk lama-lama. Percayalah cakap saya." pujuk Halim.

Safiah melepaskan keluhan berat. "Saya tak ada niat nak bohong dia, bang. Saya cuma tak sampai hati nak bagitahu dia."

"Abang faham." Safiah masih muram.

"Dahlah, jom makan cekodok pisang ni. Panas-panas makan sedap!" Halim memberikan kepada Safiah.

"Nah, rasa cekodok pisang abang. Lagi sedap daripada cef masak tau." Halim memuji diri sendiri.

Safiah tersenyum dan mengambil cekodok pisang itu. Dia menyuapkan cekodok pisang itu ke dalam mulutnya.

"Hmm... sedapnya abang! Kalah cef."

"Tahu pun!" Mereka ketawa kecil.

***********

HANI mengajak Sarah untuk makan tengah hari bersama di restoran di area hospital, tempat Sarah bekerja. Hani menceritakan tentang surat itu kepada Sarah.

"Sebulan?! Lama tu weh!"

"Kan..."

"Habistu, kau nak pergi sanalah? Lagipun, Daniel kan dah tak ada."

"Aku pun fikir macam tu juga. Aku duduk sini asyik teringatkan Daniel aje."

"Betul tu! Kau pergi ajelah kerja kat sana. Kejar impian kau nak jadi Dr. Hani. Aku yakin Daniel pun nak benda yang sama."

Hani memandang Sarah. Betul kata Sarah, dia perlu kejar impiannya. Sekurang-kurangnya, dia lakukan ini demi Daniel.

"Erm... by the way Hani. Aku ada berita sikit nak share kat kau."

"Apa dia?"

"Aku ada kenal sorang mamat ni. Dia doktor juga sama macam aku." Sarah sudah tersenyum malu.

"Seriuslah, Sarah? Apa nama dia?" Hani begitu teruja dengan berita itu.

"Ala... mana boleh bagitahu sekarang. Kat sini tak selamat."

"Kau bisiklah kat aku. Cepatlah, Sarah!"

"Ish, okeylah! Meh sini." Sarah meminta Hani mendekatkan telinganya.

"Nama dia..."

"Sarah!" panggil seorang lelaki.

"Dr. Zikri!" Sarah terkejut dan terlepas bicara. Dia menyebut nama itu dengan kuat.

"Awak kenal suara saya? Hebatlah awak ni, Sarah."

Sarah menjadi gugup. Hani menahan tawa.

"Erm... suara awak senang nak cam. Tu sebab saya boleh kenal." Sarah tersenyum gugup.

"So... who's this?" Zikri memandang ke arah Hani.

"Saya Hani, kawan Sarah." Hani memperkenalkan diri kepada Zikri. Zikri tersenyum manis.

"Zikri, awak dah lunch ke?" soal Sarah.

"Baru nak lunch. Erm... can I join both of you?" Sarah mengangguk laju.

"Great!" Zikri duduk di tengah-tengah mereka.

Hani tiba-tiba mendapat idea.

"Oh, alamak! Sarah... ibu suruh aku ambil barang kat hospital. Ayah aku lupa nak bagi kat ibu pagi tadi."

Sarah tahu bahawa Hani cuma memberi alasan untuk pergi dari sini. Dia sengaja mahu mereka berdua-duaan.

"Hani, kau boleh pergi kejap lagi, kan?"

"Tak boleh! Barang tu penting. Aku gerak dululah. Zikri, saya balik dulu."

Zikri mengangguk sedikit. Sarah pula sudah menggelabah.

"Hani!"

"Bye, guys! Have fun!" Hani terus keluar dari restoran itu.

"Apa aku nak buat ni?" bisik Sarah hanya di saja boleh mendengarnya.

"Hah? Awak ada cakap apa-apa ke?"

Sarah menggeleng dan berkata, "Tak ada cakap apa-apa pun."

"Oh... okey. "

Nurul Hani binti Halim. Kau tunggu aku kerjakan kau nanti. Malunya aku!

**********

"HANI dah fikir masak-masak. Hani nak terima tawaran kerja kat sana."

Safiah dan Halim terkejut. Lebih-lebih lagi Safiah.

"Hani, takkan Hani nak tinggalkan kami. Cukup-cukuplah Hani berjauhan dengan kami waktu Hani belajar dulu." ujar Safiah.

"Ibu, ayah... selepas Dani meninggal, Hani tak boleh tinggal sini lagi. Hani kena bawa diri jauh dari sini. Terlalu banyak memori Hani dengan Dani."

"Hani takkan lupakan Daniel tapi Hani akan cuba reda dengan pemergian dia. Jadi, Hani minta sangat pada ibu dengan ayah... tolong izinkan Hani pergi sana."

Safiah memang berat hati mahu melepaskan Hani. Halim pula sudah reda jika ini yang terbaik untuk Hani.

"Baiklah, ayah izinkan." Safiah terus menoleh memandang Halim.

"Apa abang cakap ni? Hani ni anak kita. Saya tak sanggup nak berpisah dengan Hani."

"Ibu..." Hani bangun dari sofa dan melutut di kaki Safiah.

"Hani takkan tinggalkan ibu dengan ayah. Hani janji bila Hani capai apa yang Hani impikan, Hani balik sini balik."

"Tapi Hani..."

"Ibu percayakan Hani, kan?"

Lambat-lambat, Safiah mengangguk. Dia tahu dia harus melepaskan Hani pergi jua.

"Terima kasih, ibu. Terima kasih, ayah." ucap Hani.

**********

MALAM ITU, Hani sedang mengemas pakaian dan barang peribadinya. Tiba-tiba, pintu diketuk. Safiah masuk ke dalam bilik Hani. Dia melabuhkan duduk di birai katil.

"Hani? Dah siap packing ke?" soal Safiah. Hani menoleh dan mengangguk.

"Tinggal beberapa barang aje lagi. So, nak tak nak... Hani kena keluar esok beli barang."

"Oh... Hani nak ibu temankan ke?"

"Tak apa, Hani boleh pergi sendiri."

Safiah menyentuh lembut lengan Hani. Dia memandang Hani dengan riak wajah sedih.

"La... kenapa pula ni? Kita kan dah bincang pasal ni."

"Ibu tahu tapi hati ibu ni berat sangat nak lepaskan Hani. Hani ubah fikiran, ya?"

Hani meraih tangan Safiah. Dia mencium lembut tangan ibunya.

"Hani tahu ibu risaukan Hani tapi Hani janji akan always call ibu dengan ayah. Update dengan ibu dengan ayah."

"Tapi Hani jauh sangat dari kami."

"Ibu... Hani janji akan jaga diri. Ibu janganlah risau sangat. Hani pula rasa bersalah."

"Betul kata Hani tu, Piah." ujar Halim entah dari mana.

Halim berjalan menghampiri mereka berdua.

"Biarlah Hani pergi dengan tenang. Ini kamu buat dia lagi risau dan rasa bersalah kat kita."

"Saya bukan apa abang... saya cuma risau aje."

"Kalau kamu ikutkan sangat risau kamu tu... tak berkesudahan, Piah."

"Ibu kata percayakan Hani. Please, ibu..."

"Hah, yelah! Tapi kalau ibu call kena jawab. Kalau tak sempat nak jawab... mesej ibu tau."

"Baik, bos!" Safiah menepuk lembut paha Hani.

"Dahlah Piah... biarkan Hani kemas barang-barang dia."

"Okeylah... ibu dengan ayah keluar dulu." Hani mengangguk.

Sepeninggalan Safiah dan Halim, Hani meraih telefon bimbitnya di atas meja. Dia membuka galeri dan gambar mereka bersama.

"Dani... lusa saya dah nak pergi sana. Kalau awak masih hidup, mesti awak akan hantar saya, kan?" Air mata mengalir halus di pipinya.

"Saya rindu awak, Dani! Kenapa awak tinggalkan saya?" Hani menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience