JAK 3

Drama Series 25089

HANI menyarungkan t-shirt dan seluar jeans. Rambut dibiarkan terurai. Dia bersolek ala kadar. Dia sudah siap sedia untuk keluar berjumpa Daniel.

Sarah masuk ke dalam bilik. Dia melihat Hani mahu keluar. Dia menegurnya.

"Aik, kau nak pergi mana?" tegur Sarah.

"Oh... nak jumpa Dani. Dia ajak jumpa." jawab Hani.

"Jadi, kau dah berbaik dengan dialah ni?" Hani mengangguk.

"Aku tahu aku dah melampau. Dia cuma care pasal aku aje." balas Hani dengan nada sedih.

"Ala... biasalah kadang-kadang manusia buat silap. Tapi bila kau tengking dia tu... memang gerun weh!"

"Hah...! Tak yah nak lebih-lebih." Sarah ketawa terkekek-kekek.

"Tapi kan Hani... macam mana dengan impian kau tu? Kau tak jadi kerja kat sanalah, ek?"

Hani mengeluh panjang lalu berkata, "Aku hanya berserah pada Allah. Lagipun belum tentu aku dapat kerja kat sana."

"It's okay, aku yakin Dani akan berusaha untuk penuhi impian kau tu. Aku tahu dia cinta mati kat kau." Hani tersenyum nipis.

"Eh, dahlah aku nak gerak. Nanti lambat pula aku nak jumpa kekasih hati aku tu."

"Yelah!" Sarah mencebik.

Hani menunggu Daniel di tempat parkir. Mereka akan bertolak bersama-sama. Tiba-tiba, ada seseorang melanggar bahunya dengan kuat. Dia terjatuh ke atas jalan tar.

"Aduh!" Hani mengaduh sakit. Sikunya berdarah.

Hani menoleh ke sisi. Dia terkejut saat melihat seorang lelaki sedang berlumuran darah terbaring di sebelahnya.

"Ah! Si-siapa pulak ni?"

Hani mendekati lelaki itu. Dia melihat kesan-kesan lebam di muka dan tangannya.

"Encik? Encik, boleh dengar saya ke?" soal Hani.

Lelaki itu membuka matanya sedikit. Namun begitu, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah Hani.

"To-tolo-tolong sa-saya." pinta lelaki itu sebelum pengsan.

"Encik? Aduh... apa aku nak buat ni?" Hani mula gelisah.

Seketika kemudian, Daniel muncul. Dia terkejut melihat kejadian itu. Dia duduk bercangkung di sebelah Hani.

"Hani, kenapa ni?" soal Daniel, cemas.

"Dani! Nasib baik awak datang cepat." Hani menghela nafas lega.

"Ya, tapi siapa dia ni? Kenapa berdarah-darah ni?" soal Daniel lagi.

"Saya tak tahu. Dia langgar saya lepastu dia pengsan. Kita bawa dia pergi hospital." jawab Hani.

"Okey, biar saya angkat dia. Awak tolong buka pintu kereta." arah Daniel. Hani segera melakukan apa yang diarahkan oleh Daniel itu.

Kemudian, Daniel masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Dia segera memandu kereta menuju ke hospital.

**********

ERINA berjalan menuju ke parkir kereta. Dia menyimpan barang-barangnya di dalam bonet. Dia membuka pintu kereta. Tiba-tiba, ada seseorang menutup semula pintu kereta itu dengan kasar.

"Hey! Gila..." marah Erina. Dia tidak dapat meneruskan kata apabila melihat gerangan yang berada di depan matanya itu.

"Hello, miss Erin!" sapa seorang lelaki.

"Ka-kau buat apa kat sini? Aku dah bagitahu kan... orang tak boleh tahu kau ni adik aku. Kalau kau asyik jumpa aku macam ni kantoilah!" ujar Erina.

"Ala... relakslah sis. Rahsiamu kekal bersamaku." balas lelaki itu lagi.

"Dah jangan buat masa aku. Cepat, kau nak apa ni?!"

"Macam biasalah sis, duit." Lelaki itu tersengih.

"Ish, kau ni kan tak habis-habis dengan duit! Kau ingat aku ni cop duit ke?!" bentak Erina. Lelaki itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Bisinglah kau ni! Bagi jelah duit kat aku. Memang tugas kau pun kena bagi duit kat aku." bidas lelaki itu.

Erina merengus kuat. Dia berkata, "Yelah!"

Erina mengeluarkan dompet dari dalam beg tangannya. Dia memberikan dua keping wang kertas RM100 kepada lelaki itu.

"Ini je yang aku ada." Lelaki itu mengambil duit itu dan tersenyum lebar.

"Thank you, sis." Lelaki itu mencuit dagu Erina.

"Eee! Dahlah, tepi!"

Erina membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Dia segera menghidupkan enjin kereta. Dia memandu kereta meninggalkan kawasan parkir kereta itu.

**********

DANIEL membawa Hani pergi ke sebuah restoran steamboat. Restoran itu agak terkenal dan ianya tidak jauh dari kampus.

Sedang enak menjamu selera, Daniel mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hani.

"Hani, saya nak tanya awak sikit boleh?" soal Daniel, teragak-agak.

Hani sempat menghirup kuah tomyam sebelum berkata, "Boleh!" jawab Hani.

"Erm... hari tu abah saya ada jumpa dengan ayah awak. Dia orang bincang pasal pertunangan kita." beritahu Daniel.

"Okey, so?" soal Hani pula.

"Awak setuju ke dengan pertunangan ni?" Hani mendongak memandang wajah Daniel. Dia mengangguk dan tersenyum manis.

"Betul ke ni, Hani? Tapi macam mana dengan impian awak nak pergi sana?" soal Daniel, untuk kepastian.

"Ala... saya kan tak dapat lagi kata putus dari pihak sana. Kalau tak dapat... saya kerja kat sini jelah."

"Awak betul-betul tak kesah?"

Hani mengeluh panjang. "Okeylah... tipulah kalau saya kata yang saya tak sedih, kecewa. Tapi bila saya fikirkan balik... saya tak sanggup nak berjauhan dengan parents saya." luah Hani.

"Betul ke sebab parents awak atau sebab desakan saya?" Hani terus menggeleng laju.

"Betul lah, awak. Tak ada sesiapa yang pengaruh saya untuk buat keputusan ni." nafi Hani.

"Satu lagi... saya kena bagitahu awak."

"Apa dia?"

"Sebenarnya... parents saya tak nak awak kerja sebagai doktor."

Lama Hani memandang Daniel tanpa bicara. Daniel mula gelisah.

Minta-mintalah Hani still nak bertunang dengan aku.

"Saya pujuk parents awak nanti. You trust me, right?"

Daniel menghela nafas lega. Dia tersenyum lebar.

"Saya percayakan awak, Hani. Terima kasih." ucap Daniel.

"Sama-sama kasih!"

Hani kembali menjamu selera dengan penuh selera. Daniel memandang wajah Hani dengan penuh rasa hormat.

Kring, Kring!

Bunyi deringan telefon bimbit Daniel kedengaran. Dia melihat nama pemanggil. Nombor tidak dikenali. Dia memutuskan talian.

"Kenapa tak jawab?" soal Hani. Mulut masih penuh dengan makanan.

Daniel ketawa kecil. "Awak ni suka buat saya melting, kan?" Hani mengerutkan dahinya.

"Hah? Tak faham." Daniel menggeleng sedikit.

"Entah... tak kenal. Takut scammer." jawab Daniel kepada soalan tadi. Hani mengangguk tanda faham.

Sekali lagi, deringan telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang sama.

"Jawablah... mungkin urgent." ujar Hani.

Daniel menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?" sapa Daniel.

"Hello, saya dari pihak hospital. Encik ada tinggalkan nombor phone, kan?" beritahu seorang wanita.

"Ya, betul. Kenapa ya?" soal Daniel.

"Oh, macam ni Encik... pesakit dah sedar. Tapi dia beritahu kami untuk menghubungi Encik dengan kawan Encik." terang perempuan itu.

"Oh ye ke? Tak pelah... kami datang hospital esok."

"Baik, Encik. Maaf menganggu Encik."

"Eh, tak apa. Terima kasih." ucap Daniel dan mematikan talian.

Hani memandang Daniel dengan penuh tanda tanya.

"Pihak hospital call. Dia cakap lelaki tu nak jumpa kita berdua."

"Kenapa pulak? Keluarga dia tak ada ke?"

Daniel menjongketkan bahunya. "Maybe dia nak say thanks kot kat kita sebab selamatkan dia."

"Mungkin."

"Okey, nanti esok petang Hani ada kelas?"

Hani berfikir sejenak. "Erm... tak ada. Rasanya kelas pagi aje sebab ada ujian praktikal."

"Bagus, nanti saya jemput awak."

"Okey!"

**********

KEJADIAN itu masih segar di ingatannya. Rasa sakit dipukul masih terasa. Hampir seluruh badannya terdapat luka dan lebam.

Sehingga kini, dia membenci dirinya kerana menjadi lemah dan pengecut. Ke mana saja dia pergi, dia akan dipijak dan dihina.

Tiba-tiba, dia seakan-akan mendengar suara wanita itu. Wanita yang menyelamatkan nyawanya. Dia mahu bertemu dengan wanita itu.

Wanita itulah tujuan dia hidup sekarang.

**********
SAFIAH membuka laci dan mengeluarkan sepucuk surat yang dia sembunyikan. Dia masih berkira-kira untuk membukanya atau tidak.

"Hmph! Kalau pemohonan Hani tu diterima macam mana? Dia mesti nak pergi." ujar Safiah pada diri sendiri.

Safiah sudah tidak tahan. Dia perlu mendapatkan jawapan kepada persoalannya itu. Dia membuka surat itu dan membacanya.

"We are pleased to inform you that your application has been accepted." Safiah tidak mampu membaca selebihnya.

"Apa yang aku takutkan, jadi kenyataan. Hani akan tinggalkan aku." Safiah menangis. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan Hani.

Halim masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat Safiah sedang menangis di pinggir katil. Dia berjalan mendekati isterinya itu.

"Piah, kenapa awak menangis ni?" soal Halim, risau.

Halim terpandangkan surat di tangan Safiah. Dia mengambil surat itu dari tangan Safiah. Dia membaca isi surat tersebut.

"Pemohonan Hani diterima? Piah?" Halim menoleh ke arah Safiah.

"Ya, abang.... Hani akan tinggalkan kita." Safiah menangis teresak-esak.

Halim terus meraih tubuh kecil isterinya dan memeluknya erat.

"Hani takkan tinggalkan kita, Piah. Biarlah dia terbang tinggi. Lepaskan dia pergi." pujuk Halim. Makin kuat tangisan Safiah.

Kalau ini yang terbaik untuk Hani, ibu dan ayah reda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience