JAK 22

Drama Series 25089

HALIM membantu Safiah baring di atas katil. Safiah baru sahaja selesai membuat kemoterapi. Dia kelihatan lemah dan lesu. Sayu hatinya melihat keadaan isterinya begitu.

"Abang... sampai bila saya kena buat kemoterapi. Saya tak larat dah, bang." ujar Safiah dengan nada lemah.

Halim melabuhkan duduk di birai katil. Dia meraih dan menggenggam tangan Safiah.

"Piah kena sabar, ya? Kemoterapi tu untuk kebaikan awak juga. Biar awak cepat sembuh." pujuk Halim.

"Dah berbulan-bulan, bang. Kanser saya masih tak sembuh-sembuh. Tak ada gunanya lagi dah."

"Piah... janganlah cakap macam tu. Selagi Allah bagi kita peluang untuk bernafas, kita tak boleh putus asa."

"Kalau saya mati, saya tak nak mati kat hospital. Saya nak mati di sisi anak dan suami saya."

"Ya Allah, jangan cakap mati lagi. Ajal dan maut, Allah yang tentukan."

"Abang janji dengan Piah nak bawa Hani balik tapi sampai sekarang Hani tak balik. Abang tipu Piah, kan?"

"Tak... Hani tak dapat balik sebab ada kerja. Bagi dia masa, ya?"

"Piah tak nak buat kemoterapi lagi kalau Hani tak balik. Saya tak main-main, bang."

"Piah..."

Safiah terus memusingkan badannya, membelakangi Halim. Keluhan berat dilepaskan.

Pintu dikuak dari luar. Muncul Dzarin di muka pintu sambil tersenyum kepada Halim. Dia masuk ke dalam bilik wad.

"Assalamualaikum, uncle... aunty." ucap Dzarin. Dia menyalami Halim.

"Aunty baru habis kemo ke?" soal Dzarin. Halim mengangguk sedikit.

"Zar dari mana?"

"Oh... Zar dari rumah. Hah... ni ada nasi lemak. On the way datang sini ada mak cik jual nasi lemak. Zar teringatkan uncle. Zar belikanlah." jelas Dzarin, panjang lebar.

"Terima kasihlah. Zar dah makan ke?"

"Dah, uncle."

Halim bangkit dari birai katil. Dia menyentuh lembut bahu Dzarin.

"Uncle nak cakap sikit dengan Zar. Kita cakap kat luar." bisik Halim kepada Dzarin.

Dzarin mengangguk lalu meletakkan plastik berisi nasi lemak itu di atas meja. Dia dan Halim keluar dari bilik wad itu.

"Ada apa uncle? Aunty okey ke?"

"Aunty macam tulah... tak ada perubahan pun. Cuma, dia dah tak larat nak buat kemo tu lagi."

"Habistu, uncle nak buat apa?"

"Uncle pun tak tahu, Zar. Dia desak uncle suruh bawa balik Hani ke sini."

Dzarin memandang ke arah lain dan tersenyum. Kemudian, dia memandang ke arah Halim semula.

"Erm... uncle tak rasa ini waktu yang terbaik untuk bagitahu Hani pasal aunty?"

Halim memandang wajah Dzarin. Dia sendiri tiada jawapannya.

**********

KELUAR dari wad, Zikri sudah menunggu Sarah di luar. Wajahnya bengis dan memandang tajam ke arahnya. Sarah tidak mempedulikan Zikri dan terus berlalu pergi.

"Hoi! Kau pekak ke?" soal Zikri sambil mengejar Sarah yang sudah jauh ke hadapan.

Padan muka! Dia ingat aku heran kalau tak cakap dengan dia?

Tiba-tiba, tangannya ditarik kuat oleh Zikri. Sarah terus merentap lengannya daripada pegangan Zikri.

"What's wrong with you?! Gila ke?!" bentak Sarah.

Zikri tersenyum sinis dan mendekati Sarah. Dia berkata, "Kau cari pasal aku dah kenapa? Terimalah nasibnya." ujar Zikri.

Sarah terus menampar kuat pipi Zikri. Ramai mata sudah memandang ke arah mereka. Terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.

"Jangan melampau, Zikri. Kau tak boleh nak buat sesuka hati kau kat aku. Got it?!"

Sarah mahu pergi tetapi Zikri cepat-cepat menariknya lengannya. Langkahnya terus terhenti.

"Kau buat silap sebab cari pasal dengan aku!"

Zikri terus menumbuk muka Sarah. Perut Sarah pula ditendang kuat. Sarah jatuh tersungkur di atas lantai. Semua orang yang menyaksikan kejadian itu terus menerpa ke arah Zikri.

"Kau gila ke, hah?!" jerkah rakan sekerjanya.

"Memang aku gila! Perempuan ni memang tak guna!"

Zikri mahu menyerang Sarah lagi. Rakan sekerjanya terus menahannya daripada berbuat demikian. Dia menolak kuat tubuh Zikri.

"Kau belah sekarang sebelum aku panggil security halau kau dari sini. Belah!"

Zikri terus pergi dari situ. Dia tersenyum puas kerana dapat membalas dendam.

"Cepat! Bawa dia ke wad kecemasan."

Beberapa orang wanita yang berada di situ membantu Sarah bangun. Mereka memapahnya ke wad kecemasan.

**********

JURURAWAT KANG berjalan melintasi bilik rawatan Dr. Shin. Dia ternampak Dr. Shin dan Han Dal-sik sedang berbincang. Wajah masing-masing serius sahaja.

Ketika itu juga, Hani lalu di laluan yang sama. Dia melihat jururawat Kang sedang berdiri di hadapan bilik rawatan Dr. Shin.

"Kangssi!" panggil Hani. Dia berjalan menghampiri jururawat Kang.

"Mwol bwa yo? (Apa yang awak tengok?)" soal Hani.

"Shh!" Jari telunjuk dihalakan ke dalam bilik Dr. Shin. Hani terus menoleh ke sisi.

Hani melopong, "Dal-sik? An-eseo mwohaneungeoya? (Dal-sik? Apa dia buat kat dalam?)"

Jururawat Kang menjongketkan bahunya. Mereka terus mengintai dari luar bilik.

"Igeos-e daehae geudeul-ege malhalkkayo? (Patut ke kita bagitahu dia orang pasal ni?)"

"Hajima. (Jangan.)"

"Geureonde ulineun mwongaleul haeya habnida. (Tapi kita kena buat sesuatu.)"

"Na-ege sigan-eul jom jwo. (Bagi saya masa.)"

"Eolmana olae? (Berapa lama?)"

"Dal-sik..."

Belum sempat Dr. Shin mahu menghabiskan bicaranya, Han Dal-sik terus keluar dari bilik itu. Dia kelihatan marah dan kecewa.

Jururawat Kang dan Hani menghela nafas lega apabila mereka sempat menyorok.

"Najung-e dasi iyagi hae. (Kita cakap nanti.)"

Mereka terus pergi ke haluan masing-masing sebelum sesiapa melihat mereka.

**********

DI meja makan, mereka sekeluarga sedang enak menjamu selera. Dzarin mengambil peluang untuk menyampaikan berita gembira itu.

"Erm... umi, abah?" panggil Dzarin.

"Hmm?" balas Jalil.

"Zar ada benda nak bagitahu umi dengan abah."

Dzarin menarik nafas dahulu sebelum sambung semula, "Tak lama lagi Hani akan balik sini."

Dahlia terkejut dan terus bertanya, "Bila Hani balik?"

"I'm not sure tapi dia pasti balik." jawab Dzarin dengan yakin. Dahlia tersenyum lebar.

"Kamu yakin sangat ni, Zar. Dia dah bagi kata putus ke?" soal Jalil, curiga.

"Abah janganlah risau. Hani mesti kahwin dengan Zar."

"Abah okey jer kalau memang Hani setuju. Lainlah kalau ada yang desak atau paksa dia." perli Jalil.

"Abang! Janganlah cakap macam tu. Anak kita takkan buat benda tu semua. Kan, Zar?"

Dzarin mengangguk dan tersenyum kelat.

"Baguslah macam tu."

Dia mesti balik. Nyawa ibu dia lebih penting.

DZARIN mahu masuk ke dalam bilik wad Safiah tetapi terbantut apabila dia terdengar perbualan Halim dan Dr. Badrul.

"Keadaan Safiah semakin teruk sejak dia tak nak buat kemo. Kau kena buat sesuatu, Lim. Kau ikutkan ajelah kata dia tu." ujar Dr. Badrul.

Dr. Badrul merupakan rakan sekerja Halim sewaktu dia bekerja di hospital ini.

Halim melepaskan keluhan berat. "Aku bukan tak nak bagitahu tapi..."

"Ini soal kesihatan isteri kau. Kau sanggup tengok dia tanggung sakit."

"Tak ada suami yang sanggup tengok isteri dia sakit. Aku cuba pujuk dia lagi."

Dr. Badrul menyentuh lembut bahu Halim.

"Aku bukan nak mengajar kau tapi dalam waktu genting macam ni... kau kena tolak tepi ego kau."

TERUKIR senyum sinis di bibirnya. Safiah telah memudahkan kerjanya. Halim tidak ada pilihan lain selain mengikuti kata-kata Safiah untuk membawa Hani pulang ke sini.

**********

SECAWAN KOPI dibancuh. Warnanya gelap dan aroma kopinya sungguh menyengat. Naufal menghirup sedikit kopi itu dan tersenyum lebar.

"Wah! Sedap betul kopi yang aku bancuh ni." puji Naufal pada diri sendiri.

Hani masuk ke dalam bilik rehat kakitangan. Naufal terus berpaling ke belakang. Dia tersenyum kepada Hani. Begitu juga Hani.

"Hai, Sir! Tak ada patient ke?" soal Hani sambil berjalan menghampirinya.

"Hai, my dear! I don't have a patient yet." jawab Naufal.

Hani memandang secawan kopi di tangan Naufal. Dia tersengih. Naufal menjongketkan sebelah keningnya.

"Please..."

"Okey, tapi kali ni jer."

"Yeay! Thank you!" ucap Hani dengan nada ceria.

Naufal menggeleng kepalanya sebelum berpusing ke belakang. Dia mencapai cawan dan membancuh kopi. Sementara itu, Hani memberitahu tentang apa yang berlaku sebentar tadi.

"Naufal... tadi kan saya nampak Dal-sik dengan Dr. Shin bincang something kat dalam bilik Dr. Shin." beritahu Hani.

"Ye ke? Dia orang bincang apa?"

"Entah! Saya intai aje dari luar. Tak dengar apa-apa."

Secawan kopi diberikan kepada Hani. Hani menghirupnya dengan penuh nikmat. Dia tersenyum lebar.

"Sedapnya!"

"Mungkin dia orang bincang pasal patient. Tak ada apalah tu."

"No! Ada apa-apa. Muka dia orang serius gila. Macam ada masalah besar."

"Masalah besar? Like?"

"Awak tak rasa ke dia orang bincang pasal patient VIP yang baru masuk semalam?"

"Oh yeah... apa nama dia? Park Ji-Won."

"Sekarang ni doktor pakar semua sibuk bincang pasal pembedahan tu. Kalau tak berjaya... habis!"

Tiba-tiba, pintu dikuak dari luar. Lantas, mereka menoleh ke arah pintu. Han Dal-sik masuk ke dalam bilik itu.

"Hanissi! Bogo sip-eoyo. (Hani, saya nak jumpa awak.)"

"Wae? (Kenapa?)"

Han Dal-sik tidak menjawab dan terus menarik lengan Hani. Dia membawa Hani keluar dari bilik itu. Naufal terpinga-pinga seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience