JAK 17

Drama Series 25089

SEDARI TADI, Laila hanya memandang wajah Zikri tanpa berkata apa-apa. Zikri juga tidak mahu membuka mulut. Laila sudah hilang sabar.

"Fine! I give up!" ujar Laila. Zikri menghela nafas lega.

"Finally! So... awak percayakan saya tak?" soal Zikri sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Laila menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada seraya berkata, "Ya, saya percaya! Tapi... kalau saya dapat tahu awak tipu saya, saya takkan lepaskan awak." Laila memberi amaran keras.

"Tak, saya janji. Kenapa awak datang sini? Ini mesti mama dan papa suruh datang, kan?" teka Zikri.

"Yeah... you're right. Sampai bila kita nak tipu dia orang?"

"Look, Laila... selagi saya tak dapat capai apa yang saya nak, kita kena berlakon."

Laila bangkit dan berlegar-legar di dalam bilik rawatan itu. Zikri turut bangkit dan mendekatinya.

"What's wrong, my lovely best friend?" soal Zikri. Laila menoleh ke arah Zikri.

"Saya dah jumpa orang lain."

Membulat biji mata Zikri bersama mulut melopong luas. Laila tersengih memandang Zikri.

"No... no... no..." Zikri menggeleng-geleng kepalanya.

"Yes... yes... yes! Kita kena batalkan plan kita."

"No way, Laila! Kita dah nak berjaya. Awak kena putus dengan dia."

"Tak boleh, Zik! Saya cintakan dia!"

"Tapi kita dah janji tak nak ada hubungan lain selagi plan kita tak berjaya!"

"I know! But..." Laila memegang lembut lengan Zikri.

"Cinta saya lebih penting daripada plan ni."

Zikri memandang tajam tepat ke dalam mata Laila. Dia merentap lengannya daripada pegangan Laila.

"You know what? Saya memang menyesal pilih awak untuk laksanakan plan ni."

"No, don't say that, Zik."

"Yes! Awak keluar dari bilik ni." halau Zikri. Laila cuba mendekati Zikri tetapi Zikri segera menjauhinya.

"I said get out, Laila Sofea."

Lambat-lambat, Laila keluar dari bilik itu. Namun begitu, dia sempat meninggalkan cincin di atas meja kerja Zikri.

Zikri mengambil cincin itu dan mencampakkannya ke dalam tong sampah. Cincin itu sudah tidak bermakna lagi padanya. Rancangannya sudah musnah.

Laila berjalan longlai keluar dari hospital. Dia menuju ke keretanya yang diparkir di depan hospital. Dia masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Dia termenung di dalam kereta.

"Betul ke apa aku buat ni? Tak menyesal ke dengan keputusan aku ni?" soal Laila pada diri sendiri. Dia menjadi buntu.

Semerta, memori beberapa tahun lepas mengimbau kembali di benaknya. Ketika itu mereka masih belajar di Universiti.

ZIKRI berlari laju mencari Laila di mana-mana. Dia melihat Laila sedang berborak dengan rakan-rakannya di kafe.

"Laila!" Zikri memanggil Laila dari jauh. Laila meminta diri sebentar untuk pergi berjumpa dengan Zikri.

"Kenapa, Zik? Everything's alright?" soal Laila.

"Nothing's alright! Papa dan mama nak jodohkan kita lepas kita grad." jawab Zikri.

"What?! Betul-betul lah Zikri!"

"Betul! Saya tak tipu. Minggu depan mama dan papa nak masuk meminang awak."

Laila sudah cemas. Dia tidak boleh biarkan hal itu berlaku. Dia akui mereka memang rapat tetapi mustahil untuk mereka bersama.

"Kita nak buat apa ni, Zik?"

"Saya ada plan. Awak kena tolong saya."

RANCANGAN itu telah berjalan dengan lancar sehingga sekarang. Dia juga tidak menyangka akan jatuh cinta.

"I'm really sorry, Zik. Saya terpaksa pilih dia daripada awak. Dia dapat bahagiakan saya."

Rasa bersalah memang ada tetapi dia juga lega kerana sudah tidak perlu berbohong lagi. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

**********

SEMUA ORANG kelihatan penat dan lesu. Sepatutnya syif mereka pada waktu malam tetapi mereka terpaksa mengambil alih tugas beberapa orang senior di syif pagi.

"Ya, Hani! Dangsindo geunmu jung-ibnikka? (Hei, Hani! Awak bertugas juga?)" soal Park Ae-ri.

"Ne." jawab Hani, sepatah.

"Geunde eonje oseyo? Naneun geugeos-eul kkaedadji moshanda. (Tapi bila awak datang? Saya tak perasan.)"

"A, naega deo iljjig wass-eo. Dalsig-i naleul ttalawassda. (Oh, saya datang awal. Dal-Sik datang lepas saya.)"

Park Ae-ri dan Hani memandang ke arah Han Dal-Sik. Dia mengangguk sedikit.

"Geunajeona hasnyuseu asijyo? (Kau orang tahu kan pasal berita hangat tu?)"

Semua orang mengeluh panjang manakal Hani langsung tidak tahu apa-apa.

"Has nyuseuga mwoya? (Berita hangat apa?)"

"Ulineun geulub-eulo nanueoyahabnida. Lideoneun seonbaeibnida. (Kita akan berpecah kepada beberapa kumpulan. Ketua kumpulan adalah senior.)"

"Mueos?! Choe seonsaengnimdo uliui lideolaneun tteus-ingayo? (Apa?! Maksudnya, Dr. Choi pun akan jadi ketua kita?)"

Park Ae-ri mengeluh panjang. "Geuleohge boinda. (Nampaknya begitulah.)"

Tiba-tiba, jururawat Kang masuk ke dalam bilik kakitangan.

"Moglog-i junbidoeeossseubnida. (Senarai dah ada.)"

"Jeongmal? Eolmana ppalli! (Seriuslah? Cepat gila!)"

Jururawat Kang menjongketkan kedua-dua bahunya.

"Nae tim-i nuguya? ( Siapa team saya?)" soal Han Dal-Sik.

Team saya? Bukan dia patutnya tanya siapa ketua saya ke? Dia kan junior sama macam kita orang.

Yeo Joo-da melihat kerutan di dahi Hani. Dia terus berbisik kepada Hani.

"Geuneun siljelo seonbaeibnida. (Dia sebenarnya senior.)"

Hani terus menoleh ke arah Yeo Joo-da. Membulat biji matanya.

"Hajiman, geuga wae yeogie issneun geolkka? (Tapi kenapa dia kat sini?)"

"A, seonbae gyomusil-i kkwag chassguna. Geulaeseo geudeul-eun geuleul yeogie dueossseubnida. (Oh, bilik kakitangan senior dah penuh. So, dia orang letak dia kat sini.)" jelas Yeo Joo-da.

Oh, patutlah dia sombong. Senior rupanya.

"Okay! Nuga dangsin-ui pateuneoinji imi sseun jong-i han jang-eul deuligessseubnida. Modeun geulub-eneun 3myeong-i iss-eossseubnida. (Okey! Saya akan bagi satu kertas di mana dah tertulis nama partner awak. Setiap group ada 3 orang.)" terang jururawat Kang.

Sehelai kertas diberikan kepada setiap orang. Ada yang gembira dengan ahli pasukan dan ada juga yang mengeluh.

Hani membaca nama ahli pasukannya. Dia, Yeo Joo-da dan Oh Yeon-joo satu pasukan. Dia melihat nama ketua pasukan adalah Choi Kang-soo.

"Choe seonsaengnim?!" ujar Hani dengan nada tinggi.

"Jamkkan, malhajima... Haniga jagi tim-eulo seontaeghaessdago? (Jap, jangan cakap yang... dia pilih Hani sebagai ahli pasukan dia?)" soal Park Ae-ri.

Han Dal-Sik mengetap rahangnya menahan amarah. Dia menggenggam buku lima. .

"Maeu mulyehan! (Kurang ajar!)"

Han Dal-Sik terus bangkit dan keluar dari bilik itu. Semua orang dalam keadaan terkejut.

"Ya, wae geuleohge malhaess-eo? Dangsin-eun geuga yeminhadaneun geos-eul algo issseubnida. (Hei, kenapa kau cakap macam tu? Kau tahu dia sensitif, kan?)" marah Yeo Joo-da.

"Geuneun jinsil-eul bad-adeul-yeoya habnida. (Dia kena terima.kenyataan.)" jawab Park Ae-ri dengan selamba.

Apa sebenarnya rahsia dia orang ni? Makin lama aku kat hospital ni... makin banyak rahsia yang terbongkar.

**********

ERINA sedang berbaring di atas katil. Johan berjalan menghampirinya dan duduk di birai katil. Dia melihat kesan lebam di wajahnya. Menitis air mata kejantanannya.

"Kenapa aku gagal lagi nak protect kau? Aku ni memang adik tak guna!" marah Johan pada diri sendiri.

Setiap kali dia mengingati kejadian itu, dia berasa marah dan benci bukan sahaja pada diri sendiri tetapi pada lelaki tua tak guna itu juga.

SAMPAI SAHAJA di perkarangan rumah, Johan terus berlari masuk ke dalam rumah. Pintu terbuka luas.

"Erina!" panggil Johan.

Johan pergi ke dapur dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat perbuatan keji pak ciknya itu.

"Kurang ajar!" Johan terus menerpa ke arah lelaki itu dan menumbuk kuat pipi lelaki tua itu.

"Kau memang lelaki keji! Sejahat-jahat aku, aku tak pernah terfikir nak rosakkan kakak aku!" Johan menendang perut lelaki tua itu beberapa kali.

Lelaki tua itu ketawa besar. "Hei! Kau tu pengecut! Kau nak selamatkan dia kenapa? Dia dah rosaklah!"

Johan semakin hilang sabar. Dia menggenggam kolar baju lelaki tua itu dan memaksanya untuk bangun.

"Aku takkan biarkan apa-apa jadi kat Erina lagi. Dulu memang aku gagal nak protect dia tapi sekarang aku takkan lepaskan kau!" Johan menghantuk kepala lelaki tua itu di almari.

"Mampus kau!"

Johan mencapai pisau di atas meja dan mahu menikam lelaki tua itu tetapi Erina sempat menghalangnya.

"Jangan Jo! Aku takut!"

Johan terus melepaskan pisau itu dan memeluk tubuh Erina. Erina menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

"JO..." panggil Erina lalu memegang lengan Johan.

Johan tersedar dari lamunan. Dia terus menoleh ke arah Erina. Dia tersenyum penuh kelegaan.

"Alhamdulillah, kau dah sedar. Kau nak apa-apa tak?" Erina menggeleng lemah.

"Jangan salahkan diri kau, Jo. Ini semua salah aku." ujar Erina. Mengalir air matanya.

"Tak... kalau aku tak jadi pengecut, masa depan kau takkan hancur."

"Johan, kita tak boleh putar waktu. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Aku dah reda, Jo."

Makin deras air mata Johan. Walaupun Erina mengatakan dia baik-baik saja tetapi dia tahu kesakitan yang dirasai.

**********

HANI sedang memeriksa salah seorang pesakit di wad kecemasan. Pesakit itu dibawa ke hospital kerana dipukul oleh pemiutang.

"Seonsaengnim, eodi apeuseyo? (Encik, ada sakit kat mana-mana tak?)" soal Hani.

"Eokkaega apayo. (Bahu saya sakit.)" jawab pesakit itu.

"Jeongssi, egseuleisillo delyeoga juseyo. (Cik Jung, tolong bawakan Encik ni ke bilik X-ray, ya?)"

"Ne, seonsaengnim."

Jururawat Jung memapah pesakit itu ke bilik X-ray. Sementara itu, Hani mahu memeriksa pesakit lain. Tiba-tiba, jururawat Kang memanggilnya.

"Hani seonsaengnim!" Jururawat Kang berlari ke arah Hani. Hani berpusing ke berlakang.

"Ye, daleun hwanjaga issseubnikka? (Ya, kita Ada pesakit lagi ke?)" soal Hani.

"Anyo. geunyang choeseonsaengnimga dangsin-eul mannago sipdaneun mal-eul hago sip-eoyo. (Tak, saya datang sini nak bagitahu yang Dr. Choi nak jumpa dengan awak.)"

"Wae? Daleun salamdo mannago sip-eossnayo? (Kenapa? Dia nak jumpa yang lain juga ke?)"

"Moleugessseubnida. Gaya haeyo. (Saya tak tahu. Saya kena pergi.)" permisi jururawat Kang.

Hani tidak sedap hati. Dia merasakan ada yang tidak kena. Namun, dia harus juga pergi berjumpa dengan Choi Kang-soo.

Hani memaklumkan kepada Park Ae-ri untuk menggantikannya sebelum pergi ke bilik rawatan Choi Kang-soo.

Tiba di hadapan bilik rawatan itu, dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Setelah mendapat kebenaran Choi Kang-soo, dia masuk ke dalam bilik rawatan itu.

"Choe seonsaengnim, jeoleul mannago sip-euseyo? (Dr. Choi, doktor nak jumpa saya?)"

Choi Kang-soo mengangkat wajah memandang Hani. Dia tersenyum penuh makna.

"Ne." jawab Choi Kang-soo.

Choi Kang-soo bangkit dari kerusi dan berjalan mendekati Hani. Dia memandang Hani dari bawah hingga ke atas.

"Dangsin-eun geunyeowa ttoggatseubnida. Chaijeom-eun dangsin-eun hijab-eul sseuji anhjiman geunyeoneun hijab-eul sseundaneun geos-ibnida. (Awak memang macam dia. Perbezaannya, awak tak pakai tudung tapi dia pakai.)" ujar Choi Kang-soo.

Hah? Apa benda dia merepek ni? Tiba-tiba, bandingkan aku dengan orang lain.

"Museun tteus-ieyo? (Apa maksud doktor?)"

Choi Kang-soo tersenyum dan mula mendekati Hani dengan lebih dekat. Hani menjadi tidak selesa.

"Dalsig-i neoleul manh-i joh-ahaneun geosdo dang-yeonhae. (Tak hairanlah Dal-Sik boleh sukakan awak sangat.)"

Hani sudah tidak tahan. Dia terpaksa mengundur beberapa langkah ke belakang. Wajah mereka terlalu dekat sehinggakan dia dapat merasai kehangatan nafas Choi Kang-soo.

"Mianhajiman jeoege jinjihage hal mal-i eobsdamyeon jeoneun iman mulleogagessseubnida. (Saya minta maaf tapi kalau doktor tak ada benda serius nak bagitahu kat saya, saya minta diri dulu.)"

Hani memberi tunduk hormat dan mahu keluar dari bilik itu tetapi Choi Kang-soo terus menghalang laluan Hani.

"Domangchiji ma, hani ssi. (Jangan larikan diri, Cik Hani.)"

"Gage hae jwo. Naneun eotteon munjedo wonhaji anhneunda. (Biarkan saya pergi. Saya tak nak ada apa-apa masalah.)"

"Naneun dangsin-i nugunji abnida. Jaemi jom boja. (Aku tahu kau macam mana. Jomlah kita bergembira.)". ujar Choi Kang-soo sambil menapak selangkah demi selangkah mendekati Hani.

"Na-ege nappeun jis-eul gamhihaji masibsio. (Doktor jangan berani nak buat apa-apa yang tak baik kat saya.)"

Choi Kang-soo senyum sinis. Hani menggeletar ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience