DR. AMIR asyik memanjangkan lehernya mencari kelibat Sarah tapi tidak muncul-muncul. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Pembedahan perlu dijalankan tidak lama lagi.
"Dr. Amir, mana Dr. Sarah ni? Dah lambat sangat ni." soal salah seorang jururawat yang bertugas.
"Entahlah... dia tak pernah macam ni. Mesti ada yang tak kena. Cuba awak call dia sekali lagi." balas Dr. Amir.
Jururawat itu mengangguk faham dan terus menghubungi Sarah.
"Tak perlu nak call. Dia takkan datang." ujar Zikri secara tiba-tiba.
"Apa maksud awak?" soal Dr. Amir kepada Zikri.
"Sarah bagitahu saya yang dia sakit perut. Dia minta tolong saya gantikan." jawab Zikri.
Dr. Amir tidak mempercayai kata-kata Zikri itu. Dia berasa tidak sedap hati.
"Awak buat apa kat Sarah? Saya tahu awak menipu."
"Apa tuduh-tuduh ni, doktor? Saya ni bukan psiko sampai nak buat apa-apa kat Sarah."
"Saya rasa awak lupa apa yang awak dah buat pada Sarah dulu? Awak lupa yang awak tumbuk dia?"
"Itukan dulu. Manusia kan boleh berubah."
Kata-kata Zikri itu langsung tidak dapat memujuk hatinya daripada berfikiran begitu.
Zikri mengeluh panjang dan mendekati Dr. Amir. Dia berkata, "Dr. Amir.... lebih baik doktor biar saja saya jadi pembantu doktor. Kalau jadi apa-apa kat pesakit... macam mana?"
Dr. Amir menggenggam buku lima. Wajah Zikri dipandang tajam. Dia terus masuk ke dalam bilik bedah. Zikri menyeringai suka.
**********
HANI masuk ke dalam bilik rawatan Dr. Shin. Dia agak terkejut apabila melihat Han Dal-sik dan Jururawat Kang turut berada di dalam bilik itu.
Hani berjalan menghampiri meja kerja Dr. Shin. Dia memberikan tunduk hormat.
"Jeowa mannalkkayo? (Doktor nak jumpa saya?)" soal Hani. Dr. Shin mengangguk.
"Na gyeoljeonghaess-eo. Choe seonsaengnim han seonsaengnimleul daesinhanda. (Saya dah buat keputusan. Dr. Choi akan menggantikan Dr. Han.)"
Membulat biji mata Hani. "Ne? (Apa?)"
"Choe seonsaengnim-i dol-aosyeossseubnida. (Dr. Choi dah kembali.)"
"Wae? Geuui cheponeun eottae? (Kenapa pula? Macam mana dengan penangkapan dia?)"
"Bunmyeonghi... geuneun seogbangdwaessda. (Obviously... dia dah dibebaskan.)"
"Jeoldae andwae! (No way!)"
"Hanissi... butaghaeyo. (Cik Hani... please.)"
"Ani... taltoehago sip-eoyo. (Tak... saya nak tarik diri.)"
"Neoneun geugeo halsu eobs-eo. (Awak tak boleh macam tu.)"
"Naneun geuwa hamkke ilhal su eobs-seubnida. Geugeos-i naui choejong gyeoljeong-ibnida. (Saya tak boleh berkerja dengan dia. Keputusan saya muktamad.)"
Hani terus keluar dari bilik itu. Dr. Shin memicit-micit kepalanya yang sedang serabut itu. Masalah sudah menjadi lebih besar.
"Najung-e yaegihaja. (Kita bincang kemudian.)" ujar Han Dal-sik seraya memberi tunduk hormat. Dia juga keluar dari bilik itu.
Hani sudah berjalan jauh ke hadapan terus dikejarnya. Dia sempat menarik lengan Hani agar berhenti melangkah. Hani segera merentapnya.
"Mwol balae? (Apa awak nak lagi?)" soal Hani.
"Geunyang geuleohge nagal suneun eobs-eoyo. (Awak tak boleh keluar macam tu aje.)"
"Naega amu maldo eobs-i meomulgileul balanayo? (Awak nak saya stay kat sana dan tak cakap apa-apa?)"
"Geuleonge anya. (Bukan macam tu.)"
"Geuligo mwo? (Habistu apa?)"
"Neon swibge pogihal su eobs-eo. (Awak tak boleh mudah mengalah.)"
"Chaijeom-eun eobs-eoboyeo. (Tak ada bezanya pun.)"
"Neo geugeo haebwaya hae. (Awak kena cuba dulu.)"
Hani tersenyum sinis. "Cheog hajima. (Stop berpura-pura.)" ujar Hani dan terus pergi meninggalkan Han Dal-sik di situ.
Nan neoleul singyeongsseo, Haniya. (Saya care pasal awak, Hani.)
**********
SATU tamparan kuat hinggap di pipi Dzarin. Mata mencerlung memandang wajah anak lelakinya itu. Sakit dadanya apabila mendapat tahu perbuatan biadap anaknya itu.
Dahlia ada di situ terus mendekati Dzarin. Dia menggosok lembut pipi anaknya itu.
"Zar okey ke?" soal Dahlia, risau.
Dzarin menurunkan tangan Dahlia dari pipinya. Dia mendekati Jalil.
"Abah boleh pukul Zar lagi. Zar tak peduli. Hani milik Zar. Abah tak boleh halang Zar." ujar Dzarin.
"Kenapa kamu obses sangat dengan Hani? Kamu tak peduli pun untuk kahwin dengan dia pada mulanya, kan?"
"Yes... tapi dari dulu lagi Hani patutnya dengan Zar bukan dengan Dani."
"Apa maksud kamu ni?"
"Semua orang tak tahu kecuali Dani. Zar memang dah ada perasaan kat Hani sejak zaman sekolah lagi. Tapi Zar pendam!"
Dahlia dan Jalil terkejut mendengar pengkuan Dzarin itu. Dahlia terus menarik lengan Dzarin.
"Apa Zar cakap ni? Jangan main-main, Zar."
"Tak, bu! Memang inilah kebenarannya. Zar sukakan Hani dulu tapi Dani rampas dia daripada Zar."
Dzarin menoleh ke arah Jalil. "Anak kesayangan abah tu... dia merayu kat Zar untuk lepaskan Hani. Zar ni bodoh dan ikut aje cakap dia."
"Tapi perbuatan Zar tetap salah!"
Dzarin ketawa dan menghenyakkan punggung di atas sofa. Dia menyilangkan sebelah kakinya.
"Dari kecil sampai besar... memang anak Dahlia dan Jalil ada satu aje. Daniel, kan?"
"Dzarin!" panggil Dahlia dengan nada tinggi.
"Apa?! Aku selalu mengalah sebab aku abang. Tapi apa aku dapat? Nothing!"
"Kami tak pernah bezakan kasih sayang antara kamu berdua."
"Really? Kalau macam tu... jangan halang aku untuk kahwin dengan Hani."
"Tak boleh! Zar akan seksa dia nanti."
"Apa kau merepek ni? Aku cintakan dia. Aku takkan seksa dia."
"Zar tak cintakan dia! Zar obses dengan dia!"
Dzarin bangkit dan menerpa ke arah Dahlia. Dia menggenggam kuat lengan Dahlia.
"Kau cakap macam tu lagi... aku akan lupa yang kau ni ibu aku."
Jalil melepaskan pegangan Dzarin itu. Dia menolak tubuh Dzarin.
"Kau keluar dari rumah ni. Sekarang!" halau Jalil.
"Okey... no problem."
Dzarin terus pergi meninggalkan mereka di ruang tamu. Kedua-duanya masih dalam keadaan terkejut.
"Abang... kenapa sampai jadi macam ni?" soal Dahlia sambil menangis pilu.
Jalil memeluk tubuh Dahlia dan menenangkannya. Dia turut mengalir air mata.
**********
DR. AMIR memandang sayu wajah Sarah yang sedang terbaring di atas katil itu. Keadaan dia sangat lemah. Tiba-tiba, perasaan marah mula menguasai dirinya. Semerta, kejadian itu berputar kembali.
KELUAR dari bilik bedah, Dr. Amir terus pergi ke bilik rawatan Sarah. Dia sudah agak bahawa Sarah tiada di dalam.
Tiba-tiba, ada satu bunyi dari belakang pintu. Dr. Amir terus menjenguk ke belakang pintu. Membuntang biji matanya melihat Sarah sedang diikat dan mulutnya ditutup dengan selotape.
"Sarah!"
Dr. Amir membuka ikatan di mulut dan tangan Sarah. Sarah tercungap-cungap.
"Awak okey tak ni?" soal Dr. Amir, cemas.
"Doktor... Zikri..." ujar Sarah, lemah.
"Zikri buat awak? Saya dah agak. Dia ni memang dah melampau!" marah Dr. Amir. Dia mahu pergi tapi Sarah memegang lengannya.
"Jangan... saya tak nak... doktor terlibat... dalam masalah saya. Please..."
"Okey... saya lepaskan dia sebab awak. Jom, saya rawat awak."
Dr. Amir membantu Sarah bangun dan memapahnya ke salah satu wad biasa.
KNOCK, KNOCK!
Pintu wad diketuk. Lamunan Dr. Amir pun terhenti. Dia menoleh ke arah pintu. Seorang jururawat masuk ke dalam membawa dulang ubat.
"Doktor... saya nak check tekanan darah tinggi Sarah."
"Okey, saya keluar dulu. Apa-apa update terus bagitahu saya."
"Baik, doktor."
Dr. Amir keluar dari bilik wad. Dia terserempak dengan Zikri. Dia terus menerpa Zikri. Kolar bajunya digenggam kuat.
"Kau memang tak guna, Zikri! Kenapa kau perlu kacau dia lagi? Move onlah!"
Dzarin ketawa kecil lalu berkata, "Relakslah bro! Sikit jer aku usik dia."
"Kau memang binatang! Sarah tu baik. Kau memang tak layak untuk dia!"
"Dia tu yang tak layak untuk aku. Tapi kalau kau nak perempuan murah..."
Dr. Amir tidak dapat menahan perasaan marahnya lagi apabila Zikri menggelar Sarah begitu. Dia terus menumbuk muka Zikri beberapa kali. Untung saja ada beberapa jururawat yang datang menghalangnya.
"Tak guna punya jantan! Mampus kau!" jerkah Dr. Amir.
Zikri sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Dr. Amir masih mahu menerkam Zikri tapi dihalang oleh mereka.
"Sabar Dr. Amir!" ujar salah seorang jururawat itu.
"Aku takkan lepaskan dia!"
"Dr. Amir!" panggil Sarah. Dr. Amir terus berhenti meronta-ronta dan menoleh ke arah Sarah.
"Sarah?"
Sarah sedang berdiri di muka pintu dalam keadaan lemah. Baru beberapa langkah, Sarah jatuh pengsan. Dr. Amir terus berlari mendapatkan Sarah.
Share this novel