HANI mahu pulang ke kuaters. Dia sedang menunggu grab. Tiba-tiba, ada seseorang berdiri di sebelahnya. Dia menoleh sekilas.
"Naufal?" panggil Hani.
Naufal sedang leka melihat handphone terus menoleh ke sisi. Dia tersenyum lebar melihat Hani.
"Hani! Awak nak balik juga ke?"
"Aa'h, saya tengah tunggu grab. Awak pula?"
"Saya memang nak naik grab tapi tak dapat driver lagi. Mungkin kejap lagi kot."
Tiba-tiba Hani mendapat notifikasi. Driver grab yang ditempah telah membatalkan tempahan. Hani mengeluh panjang.
"Kenapa?" soal Naufal.
"Grab cancel! Dahlah malam..."
"Hani, apa kata kita balik sama-sama. Biar saya yang book."
"Hmm... okey juga. Tapi kita nak tunggu kat mana?"
"Sementara tu... jom kita makan kat kedai hujung sana." ajak Naufal.
"Boleh juga tu... saya pun tengah lapar ni."
"Cantik! Jom!"
Mereka berjalan beriringan ke kedai itu. Mereka hanya memesan tteokbokki dan air soda.
"Erm... sedap! Awak pernah datang sini ke sebelum ni?" soal Hani lalu menyuapkan tteokbokki ke dalam mulutnya.
"Pernah dalam dua kali macam tu. Saya selalu tak dapat grab... saya memang datang sini." Hani mengangguk-angguk.
"Oh... awak doktor bahagian mana?"
"Saya bahagian jantung. Saya sebenarnya dipindahkan kat sini."
"I see..."
Mereka berborak sehingga tidak sedar masa berlalu. Tidak lama selepas itu, Naufal book grab dan mereka pulang bersama-sama.
**********
SAFIAH terbatuk-batuk dan berasa lemah. Sepanjang hari, dia hanya baring sahaja. Tidak larat mahu berbuat apa-apa. Halim naik risau melihat keadaan Safiah itu.
Halim masuk ke dalam bilik. Dia berjalan menghampiri katil lalu duduk di birai katil. Tangan Safiah disentuh lembut.
"Piah... bangun kejap. Awak kena makan ubat." arah Halim.
"Tak larat nak bangunlah, bang." ujar Safiah, lemah.
"Tapi awak kena makan ubat biar cepat sihat."
Safiah menyentuh lengan Halim. Dia memandang sayu wajah Halim.
"Bang... boleh tak abang suruh Hani balik sini? Piah dah rindu sangat dengan dia. Boleh ya, bang?"
"Piah..."
"Saya tak pernah rasa rindu macam ni, bang. Bolehlah bang. Bawa Hani balik sini untuk saya." Mengalir halus air mata Safiah dari celahan tubir matanya.
DOKTOR keluar dari bilik rawatan. Halim datang menghampiri doktor itu.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" soal Halim, cemas.
"Mari ikut saya ke bilik, ya?" Halim mengangguk dan mengikuti doktor ke biliknya.
Masing-masing melabuhkan duduk di atas kerusi.
"Baiklah, Encik. Saya ada sesuatu perkara yang kurang baik nak beritahu pada Encik." ujar doktor itu.
"Kurang baik? Isteri saya tak ada apa-apa yang serius, kan?"
"Sebenarnya, kami dah jalankan ujian terhadap isteri Encik. Kami mendapati bahawa isteri Encik berkemungkinan menghidap kanser rahim."
Mahu gugur jantungnya saat mendengar berita daripada doktor itu.
"Kami tak pasti lagi. Jadi, kami sarankan Encik bawa isteri Encik periksa di hospital untuk kepastian. Saya akan beri surat pada Encik nanti."
"ABANG? Abang?" panggil Safiah.
Halim tersedar dari lamunan. Dia memandang wajah Safiah.
"Abang dengar tak apa yang Piah cakapkan?"
"Ab-abang dengar. Bagi abang masa, ya?"
"Abang tolong Piah. Saya perlukan anak saya."
Ya Allah, apa patut aku buat? Kalau Hani tahu keadaan ibu dia macam ni... pasti dia akan pulang ke sini. Tapi bagaimana dengan impian dia?
**********
JOHAN baru balik dari rumah. Dia melihat rumah gelap dan sunyi. Setahunya, Erina memang tidak akan keluar rumah kerana kes kemalangan itu masih belum selesai. Erina masih dalam buruan polis.
Johan naik ke atas dan berjalan terus menuju ke bilik Erina. Dia membuka pintu bilik. Tiada orang.
"Aik, mana pula Erin ni? Selalu kalau dia keluar dia bagitahu." fikir Johan.
Johan mahu menutup semula pintu bilik tetapi tersekat kerana sepucuk surat terselit di bawah pintu. Dia mengambil surat itu.
"Surat apa pula ni?"
Johan membuka lipatan surat itu dan membacanya.
Jo, aku nak minta maaf sebab selalu susahkan kau. Aku tahu aku bukan kakak yang baik untuk kau. Aku tak nak kau susah sebab aku. Jadi, aku buat keputusan untuk serah diri.
Kau jaga diri baik-baik tau. Lawatlah aku bila senang. Aku sayangkan kau, Jo. Kau memang adik yang baik.
Kakak kau,
Erina.
"Erina!"
Johan terduduk di depan pintu bilik. Tidak menyangka Erina akan berbuat demikian. Dia sedaya upaya mahu melindunginya namun Erina sendiri yang menyerah diri.
"Erin... kenapa kau tinggalkan aku macam ibu dengan ayah? Apa salah aku, Ya Allah? Aku tak layak bahagia ke?" rintih Johan sambil menangis kepiluan.
**********
HAN DAL-SIK sedang berjalan menuju ke kafe. Tiba-tiba, dia ternampak Hani dan Naufal masuk ke dalam hospital bersama-sama. Dia terus berhenti melangkah.
Mereka tampak mesra. Walhal, mereka baru sahaja kenal beberapa hari yang lalu. Timbul rasa cemburu di dalam hatinya.
Naufal menghulurkan sekeping kad kepada Hani. Hani mengambilnya bersama kerutan di dahi.
"Kad? Kad apa ni?" soal Hani.
"Kad tu ada nombor phone saya. Semalam kan kita tak sempat nak exchange number." jelas Naufal.
"Wow! Awak dah ada kad sendiri."
"Tak perlu teruja sangat. I'm still the same Naufal."
"Eh, saya laparlah. Jom makan kat kafe."
"Saya on jer! Gaja gaja!" Mereka ketawa kecil.
Melihat kemesraan mereka, Han Dal-Sik menjadi marah dan cemburu. Dia terus berjalan laju menuju ke arah mereka.
"Hanissi!" panggil Han Dal-Sik.
Hani dan Naufal berhenti melangkah dan terus berpusing ke berlakang.
"Han seonsaengnim!" Hani dan Naufal memberi tunduk hormat kepada Han Dal-Sik.
"Nol-reo gaja. (Jom keluar bersama.)" soal Han Dal-Sik.
"Mwo-ragohasseo? (Apa awak cakap?)" soal Hani pula untuk kepastian.
"Naeil boja, hanissi. ( Jumpa awak esok, Cik Hani.)"
Hani seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Han Dal-Sik mengajaknya keluar bersama.
"Hajiman... (Tapi...)"
Tidak sempat Hani membalas apa-apa, Han Dal-Sik sudah berlalu pergi.
"So.... saya rasa awak tak ada pilihan lain selain keluar dengan dia, kan?"
Hani memandang wajah Naufal. Dia terus mengeluh panjang.
"Apalah nasib saya ni?"
"Nasib awak baiklah sebab kena ajak keluar dengan doktor hensem."
"Seriously? Baik saya makan lagi bagus."
Hani sudah berjalan ke hadapan. Naufal segera mengikutinya ke kafe.
Han Dal-Sik mengintai mereka di sebalik dinding. Dia tersenyum. Dia tidak sabar mahu keluar bersama Hani pada hari esok.
**********
SUDAH dua hari Zikri tidak masuk kerja. Apabila ditanya kepada rakan sekerjanya, mereka mengatakan bahawa dia tidak sihat. Entah benar atau tidak.
Sarah ada cuba menghubungi Zikri tetapi tidak dijawab. Begitu juga dengan mesej yang tidak dibalas sehingga hari ini.
Di wad kecemasan, Sarah sedang sibuk memeriksa pesakit. Tidak menang tangan. Ramai doktor yang tidak datang kerja kerana cuti sakit. Jadi, dia perlu mengambil alih.
"Dr. Sarah, saya dah bagi injection kat pesakit di katil 5. Ada apa-apa lagi?" ujar jururawat yang bertugas di wad kecemasan itu.
"Erm... pesakit katil nombor 8 dah check tekanan darah? Ada simptom lain ke?" soal Sarah.
"Dah, doktor. Pesakit pun tak ada simptom lain." jawab jururawat itu.
Sarah mengangguk dan menoleh memandang jururawat itu.
"Okey, saya nak rest kejap. Anything happen, just call me."
"Baik, doktor."
Sarah pergi menuju ke kafe. Dia memesan kopi Americano dan waffle. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang sewaktu keluar dari kafe.
"Oh, sorry!" mohon Sarah.
"Hai, Sarah!" sapa Dzarin. Sarah terkejut melihat Dzarin di depan mata.
Aduh! Dia datang sini pula. Mesti dia datang nak jumpa aku tanya pasal Hani. Malas betul lah nak layan dia ni.
"Awak buat apa kat sini? Ada appointment ke?" soal Sarah.
"Oh, tak... saya datang sini nak jumpa awak. Ada nurse bagitahu saya awak kat sini.".
Aku dah agak dah! Rimas aku dengan dia ni!
"Tapi saya busy hari ni. Ramai doktor tak ada.... awak faham kan maksud saya."
"Yeah, I know but saya dah minta izin dengan ketua awak untuk pinjam awak sekejap."
Ya Allah, mamat ni... gila ke apa? Suka-suka hati buat keputusan untuk aku. Aku luku kepala tu baru tahu!
"Awak? Sarah...?"
"Saya betul-betul busy..Saya minta maaf. Kita cakap lain kali ajelah."
Sarah terus berlalu pergi tetapi Dzarin menghalang laluannya. Sarah terus merengus kuat.
"Awak, please! Saya dah suruh awak jangan datang jumpa saya kat sini kalau bukan sebab awak sakit atau ada hal penting."
"Saya tahu tapi saya nak tanya awak sikit aje. Saya dengar aunty Safiah sakit, kan?"
"Dzarin, awak tak perlu kesah pasal aunty Safiah. Suami dia ada untuk jaga dia. Awak lupa ke uncle Halim tu doktor?"
"Saya tak lupa cuma aunty Safiah tu kan bakal mak mertua saya. Jadi..."
"Stop it, Dzarin! Hani tu belum bagi jawapan apa-apa lagi. Saya pun dah tak nak masuk campur hal awak dengan Hani."
Dzarin mahu membuka mulut tetapi Sarah mencelah terlebih dahulu.
"Kalau betul awak nak kan Hani, pergi dapatkan sendiri. Jangan kacau saya lagi!"
Sarah terus pergi dari situ. Dia puas kerana dapat 'bahasakan' Dzarin itu. Biar dia sedar bahawa perbuatannya itu salah.
Share this novel