JAK 1

Drama Series 25089

BUNYI deringan alarm di telefon telah menyedarkan Hani dari tidur yang lena. Dia segera menutup alarm itu. Dia bangkit dari pembaringan. Dia menggeliat sebelum turun dari katil.

Hani membuka pintu almari dan mengeluarkan sebakul barang mandiannya. Tuala yang tergantung di pintu almari diletakkan di bahu kirinya.

Separuh mamai, dia keluar dari bilik. Dia berjalan menuju ke bilik mandi. Dia seorang saja yang ada kerana masih awal.

Selesai mandi, dia pergi ke bilik asramanya semula. Dia berselisih dengan kawan sebiliknya, Sarah.

"Aik, Sarah awal kau bangun?" soal Hani, pelik.

Kebiasaannya Sarah akan bangun lambat kecuali ada kelas dengan Profesor Amir. Setahunya, kelas Profesor Amir hanya pagi Selasa. Hari ini hari Khamis.

"Hani, sayang... kau mesti tak tahu berita lagi kan?" Hani menggeleng kepalanya.

"Profesor Amir akan buat kelas tambahan pagi ni. Takkanlah aku nak terlepas." beritahu Sarah.

"Oh, ye ke? Aku tak tahu pulak. Bila Prof. Amir bagitahu?"

"Malam semalam. Tulah kau tak datang surau."

"Aku tak sihat sebab tu tak datang. Bukan saja-saja."

"Okeylah, dah lambat. Aku nak mandi. Lepastu, Prof. Amir akan pandang aku aje." Hani ketawa kecil.

"Baik, Sarah. Jangan mandi lama-lama. Nanti ada yang teman." ujar Hani, separuh berbisik.

"Eee, Hani!" Sarah memukul lembut lengan Hani. Hani ketawa terkekek-kekek. Seronok mengusik kawannya itu.

"Bye, Sarah!" ucap Hani sebelum masuk ke dalam bilik asramanya. Dia mahu bersiap untuk ke kelas.

**********

DANIEL baru saja habis kelas. Hani sudah menunggunya di luar dewan kuliah. Dia tersenyum manis kepada Hani.

"Hai awak!" sapa Hani dengan mesra. Daniel berjalan mendekati Hani.

"Hai, Hani ku yang manis lagi jelita." sapa Daniel disamping memuji Hani.

"Amboi, kemain puji orang. Ini mesti ada nak something daripada Hani, kan?" soal Hani, serkap jarang.

"Eh, mana ada! Tak baik tau buruk sangka dengan boyfriend sendiri." nafi Daniel. Dia berpaling ke arah lain. Bibirnya sudah dimuncungkan ke depan.

Hani ketawa seraya berkata, "Dani, awak sebiji macam itik." kutuk Hani dengan ketawa yang masih bersisa.

Daniel melopong dan memandang wajah Hani dengan pandangan tidak puas hati.

"Nurul Hani!" panggil Daniel dengan nada agak tinggi.

"Okey-okey! Sorry..." Hani masih menahan tawa.

"Dah, Dani dah naik marah. Dani nak denda Hani." ujar Daniel.

"Ala... kasilah chance." pinta Hani. Daniel menggeleng laju.

"Hani tak boleh lari. Jadi, denda Hani adalah..."

"Daniel!" panggil seorang wanita. Mereka berdua terus menoleh ke sisi. Erina sedang berlari-lari anak ke arah mereka.

Erina merupakan pensyarah di kampus ini. Semua kakitangan di kampus ini tahu bahawa dia menyimpan perasaan terhadap Daniel.

"Erina? Kenapa you cemas aje ni?" soal Daniel. Hani mempamerkan riak wajah meluat.

Cemaslah sebab tak jumpa Dani dari pagi. Gumam Hani di dalam hati.

"Oh, you busy ke sekarang ni?" Erina memandang ke arah Hani.

"Busy sebab nak dating dengan Hani, kan?" Daniel mengenyitkan mata kepada Hani. Hani mengangguk laju dan tersenyum sinis.

Erina bengang tapi dia segera mengawal riak wajahnya. Dia berkata, "Oh ye ke? Bukan apa kereta I tak boleh start. Nak minta tolong tapi tak ada orang." ujar Erina dengan nada sedih.

Eee! Perempuan ni sajalah tu nak umpan Dani.

"La ye ke? Tak apa... biar I call Fahim. Dia pakar bab-bab kereta ni." Daniel mengeluarkan handphone di kocek seluarnya.

"Eh, tak apa Dani! I baru teringat kawan I ada kat area sini. I tumpang dia balik." tegah Erina.

Hah! Aku dah agak taktik perempuan ni. Saja nak kacau date aku dengan Dani. Terkebil-kebil mulutnya mengutuk Erina.

"Baguslah macam tu. I pergi dating dengan Hani dulu, ya? Jom Hani." permisi Daniel. Hani dan Daniel pergi meninggalkan Erina keseorangan di situ.

"Kurang ajar punya perempuan! Tak apa... aku takkan putus asa. Kau tunggu aje." bicara Erina pada diri sendiri.

**********

SAFIAH dan suaminya, Halim sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mereka menonton drama bersiri terbaru Korea.

"Abang, saya geram betul dengan perempuan tu. Dia yang salah, dia tuduh orang lain. Kesian kawan dia tu." bebel Safiah. Mata masih tertancap pada skrin televisyen.

"Ya, abang pun geram. Kalau ada depan mata, dah lama abang tumbuk muka dia." sokong Halim.

Tiba-tiba, Safiah teringat akan anak perempuannya yang seorang itu. Dia mahu membincangkan sesuatu dengan Halim.

"Abang!" panggil Safiah.

"Hah?" soal Halim. Dia menoleh memandang Safiah.

"Saya nak cakap sikit pasal Hani." beritahu Safiah.

"Kenapa dengan anak kita tu?" soal Halim.

"Hani tu tak lama lagi nak habis belajar. Lepastu dia kerja. Saya risaulah, bang."

"La... nak risau kenapa? Baguslah anak kita tu pergi kerja... cari duit sendiri."

"Abang ni buat-buat tak faham pulak. Abang tahu kan yang Hani tu nak bertunang dengan Daniel tu."

"Tak apalah, Dani kan dah bagitahu dia tak kisah kalau Hani nak kerja lepas kahwin."

Safiah berdecit lalu berkata, "Memanglah tapi saya kalau boleh tak nak Hani kahwin awal. Saya nak tengok dia berjaya dulu."

Halim mengeluh, dia menyentuh lembut bahu Safiah.

"Abang tahu Piah nak yang terbaik untuk Hani tapi dia dah besar. Dia boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk."

"Abang tak risau ke kalau-kalau Dani tu larang Hani nak kerja kat hospital tu."

"Abang yakin Dani tu akan sokong Hani."

"Tapi abang..."

"Sudahlah... kita doakan yang baik-baik aje untuk Hani. Hmm?" pujuk Halim.

Lambat-lambat, Safiah terpujuk dengan kata-kata Halim itu.

**********

TAMAN REKREASI kelihatan lengang kerana sudah petang. Hanya ada beberapa orang yang sedang berjoging. Ada juga sekumpulan orang sedang beriadah.

Hani dan Daniel duduk sambil menikmati pemandangan tasik di depan mata.

"Awak..." panggil Hani.

"Hmm?" soal Daniel.

Hani bangun dan berdiri di hadapan Daniel. Dia menyuruh Daniel untuk bangun juga.

"Kenapa ni? Lain macam aje." Daniel menjongketkan sebelah keningnya.

"Erm... saya nak tanya awak sikit boleh?" soal Hani, teragak-agak.

"Tanya banyak pun tak apa." jawab Daniel.

"Awak tahu kan saya nak jadi doktor?" Daniel mengangguk.

"Saya dah apply kat satu hospital ni tapi tempat tu jauh. Jadi, boleh tak kalau saya nak minta kita tangguhkan wedding kita?" Daniel terus berubah riak wajah.

Daniel berpaling ke belakang. Dia berkata, "Hani... saya dah cakap banyak kali kat awak yang saya tak kisah. Saya percayakan awak." ujar Daniel. Hani berdiri di hadapan Daniel.

"Tapi awak saya tak suka PJJ. Saya tak nak kita berdua rasa terpaksa dalam hubungan ni."

"Terpaksa? No! Saya okey, Hani." bidas Daniel.

Hani berdecit lalu duduk semula di bangku. Dia menundukkan kepalanya. Daniel duduk di sebelah Hani.

"I'm sorry, okay? Kita bincang lain kali."

Hani mengangkat wajah memandang wajah Daniel dengan pandangan tidak puas hati.

"Awak memang takkan faham saya, kan?" soal Hani bercampur perlian. Dia terus pergi dari situ.

"Hani, wait!" tegah Daniel tapi sia-sia. Hani sudah berjalan ke hadapan.

Tiba-tiba, kata-kata umi dan abahnya terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

"UMI dengan abah tak kisah kalau Hani tu nak kejar impian dia tu. Cuma Dani tahu kan doktor tu takkan ada masa dengan keluarga." ujar Dahlia.

"Abah pun setuju. Sebab tu abah tak nak kamu ambil bidang kedoktoran." sokong Jalil.

"Tapi umi, abah... Hani nak sangat jadi doktor dari kecik. Keputusan dia pun bagus setiap sem." bidas Daniel.

"Dani, umi dengan abah cuma nak kamu fikir masak-masak sebelum kamu buat keputusan. Umi dengan abah tak nak kamu menyesal di kemudian hari." jelas Dahlia.

DANIEL mengeluh panjang. Dia tersepit di antara mahu ikut kata-kata umi dan abahnya atau berkorban demi cintanya pada Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience