JURURAWAT KANG membuka pintu menggunakan kunci. Mereka masuk ke dalam kuaters tersebut. Ruang di dalam luas dan kosong kerana tidak terlalu banyak perabot yang ada.
Namun begitu, kuaters itu kelihatan terjaga kerana bersih sahaja. Tiada habuk atau sawang di mana-mana sudut.
"Joesonghabnidaman, i sugsoneun pyeongso-e sayonghaji anhgi ttaemun-e manh-eun gaguleul junbihaji anhseubnida. (Maaf ya tapi kami tak sediakan banyak perabot sebab selalunya kuaters ni tak digunakan.)"
"Wae? Yeogie salgo issneun uisaga eobs-seubnikka? (Kenapa? Tak ada doktor langsung ke yang tinggal sini?)"
"Aniyo, manh-eun uisadeul-i gisugsa-e salgo issgi ttaemun-ibnida. (Tak, maksud saya ramai doktor tinggal di asrama.)"
"O, algess-eo. (Oh, faham.)"
"Joh-ayo, gaya haeyo. Junbiga doesyeossdamyeon lobieseo jeoleul chaj-ajuseyo. (Okey, saya pergi dulu. Kalau awak dah ready, awak boleh cari saya di lobi.)"
"O, yeogi dangsin-ui yeolsoega issseubnida. (Oh, ini kunci awak.)"
"Ne, gamsahabnida!" Hani memberi tunduk hormat. Begitu juga jururawat Kang.
Sepeninggalan jururawat Kang, Hani melihat setiap ruang dan bilik di kuarters itu. Ada sebuah bilik dan bilik mandi. Dapur dan ruang makan juga tidak jauh.
"Hmm... not bad."
Tiba-tiba, Hani terlanggar sesuatu di atas rak. Sebuah kotak yang di atasnya tertera nama Mia. Hani mahu membuka kotak itu tetapi ianya berkunci.
"Mia? Mesti dia muslim macam aku. Tapi... mana dia? Maybe dia dah pindah kot." Hani meletakkan semula kotak itu di atas rak.
Badan Hani sudah letih dan berlengas. Dia masuk ke dalam bilik. Dia mengeluarkan tuala di dalam bagasinya dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
Hani mahu menyegarkan diri. Selepas ini dia akan ke hospital semula. Dia perlu bertugas pada syif malam.
**********
KNOCK, KNOCK!
Pintu bilik diketuk. Erina segera membuka pintu. Zack berdiri di depan pintu. Erina melihat sekeliling dahulu sebelum menarik Zack masuk ke dalam bilik.
Zack duduk di birai katil manakala Erina berdiri di hadapan Zack.
"Kau duduk lagi kenapa?! Cepatlah buat apa yang patut!" marah Erina.
"Ala... relakslah. Bagilah aku rest dulu."
"Hei! Kau jangan nak main-main dengan aku! Kau buat sekarang!" Erina menarik lengan Zack supaya bangun dari tempat duduknya.
"Eee! Yelah! Bagi barang-barang yang aku minta tu!"
Erina berjalan menghampiri meja di sebelah katil. Dia mengambil satu beg sederhana dan diberikan kepada Zack.
"Dalam beg tu ada semua yang kau minta."
Zack membuka zip beg laptopnya dan mengeluarkan laptopnya. Dia mengalihkan barang-barang Erina di atas meja solek. Dia meletakkan laptopnya di atas meja itu. Dia duduk di atas kerusi.
"Aku akan buat..." Zack menjelaskan setiap butiran yang dilakukan kepada Erina secara terperinci.
**********
RAMBUT dibawa ke sisi dan dikemaskan bersama ikatan di bahagian bawah untuk membentuk gaya ekor kuda. Hani mencapai kot putih di atas katil dan disangkutkan pada lengan kirinya.
Hani keluar dari kuaters dan mengunci pintu. Dia bergerak ke hospital.
Tiba di hospital, dia terus mencari-cari kelibat jururawat Kang. Kelihatan jururawat Kang sedang berborak dengan dua orang jururawat perempuan.
Hani berjalan menghampiri jururawat Kang.
"Kang-ganhosa!"
Jururawat Kang berhenti berborak dan terus menoleh ke sisi. Dia tersenyum kepada Hani.
"Mianhaeyo, gaya haeyo. (Sorry, saya kena pergi.)" permisi jururawat Kang. Dua orang jururawat itu terus pergi dari situ.
"Hani sunsangnim, donglyodeul-eul mannal junbiga doesyeossnayo? (Dr. Hani, awak ready nak jumpa kawan sekerja awak?)"
"Ne, Gaja! (Ya, jom!)"
"Dangsin-eun yeoljeongjeog-ibnida. (Awak bersemangat.)" Hani tersenyum manis.
Jururawat Kang dan Hani mengatur langkah menuju ke bilik kakitangan. Sebaik sahaja jururawat Kang masuk ke dalam bilik itu, mereka semua mengeluh.
"O ileon, gingeub sanghwang-igessjyo? (Oh no, ni mesti ada emergency, kan?)" soal salah seorang doktor di situ.
"Aniyo, gingeub sanghwang-i eobs-seubnida. Yeoleobun-ege saeloun uisaleul sogaehaleo wassseubnida. (Tak, kita tak ada emergency. Saya datang sini sebab nak kenalkan kepada semua orang doktor baru.)" Mereka semua menghela nafas lega.
"Saeloun uisa? Nuguya? (Doktor baru? Siapa dia?)"
"Hani sunsangnim!" panggil jururawat Kang. Hani melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Hani memberi tunduk hormat seraya berkata, "Annyeonghaseyo! Je ileum-eun nurul haniibnida. Hanilago buleusyeodo doebnida. Mannaseo bangawoyo! (Hai, semua! Nama saya Nurul Hani. Awak semua boleh panggil saya Hani. Selamat berkenalan!)"
"Annyeonghaseyo, Hani!" ucap semua orang kecuali seorang lelaki. Wajahnya bengis sahaja.
"Jeoneun yeojudaibnida. Dangsin-eun museullim-ieoya habnida, geuleohjyo? (Saya Yeo Joo-da. Awak mesti muslim, kan?)" tanya Yeo Joo-da. Semua orang terkejut dan memandang sesama sendiri.
"Ye, jeoneun museullim-ibnida. (Ya, saya seorang muslim.)"
Tiba-tiba, doktor lelaki yang bengis itu meletakkan pen dengan kuat sehingga bergema satu ruangan itu.
"Kang-ganhosa, geunyeoege byeong-won jubyeon-eul boyeojul su issseubnikka? Geunyeoneun yeogi saelo wassseubnida. (Jururawat Kang, boleh tak awak tunjukkan Hani sekitar hospital? Dia baru kat sini.)" ujar Park Ae-ri. Tertera namanya di kad kakitangan yang tergantung di lehernya.
"Joh-eun, gaja Hani sunsangnim. (Baik, jom Dr. Hani.)"
"Jigeum tteonabnida. Najung-e bwayo. (Saya pergi dulu. Jumpa nanti.)" permisi Hani.
Sepeninggalan jururawat Kang dan Hani, Yeo Joo-da meminta maaf kepada doktor lelaki itu.
"Dalsig-a, mianhae. Naneun dangsin-eul hwanage hal uidoga eobs-seubnida. (Dal-Sik, aku nak minta maaf. Aku tak ada niat nak buat kau marah.)"
Han Dal-Sik memandang tajam wajah Yeo Joo-da. Dia bangun dan berkata, "Geunyeoleul dasi eongeubhamyeon, naega mueos-eul hal su issneunji aljyo? (Kalau kau mention lagi pasal dia, kau tahu kan apa aku boleh buat?)"
Han Dal-Sik terus keluar dari situ dan pintu dihempas kuat. Semua orang memarahi Yeo Joo-da.
"Dangsin-eun hangsang geuleul hwanage mandeubnida. (Kau ni selalu buat dia marah.)" marah salah seorang rakan sekerjanya.
Han Dal-Sik masih berdiri di luar bilik kakitangan itu menggenggam buku lima. Menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada.
**********
SETELAH penat berjalan di sekitar hospital, jururawat Kang mengajaknya untuk minum kopi. Mereka pergi ke bilik rehat kakitangan.
Hani melabuhkan duduk di atas sofa manakala jururawat Kang pergi untuk membancuh kopi.
"Hani, eotteon keopi deulilkkayo? Beullaeg keopi ttoneun uyuleul neoh-eun keopi? (Hani, awak nak black coffee atau kopi dengan susu?)"
"Erm... beullaeg keopi museoltang. (Erm... black coffee tak nak gula.)"
"Mueos? Aju sseun mas-i nal geos-ibnida. Gwaenchanh-euseyo? (Apa? Rasa dia akan jadi pahit sangat. Awak okey ke?)"
Hani ketawa kecil. "Naneun geugeos-e igsughada. Gwaenchanh-ayo. (Saya dah biasa. Jangan risaulah.)"
"Joh-ayo!"
Sejenak, dua cawan kopi diletakkan di atas meja. Hani mencapai cawan yang berada di hadapannya. Dia minum dengan penuh nikmat.
"Kang-ganhosa? Mwo mul-eobwado doelkkayo? (Jururawat Kang, boleh saya tanya sesuatu?)" Jururawat Kang mengangguk sedikit.
Hani meletakkan cawan di atas meja. Dia bertanya, "Judaga na-ege museullim-inyago mul-eobomyeon wae nollago geobmeog-eun pyojeong-eul jisneun geolkkayo? (Kenapa dia orang nampak terkejut dan takut bila Joo-da tanya kat saya sama ada saya ni muslim atau bukan?)"
Jururawat Kang berubah riak wajah. Dia diam dan tidak menjawab soalan Hani itu.
"Algessseubnida. Je jilmun-e daedabhagi silh-eusinji ihaehabnida. Geunyang ij-eobeolija, eung? (Tak apa. Saya faham kalau awak tak nak jawab soalan saya. Kita lupakan sajalah, ya?)"
"Hani, aedabhago sipji anh-eunde ajig geu bigyeol-eul al su eobsda. (Hani, saya bukan tak nak jawab tapi awak belum boleh tahu lagi tentang rahsia tu.)"
"Gwaenchanh-a, ihaehae. Jilmun-i hana deo issseubnida. (Tak apa, saya faham. Saya ada satu lagi soalan.)"
"Ileum-i jeoghin sangjaleul chaj-assseubnida. Geunyeoui ileum-eun miaibnida. Miaga i byeong-won-eseo uisalo ilhaess-eossdago? (Saya ada jumpa satu kotak yang ada nama. Nama dia Mia. Mia itu pernah bekerja sebagai doktor ke di hospital ini?)"
Sebelum sempat jururawat Kang menjawab, Han Dal-Sik menerjah masuk ke dalam bilik itu. Mereka terkejut.
"Han sunsangim?"
"Daleun salam-ui illo bappeuji masibsio. Naneun joh-ahaji anhneunda. (Kau jangan menyibuk hal orang lain. Aku tak suka.)"
Han Dal-Sik terus keluar dari bilik itu. Hani terpinga-pinga di situ.
Aku yakin mesti ada something happened. Sebab tu dia marah gila bila mention hal tu.
"Geuleul musihasibsio. (Tak yah endah dia tu.)"
Hani sekadar tersenyum hambar. Ada sesuatu yang berlaku tapi dirahsiakan. Dia amat yakin.
**********
BARU SAHAJA mahu memejamkan mata dan berehat, notifikasi daripada wad kecemasan masuk. Ia menandakan bahawa ada pesakit telah tiba di hospital dan perlu dirawat segera.
Hani mengeluh panjang sebelum bangun dan menyarungkan kot putih di badannya. Dia sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya.
Dalam perjalanan menuju ke wad kecemasan, dia berselisih dengan Han Dal-Sik. Seperti biasa, wajahnya bengis dan serius.
Tiba-tiba, namanya diseru. Hani terus berpaling ke belakang.
"Ne?"
Han Dal-Sik melangkah mendekati Hani. Dia memandangnya dari bawah hingga ke atas.
"I hue yaegihaedo doelkkayo? Nae mal-eun toegeun hu. (Boleh kita cakap lepas ni? Maksud saya lepas habis kerja?)"
"Hwagsinhaneun! Eodi? (Boleh! Kat mana?)"
"Munjahalge. (Saya text awak.)"
"Na-ege munja hae? Geunde nae beonho jeonhwagiga eobsjanh-a? (Text saya? Tapi awak tak ada nombor telefon saya, kan?)"
"Naega al-aseo halge. (Saya akan dapatkan sendiri.)" ujar Han Dal-Sik dan berlalu pergi. Hani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Kenapa dia nak jumpa aku? Aku dengan dia bukannya pernah bercakap pun. Peliklah!"
"Hani sunsangnim!" panggil jururawat Kang.
Hani berpaling ke belakang. Dia menjawab, "Ne, galgeyo! (Ya, saya datang!)" sahut Hani dan terus berlari menuju ke wad kecemasan.
Share this novel