SEBELUM ke hospital, Hani dan Han Dal-sik berjumpa di sebuah restoran. Pelbagai jenis makanan Korea yang halal terhidang di atas meja. Hani menjadi rambang mata mahu memilih yang mana satu.
"Meokja! (Jom makan!)" ajak Han Dal-sik. Dia kelihatan gembira hari ini.
Hani mengambil sedikit kimchi dan terus menyuapkan ke dalam mulutnya. Membulat biji matanya.
"Eo-ttae? (Macam mana?)" soal Han Dal-sik.
"Ajoo jal mugutsuyo! (Sedap sangat!)" jawab Hani.
Han Dal-sik tersenyum manis. Dia mengambil sepinggan tteokbokki dan diberikan kepada Hani. Hani segera mengambilnya.
"Gomawo. (Terima kasih.)" ucap Hani.
"Erm... Hani?" panggil Han Dal-sik.
"Ye? (Ya?)"
"Chingu hallaeyo? (Boleh kita kawan?)"
"Kuereomyo! (Sure!)"
Han Dal-sik tersenyum. Hani sambung makan manakala Han Dal-sik masih merenung wajah Hani.
"Joa-haeyo. (Saya suka awak.)" ujar Han Dal-sik.
Hani mahu menyuapkan nasi ke dalam mulut terhenti perbuatannya. Dia terus mengangkat wajah memandang Han Dal-sik.
"Mwo? (Apa?)"
"Sarang haeyo, Hani. (Saya cintakan awak, Hani.)"
Hani terkejut sehingga sudu yang dipegang terjatuh. Dia tidak dapat berkata apa-apa.
"Woori jal uwoolineun gut gatayo. (Saya rasa kita sesuai bersama.)"
"Jwesong hajiman andwaeyo. (Sorry tapi saya tak boleh.)"
Hani terus mencapai beg tangan di sebelahnya dan bangkit dari tempat duduk. Dia melangkah keluar dari restoran itu.
"Hani, gidarida! (Hani, tunggu!)" tegah Han Dal-sik tetapi Hani tidak mengendahkannya.
Han Dal-sik mengeluh panjang seraya meraup wajahnya. Dia menyesal pula kerana berterus-terang tentang perasaannya.
"Naega mwol hangeoji? (Apa yang aku buat ni?)"
**********
DZARIN menekan loceng rumah. Tidak lama kemudian, pintu pagar dibuka. Dia masuk ke dalam perkarangan rumah.
"Assalamualaikum, uncle!" ucap Dzarin sambil berjalan menghampiri Halim di muka pintu.
"Waalaikummussalam. Zar buat apa kat sini?" balas Halim. Dzarin menyalami tangan Halim.
"Zar dengar aunty tak sihat. Zar ingat nak lawat aunty." jawab Dzarin.
"La... susah-susah aje. Jalil dengan Lia ada datang sini dua hari lepas."
"Aa'h, saya pula ada outstation. Baru hari ini dapat peluang nak lawat aunty."
"Tak apalah... mari masuk." pelawa Halim.
Dzarin mengikuti Halim masuk ke dalam rumah. Dia menghenyakkan punggung ke atas sofa.
"Uncle buat air kejap."
"Eh, tak yah susah-susah uncle. Saya dah minum tadi. Uncle duduk dengan saya." tegah Dzarin.
"Hah, yelah." Halim mengambil tempat duduk berhadapan dengan Dzarin.
"So, aunty macam mana uncle? Umi dan abah cakap aunty ada kanser rahim, betul ke?" soal Dzarin.
Halim mengangguk lemah. Keluhan berat dilepaskan.
"Uncle banyakkan bersabar, ya? Uncle... Hani tahu pasal ni?"
"Tak, Zar. Uncle tak sampai hati nak bagitahu dia. Dia mesti risau then dia akan balik sini. Uncle tak nak semua tu."
Tapi itu yang saya nak, uncle. Saya nak Hani balik sini. Lepastu, saya akan kahwin dengan dia.
"Saya bukan niat nak mengajar tapi Hani berhak tahu sebab kalau jadi apa-apa nanti... menyesal tak sudah."
Halim menundukkan kepalanya memandang lantai. Benar kata-kata Dzarin itu. Dia juga yang akan menyesal nanti.
"Uncle akan fikirkan. Terima kasih ya sebab datang lawat aunty. Uncle hargai sangat."
"Tak ada apalah, uncle."
Saya mestilah kena lawat bakal mak mertua supaya dapat title 'menantu yang baik'. Dzarin tersenyum sinis.
**********
SEDARI TADI Hani hanya berdiri termenung di hadapan mesin layan diri. Naufal baru keluar dari tandas dan terlihat Hani di sana. Dia berjalan menghampirinya.
"Hai, Hani!" sapa Naufal. Hani masih termenung.
"La... termenung rupanya."
Naufal memetik jari beberapa kali tepat di wajah Hani. Hani tersedar dari lamunan. Dia terpinga-pinga memandang Naufal.
"Naufal? Awak buat kat sini?" soal Hani.
"Saya nak beli air tapi ada tiang tengah halang."
"Tiang?" Naufal ketawa kecil.
Hani baru perasan bahawa Naufal memanggilnya tiang. Dia terus memukul lengan Naufal.
"Aduh!" Naufal menggosok-gosok lengannya itu.
"Padan muka! Suka sangat usik saya."
"Dah tu... awak termenung aje. Saya panggil pun tak dengar."
"Sorry, saya penat sikit."
"It's okay. By the way, How's your date?"
"Ish, awak ni... berapa kali saya nak cakap... saya bukan keluar datinglah."
"Okey-okey! So...?"
"Okey jer. Kita orang pergi makan then balik kuarters balik."
"Takkan itu aje kau orang buat? Baik tak yah keluar."
"Betul lah... Dr. Naufal."
Tiba-tiba, Hani ternampak Han Dal-sik sedang berjalan menuju ke arah mereka. Dia segera menarik Naufal masuk dalam bilik rehat kakitangan.
"Eh, awak ni kenapa?" soal Naufal.
"Shh!" Hani menyuruh Naufal diam.
Sepeninggalan Han Dal-sik, Hani menghela nafas lega. Naufal menarik lengan Hani.
"Apahal?"
"Tak ada hal. Saya nak ajak awak minum air."
Hani pergi berjalan ke pantri. Dia mencapai dua cawan dan mula membancuh kopi. Naufal mendekati Hani.
"No! Awak lari dari seseorang, kan? Siapa dia?"
"Mana ada! Pandai-pandai aje awak ni. Tak baik membuat fitnah tau."
"Tak... saya tak percaya. Jap!"
Naufal mendekatkan mulutnya di telinga Hani dan membisikkan, "Awak lari dari Dal-sik, kan?"
Hani terkejut dan terus menjarakkan diri daripada Naufal. Dia tiba-tiba menjadi malu apabila Naufal begitu dekat dengannya.
"Suka hati awaklah nak percaya ke tak? Saya pergi dulu."
Hani terus berjalan laju keluar dari bilik itu. Naufal mencebikkan bibirnya.
"Hmph! Nak larilah tu!"
Han Dal-sik mengintai di luar segera menyorokkan dirinya. Dia berasa marah apabila melihat aksi mesra mereka berdua itu.
Han Dal-sik terus masuk ke dalam bilik itu. Dia mendekati Naufal dan menarik lengannya dengan kasar.
"Eh, apa... Han seonsaengnim!" Naufal segera memberikan tunduk hormat.
"Geunyeoegeseo tteol-eojyeo. (Jauhkan diri dari dia.)" ujar Han Dal-sik dengan nada keras.
"Geunyeoneun nugu-ibnikka? (Siapa dia)"
"Hani. Geunyeoneun nae kkeoya. (Hani. She's mine.)"
**********
ENJIN KERETA dimatikan, Zikri mengambil beg kerja di kerusi penumpang. Dia keluar dari perut kereta. Dia mengunci kereta dan terus bergerak masuk ke dalam hospital.
Ketika dia dalam perjalanan ke biliknya, dia terserempak dengan Sarah. Langkah mereka terus terhenti.
"Zikri?" Sarah terus berjalan menghampiri Zikri. Zikri mempamerkan riak wajah meluat.
"Zik, awak dah sihat? Saya risau bila awak tak datang kerja."
"Kau tak perlu risau pasal aku. Aku ni bukannya suami kau ke... tunang kau ke... abang kau ke untuk kau risaukan."
Sarah terkejut apabila Zikri bahasakan dirinya 'aku'. Takkan kerana pergaduhan kecil, Zikri terus mahu melayaninya seperti orang luar.
"Zik, kenapa dengan awak ni? Awak marahkan saya lagi ke?" soal Sarah.
"Buat apa aku nak marah kau? Kau bukannya buat salah apa pun kat aku."
"Habistu, kenapa awak tiba-tiba cakap 'kau', 'aku' dengan saya?"
"La... biasalah kawan guna 'kau', 'aku' bila bercakap. Takkan nak ber'sayang-sayang' pula."
"Zik... saya dengan awak belum putus lagi tau. Awak yang menghilangkan diri."
"Apa dia? Belum putus lagi? Bila masa aku dengan kau bercinta?"
"Apa awak merepek ni, Zikri?! Jangan main-main boleh tak?!" marah Sarah.
"Kau tu jangan nak main-main! Kau boleh tak jangan nak perasan? Aku tak pernah anggap kau lebih dari seorang kawan."
Sarah menggeleng-geleng kepalanya. Tidak percaya Zikri sanggup mengkhinatinya.
"Awak memang kejam! Saya bencikan awak, Zikri!"
Sarah terus berlari meninggalkan Zikri. Zikri tersenyum sinis.
"Siapa suruh main-mainkan perasaan aku? Aku boleh buat lagi teruk dari ni lah. Bodoh!"
Share this novel