JAK 29

Drama Series 25089

TIBA saja di KL, Hani menghubungi Dzarin dan mengajaknya untuk bertemu di taman berdekatan dengan rumahnya. Hani tidak keruan menunggu ketibaan Dzarin.

Dzarin berjalan mencari kelibat Hani di sekitar taman itu. Dia tersenyum lebar saat melihat Hani sedang duduk di bangku di hujung sana.

Akhirnya... kau masuk juga dalam perangkap aku. Nurul Hani.

Dzarin berjalan menghampiri Hani.

"Hai, sayang!" sapa Dzarin. Hani terus mengangkat wajah. Dia memandang tajam wajah Dzarin.

Hani bangkit dan berdiri di hadapan Dzarin. "Bagitahu aku siapa dia?" soal Hani.

Dzarin ketawa kecil lalu duduk di bangku. Dia memberi isyarat agar Hani duduk di sebelahnya.

"Kau boleh tak jangan nak buang masa aku. Bagitahu ajelah siapa dia?" marah Hani.

"Sayang... jangan buat lupa tau. Janji sayang pada abang." Dzarin menjongketkan sebelah keningnya. Hani terus menggenggam buku lima.

Kalau bukan sebab arwah Dani... sampai mati aku takkan jadi milik kau, Dzarin!

"Hani ingat dan Hani takkan mungkir janji. Sekarang bagitahu cepat."

"Nope! Marry me first."

"Dzarin! Apa ni?! Kau dah janji kalau aku balik KL kau akan bagitahu aku!"

"Dengan syarat, sayang. Agree or you can say goodbye."

"Kau memang licik, Dzarin!"

Dzarin senyum sinis dan bangkit, "I'll wait for your answer, my Hani."

Dzarin terus berlalu pergi meninggalkan Hani keseorangan. Apa jua keputusannya, dia tidak boleh berpatah semula. Dia harus membuat keputusan yang betul.

**********

SARAH sedang mengemas meja kerjanya dan bersedia untuk pulang ke rumah. Setelah memastikan tiada yang tertinggal, dia terus keluar dari bilik itu.

Di tempat parkir kereta, Sarah terserempak dengan Dr. Amir. Langkah masing-masing terhenti. Senyuman manis terukir di bibir mereka.

"Hai!" sapa Dr. Amir.

"Hai! Awak tak balik lagi?" balas Sarah.

"Nak baliklah ni. Saya baru aje habis syif."

"Oh..."

Suasana menjadi hening seketika sehingga Dr. Amir bersuara.

"Saya ingat nak ajak awak dinner. Awak free ke?" soal Dr. Amir.

"Tak... kita nak makan kat mana?" jawab Sarah.

"Good! Saya send location kat awak. Kita jumpa kat sana."

"Sounds good. Bye!"

Sarah mahu pergi tetapi suara Dr. Amir menahannya daripada terus berjalan.

"Sarah!" panggil Dr. Amir. Sarah berpaling ke belakang.

"Erm... saya rasa kan... apa kata kalau kita pergi naik kereta saya?"

"Boleh tu boleh... tapi... kereta saya..."

"Saya jemput awak pagi esok. If you don't mind."

Sarah tersenyum sebelum menjawab, "Okey... let's go."

"Yes! I mean... let's go."

Sarah menahan ketawa agar tidak meletus di hadapan Dr. Amir. Dr. Amir jelas kelihatan sedang gugup. Dia terus berjalan menuju ke kereta Dr. Amir.

Dr. Amir menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Kemudian, dia terus mengejar Sarah yang sudah jauh ke hadapan.

**********

"APA DIA?!" soal Halim dengan nada tinggi. Tidak percaya anaknya akan membuat keputusan sebesar ini. Pasti Dzarin punca disebalik keputusan ini.

"Hani tahu ayah mungkin tak percaya tapi Hani memang dah jatuh cinta dengan abang Zar." tutur Hani. Walhal semua kata-katanya itu dusta semata.

"Hani jangan tipu ibu dan ayah. Zar ada ugut apa-apa ke kat Hani?" soal Safiah pula.

"Tak, bu... yah. Hani sendiri yang rela hati dalam perhubungan ni."

"Tak! Ibu tak percaya. Hani cinta mati pada arwah Dani. Tak mungkin Hani akan buka pintu hati untuk orang lain semudah itu."

"Hani faham maksud ibu tu... tapi..."

"Zar ada datang jumpa ayah. Dia ugut ayah."

Hani dan Safiah terus memandang ke arah Halim. Mereka terkejut dan tertanya-tanya.

"Apa maksud abang?"

"Dah tiba masanya untuk abang bagitahu kebenaran kat Piah dan Hani."

Safiah bangkit dari sofa dan mendekati Halim yang sedang berdiri di sliding door itu.

"Kebenaran apa ni, bang? Piah tak fahamlah."

"Piah... awak tahu kan kos rawatan awak semuanya ditanggung oleh Zar?" Safiah mengangguk laju.

"Pada mulanya memang abang nampak Zar ikhlas tapi semuanya bohong, Piah. Dia ada muslihat tersendiri."

"Muslihat? Maksud ayah... muslihat untuk kahwin dengan Hani?"

"Ya... dia ugut ayah. Kalau ayah halang dia untuk kahwin dengan Hani... ayah kena bayar semua kos rawatan yang dia tanggung selama ni."

Safiah terus menutup mulutnya yang terlopong itu dengan telapak tangannya. Dia tidak menyangka Dzarin sanggup melakukan itu semua.

"Eee... Hani memang dah agak. Dia memang jahat."

"Jadi, betul kan yang kamu tak rela dalam perkahwinan ni?"

Hani mengangguk dan tertunduk memandang lantai. Rasa bersalah kerana berbohong.

"Ibu tak izinkan Hani kahwin dengan jantan tak guna tu. Biar kita cari duit bayar semua kos tu. Ibu takkan sesekali serahkan anak ibu pada lelaki macam dia tu."

Hani bangkit dan mendekati kedua ibu bapanya. Dia memeluk tubuh mereka berdua. Ubun-ubunnya diusap lembut oleh mereka.

"Terima kasih ibu, ayah. Hani sayang ibu dan ayah."

"Ayah dan ibu pun sayangkan Hani. Kami sentiasa ada untuk kamu, nak."

Menitis jua air matanya. Sungguh dia amat mensyukuri memiliki kedua orang tua yang memahami seperti Safiah dan Halim.

**********

PUAS Naufal menghubungi Hani namun tidak dijawab langsung. Kalau ikutkan hatinya ini, mahu saja dia pulang ke Malaysia. Tugasnya di sini pula harus diselesaikan dahulu.

Han Dal-sik sedang berjalan menuju ke wad kecemasan. Tiba-tiba, dia terlihat Naufal sedang duduk di bangku sendirian.

"Naupal? Geuneun mueos-eul hagoissni? (Naufal? Apa dia buat kat sana?)" soal Han Dal-sik pada diri sendiri.

Rasa ingin tahu telah membawa langkahnya menghampiri Naufal. Dia memanggilnya.

"Naupal?" panggil Han Dal-sik.

Naufal tersedar dari lamunannya. Dia duduk tegak dan mendongak memandang Han Dal-sik.

"Oh... Dalsig. Nalang mannago sip-eo? (Oh... Dal-sik. Kau nak jumpa aku ke?)"

"Naneun danji ni sangtae hwag-inhago sip-eoss-eoyo. (Aku cuma nak check kau okey ke tak.)"

"Nan gwaenchanh-a. (Aku okey jer.)"

Han Dal-sik mengeluh sebelum duduk di sebelah Naufal. Dia menyiku lengan Naufal.

"Geu salam geogjeonghaneun geo maj-ji? (Kau risau pasal dia, kan?)" Naufal menoleh memandang Han Dal-sik. Dia menjongketkan sebelah keningnya.

"Eung... bunmyeonghi. (Ya... obviously.)"

"Geunyang malleisialo dol-aganeun ge eottae? (Kenapa kau tak balik aje Malaysia?)"

Naufal menggeleng sedikit dan berkata, "Jigeum-eun dol-a gal su eobs-eo. (Aku tak boleh balik sekarang.)"

"Wae? Mueos-i neol meomchuge hae? (Kenapa? Apa yang menghalang kau?)"

"Uli susulhaess-eoyo, gieog an naseyo? (Kita kan ada pembedahan, kau lupa ke?)"

"Danji geugeos ttaemun-e? (Sebab itu aje?)"

Naufal memandang wajah Han Dal-sik bersama kerutan di dahi. Dia langsung tidak menganggap perkara itu serius.

"Keun il-i aniya. Naega neol daesinhal su iss-eo. (It's not a big deal. Aku boleh gantikan kau.)"

"Jangnanchijima. Igeon simgaghae. (Jangan nak main-mainlah. Benda ni serius tau.)"

Han Dal-sik tersenyum dan menyentuh lembut bahu Naufal.

"Naega neoleul doulgeoya. Jinsim! (Aku akan tolong kau. Serius!)"

Lambat-lambat, Naufal mengukir senyum lega. Dia terus berdiri dan menghulurkan tangan kepada Han Dal-sik.

"Da-eum-e gap-eulgeyo. (Aku akan balas jasa kau.)" ujar Naufal.

Han Dal-sik bangkit dan menyambut huluran Naufal itu. Mereka berpelukan tanda persahabatan.

Hani, awak tunggu saya. Saya akan datang jumpa awak. Saya takkan sia-siakan peluang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience