KNOCK, KNOCK!
Hani mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam. Bilik Dr. Shin sudah dipenuhi oleh semua doktor dan jururawat yang terlibat dalam pembedahan penting itu. Termasuklah Han Dal-sik.
"Mian neuj-eoss eo. (Maaf, saya terlambat.)"
Hani memberi tunduk hormat lalu berjalan menghampiri Park Ae-ri. Dia berdiri di sebelahnya.
"Joh-a, tolon-eul gyesoghaja. (Okey, kita sambung perbincangan kita.)" ujar Dr. Shin.
"Hanseonsaengnim, dangsin-eun nae josuga doel geos-ibnida. (Dr. Han, awak akan jadi pembantu saya.)"
Han Dal-sik mengangguk sedikit. Tiada riak wajah teruja atau risau yang dipamerkan olehnya. Hani mencebik.
Berlagak gila! Aku rasa mesti dia takut aku jadi pembantu sebab tu dia tak nak aku terlibat.
"Haniseonsaengnim, je 2ui josunim-isibnida.. (Dr. Hani, awak akan jadi pembantu kedua saya.)"
Hani tidak sedar bahawa namanya disebut. Park Ae-ri terus menyiku lengan Hani. Hani terus mengangkat wajah. Dia terpinga-pinga memandang wajah Park Ae-ri.
"Sin seonsaengnim-ui ileum-eul bulleojuseyo. (Dr. Shin panggil nama awak.)" bisik Park Ae-ri.
"O! Joesonghabnida. (Oh! Maafkan saya.)" Hani memberikan tunduk hormat. Dia berasa amat malu.
Mesyuarat berjalan dengan lancar. Semua perkara penting tentang pembedahan itu telah dijelaskan oleh Dr. Shin.
"Modu najung-e mannayo. Dalsiggwa hani, gidalyeojuseyo. (Jumpa awak semua nanti. Dal-sik dan Hani, tolong tunggu sebentar.)"
Semua orang mula meninggalkan bilik itu. Han Dal-sik dan Hani berjalan menghampiri Dr. Shin.
"Dul da toegeun hue mannagil balabnida. (Saya nak awak berdua jumpa saya lepas kerja.)"
"Algessseubnida, seonsaengnim. (Baik, doktor.)" balas Hani dan Dal-sik serentak.
Mereka meninggalkan bilik itu. Hani mahu pergi tetapi Han Dal-sik memegang lengannya. Semerta, langkahnya terhenti.
"Dangsingwa iyagihago sip-eoyo. (Saya nak cakap sikit dengan awak.)"
"Naneun bappeuda. (Saya sibuk.)"
Hani melepaskan tangannya daripada pegangan Han Dal-sik.
"Jebal, 5bunman. (Please... 5 minit aje.)" rayu Han Dal-sik.
"Okay, fine!"
"Naneun dangsin-i i susul-eul cheolhoehagileul balabnida. (Saya nak awak tarik diri daripada pembedahan ni.)"
"Dangsin-eun jeongmal naui manjog haji anhseubnida, geuleohji? (Awak memang tak puas hati dengan saya, kan?)"
"Dangsin-eun jinsil-eul molla. (Awak tak tahu kebenarannya.)"
"Geuleoni jinsil-eul malhaejuseyo. (Jadi, awak bagitahulah kebenarannya.)"
"Malhal su eobs-eo. (Saya tak boleh bagitahu awak.)"
"Wae? Dangsin-eun danji iyagileul mandeulgo issneun geos-ibnida, geuleohjyo? (Kenapa? Awak saja buat cerita, kan?)"
"Jebal nal mid-eo. Nan geojismalhaji anh-a. (Tolonglah percayakan saya. Saya tak tipu.)"
Hani senyum sinis. "Nan neo an mid-eo. (Saya tak percayakan awak.)"
Hani terus pergi dari situ walaupun ditegah oleh Han Dal-sik.
"Geunyeoege seolmyeonghagiga wae geuleohge eolyeobseubnikka? (Kenapa susah sangat nak explain kat dia ni?)" soal Han Dal-sik pada diri sendiri.
**********
TIADA ANGIN TIADA RIBUT, Jalil tiba-tiba saja mengajak Halim berjumpa di luar. Katanya ada hal penting yang harus dibincangkan.
Dia cawan kopi diletakkan ke atas meja. Jalil dan Halim mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
"So, kenapa tiba-tiba Jalil ajak saya jumpa?" soal Halim. Dia sempat menghirup sedikit kopi.
"Saya nak bincang pasal perkahwinan anak kita." jawab Jalil.
Halim terus tersedak apabila Jalil menyebut tentang perkara itu. Dia nampak terkejut.
"Apa Jalil cakapkan ni? Saya tak pernah pun bagi kata putus untuk anak kita berkahwin. Jalil silap ni." nafi Halim, bersungguh-sungguh.
Aku dah agak!
Jalil mengeluh panjang, "Saya minta maaf sangat-sangat. Saya rasa Halim kena jelaskan pada Dzarin tentang hal ni."
"Jelaskan apa?"
"Sebenarnya... Dzarin tu dah salah faham. Dia ingat Hani setuju untuk kahwin dengan dia lepas dia balik sini."
"Hah? Kenapa Zar boleh salah faham pula? Hani pun belum tentu balik sini."
"Tapi bukan Halim dah bagitahu Hani pasal Safiah?"
"Belum lagi! Saya memang nak bagitahu dia tapi saya dapat pujuk Safiah. Memang dia berkeras mula-mula. Alhamdulillah, saya berjaya pujuk dia."
"Oh ye ke? Zar cakap lain dekat saya. Saya minta maaf sangat-sangat."
"Eh, tak apa... tapi kenapa Zar boleh terfikir sampai ke situ? Setahu saya, dia yang rela hati nak jaga Safiah."
"Macam yang saya cakap tadi, mungkin di salah faham. Tolong maafkan dia, ya?"
"Yelah kot. Nanti saya jelaskan pada dia."
"Terima kasih. Jadi... macam mana keadaan Safiah?"
Halim terus muram. Mata mula berkaca.
"Saya sedih... dia tak pernah.... dia tak pernah sakit teruk. Dia seorang yang ceria... sama macam Hani." jawab Halim dengan suara tenggelam timbul akibat menahan sebak.
"Sabar ya, Halim. Insya-Allah... Piah akan sembuh. Banyakkan berdoa."
"Saya selalu doa supaya Allah... Allah bagi sakit tu kat saya. Saya tak... tak sanggup tengok dia macam tu." Halim terus menangis teresak-esak. Jalil turut sedih melihatnya.
"Kalau Halim perlukan apa-apa.... bagitahu saja saya."
"Maaflah... teremosi sikit. Terima kasih sebab sudi dengar luahan saya ni."
"Halim anggap saja saya ni kawan Halim."
Halim tersenyum kelat. Jalil memandang wajah Halim yang semakin serabut itu. Dia kelihatan tidak terurus sejak Safiah sakit tenat.
Sebagai kawan dan saudara seislam, dia akan memberi sokongan kepadanya. Tidak kira dari segi kewangan atau moral.
*********
HANI berjalan menuju ke wad kecemasan. Tiba-tiba, ada sekumpulan orang masuk ke dalam hospital. Sepasang suami isteri yang mengetuai mereka.
"Siapa pula tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni." bisik Hani pada diri sendiri.
Jururawat Kang menghampiri mereka. Dia menyapa mereka dan membawa mereka pergi. Hani terus berjalan ke kaunter pertanyaan.
"Ossi, geudeul-eun nugu-inga? (Cik Oh, siapa dia orang?)" soal Hani.
"A, bagjiwon-ui ttal-ija sawida. Uliui VIP hwanja. (Oh, dia orang anak dan menantu Park Ji-Won. Pesakit VIP kita tu.)" jawab jururawat Oh. Hani mengangguk-angguk tanda faham.
"Gamsahabnida. Galgeyo. (Terima kasih. Saya pergi dulu.)" ucap Hani.
Hani mengatur langkah mencari kelibat mereka tadi. Tiba di satu lorong, dia melihat sepasang suami isteri itu masuk ke dalam bilik Dr. Shin.
"Mesti dia orang nak bincang pasal pembedahan tu."
"Yeogiseo mwohae? (Awak buat apa kat sini?)" soal Han Dal-sik secara tiba-tiba. Hani terkejut dan mengurut-urut dadanya.
Hani berpusing ke belakang. "Neo waegeulae? Kkamjjag-iya! (Apa masalah awak ni? Terkejut saya!)"
"Joesonghaeyo geuleon tteus-i anieoss-eoyo. (Sorry, saya tak sengaja.)"
"Nae mal-e daedabhajima. (Awak tak jawab lagi.)"
"Ne? (Apa?)"
"Wae yeogiiss-eo? Sin seonsaengnimdo jeonhwahaseyo? (Kenapa awak kat sini? Dr. Shin panggil awak juga ke?)"
"Aniyo. Geunyang jinaganeun gil-ieoss-eoyo. (Tak. Saya cuma lalu sini aje.)"
Han Dal-sik menjongketkan sebelah keningnya. Dia seperti tidak percaya dengan jawapan Hani itu.
"Na an mid-eo? (Awak tak percayakan saya?)".
"Joh-ayo, nan neol mid-eo. (Okey, saya percayakan awak.)"
"Geuleul mannaleo gasibsio. Hwajangsil-e gaya haeyo. (Pergilah jumpa dia. Saya kena pergi tandas.)"
Tanpa menunggu lebih lama lagi, Hani terus pergi dari situ. Han Dal-sik tersenyum nipis.
**********
DUA MANGKUK Shin Ramyun dihidangkan panas-panas di atas meja. Hani dan Naufal terliur melihatnya.
"Wah, sedapnya nampak!" ujar Hani dengan teruja.
"Tulah... tengok aje dah sedap. Rasa apatah lagi." sokong Naufal.
Tanpa berlengah lagi, Hani dan Naufal menikmati Shin Ramyun masing-masing. Terukir senyum lebar.
"Masisseo! (Sedapnya!)" ujar Hani.
"Ya, sedap gila. Lepas ni kita makan kimbap pula, nak?" Pantas Hani mengangguk.
"Gila tak nak? Lapar ni!" Naufal ketawa kecil.
"Erm... Hani? Awak tahu ke yang anak dan menantu Park Ji-Won datang hospital?" soal Naufal lalu menyuapkan mi ke dalam mulut.
"Tahu! Yelah... pembedahan ni kan risiko tinggi."
"Eh, dulu ada kes tau pesakit mati kat meja bedah."
Hani terus mengangkat wajah memandang Naufal. "Serius ah?" soal Hani, tak percaya.
"Ya... jururawat Kang sendiri yang bagitahu saya."
"Habistu, apa jadi?"
"Apa lagi? Kena samanlah hospital. Doktor yang terlibat tu semua kena buang kerja. Tapi sorang aje yang tak kena buang."
Hani mengerutkan dahinya, "Siapa?"
"Han Dal-sik."
Membulat biji mata Hani.
"Nak tahu sebab apa?" Hani mengangguk laju.
"Sebab dia anak Presiden."
"Hah?!" jerit Hani. Semua orang dalam restoran itu terus memandang ke arahnya. Dia tertunduk malu.
"Ish, awak ni... janganlah terkejut sangat."
"Macam mana saya tak terkejut? Awak bayangkan lelaki annoying, arrogant macam dia tu... anak Presiden?"
"Itu tak suspen sangat. Sebenarnya... hanya jururawat Kang, Dr. Shin dan saya aje yang tahu rahsia ni. Awak sekali lah."
"Kenapa nak rahsiakan? Sebab kes tu ke?"
"Bukan sebab tu... Han Dal-sik tak nak orang pandang dia sebab dia anak Presiden. Dia nak jadi doktor biasa macam orang lain."
"Oh ye ke? Patutlah..."
"Patutlah apa?" Hani tersengih dan menggeleng.
"Kita makan cepat. Boleh balik awal."
Oh... anak Presiden. Sekarang aku dah tahu rahsia kau. Lepas ni tak boleh lah kau nak ugut-ugut aku lagi.
Share this novel