MAHU bingit telinga Hani apabila Dzarin tidak henti-henti menghubunginya. Beberapa kali juga dia block nombor Dzarin tetapi Dzarin menggunakan nombor lain pula untuk menghubunginya.
Rasa marah dan geram sudah mula dirasai. Hani sudah hilang sabar. Dia terus mencapai kasar telefon bimbitnya di atas tilam. Dia menjawab panggilan Dzarin itu.
"Hei, gila! Kau tak faham bahasa lagi ke yang aku tak nak jawab call kau!" tempelak Hani.
"Erm... maaf... ini nombor Hani, kan?" soal satu suara milik seorang lelaki.
Alamak! Siapa pula ni? Aduh... jatuh saham aku!
"Ma-maaf... ya... saya Hani. Siapa ya?"
"Nasib baik betul ni nombor awak. Terkejut saya dengar awak marah tadi. Seram sejuk saya!" ujar lelaki itu.
Hani mengerutkan dahinya dan terus bertanya lagi, "Jap... suara awak... Naufal!"
"Yes, Hani. Sampai hati awak tak kenal suara saya. Awak ada masalah pendengaran ke lepas balik Malaysia. Hmm?"
Hani ketawa kecil, "Sorry... sempat lagi awak mengusik saya, kan?"
"Saya rindu dah lama tak usik awak. Awaklah hilang macam tu aje. Saya call awak tak angkat pun. Mesej saya yang berpuluh tu pun awak tak reply."
"I'm sorry, Naufal. Saya terpaksa balik. Macam mana kat sana?"
"Sepanjang awak pergi... semuanya okey. Hari ni tak tahulah sebab saya tak ada kat sana."
"Hah? Apa maksud awak?"
"Saya kat airport ni. Tengah tunggu adik saya ambil."
"Awak kat Malaysia ke? Naufal..."
"Don't worry. Dal-sik akan gantikan saya. Saya call sebab nak jumpa awak."
"Saya bukan tak nak..."
"Hani, saya kena dengar explanation awak. Please... jumpa saya." pujuk Naufal.
Hani mengeluh panjang. Dia belum bersedia untuk berjumpa sesiapa. Lebih-lebih lagi Naufal.
"Saya faham awak sebab tu saya nak jumpa awak." pujuk Naufal lagi.
Lama Hani membisu sebelum memberi kata putus kepada Naufal.
"Okey, kita jumpa. Saya send location."
Naufal terus tersenyum lebar dan pantas menjawab, "Terima kasih, Hani. Jumpa sana, bye!" Naufal mematikan talian.
Hani menghempaskan punggungnya di atas tilam. Dia memang tidak boleh lari daripada Naufal. Mungkin dia harus berterus terang saja tentang perkara sebenar. Lagipun, Naufal adalah orang penting dalam hidupnya.
**********
KEPALA disandarkan ke dinding. Mata terarah ke siling dan dipandang sepi. Air mata turut mengalir di pipinya setitis demi setitis. Raut wajahnya pucat dan lesu. Berat badannya juga semakin susut.
Hanya kerana cemburu buta, dia sanggup melakukan perbuatan jenayah itu. Dia sendiri yang menjadi pembunuh kepada orang yang dia cintai.
Penyelasan. Tiada gunanya lagi. Dia sudah kehilangan Daniel buat selama-lamanya. Dia memang layak dihukum. Sehingga kini, dia masih tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.
Bunyi gril membuatkan dia tersentak. Dia menoleh ke sisi. Seorang pegawai polis datang menyampaikan pesanan.
"Erina, kamu ada pelawat." ujar pegawai polis itu.
"Siapa? Adik saya ke?" soal Erina.
"Bukan. Abang kepada mangsa. Mari ikut saya."
Erina bangkit dan mengikuti pegawai polis itu ke satu ruang khas untuk pelawat. Dia tidak terkejut melihat Dzarin yang sedang duduk di hadapannya itu. Hanya cermin yang menjadi penghalang mereka.
"Hai, Erina. Seronok duduk kat sini?" sapa Dzarin.
Erina tahu bahawa Dzarin sedang memerlinya. Namun dia beriak biasa saja. Dia langsung tidak terkesan dengan perlian itu.
"Alhamdulillah, so far so good. Tapi biasalah kehidupan dalam penjara." balas Erina.
"Kau tak perlu nak pura-pura depan aku, Erina. Aku tahu kau terseksa kat dalam ni."
"Suka hati kaulah. Kau nak apa datang sini?"
"Aku abang Dani... mestilah aku datang nak bagi hukuman kat penjenayah macam kau."
"Kita ada undang-undang. Aku akan terima apa jua hukumannya. Kau jangan risau."
Dzarin ketawa dan merapatkan badannya ke meja. Dia mendekatkan wajahnya ke cermin.
"Dia tak tahu tau kau pembunuhnya."
Erina terkejut dan berkata, "Maksud kau... Hani?"
Dzarin bersandar ke kerusi sambil kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.
"Yup! Aku suka tengok dia terdesak macam tu. Rancangan aku HAMPIR berjaya tapi bapak dia spoil. Memang kena ajar orang tua tu."
"Dzarin! Kenapa kau berubah?"
"Aku berubah? Ini memang sifat dan sikap aku, Erina."
"Dani selalu puji kau depan kawan-kawan dia. Apa sebenarnya yang dah hasut kau ni, hah?!"
"Diam!" Dzarin meletakkan jari telunjuknya di bibirnya.
"Aku seronok tengok kau macam ni. Hopeless!"
Erina mengetap rahangnya menahan amarah. Memang dia layak untuk dihukum, dihina, dan dicaci tapi jangan sampai melampaui batas.
"Dzarin... kalau kau dah tak ada apa-apa nak cakap... aku minta kau balik ajelah. Aku tak nak buang masa aku."
"Kau berlagak lagi ek, perempuan?"
"Aku..."
"Kau rasa apa yang Hani akan buat kalau dia tahu... kau pembunuh tunang dia?"
"Apa kau merepek ni? Aku tak faham."
"Aku akan dedahkan kau. Memang buruk padahnya."
"Kau nak apa sebenarnya?"
Sekali lagi, Dzarin merapatkan badannya ke meja lalu wajahnya didekatkan ke cermin.
"Good question. Aku nak kau lari dari penjara." bisik Dzarin.
"Hah?!"
**********
HANI menyedut sedikit air sirap limaunya. Kemudian, matanya terarah kepada Naufal yang sedang duduk di hadapannya itu. Naufal pula masih setia menunggu penjelasan daripada Hani.
Hani berdehem lalu berkata, "Naufal... sebelum saya explain kat awak hal sebenar... saya nak minta maaf kat awak."
Naufal hanya diam membisu. Setia menanti.
"Okey, baiklah! Saya dapat tahu yang kemalangan arwah Dani telah dirancang." beritahu Hani.
Naufal terus menegakkan badannya. Dia kelihatan agak terkejut.
"Ya... saya dah tak boleh fikir apa. Saya just nak tahu siapa dia? Kenapa dia buat macam tu?"
"Awak dapat tahu daripada siapa?" soal Naufal, ingin tahu.
"Dzarin. Abang arwah Dani. Dia bagitahu saya yang dia dapat tahu pasal ni. Tapi dia tak bagitahu siapa dia."
"Jadi, sebab tu awak balik sini?" Hani mengangguk.
"Dia bagi syarat kat saya kalau saya nak tahu siapa dia. Saya tak ada pilihan selain setuju dengan syarat dia tu."
"Apa syaratnya?"
"Awak takkan percaya. Dia suruh saya kahwin dengan dia. Can you imagine it?"
"Gila mamat ni! Jap... awak setuju ke?"
"HAMPIR setuju... sekarang ni... dia sibuk cari saya. Dia nak paksa saya supaya kahwin dengan dia."
"Hani, kalau dia berani kacau awak ke apa ke... awak bagitahu saya. Saya ajar dia cukup-cukup." Naufal sudah menggenggam buku lima.
"Hey... relaks! Saya boleh handle."
"Saya offer diri aje. So... maknanya... saya masih ada chance lagilah nak miliki awak, kan?"
Hani sekadar tersenyum hambar. Dia masih tidak berani membuat keputusan apa-apa lagi. Apatah lagi mahu memberi harapan kepada Naufal.
Kring, Kring!
Deringan telefon bimbit Naufal berbunyi. Dia melihat nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya. Riak wajahnya berubah serius.
"Kenapa tak jawab?" soal Hani apabila Naufal memutuskan talian tersebut.
"Oh... tak penting." jawab Naufal.
Tiba-tiba, ada seorang wanita memanggil nama Naufal dengan nada tinggi. Satu restoran itu boleh dengarinya.
"Naufal Hakimi!"
Semua orang di dalam restoran itu termasuklah Hani dan Naufal memandang ke arah wanita itu.
"Alamak!".ujar Naufal. Dia kelihatan cuak.
"Siapa tu? Awak kenal ke Naufal?" soal Hani.
"I'm sorry, Hani. Saya kena pergi. Bye!" ujar Naufal dan terus menghampiri wanita itu. Dia menariknya keluar dari restoran itu.
Hani mahu bertanya lagi tetapi Naufal sudah berlalu pergi. Dia terpinga-pinga di tempat duduknya.
"Dia belah macam tu aje? At least bagitahulah siapa perempuan tu? Haih..." bebel Hani sendirian.
************
BALIK SAHAJA ke rumah, Hani dapat mendengar berlakunya pertengkaran dari dalam rumah. Dia bergegas masuk ke dalam rumah.
Benar tekaannya, Halim dan Dzarin sedang bertengkar. Mereka kelihatan sangat marah. Seolah-olah mereka melepaskan segala apa yang terbuku di hati.
"Kau ingat anak aku tu barang ke?! Dia bukan patung yang boleh kau mempermainkan sesuka hati!" jerkah Halim.
"Aku peduli apa?! Aku tetap nak kan dia! Kau tak boleh halang aku!" bidas Dzarin.
"Kalau ikutkan hati aku ni... dah lama aku report polis. Tapi sebab mak ayah kau... aku diamkan aje."
"Aku tak takutlah! Kau report lah polis! Aku tak peduli!"
"Kau jangan cabar aku, Dzarin."
Dzarin mahu membuka mulut tetapi terbantut dek suara Hani. Lantang dan keras.
"Stop both of you!" arah Hani.
Halim dan Dzarin terus menoleh ke sisi. Membulat biji mata Halim memandang Hani. Dzarin pula sudah tersenyum menyeringai sehingga menampakkan giginya.
"Ayah... tinggalkan Hani dengan Dzarin." pinta Hani.
"No! Ayah tak izinkan. Macam mana kalau dia cuba apa-apakan Hani?"
"Tak... you trust me, right?"
Walaupun berat hatinya untuk mengizinkannya, dia harus bersetuju jua. Halim membawa langkahnya pergi meninggalkan mereka berdua sendirian.
"Finally, you here!" ujar Dzarin dengan gembira.
Hani tidak membalas apa-apa. Dia berjalan mendekati Dzarin.
"Encik Dzarin, saya dah bagitahu keputusan saya. Saya TAKKAN kahwin dengan awak. So, please... get out from my house!"
"Wow! Hani... awak tak nak tahu siapa pembunuh tu?"
"Saya dah reda dengan pemergian Dani. Lagipun, Allah itu Maha Adil. Pembunuh tu dah terima hukumannya."
"Come on, Hani! Awak jangan tipu saya. Saya tahu awak memang nak tahu dan nak jumpa dengan pembunuh tu, kan?"
"Tak... saya terlalu ikutkan emosi. Betul cakap Naufal... kita kena reda dengan takdir dan ketentuan Allah. Arwah Dani cuma pinjaman untuk saya."
Dzarin menggeleng-geleng kepalanya. Dia menggosok-gosok belakang lehernya. Dia bermundar-mandir sambil bercekak pinggang.
"No, no, no! Kau kena kahwin dengan aku, Hani. Kau tak boleh tolak aku!" bentak Dzarin. Hani tidak gentar langsung dengan bentakan Dzarin itu.
"Kau kena terima kenyataan, Dzarin. Tak semua yang kau nak... kau akan dapat. Termasuklah memiliki aku."
"Diam! Shh!" Lagak Dzarin persis orang tidak siuman.
"Kau tak boleh lari dari hakikat, Dzarin. Move on!"
"Aku kata diam!"
Dzarin mahu menampar pipi Hani tetapi Halim sempat memegang lengannya. Hani terkejut dengan serangan Dzarin itu.
"Jangan kau berani sentuh anak aku!" Halim memberi amaran keras kepada Dzarin.
Dzarin ketawa besar. Dia merentap lengannya daripada pegangan Halim. Tanpa disangka, dia menumbuk muka Halim.
"Ayah!" Hani pergi mendapatkan ayahnya yang terjatuh ke atas lantai akibat tumbukan itu.
"Ayah okey tak?" soal Hani, risau. Hani dapat melihat darah mengalir halus di tepi bibir ayahnya.
Hani berpaling ke belakang. Dia memandang tajam wajah Dzarin.
Share this novel