MAJLIS PERTUNANGAN berjalan dengan lancar. Terpancar kegembiraan di wajah mereka. Mana tidaknya, saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.
Hani memilih untuk memakai baju kurung ala kebaya di hari pertunangan ini. Ringkas dan cantik. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenangan.
Sibuk layan saudara-mara, Hani mendapat call daripada kekasih hati yang juga tunangnya iaitu Daniel.
Hani meminta diri dan pergi ke luar rumah untuk menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, Hani a.k.a tunangku!" ucap Daniel dengan nada ceria.
"Waalaikummussalam, Encik tunang!" ucap Hani pula.
"Haih... saya betul-betul tak sangka awak berjaya jugak pujuk parents saya especially abah."
"Of course! Ini Nurul Hani lah!"
AIR dihidangkan di atas meja. Dahlia menjemput Hani minum. Hani tersenyum manis dan mengambil secawan teh o panas. Dia menghirup sedikit air itu.
"Maaflah mak cik nak tanya... Hani datang sini nak bincang pasal pertunangan kamu berdua ke?" soal Dahlia.
Hani meletakkan kembali cawan itu di atas meja.
"Ya, mak cik, pak cik. Tapi sebelum tu saya nak bincang benda lain." jawab Hani dengan sopan.
"Nak bincang pasal apa tu?" soal Dahlia lagi.
"Okey, macam ni mak cik, pak cik... tujuan utama saya datang sini untuk menjelaskan sesuatu. Tentang kerjaya saya nanti." jelas Hani.
Sebaik mendengar penjelasan Hani itu, Dahlia dan Jalil sudah berubah riak wajah. Mereka tidak suka membincangkan topik itu.
"Saya minta maaf, mak cik, pak cik. Saya bukan niat nak mengajar mak cik dengan pak cik."
Hani menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung semula, "Kerjaya sebagai doktor bukan bermakna mereka akan sentiasa sibuk sehingga abaikan keluarga."
"Ramai saja yang saya tengok doktor yang dah berkeluarga tetapi mereka masih ada masa untuk keluarga mereka."
"Apa yang kamu nak cakapkan ni?" soal Jalil.
"Pak cik... saya nak jadi doktor bukan kerana ayah saya doktor. Saya nak jadi doktor sebab ramai yang perlukan saya."
"Saya percaya doktor juga ada impian masing-masing. Tapi mereka ketepikan semua tu untuk melihat kegembiraan di wajah setiap nyawa yang diselamatkan."
"Maksud kamu?" soal Dahlia pula.
"Mak cik, pak cik... ramai orang takut nak jadi doktor. Tapi mereka tak tahu bila mereka selamatkan satu nyawa... mereka telah beri kebahagiaan yang tak ternilai."
"Jadi, kerjaya sebagai doktor bukan pilihan tapi kewajipan."
Dahlia dan Jalil mula terkesan dengan kata-kata Hani itu. Mereka mula sedar bahawa tanggapan mereka selama ni adalah salah.
"AWAK tahu tak saya sendiri pun tak boleh nak pujuk dia orang tau. Tapi awak... memang menantu pilihan."
Hani ketawa, "Awak beruntung tau dapat bakal isteri macam saya."
"Ya, memang untung. Jadi, lepas ni awak dah boleh kejar impian awak untuk jadi doktor."
"Insya-Allah, aamiin."
"So, Dr. Hani... get ready for our wedding."
"You too!" Talian dimatikan.
Hani tersenyum penuh kesyukuran di atas nikmat-Nya. Dia berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.
Safiah terdengar perbualan Hani dan Daniel. Dia gelisah. Mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga tetapi dia masih belum memberitahu tentang surat itu kepada Hani.
Kalau Hani dapat tahu... dia masih nak teruskan wedding ni ke tak? Apa patut aku buat ni?
**********
DI dalam bilik, dia tersenyum sendiri. Wajah wanita itu tidak hilang dari ingatannya. Percakapan dan gerak gerinya telah membuatkan dia jatuh cinta.
KNOCK, KNOCK!
Pintu diketuk, muncul seorang jururawat bersama Daniel dan Hani.
"Encik... mereka berdua inilah yang bawa Encik ke sini." beritahu jururawat itu. Matanya tidak beralih daripada memandang Hani.
Aku yakin dialah perempuan tu. Tapi siapa lelaki ni?
"Saya minta diri dulu, ya?" permisi jururawat itu.
"Terima kasih." ucap Daniel.
"Awak kan perempuan yang tolong saya?" soalnya.
"Ya... awak macam mana?" jawab Hani. Dia tersenyum lebar.
"Siapa nama awak?"
"Oh... nama saya Hani. Awak pula?"
"Awak cantik."
"Hah?"
Dia terlepas kata. Dia segera menukar topik.
"Maksud saya... terima kasih sebab tolong saya." ucapnya.
"Sama-sama tapi Dani yang bawa awak pergi hospital." Daniel tersenyum kepadanya tetapi dia tidak membalasnya.
Apahal mamat ni? Macam psiko jer aku tengok.
"Boleh saya minta nombor phone awak?"
"Untuk apa?"
"Maaf, kami dah lambat. Balik dulu, ya?" permisi Daniel. Daniel terus menarik lengan Hani dan dibawa keluar dari bilik wad itu.
MENGINGATI itu semua, dia berasa marah. Dia mahu singkirkan lelaki bernama Daniel itu. Dia akan menjadi penghalang untuk dia mendapatkan Hani.
**********
JOHAN baru pulang ke rumah. Jam tepat pukul 4 pagi. Dia dalam keadaan mabuk. Erina terjaga dari tidur kerana bunyi bising.
"Eee, ini mesti budak tak guna tu dah balik!" marah Erina.
Erina bangkit dari pembaringan. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Benar tekaannya, adik tak gunanya sudah balik.
"Hoi, bangunlah!" Johan sedang baring di atas lantai.
"Erina? Macam mana kau boleh ada kat sini? Kau minum jugak ke?"
"Hey, kau bangun sekarang! Kau pergi mandi!"
"Relakslah, Erina! Malam masih muda!" Johan ketawa besar.
"Kau ni tak habis-habis mabuk! Kerja kau asyik melepak dengan kawan-kawan tak guna kau tu! Baik kau mati jelah!" jerkah Erina.
Johan masih khayal. Erina mengatur langkah ke dapur. Dia membuka air paip dan mengisi air di dalam mangkuk.
"Kau mabuk, kan? Siap kau!"
Setelah penuh mangkuk itu, Erina membawanya ke ruang tamu. Dia terus menyimbah air itu ke atas Johan.
"Hey! Apa benda ni?! Kau gila ke, hah?!"
Johan bangkit dari pembaringan. Dia berdiri dengan badannya yang terhuyung hayang disebabkan oleh kemabukan arak.
"Memang aku gila! Aku gila dapat adik tak guna macam kau! Hidup asyik menyusahkan aku!"
"Kau tu yang menyusahkan aku! Kalau mak dengan ayah tak selamatkan kau... dia orang takkan mati!"
"Kau diam!" Erina menampar kuat pipi Johan.
"Aku menyesal ada adik macam kau!" Erina terus mencampakkan mangkuk itu kepada Johan. Dia terus naik ke atas semula.
"Aku yang menyesal dapat kakak macam kau! Kau bawa sial!" jerit Johan.
Erina masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat. Dia terduduk sambil memeluk tubuh. Dia menangis teresak-esak.
Mak, ayah... Erina rindukan mak dan ayah! Maafkan Erina mak! Maafkan Erina, ayah! Jerit hati kecilnya.
**********
DANIEL menjemput Hani di rumah. Mereka mahu ke butik untuk memilih baju nikah. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi perkahwinan mereka akan berlangsung.
Sudah sebulan Hani tamat pengajian. Selepas nikah, Hani akan mulakan kerjayanya sebagai seorang doktor pula.
"Awak, saya jadi excited lah pulak nak kahwin dengan awak. Eee... tak sabarnya!"
"Amboi! Seronok-seronok juga tapi kena kawal. Orang tua-tua kata jangan seronok sangat."
"Ish, awak ni... potonglah!" Hani mencebik. Daniel ketawa kecil.
Kereta diparkir di hadapan butik. Mereka keluar dari perut kereta dan mengatur langkah masuk ke dalam butik.
"Hai, Dani! Hai, Hani!" sapa Katherine dengan mesra. Dia merupakan owner butik ini.
"Hai, Kathy!" sapa Daniel dan Hani.
"Jom, kita pergi belakang." Mereka berdua mengangguk dan mengikuti Katherine ke belakang.
Katherine membawa keluar sepasang baju pengantin. Hani dan Daniel terpegun melihat kekemasan dan kecantikan kedua-dua baju itu.
"Cantiknya, Kathy!" puji Hani.
"Thank you! You must try now." Katherine memberikan gaun pengantin kepada Hani. Hani masuk ke dalam bilik persalinan.
"You tunggu jap, okey?" Daniel mengangguk.
Selang beberapa minit, Hani keluar dari bilik persalinan. Daniel terkesima seketika melihat Hani memakai gaun pengantin itu.
"How is it?" Hani menjongketkan sebelah keningnya.
"You look so beautiful, Hani." puji Daniel, ikhlas.
Hani tersenyum malu. Daniel berjalan mendekati Hani.
"Saya bertuah memiliki awak, Hani. Saya sayangkan awak."
"Saya pun, Dani."
"Ehem!" Katherine berdehem saat melihat suasana romantis itu. Mereka berdua tertunduk malu.
"Now... pengantin lelaki pulak try baju melayu ni." Katherine memberikan baju melayu kepada Daniel.
"Wait for me, Hani." Daniel sempat berpesan sebelum masuk ke bilik persalinan.
"Please jangan nak romantik depan I, okay?" usik Katherine.
"Okey!" balas Hani.
Daniel keluar dari bilik persalinan dan lengkap berpakaian baju melayu.
"Wow... Hang Tuah dah datang." seloroh Hani.
"Hang Tuah? Ini Daniel lah." Mereka ketawa.
"Okey, guys! If you ready, we can go for a photoshoot."
"Of course!"
Mereka menghabiskan masa separuh hari di butik itu sahaja. Tidak termasuk hal-hal lain. Masih banyak lagi persiapan yang perlu dibuat.
Share this novel