JAK 34

Drama Series 25089

DALAM keadaan separuh mamai, Hani menuruni tangga ke ruang bawah untuk bersarapan bersama Safiah dan Halim. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara yang amat dia kenali. Dia segera menyorok dan mengintai di sebalik dinding.

"Naufal?!" bisik Hani.

Hani tidak mahu berjumpa dengan Naufal. Dia mahu naik ke tingkat atas tetapi Safiah sudah perasan akan kehadirannya. Safiah terus memanggilnya.

"Hani! Jomlah sarapan sekali. Naufal pun ada ni hah."

Aduh! Sempat pula ibu nampak aku. Tak pasal-pasal kena jumpa dengan Naufal

"Hani, buat apa lagi tu? Marilah makan." ujar Safiah lagi apabila Hani masih tercegat di tempatnya berdiri.

Hani berpusing ke belakang dan tersenyum gugup. Dia berjalan perlahan ke meja makan. Dia menarik kerusi di sebelah Halim dan melabuhkan duduk di atasnya.

"Hai, Hani!" sapa Naufal. Hani menjeling tajam.

"Lain kali datang rumah orang bagitahu dulu. Ingat orang tak ada kerja lain ke?" tutur Hani dengan selamba.

"Nurul Hani! Apa cakap orang macam tu? Ibu tak ajar Hani jadi kurang ajar macam ni." tegur Safiah.

"Tak apa, mak cik. Hani memang kasar sikit. Saya dah biasa. Mak cik janganlah marah dia."

"Jangan nak menipu, boleh tak? Lagipun saya tak nak pun awak back up saya."

*Hani..." panggil Halim.

Dengan wajah tidak bersalah, Hani mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya. Dia menyuapkannya ke dalam mulutnya. Safiah menggeleng kepalanya.

"By the way... saya nak ajak Ha..."

"Tak boleh!" pintas Hani.

"Ya Allah, Hani! Dengarlah dulu apa yang Naufal nak cakap."

"Ibu... Hani malas nak keluar mana-mana hari ni. Lagi-lagi keluar dengan mamat ni."

"Apa masalahnya? Naufal ni baik aje."

"Memang baik, bu. Tapi hati ni yang tak nak." Hani menunding jari telunjuknya ke dadanya.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya okey jer, mak cik."

"Lepas makan balik terus. Jangan nak lama-lama kat rumah orang." ujar Hani. Safiah mahu membuka mulut tapi Naufal memberi isyarat kepadanya agar tidak meneruskan niatnya itu.

"Okey, Hani. Saya takkan paksa awak. Saya balik dulu. Assalamualaikum." permisi Naufal.

Sepeninggalan Naufal, Hani meletakkan sudu dan bangkit dari tempat duduknya. Belum sempat Halim bertanya, Hani sudah hilang dari pandangannya.

Hani masuk ke bilik dan terus merebahkan tubuh di atas tilam. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Saya minta maaf, Naufal. Saya terpaksa tolak awak. Saya tak nak awak terlibat dalam hal keluarga saya. Lagi-lagi dengan Dzarin." bicara Hani sendirian.

LOCENG rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang datang. Hani segera membuka pintu. Dia terkejut melihat Dzarin di luar rumah.

"Dzarin? Kau buat apa kat sini?" soal Hani.

Dzarin tersenyum manis dan terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput. Hani mahu menghalang tetapi Safiah terlebih dahulu mencelah.

"Siapa tu Hani?" soal Safiah yang baru datang dari dapur.

"Hai, aunty." sapa Dzarin dan menghulurkan tangan untuk menyalami Safiah. Safiah tidak menyambut hulurannya itu.

"Kau nak apa datang sini? Kau keluar sebelum aku call polis." ujar Safiah dengan tegas.

"Aunty... saya datang sini dengan niat yang baik. Percayalah."

"Dzarin! Can we talk?" soal Hani dengan wajah serius. Dzarin tersenyum.

Dzarin mengikuti Hani ke belakang rumah. Hani terus menghamburkan amarahnya kepada Dzarin.

"What's wrong with you?! Kenapa kau perlu libatkan parents aku dalam hal ni?!" soal Hani bercampur amarah.

"Relax, my sweet Hani. Dia orang takkan tahu apa-apa pasal deal tu."

"So? Kau buat apa datang sini? Bukan kau tak setuju ke dengan deal tu?"

"I dah fikir masak-masak... dan... I setuju dengan deal tu. But... I pun ada syarat untuk you."

"Apa syaratnya?" soal Hani, pantas.

"Once kita dah kahwin, you boleh lupakan career you sebagai doktor. I tak izinkan you balik ke Korea or kerja kat mana-mana hospital."

"What?! Kau gila ke apa?! Aku takkan korbankan career aku sebab kau!"

"You have no choice, my sweet Hani."

"I have! Aku takkan kahwin dengan kau! My career is more important than everything."

Dzarin ketawa besar. Hani tidak mengerti di mana lawaknya. Riak wajahnya sudah merah padam menahan amarah.

"You think I'm so naive? I know you're seeing someone." Dzarin terukir senyum sinis. Hani terkejut dan tidak terkata.

"SAYA takkan kehilangan orang yang saya sayang sekali lagi. Kalau saya boleh selamatkan awak dengan menjauhkan diri daripada awak... saya sanggup." tutur Hani sendirian sambil melihat foto mereka berdua.

**********

MATA dibuka perlahan dan meliar memandang sekeliling. Dia merasakan ada sesuatu yang berat di lengannya. Dia menoleh ke sisi. Rupanya Kamal sedang tertidur di lengannya.

Johan mengejutkan Kamal dengan menepuk perlahan kepala Kamal. Lambat-lambat, Kamal tersedar dari lenanya.

"Mal?" panggil Johan. Kamal terkejut saat mendengar suara Johan memanggilnya.

"Johan! Ya Allah... syukur kau dah sedar." ujar Kamal. Dia lega melihat Johan sudah sedar setelah beberapa tidak sedarkan diri.

"Aku dah berapa hari kat sini?" soal Johan, lemah dan perlahan.

"Hampir seminggu juga kau kat sini. Kau okey tak? Ada sakit kat mana-mana?" balas Kamal.

"Aku okey. Ah!" Johan cuba untuk bangkit tapi dia berasa sakit di bahagian perutnya. Dia terpaksa baring semula.

"Kau tak boleh gerak lagi. Luka kau tak sembuh lagi. Aku panggilkan doktor, eh?" Kamal mahu bangkit tetapi Johan memegang lengannya, menghalangnya pergi.

"Kenapa, Jo?"

"Kakak aku... dia tahu aku kat sini?"

Kamal terus berubah riak wajah. Dia segera menukar topik. "Jo... doktor dah pesan kalau kau bangun kena panggil dia terus. Aku pergi kejap tau."

"Kamal!" panggil Johan dengan nada tinggi.

"Apa jadi kat kakak aku?"

"Jo... aku... aku ada benda nak bagitahu kat kau. Pasal kakak kau."

"Apsal? Bagitahu aku!"

"Ka... kakak kau... dia... dia..."

"Dia apa?!"

"Dia larikan diri!"

"Apa?" Johan benar-benar terkejut dengan berita itu.

"Jo... lepas kau kena tikam... kakak kau terus larikan diri daripada penjara. Aku ingat sebab dia nak jumpa kau tapi dia langsung tak datang sini."

"Dzarin. Dia punca kakak aku lari."

"Hah? Dzarin tu siapa?"

"Dia abang arwah Sir Daniel."

"Apa pula kaitannya dengan kakak kau?"

"Aku kena selamatkan kakak aku. Kau kena tolong aku, Mal."

**********

MELISSA menuruni anak tangga sambil memanggil nama Naufal. Dia pergi ke ruang tamu tetapi Naufal tiada di situ. Dia menjenguk ke dapur pula, masih tiada.

"Aik? Mana pula abang Naufal pergi? Selalu time ni dia mesti ada kat rumah."

Tiba-tiba, dia terdengar suara orang beri salam. Dia segera berjalan menuju ke ruang tamu. Naufal baru pulang ke rumah.

"Abang Naufal!" panggil Melissa. Naufal agak terkejut apabila disergah oleh Melissa.

"Mel... lain kali boleh tak jangan sergah orang macam tu. Kalau abang ada sakit jantung..."

"Dah! Tak payah nak merepek. Pergi mana?" potong Melissa.

"Abang pergi rumah kawan."

"Rumah kawan? Perempuan ke lelaki?"

"Perempuan." jawab Naufal selamba. Melissa terus melopong dan mendekati Naufal.

"Abang jahatlah! Sampai hati curang dengan Mel!"

"Curang? Bila kita couple?"

Melissa terus memandang tajam wajah Naufal. Dia memukul lembut bahu Naufal beberapa kali.

"Aduh, sakitlah! Betul apa abang cakap!"

"You're mine! Jangan nak ngada-ngada try perempuan lain. Kalau tak..."

"Bagitahu mama dengan papa? Go ahead." ujar Naufal dan terus berlalu pergi. Melissa terus mengejar Naufal.

"Abang, kejap!" Melissa berdiri di hadapan Naufal dan menghalang laluannya.

"What now?"

"Abang dah tak kesah ke kalau aunty and uncle tahu you ada perempuan lain?"

"No! Sebab yang nak kahwin adalah abang. Jadi... abang ada hak untuk tentukan siapa yang akan jadi pasangan abang."

"Abang sanggup lawan cakap aunty and uncle just because... of her?" Naufal mengangguk laju.

"You really like her?"

"Yes! I will fight for her."

Naufal menolak perlahan tubuh Melissa dan naik ke tingkat atas. Melissa tergamam di situ. Kata-kata itu amat menguris hatinya.

**********

TANGAN dan Kaki diikat. Mulut pula ditutup dengan selotape. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana sehinggakan dia terpaksa membuang air kecil di tempat duduknya.

Dzarin masuk ke dalam rumah. Dia terus menutup hidung apabila terbau hancing. berdiri di hadapan Erina.

"Hey, perempuan! Kau apsal macam budak kecil sampai kencing merata-rata?" Erina menjeling tajam.

Dzarin mencampakkan plastik makanan dan minuman di hadapan Erina. "Makanan dan minuman kau!"

Dzarin membuka ikatan tangan Erina dan kemudian selotape di mulutnya. Erina terus meludah ke muka Dzarin.

"Kau memang binatang! Aku dah ikut semua cakap kau tapi kau tetap layan aku macam sampah!" hambur Erina.

Dzarin menahan amarahnya daripada meletus. Dia mengeluarkan sapu tangan di kocek seluarnya dan mengelap air liur Erina di mukanya. Lalu, dia mencampakkan sapu tangan itu ke muka Erina.

"Nasib baik mood aku elok hari ini."

"Kau lepaskan akulah, bodoh!"

"Apa? Lepaskan kau? Aku dah layan kau baik tapi kau yang melawan aku. Memang kenalah!"

"Kau memang layak dapat semua tu! Kau memang jantan tak guna!"

"Nice try, Erina. But... aku nak ingatkan kau satu benda."

Dzarin mendekati Erina. Dia duduk mencangkung di hadapan Erina. Dia mencuit dagu Erina.

"Jangan uji kesabaran aku kalau kau nak terus hidup. Behave yourself and you will be safe. Understand?"

Dzarin bangkit dan berjalan ke pintu. Sebelum keluar dari rumah itu, dia sempat melambai-lambai ke arah Erina dan berpesan, "Duduk diam-diam."

Erina menjerit sekuat hati. Melepaskan segala rasa yang terpendam di lubuk hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience