Bab 34

Romance Series 7243

end flashback

Cis rosak rancangan aku. Kenapa lah aku percaya bulat -bulat dekat budak mentah tu. Huh takpe aku akan cuba lagi. Botol yang berisi minyak dagu itu digenggam kemas. Memang tidak takut Tuhan langsung. Sanggup menyekutukan Allah dengan yang lain.

" Argh..." Cempaka perlahan- lahan cuba untuk duduk di atas katil . Kepala nya dipegang untuk merasa apa yang berbalut di kepala.

" Bangun pun kau. " Kata Amran. Langsung tidak ada rasa untuk menyakan khabar kepada Cempaka.

" Saya kat mana? " Tanya Cempaka . Dia melilau - lilau melihat keadaan sekeliling.

" Kat hospital. " Jawab Amran dengan ringkas.

" Eloklah kalau kau dah sedar. Aku nak balik . Kau jagalah diri tu baik- baik."

" Awak masih lagi ingat kat saya eh. " Kata Cempaka . Kedengaran bunyi ketawa di hujung kata. Amran menoleh.

" Tak. Aku buat pun terpaksa. " Amran memusingkan badan dan keluar dari wad.
Sebenarnya dia berasa risau terhadap Cempaka kerana sebelum ini Amran
tidak pernah cederakan Cempaka sehingga berdarah dan pengsan.


* * * * * * * * * * * * *
Sudah beberapa jam Tamrin terperap di dalam kamar bilik. Masih tak keluar lagi. Mona Syuhada tahu Tamrin memang cintakan Haliza. Dia berasa murung apabila rumah itu habis terbakar kerana terdapat banyak memori yang indah.

Terlintas suatu idea di dalam kotak fikirannya. Dia ada simpan beberapa gambar di dalam iphone . Dia tersenyum nipis dan mula buat editan .

" Siapa pula yang hantar video ni." Tamrin membuka whatsaap . Dia memainkan video klip berdurasi 3:67 minit. Video itu memaparkan gambar Haliza sebelum tinggal menjadi abu. Dia menangis, bukan menangis kerana sedih tetapi menangis kerana terharu.

" Thanks Mona. " Tamrin menaipkan perkataan itu dan dihantar kepada Mona Syuhada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience