Bab 23

Romance Series 7243

Tok tok tok.

Mona Syuhada mengerut dahi sehingga kening nya bercantum. Baru sahaja Tamrin keluar rumah takkan dia datang balik. Tak mungkin. Tak mungkin.

" Kejap. " Mona Syuhada menyambar tuala mandi untuk menutup aurat nya terdedah.
Dia membuka daun pintu.

" Assalammualaikum. sayang" Ucap Amran. Mona Syuhada memutarkan bola mata.

" Waalaikumussalam. You ni tak faham ke . Haram you masuk ke dalam rumah I. " Balas Mona Syuhada.

" Cantik lah rumah you ni. " Amran menukar topik. Matanya melilau sekeliling rumah. Bertambah marak api kebencian terhadap Amran.

" Apa you nak sebenar ? " Mona Syuhada bertanya.

" Mana duda tu? "
" Kalau dia ada kat sini you nak buat apa? "
" Minta dia ceraikan you lah. you kan milik I. "
" No way. Pergi blah lah . "

" Adakah di situ. Ada ruang... . " Amran menyanyikan lagu Kembali Terjalin. Argh tukar topik lagi.

" Sorry sikit kalau nak berkaraoke kat sini. Tu ha kat sekitar Bangsar ni ada banyak pusat karaoke. Pilih je mana satu yang nak. "

" Tapi I nak pergi dengan you macam dulu. " Mona Syuhada sudah menggigil tak mahu lagi memedam rasa.

" Tolong ada orang gila datang rumah! " Terserentak Amran mendengar Mona Syuhada menjerit. Keluarlah jiran- jiran yang mendengar suara nyaring Mona Syuhada .

Ada yang sibuk menghalau Amran . Ada juga mengancam keselamatan Amran dengan menayangkan wajahnya di media sosial. Itulah pentingnya hidup berjiran. Bersatu teguh bercerai roboh. Semakin ramai yang membantu Mona Syuhada . Amran terus melarikan diri daripada Mona Syuhada.

" Shame on you Amran. " Bisik hati Mona Syuhada.

* * * * * * * * * *

Tamrin dan seorang lagi wartawan wanita berada di sebelah nya sudah bersiap sedia untuk menyampaikan berita secara siaran langsung. Skrip sudah pun diberi kepada mereka.

" Assalammualaikum ,dan salam sejahtera. " Ucap Tamrin sambil matanya memandang ke arah kamera.

" Berita hari ini.Terdapat satu kebakaran di sebuah pusat membeli belah......

* * * * * * * * *

Cempaka terjenguk -jenguk keluar tingkap kereta. Apabila dia melihat Tamrin keluar dari bangunan syarikat perakaman itu. Dia mengejar Tamrin.

" Tamrin, hai. Lama tak jumpa. " Sapa Cempaka.

" Ouh Cempaka. Ya Allah dah lama tak jumpa sejak bila ek...huh sejak PT3 kan. " Tamrin meneka. Cempaka mengangguk.

" Eh apa kau buat kat KL ni. Kerja ke. " Tanya Tamrin. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya ketika zaman persekolahan setelah dia berhijrah ke Kuala Lumpur .

" Haah. " Jawab Cempaka sambil tersenyum simpul.

" Eh jomlah kita pergi lunch. Aku belanja. " Tamrin melangkah ke hadapan. Cempaka pula mengikuti Tamrin dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience