Bab 13

Romance Series 7243

Mona Syuhada memandang ke luar jendela. Hening malam meniup lembut di permukaan pipi. Dia melihat bandar raya yang sungguh sibuk.

" Termenung apa tu. " Anita menerjah Mona Syuhada dari belakang. Terkejut beruk dibuatnya.

" Apa ni ha. Tak reti beri salam. Rambut dah lah kembang macam singa. Nasib baik bukan singa betul. " Mona Syuhada menongkat dagu.

" Teringat kan Arman ke. " Usik Anita.

" Mana ada lah. " Mona Syuhada malas mahu melayan Anita. Langsung sekali pun dia menoleh ke arah nya.

" Habis tu?tak mungkin takde masalah tu... termenung jauh sampai ke Korea Selatan. " Tangan Anita dihayunkan di hadapan muka Mona Syuhada. Dia menepis tangannya itu.

" Sudahlah aku nak tidur . Esok ada shooting. " Mona Syuhada sengaja menguap supaya Anita tidak mengusik nya lagi.

" Ok aku pun nak tidur ni. Good night. " Anita mengambil bantal pikacu lalu dibawa bersamanya ke dalam bilik tidurnya. Mona Syuhada mengintai Anita supaya dia masuk ke dalam bilik. Setelah lampu biliknya terpadam. Barulah dia boleh sambung berangan. Mengenangkan peristiwa pagi tadi.


* * * * * * * * *
Tamrin menyumbatkan ubat ke dalam mulut isterinya. Payah juga mahu memberi Haliza makan ubat. Sudahlah ubat itu pahit dan sukar untuk ditelan. Tetapi apakan daya nasihat doktor perlu diikut. Setelah ubat itu berada di dalam mulut, dia menghulurkan gelas yang berisi air.

" Awak tidur dulu ya. " Tamrin membaringkan isterinya di atas katil. Haliza menepuk bantal supaya menjadi lembut. Lalu diletak nya kepala di atas bantal .

" Saranghae " Bisik Haliza di corong telinga Tamrin.

" Huh Saranghae? Sarang apa tu? " Tamrin menggaru kepala sambil membuat muka blur. Hahah sengal juga ya Tamrin ini. Walaupun Haliza tidak melayan Korean Drama , dia dapat tahu perkataan itu daripada bibir - bibir remaja yang meluahkan perasaan pada kekasih masing masing.

" Translate lah kat Google. " Haliza mengiring sambil tersenyum senang.

* * * * * * * * * * * * * * *
Mona Syuhada bangun dalam keadaan yang masam mencuka. Dia tidak ada mood untuk bersenam pagi - pagi ini. Dia mahu melayani perasaan yang tidak
habis - habis menyesal dengan Tamrin yang tidak memberi tahu yang dia sudah berumah tangga.

" Oi ! sayang nape tu. Muka mencuka je dari tadi. " Anita menghirup susu lembu yang segar dari kilang. Dari jauh dia dapat melihat Mona Syuhada yang jalan lemah longlai ke meja makan.

" Ha duduk. " Anita mempelawa Mona Syuhada duduk di atas kerusi. Ketika dia sedang melabuhkan punggung serta merta Anita menarik kerusi . Apa lagi. Jatuh tergolek lah si model itu. Anita tersembur tawa melihat Mona Syuhada mengusap pinggang dek terjatuh ke lantai.

" Kau dah kenapa ! " Mona Syuhada menarik kolar baju tidur Anita. Matanya kemerahan seperti di sampuk hantu.

" Ala kau dari tadi macam ni . Aku sengaja buat kau jatuh supaya kau dapat menikmati waktu pagi ini. " Mona Syuhada melepas kan Anita. Mujurlah dia tidak dibelasah nya ,kalau tidak pasti dia terlantar di katil hospital, jikalau jadi begitu siapa lah yang mahu menguruskan Mona Syuhada.

" Huh malas aku nak layan kau. " Kaya Mona Syuhada sambil tangannya menuangkan susu ke dalam gelas. Matanya menjeling tajam ke arah Anita tanda tidak puas hati.

" Cepat sikit siap. Nanti ada shooting . " Anita menasihati Mona Syuhada. Dia meninggalkan pinggan di dalam singki. Mona Syuhada meminum susu dengan laju supaya dia tidak ditinggakan oleh Anita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience