Bab 16

Romance Series 7243

Tamrin sedang menyediakan sarapan pagi untuk Haliza. Dia berasa hairan keranan matahari sudah tinggi tetapi dia masih belum bangun lagi.

" Liza... " Tamrin memasiki kamar mereka. Dia melihat Haliza yang masih lagi lena. Tubuhnya ditolak untuk mengejutkan kan nya. Namun tiada sebarang reaksi.

" Bangun lah Haliza, kita sarapan bersama. " Tamrin mengusap kepala isterinya. Apabila dia melihat betul- betul wajah Haliza . Dia kelihatan pucat . Dia memegang pergelangan tangan dan mencari denyutan nadi.

" Ya Allah! Bangunlah jangan tinggalkan abang. " Tubuh kecil Haliza dipeluk erat sambil dahinya dikucup oleh Tamrin.

* * * * * * * * * * * * *

Mona Syuhada tidak menyangka bahawa semalam merupakan hari terakhir dia mendengar suara Haliza. Dia melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa dibaluti dengan kain kapan.. Wajah Haliza kelihatan bersih . Dia mengalirkan air mata. Bukan kerana dia tidak sanggup melihat pemergian arwah Haliza tetapi dia tiba - tiba teringat kematian yang kita tidak boleh lari.

" Haliza saya akan tunaikan permintaan awak. " Dia memandang jauh ke arah kelompok keluarga Tamrin . Dia cuba ingin mendekati mereka namun dia tidak menjumpai nya. Mungkin dia ada di luar surau ni. Fikir Mona Syuhada.

" Shahrul. " Mona Syuhada menepuk perlahan bahu Shahrul. Dia menoleh.

" Nampak Tamrin tak. " Shahrul menggeleng kepala.

" Habis tu dia kat mana? "
" Tak tahu lah. Tadi baru je tanya family dia. Diorang kata Tamrin keluar jap nak .....eh jap. " Shahrul mengusap dagunya.

" Aku tahu dia kat mana. " Shahrul mengeluarkan kunci kereta miliknya lalu dihidupkan enjin kereta tersebut.

" Jom aku tau dia kat mana. " Mona Syuhada mengangguk lalu dia masuk ke dalam perut kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience