Bab 18

Romance Series 7243

Selepas majlis tahlil arwah Haliza. Tamrin membawa diri ke luar negara selama dua bulan. Katanya mahu menenangkan hati dahulu. Bukan mahu lupakan arwah Haliza . Tetapi dia mahu melancong .setelah sekian lama tidak berehat bekerja. Mona Syuhada tidak tahu ke mana dia pergi selama dua bulan ini dia menunggu kepulangan sahabat atau bakal suami? Eh bertunang pun belum lagi ada hati nak cakap macam tu.

Dua bulan kemudian. .

" Weh Tam kau pergi mana? Tam. Melancong ke mana? Ada beli buah tangan tak? " Kata Shahrul dengan penuh minat. Perangai nya itu menarik perhatian orang ramai di KLIA.

" Sabar dulu Shah. Dia tengah penat bercuti sampai lupa nak tanya khabar kita. " ucap Mona Syuhada sambil menyilang tangan.

" Amboi perli bukan main eh. Aku pergi Bandung , Indonesia. Ada juga lah special gift untuk korang. " kata Tamrin sambil meletakkan beg sandang nya ke lantai .

Mona Syuhada dan Shahrul memanjangkan leher untuk melihat isi beg.
Aduh macam kembar gayanya ..

" This is for you. " Tamrin mengeluarkan sekotak hadiah kepada Shahrul. Mukanya berseri - seri melihat kotak hadiah itu.

" Dan Haliza. ... " Tamrin terputus kata. Dia terdiam seketika. Mona Syuhada tersenyum memandang Tamrin.

" Saya Mona bukan Haliza. Kalau Haliza mesti lah ikut awak pergi bercuti kan. " Gurau Mona Syuhada. Namun hatinya sedih melihat wajah Tamrin secara tiba - tiba air mukanya berubah.

" Mona emmm sorry. Ini untuk awak. " Tamrin menghulurkan baju kurung bercorak kan batik .

" Ouh thank you . " Mona Syuhada merapatkan baju kurung itu ke dada.

" Apasal dia dapat hadiah besar? Aku pulak dapat kecik. "Kata Shahrul tanda tidak puas hati.

" Orang dah bagi hadiah terima je lah. Nak ungkit pula. Ok lah tuvdaripada tak dapat apa- apa. " Balas Mona Syuhada.

" Eh baru aku perasan. Hari tu korang ber " Kau aku " aku ke? " Mona Syuhada dan Tamrin saling berpandangan. Betul juga kata Tamrin.

" Sekarang kita nak cakap awak saya ke atau kau aku? " Tanya Tamrin kepada Mona Syuhada.

" Pangil saya awak je lah . Sebab awak pun dah macam keluarga saya. " ucap Mona Syuhada sambil tersenyum. Shahrul yang berada di sebelah nya tersengih . Seolah - olah dapat membaca isi hati Mona Syuhada. Di bibir lain di hati lain. Memang ada udang di sebalik batu ni.

" Ok. " Balas Tamrin.
" Jom lah kita kita hantar Tamrin balik. matahari nak tinggi ni. " Kata Shahrul.

" Tinggi ke bendanya. Nak terbenam lah. " Tamrin mengerling ke arah jam dinding . Jam menunjukkan pukul 6:30 petang .
Mona Syuhada ketawa kecil dengan dua orang mamat ni. Macam- macam ragamnya.

* * * * * * * * * * *

Tamrin melihat di setiap penjuru rumahnya. Sungguh suram dan sunyi. Tiada suara yang menyambut kepulangan nya. Satu persatu kenangan manis bersama dengan isteri yang tercinta. Seolah - olah berlaku di hadapan mata kepala sendiri.

Dia melabuhkan punggung di atas sofa di hadapan television. Lama dia menatap skrin hitam . Huargh. Dia menutup mulutnya yang terbuka luas. Pandangan nya makin kelam. Dia meletakkan kepala di atas kusyen.

" Selamat malam. " Ucap Tamrin pada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience