Bab 3

Romance Series 7243

"Malu aku tau tak !" Jeritan Shahrul mampu menggegarkan satu van yang dibawanya.

" Malu apa bosskur. " Shahrul menjeling tajam .Dalam hati dia rasa nak cepuk je kepala Tamrin ni . Boleh pula dia bergurau.

" Kau tau tak Mona Syuhada tu selebriti,model kesayangannya Malaysia dan Singapore. Habis lah kau kena kecam kalau netizen tau. " Shahrul terpaksa memberikan ceramah kepada kawannya yang baru sahaja membuat masalah dengan seorang selebriti sensasi.

" Dia yang mula dulu kan. Aku dok tahan sabar je . Dia tu sombong sangat. " Tamrin menggosok pahanya. Shahrul mengangguk mengiakan apa yang Tamrin luahkan. Mona Syuhada dikenali bukan sahaja kerana kecantikan nya tetapi dia dikenali sebagai seorang yang sombong . Banyak gosip artis yang tidak menyenangkan perangai dia tu.

" Aku rasa nak minta maaf kat dia lah. Tak guna juga kalau simpan dendam lama - lama nanti boleh meletup nanti. "

" Aku sokong. Bagus juga kau fikir macam tu kan. " Sharul menghentikan van di hadapan sebuah kedai makan.

" Kenapa kita berhenti? " Shahrul menepuk dahi. Aduhai Tamrin,lambat sangat.

"Nak makan lah. Hari ni kau belanja. " Shahrul menghempas pintu van.

" Hoi asal pula. "
" Asyik aku je belanja. Hari ni kau pula. "
" Hmmm ya la. " Tamrin tersengih - sengih. Ala sekali sekala belanja kawan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience