bab 12

Romance Series 7243

Seperti kebiasaan, Mona Syuhada akan pergi beriadah pada waktu pagi. Dia sudah lengkap dengan pakaian sukan . Ketika dia sedang parking kereta di tepi Tasik Titiwangsa. Dia melihat ke arah satu sudut.

" Tamrin ke tu.. " Mona Syuhada merenung pasangan yang bergelak ketawa Pasangan lelaki menolak kerusi roda si pasangan perempuan dari dalam kereta.

" Memang sah itu Tamrin. " Mona Syuhada membuka pintu kereta. Lalu mendekati Tamrin yang berada di tepi tasik.

" Assalammualaikum, Tamrin. " Sapa Mona Syuhada dari belakang. Tamrin menoleh.

" Waalaikumussalam. " Tamrin menguntumkan senyuman. Dia melihat wanita itu dengan jelas. Itulah Haliza yang pernah dia jumpa.

" Itu isteri awak ke? " Mona Syuhada menunjukkan ke arah Haliza. Tamrin mengangguk. Ah bad ending lah macam ni. Baru nak jadikan dia pengganti Amran tetapi dia sudah berkahwin. Betul kata orang, lelaki yang kelihatan kacak biasa nya sudah berpunya.

" Hai Mona,ingat saya. " Tegur Haliza.
" Mesti lah ingat. Haliza. " Mona Syuhada tersenyum kelat.
" Lah korang dah saling mengenali ke?" Tamrin mencelah.

" Ha ' a . Tak silap lusa hari tu lah. " Mona Syuhada menjawab pertanyaan Tamrin.


* * * * * * * * * * * * * *

Mona Syuhada berjalan mundar- mandir di dalam kamarnya. Fikirannya bercelaru. Dia mahu sahaja merampas Tamrin daripada Haliza. Adakah dia perlu menggunakan sihir supaya Tamrin jatuh hati kepada nya. Mona Syuhada menggeleng. Adakah dia perlu memaksa sahaja Haliza bercerai dengan Tamrin. Aduh macam jalan cerita cliche drama je.

Walaupun bagaimana pun aku tak patut lukakan hati Haliza. Dia tu sakit kalau aku tiba - tiba je muncul dalam hidupnya makin derita dia daripada kanser dia itu. Mona Syuhada mengambil keputusan untuk melupakan Tamrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience