Bab 17

Romance Series 7243

Dia memecut laju menuju ke suatu tempat. Mona Syuhada pula mahu rasa mual kerana kereta itu di bawa laju.

" Perlahan sikit boleh tak. Tudung saya serabut ni. " Mona Syuhada menjerit dari belakang sambil memegang tali keledar keselamatan.

" Dah sampai. " Mona Syuhada memandang keadaan sekeliling. Sungai itu berdekatan tidak jauh dari surau. Terdapat jambatan di situ.

" Tamrin ! " Jerit Shahrul dek terkejut melihat percubaan membunuh diri dari jambatan. Segera dia berlari ke arah jambatan itu dan mendakap Tamrin yang hampir terjatuh ke dalam sungai.

" Kau buat apa ni ha ! Nak masuk neraka ke. " Shahrul memegang bahu Tamrin.

" Kau jangan nak sibuk hal aku lah . " Tamrin menolak dada Shahrul. Kepalanya ditundukkan tanda pasrah.

" Ini bukan caranya, Tamrin. Aku kenal kau . Kau takkan buat benda macam ni. Walaupun Haliza dah tiada kau perlu terus kan hidup ini. Ingatlah Tamrin ini semuanya ujian kepada kita untuk membezakan antara orang yang bersyukur dan kufur, orang yang tabah dan putus asa. Aku sayangkan kau sebagai sahabat yang baik. Sahabat takkan biarkan kau bersendirian. Ingat tu. Sebab itu aku perlu masuk campur hal kau." Kata - kata Shahrul bagaikan meresap ke dalam Tamrin. Seolah - olah dia mendapat tenaga.

" Terima kasih Shahrul. Aku lupa Allah waktu tu. Aku lupa ujian ini yang diberikan kepada aku. " Tersedu sedan mendengar suara Tamrin. Shahrul menepuk belakang Tamrin.

" Alhamdulillah baguslah sahabat yang sorang ni. Sudah jom pergi ke surau. Nanti jemaah ingat kau tak nak jenguk wajah arwah buat kali terakhir. . "Kata Mona Syuhada. Perlahan - lahan Tamrin berjalan. Masih lagi ada sisa tangis. Namun dia cuba gagahkan diri untuk masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience