Bab 6

Romance Series 7243

Sejak dari tadi Mona Syuhada asyik memandang wajah Tamrin sahaja. Sehingga kan Tamrin berkerut dahi melihat dia itu.

" Air tu panas ke?" Mona Syuhada terserentak mujurlah cawan berisi kopi yang masih berasap itu tidak terlepas dari genggaman nya.

" Eh tak tak. Tak panas pun. " Tangannya menutup muka kerana malu. Aduh, Mona kenapa dengan kau ni.

" Awak tu pernah bertunang dengan Amran kan. Saya memang minat dia. Kalau boleh saya nak dia berlakon dalam filem dia tu. Tapi tak sangka pula dia putus kan hubungan dengan awak yang cantik ni. " Kata Tamrin.

" Ya, saya memang pernah bertunang dengan dia pun..Selepas 4 tahun bercinta sukar saya nak lupakan dia . Lepas saya dapat banyak tawaran dalam lakonan dan menjadi duta saya jadi sibuk dan takde masa nak jumpa dia. " Luah Mona Syuhada .Tamrin hanya mengangguk perlahan.

" Eh Jap awak datang kat sini nak ambil maklumat dari saya kan. " Mona Syuhada mengangkat kening ala - ala Ziana Zain. Tamrin pula sudah berpeluh tetapi cuba menenangkan diri.

" Mana ada.. " Tamrin menggeleng laju. Semakin tinggi lagi kening ke atas .

" Ish betul lah. Saya baru lepas jogging masa tu. Tak sangka pula awak kat situ . " Tamrin menghirup teh tarik dengan selamba. Terdapat kesan berbuih pada bibir nya.

" Eh comot nya awak minum macam budak kecil. " Mona Syuhada mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu dilapnya bibir

Aduh kenapa lah kau nak lap kesan comot aku ni. Malu weh depan orang ramai ni. Apa sebenarnya rancangan kau Mona Syuhada tiba - tiba je buat baik kat aku. Sebelum kali pertama jumpa garang je. Argh husnuzon je lah.

"Ok dah siap. " Mona Syuhada meletakkan tisu ke dalam cawan kosong.

" Terima kasih. " Mona Syuhada mengangguk.

"Oh esok awak ada masa tak? " Hampir tersedak Tamrin. Apa dia nak ajak keluar ke?

" Sibuk. "
" Kalau begitu time awak free boleh tak kita jumpa lagi kat sini. " Mona Syuhada membulat kan mata seperti kucing dalam cerita Puss in the boot.

" Ok lah tapi jangan nak try lap Kotoran kat bibir saya eh. Malu rasanya. " Tamrin membisik kan ke telinga Mona Syuhada. Dia menunjukkan tanda "Ok ".

" Layan saya sebagai kawan boleh? " Mona Syuhada menanyakan soalan.

" Boleh je jadi kawan jadi suami Janganlah ya. " Mona Syuhada mencebik. Tamrin pula tersenyum sendirian. Berjaya dapat kenakan dia.

" Bye Mona saya pergi dulu. " Tamrin bingkas bangun dari kerusi lalu melangkah keluar dari cafe tersebut. Mona Syuhada memandang Tamrin sehingga hilang dari pandangan.

Eh dia dah bayar ke belum? Ish memang nak aku belanja minum ke ! memang tak tau malu. Bentak hati Mona Syuhada. Dia terus pergi ke kaunter pembayaran dan membayar ke semua sekali termasuklah bayaran untuk Tamrin.

* * * * * * * * * * * * * * *
" Abang jumpa siapa tadi. " Tanya seorang wanita tatkala Tamrin masuk ke dalam kereta Myvi.

" Kenapa cemburu . " Tamrin mencubit pipi wanita itu.

" Mana ada lah. " Wanita itu mencebik lalu memaling kan muka.

" Tadi jumpa Mona Syuhada. " Tamrin terus menghidupkan enjin kereta.

" Lah kenapa tak panggil saya. Saya minat dia tau. Sampai hati. " Ala comel nya bila dia membuat muka cemburu.

" Lain kali lah kita jumpa dia. " Tamrin memberi kan senyuman yang menawan. Mereka bergelak sakan sambil bertepuk tampar. Tamrin memberikan perhatian ketika memandu .

Dia menoleh seketika, wanita di sebelahnya yang sedang nyenyak tidur. Cepat sungguh lena baru sahaja 5 minit. Tamrin tersenyum melihat gelagat wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience