Bab 11

Romance Series 7243

Hari keesokkannya.

Mona Syuhada dan Anita berjalan menuju ke kereta. Baru selesai shooting drama I Love You Mr Pilot. Selang 2 minggu akan berakhir tempoh shooting .

" Wow kau memang hebat lah Mona. Pandai bawa watak. " Anita merangkul bahu Mona Syuhada .

" Ala itu semua anugerah yang Allah berikan kepada aku. " Mona Syuhada tersenyum. Tiba - tiba ,ada sebuah motor memecut laju ke arah mereka lalu beg tangan yang dikepit oleh Mona Syuhada diragut. Mona Syuhada tersungkur di bahu jalan. Sehingga kan seluarnya terkoyak pada bahagian lutut.

" Tolong ..tolong. " Anita menjerit meminta pertolongan. Mona Syuhada cuba bangun dan mengejar peragut tersebut.

" Berdebah pulangkan beg aku. " Mona Syuhada terus mengejar peragut itu bagai pelari pecut negara.

" Hoi berhenti...eh. " Mona Syuhada tergamam melihat peragut itu terbaring di atas jalan raya. Siapa punya angkara ini? Dia berfikir. Beg tangannya itu tiada pada peragut itu. Mona Syuhada mula cemas. Bimbang segala wang,kad pengenalan dan pasport lenyap begitu saja.

" Huh muka macam tak pernah solat,patutlah kerja nya meragut orang. " Sinis Mona Syuhada lalu menendang kaki peragut itu.

" Cik ini beg cik. " Seseorang datang menghulurkan beg tangannya.
" Oh Terima kasih.... eh Arman. " Mata nya terbeliak melihat Arman yang berada di hadapannya.
"Lah beg you ker. Ingat kan siapa lah tadi. " Arman segera mencampakkan beg tangan Mona Syuhada.

" Kalau ya pun bagi lah baik-baik. Muka jer nampak alim tetapi perangai mengalah kan peragut tu. " Sekali lagi dia menendang peragut itu.

" Amboi! orang dah tolong patutnya say thank you. " Amran memuncungkan mulut ke hadapan. Jijik Mona Syuhada melihat Amran membuat muka seperti itu. Kalau dulu- dulu tidak mengapalah sekarang mahu rasanya dia muntah hijau pada muka Arman.

" Oh thank you so much Dato Amran Fauzi. " Mona Syuhada mencubit pipi Amran. Geram.

" You're welcome Mona Syuhada Binti Dato Lukman. " Amran menjulingkan mata. Masing - masing menyimpan api kemarahan lalu memaling kan badan dan pergi ke tempat yang ingin ditujui.


* * * * * * * * * * *
" Ya Allah, risau aku tau tak. " Anita mengusap tangan Mona Syuhada di tepi jalan sebaik sahaja dia mendapat kan beg tangannya.

" Tak payah risau, aku ok" Bisik Mona Syuhada ke telinga Anita.

" Ok je ya. " Anita menggeleng kepala diikuti Mona Syuhada. Macam orang india pula geleng - geleng kepala ni. Mereka ketawa terkekek - kekek sambil menepuk bahu antara satu sama lain.


* * * * * * * * * * * *

Tamrin menjenguk isterinya di dapur bersusah payah dia memasak dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

" Meh abang tolong. " Haliza tersenyum melihat suaminya yang membantunya menggoreng ikan. Tamrin tidak sanggup mendekati minyak yang terpercik . Oleh itu dia membaling ikan dari jauh. Mujurlah ikan selamat masuk ke dalam kuali. Kalau tidak membazir sahaja.

" Hahahaha. " Haliza menekup mulutnya untuk menahan ketawa.

" Oh gelakkan saya ek. " Tamrin memeluk tubuh.

" Ish penakut betul. " Haliza masih lagi tersisa dengan tawa.

* Buat pengetahuan pembaca Haliza ialah wanita yang selalu disebut - sebut oleh penulis di dalam chapter 6 - 10.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience