Bab 37

Romance Series 7243

Amrna muncul di hadapan muka pintu condo milik Mona Syuhada. Matanya mengerling ke arah Tamrin yang berada di sisinya.

" Kau datang nak buat apa? nak cari pasal dengan isteri orang? " Tukas Tamrin. Tangannya sudah siap sedia untuk menghadiahkan tumbukan di muka Amran.

" I janji takkan ganggu rumah tangga you lagi. I dah insaf. I nak anggap kita ni ...kawan. I betul- betul cakap benar. Sumpah ! Kalau tak percaya you keratlah tangan I." Kata Amran sambil menundukkan badan seperti gaya orang Jepun. Nasib baiklah dia tidak sujud di kaki mereka.

" Baguslah kalau you fikir cam tu. I sedar yang I ni banyak buat salah kat you, tak balas call you lah ,apalah. Tapi I tak berani macam you untuk minta maaf. Tapi hari ini saya ada kekuatan untuk .... Minta maaf kat you. I am sorry Amran. " Kata Mona Syuhada, kedua-dua telapak tangan melekat bersama.

" Jadi kita abaikan masa lampau. Kiata kena teruskan perjalanan ini. " Sambung Amran. Mona Syuhada dan Tamrin mengangguk .


* * * * * * * * * * * * * *

Taj Mahal tersergam indah di hadapan mata kepala. Sinaran matahari membuatkan Taj Mahal berwarna merah jambu. Bangunan ini dianggap sebagai lambang percintaan antara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.

Tangan Tamrin dirangkul di atas bahu Mona Syuhada . Lokasi ini merupakan tempat yang ingin arwah Haliza pergi sebelum tutup mata. Namun tidak kesampaian, hati mereka terdetik untuk mengunjungi ke sini.

" Aku harap cinta aku seperti Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Kerna Kau Milik Aku selamanya. Aku akan mencintai kau sehingga akhir hayat ku. Aku cintai mu kerana Allah" Lafaz Tamrin kepada Mona Syuhada.

" Saranghae.Aku juga mencintai mu kerana Allah" Ucap Mona Syuhada kepada Tamrin.

" Saya tahu apa maksud tu.... maksudnya I love you kan? "

" Betul!" Mona Syuhada menepuk tangan.

Kepala Tamrin mendongak ke langit dan menjerit sekuat hati. " I Love You Mona....I Love You too Haliza!"

" Ah sudahlah tu. Malu orang tengok kita. " Mona Syuhada menarik lengan Tamrin sambil menutup muka dengan lebih kain selindang dan melarikan diri daripada perhatian orang ramai.


~ TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience