Bab 26

Romance Series 7243

Cempaka menatap cermin di hadapan nya. Kesan lebam di wajahnya ditutup dengan bedak. Wajahnya itu ditenung lama . Apa salahnya pada Amran. Dia pembawa malang. Itu bukan salah dirinya. Ramai orang memboikot filem Amran disebabkan dia memutuskan hubungan dengan Mona Syuhada . Baru sahaja ingin melihat Mona Syuhada dan Amran bersanding di atas pelamin kayangan.

Cempaka mengelap air mata yang mengalir. Dia tidak mahu lagi menangis lagi. Sekiranya dia bersedih begini, tiada siapa yang peduli termasuk Amran. Buat apa menangis untuk orang yang tidak menyayangi kita. Buang masa! Namun tanggungjawab sebagai seorang isteri perlu dilaksanakan juga.

Rambut yang panjang menjadi mangsa pagi tadi. Digunting kejam oleh Amran kerana Cempaka membuatkan kopi yang pahit. Habis rosak rambutnya yang dibela sejak alam persekolahan lagi. Dia terpaksa memendekkan rambut kesayangan itu sehingga paras bahu.

Cempaka meletakkan cincin pemberian Amran di atas meja solek tanda protes dengan sikap suaminya. Makin lama dia berada di penjara emas itu dia merasakan hidup nya tiada apa lagi. Amran mendera nya menjadi makanan siang dan malam.


* * * * * * * * * * * * *

" Ah lepas ni nak pergi mana pulak? " Tanya Mona Syuhada dengan perasaan teruja. Seharian dia menjelajah Melaka. Selepas ini Tamrin mahu membawanya ke tempat lain.

" Kita balik chalet dulu. " Mona Syuhada mencebik. Tamrin pula tersengih melihat wajah Mona Syuhada.

" Esok je lah. " Tamrin menggosok bahu Mona Syuhada.

" Ok. " Mona Syuhada mengangkat ibu jari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience