Bab 25

Romance Series 7243

" Apa dia bang? " Tanya Cempaka. Mata puyu itu memandang tepat ke wajah Amran.

" Kau keluar dengan siapa tadi? " Tanya Amran . Tangan nya mengusap lembut rambut Cempaka.

" Ta... Tamrin. " Tergagap- gagap Cempaka menjawab pertanyaan Amran.

" Habis tu ? Kenapa tak nak beritahu aku. " Amran menepuk kepala Cempaka. Dia mengerang kesakitan.

"Kalau kau bagi tau kat aku. Boleh lah aku minta kau goda dia. Lepas tu minta dia ceraikan Mona Syuhada. Settle. " Amran ketawa besar. Lagak seperti orang gila sahaja.

" Kenapa awak tak bahagia ke dengan saya. Kenapa nakkan Mona. Apa dosa saya? " Bertubi- tubi soalan yang diajukan oleh Cempaka. Dia menghentak dadanya sendiri.

" Sejak dia berkahwin, abang jadi macam ni. Awak kahwin dengan saya untuk apa? Kerana Allah atau membuat dia cemburu? "
" Diam !" Terserentak Cempaka mendengar suara garau Amran.

" Lepas aku kahwin dengan kau , Business aku lingkup. Filem aku tak laku. Kau bawak malang! Sebab tu aku benci kau" Amran menonjol dahi Cempaka.

" Sudahlah lebih baik blah. Aku malas nak tengok kau. " Amran bersuara lagi. Cawan kopi itu diletakkan di atas meja dan meninggalkan Cempaka menangis sendirian.


* * * * * * * * * * * * *

Yahoo hari ini merupakan hari meluangkan masa bersama isteri tercinta. Tamrin membawa Mona Syuhada ke Melaka untuk memperkenal kan sejarah kesultanan Melayu .

" Bang itu apa. " Mona Syuhada menunjukkan ke arah seorang wanita india yang berusia separuh abad memakai baju kebaya.

" Oh itu manusia, asal dari tanah. Sama macam kita. " Gurauan Tamrin mendapat tamparan Mona Syuhada . Tamrin menggosok bahu nya yang pedih .

" Ala gurau je lah. Jangan marah nanti kena jual baru tau. "Tamrin tersembur ketawa setelah berjaya mengenakan Mona Syuhada.

" Habis tu, tu kaum apa ? " Tanya Mona Syuhada selepas tawa Tamrin reda.

" Itu orang Chetti. Dulu, Orang India datang ke tanah Melayu untuk berdagang lepas tu diorang kahwin dengan orang tempatan. Mereka mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa harian. " Panjang lebar penerangan Tamrin dibalas dengan anggukan Mona Syuhada.

" Wow ada trishaw. " Jerit Mona Syuhada .

" Trishaw? " Mata Tamrin melilau mencari beca yang dikatakan oleh Mona Syuhada.

" Oh kat situ. Jom naik nak tak. " Ajak Tamrin. Mereka melintas jalan untuk pergi ke beca yang dihiasi dengan bunga ros merah.

" Encik kami nak naik beca boleh? "
" Boleh tambang nya RM 20 dari sini sampai ke A Famosa. " Terang penarik beca itu.

Tamrin mempersilakan Mona Syuhada duduk di atas beca dahulu .Tangan nya dihulurkan kepada Mona Syuhada supaya dia mudah menaiki beca dengan mudah . oleh disebabkan dia memakai skirt labuh. Amboi dah macam ratu pula layanan nya .

" Argh lajunya. " Mona Syuhada menjerit apabila beca yang dinaiki itu cuba mengelak daripada kereta yang dipandu laju.

" Fuh nasib baik dapat elak. " Penarik beca itu menarik nafas lega. " Awak berdua ok? " Tamrin dan Mona Syuhada mengangkat ibu jari .


* * * * * * * * * * * * * * *

" Wah ini ke A Famosa. " Mona Syuhada kagum melihat monumen A Famosa di hadapan mata kepala sendiri.

Mereka memasuki ke dalam A Famosa. Ada juga yang melukis Karikatur dan bermain muzik.

" Awak duduk kat situ. " Tamrin memuncung bibir ke arah sebuah meriam.
" Saya nak tangkap gambar. " Tamrin mengeluarkan telefonnya.

" Buat gaya macam ni tak apa kan. " Kata Mona Syuhada dengan tangannya meletakkan di atas dahi.

" Amboi macam model. "
" Saya memang model pun. Takkan dah lupa. " Mona Syuhada membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience