Bab 19

Romance Series 7243

Mona Syuhada memandang skrin phone. Dia berasa ragu- ragu untuk menelefon Tamrin. Tujuannya untuk memberitahu hal penting kepadanya . Dia mengetuk phone ke dahi. Selepas beberapa minit. Dia mendail nombor telefon Tamrin.

" Assalammualaikum. " Ucap mereka serentak.

" Ops sorry. " Tamrin memohon maaf kepada Mona Syuhada.

" Never mind. Saya nak beritahu hal penting ni. " kata Mona Syuhada dengan separuh berbisik.

" Apa dia. "

" Nanti saya beritahu kita jumpa kat tempat biasa. "

"Ok kita jumpa pukul 6 petang. " kata Tamrin.

" Ok . jangan lupa datang tau. "
" Ya lah Mona. Assalammualaikum. " Tamrin menamatkan perbualan.

" Waalaikumussalam. "

* * * * * * * * * * *
Di Tasik Titiwangsa
" Mona !" panggil Tamrin dari jauh. Dia melambai - lambai kepada Mona Syuhada.

" Oh Tamrin. Assalammualaikum. " Ucap Mona Syuhada.

" Waalaikumussalam. Awal sampai. Tadi kata nak bagi tau hal penting. "
" Sebenarnya saya nak bagi tau yang sebelum ni arwah Haliza tutup mata. Dia ada call saya. ... " Sebelum dia menyambung cerita Tamrin memotong.

" What dia ada call awak. Dia cakap apa? minta apa? "
" Dia cakap dia nak saya gantikan tempat dia. .. " Dia menunduk ke bawah. Tidak sanggup melihat reaksi Tamrin.

" Do you mean. .... " Kata Tamrin dengan nada yang terkejut. Perlahan - lahan dia melangkah ke belakang.

" Yes, Will you marry me. " Mona Syuhada mengangkat kepala semula.

" Apa awak cakap ni. Awak sebenarnya nak ambil kesempatan kan. Awak guna alasan dengan nama Haliza betul tak. Sorry saya tolak lamaran awak . Hati saya dah tertutup untuk awak. "

" Tapi ini permintaan terakhir Haliza. Saya kena tunaikan . Kalau tak hidup saya tak tenang. Saya tau ni kerja gila . Tapi ini semua untuk Haliza. Saya nak tengok awak bahagia. " Kata- kata Mona Syuhada membuat kan Tamrin terdiam.

" So , awak ingat saya tak bahagia? saya ada hidup saya. "

"Tak . Sebenarnya saya cintakan awak. Lebih daripada awak tahu. Saya anggap awak jadi teman saya lepas saya dapat tahu awak sudah bersama yang lain. " Tidak semata - mata Mona Syuhada mengalirkan air mata.

Tamrin merenung wajah Mona Syuhada.
Dia cuba menahan sebak apabila dapat merasakan keikhlasan hati suci Mona Syuhada.

" Mona Syuhada. ....saya . .."


* * * * * * * * * * * *

Tiga bulan kemudian.

Mona Syuhada memandang langit yang kelam di balconi. Dingin malam meresap ke muka Mona Syuhada. Dia memegang sebuah bingkai gambar. Dia menatap lama sambil tersenyum. Gambar nya bersama Tamrin di atas pelamin. Yang baru sahaja selesai pagi tadi.

Tiga bulan lepas merupakan kenangan manis buatnya. Tamrin menerima lamaran Mona Syuhada. Setelah melihat dia yang bersungguh - sungguh.

Dia berasa sungguh gembira tak terkata. Selepas Mona Syuhada dan Tamrin membina rumah tangga. Dia berehat seketika daripada meneruskan career dalam industri hiburan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun Tamrin membenarkan nya untuk bekerja.

" Mona mari sini. " Panggil Tamrin .

" Ya bang. " Mona Syuhada meletakkan bingkai gambar perkahwinan mereka di atas meja solek. Disebelahnya ada gambar arwah Haliza dan Tamrin.

" Ya ada apa. " Kata Mona Syuhada yang baru saja keluar dari kamar.
" Abang sebenarnya tidak pernah mencintai awak . " Kata- kata Tamrin menyebabkan dia mahu menangis.

" Tetapi abang akan sentiasa menerima cinta kamu. Dan akan berusaha mencintai mu selamanya. " Tamrin mencapai tangan Mona Syuhada lalu merapatkan kedua dua belah tangan nya itu diletakkan di atas pipi Tamrin . Mona Syuhada terharu memandang wajah Tamrin.

" I love you . " Ucap Mona Syuhada.
" I love you too. " Tamrin menguntumkan senyuman yang menawan hatinya . Membuat kan pipi Mona Syuhada merona kemerahan. Lantas dia memeluk erat tubuh suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience