Bab 5

Romance Series 7243

Di tepi Tasik Titiwangsa

"Kenapa you nak break? " Mona Syuhada menolak dada Amran,tunang kepada Mona Syuhada.

" You tak sedar ke... You langsung tak pernah call I , message I ....Lepas tu perangai you pulak macam ...Argh tak tau nak cakap apa. Selfish! " Amran menengking Mona Syuhada sehingga badannya menggigil menahan marah,mahu menangis pun ada.

" Lupa nak beritahu, She is my future wife. Namanya Cempaka. Cantik,baik,caring dan sentiasa support I . You pulak dulu terhegeh-hegeh nak dekat dengan I lepas tu lepaskan I pulak. You memang sengaja kan nak gunakan I. " Amran merangkul lengan Cempaka. Cempaka dari tadi hanya menunduk tanpa bersuara.

" ah you kata I guna kan you? Percayalah I memang cinta kan you Dengan perempuan kampung ni kau boleh bercinta you ni takde test ker." Mona Syuhada menghentak kaki untuk cuba meyakinkan bekas tunangnya. Mujurlah tumit kasut sepanjang 5 inci itu tidak patah kalau tidak pasti dia akan meraung nanti.

" Apa salahnya jadi perempuan kampung . " Amran berjaya mendiamkan Mona Syuhada. Tak tahu lah apa nak diucapkan.

" Hei perempuan kau sebenarnya nak harta dia kan. Aku tau lah dia tu director terbaik kat Malaysia ni. Lepas tu kau boleh minta dia up kan nama kau kan. Aku boleh agak lah orang macam kau ni." Sambung Mona Syuhada dengan sinis. Dia menjeling melihat mata Cempaka yang mula berkaca dan hanya menunggu air mata gugur sahaja, meluat!

" Dah lah tu . Sudah jom tinggal kan perempuan ni. " Amran menarik tangan isterinya meninggalkan Mona Syuhada .

" I takkan biarkan korang bahagia! " Mona Syuhada menjerit sekuat hati.

" Ikut suka hati you lah. Bukan you berani pun. " Sambung Amran tanpa menoleh kearah Mona Syuhada.

" Fine! " Dia menjerit tak lama selepas itu Mona Syuhada melutut . Air matanya mula bergenang. Tiba - tiba, hujan pun turun mengiringi tangisannya.

" Sudah lah tu wahai cik Mona Syuhada. " Mona Syuhada mengangkat kepala dan memandang orang yang memanggil namanya.

" Awak! " Tamrin tersenyum.Dia membuka payung lalu dihulurkan kepada Mona Syuhada.

"Saya ada dua payung jangan risau. " Tamrin terus meninggalkan Mona Syuhada yang masih terpinga - pinga.

" Ah nanti. " Mona Syuhada berlari menuju ke Tamrin. Seperti drama Hindustan pula. Kalau boleh mahu sahaja dia menyanyikan lagu Kuch Kuch Hota Hai di dalam hujan yang lebat ini.

" Ya " Tamrin menegur Mona Syuhada. Ah cantiknya senyuman dia tu. Pipinya menjadi kemerahan. Terbayang pula ada air pancut di belakang Tamrin dan mereka menari-nari seperti dalam cerita Bollywood. Ah dah mula angau pula perempuan ini. Segera Mona Syuhada menepuk pipi nya agar tersedar ke alam realiti.

" Terima kasih. " Mona Syuhada berjalan di sebelah Tamrin. Sebenarnya itu sahaja yang dia mahu katakan sehingga sanggup mengejar lelaki itu.

" Sorry tau sebab saya lukakan hati awak semalam . " Mona Syuhada memandang dalam mata Tamrin. Dia dapat merasakan keikhlasan hatinya untuk memohon maaf kepada nya.

" Ya saya maafkan. Saya pun minta maaf tau sebab berkasar dengan awak hari tu. " Mona Syuhada menunduk wajah .

"Oh ya saya dah lama maafkan. Jom pergi kat cafe kat sana tu. Hujan-hujan macam ni sesuai pekena dengan coffee cicah biskut kering. " Tamrin ketawa kecil. Mona Syuhada pula mengangguk.

Entah kenapa dia rasa macam berbunga-bunga pula hati. Perasaan aneh yang pernah dirasakan sebelum ini ketika menjalinkan percintaan dengan Amran selama 4 tahun. Ataupun....argh malas nak fikir lagi. Orang dah offer minum kita pergi sahaja lah. Fikir Mona Syuhada. Argh mudah sungguh jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience