Bab 14

Romance Series 7243

" Cut !" Terserentak dia mendengar suara director yang suaranya tidak beberapa sedap didengar itu.

" Mona do you want to act like this . This is so rubbish. tak de feel langsung time marah tu. Cam main- main je. " Mona Syuhada terdiam mendengar tengkinan tuan director. Aduh bernanah telinga.

" I am sorry, but I need some rest first. I have a headache. " Mona Syuhada membuat gaya memicit kepala.

" Ok , kau boleh ambil panadol kat atas meja tu . Lepas dah ok kepala tu sambung . " Mona Syuhada mengangguk perlahan menurut arahan daripada director yang ala - ala Komando perang.

* * * * * * * * * * *
Tamrin memandang wajah Mona Syuhada. Dia cuba untuk membuka mulut tetapi kata - kata nya dipotong oleh Mona.

" Awak pernah rasa tak apabila seseorang itu meninggalkan cintanya itu semata - mata untuk melihat dia bahagia bersama dengan yang lain? "

" Apa pula tetiba berjiwang karat ni. " Tamrin berkerut dahi dengan pertanyaan itu.

" Aku tanya je. " Mona Syuhada memandang persekitaran Tasik Titiwangsa. Tanpa disedari mereka membahasakan diri dengan kau dan aku . Maklumlah dah biasa ber "Kau aku " .

" Aku memang tak pernah rasa. " Tamrin menggeleng kepala.

" Tadi kau tanya aku kan. Sekarang aku nak tanya kenapa kau selalu kat sini? Kenapa tak nak lepak kat tepi pantai ke, sungai ke , kedai mamak ke. "

" Ini lah tempat kali pertama aku berjumpa Amran. Di sini lah juga tempat dia melamar aku. Aku tak boleh lupakan nya. Walaupun dia melukakan hati aku. . "

Mona Syuhada menyambung lagi. " Dan aku terjumpa seorang lelaki yang aku gelar sahabat. " Tamrin menoleh ke arah Mona Syuhada.

" Aku ke yang kau maksud kan tu. " Kata Tamrin dengan rasa bangga.

" Yup. Kau lah tu. " Mona Syuhada memegang juntaian selendang yang terjatuh akibat ditolak angin.

" Aku dah lama tunggu kau cakap begitu kat aku. Aku dah anggap kau sedarah sedaging dengan aku. " Tamrin menguntumkan senyuman yang manis.

" Tapi ... " Air matanya tumpah dari kelopak mata. Mona Syuhada berlari meninggalkan Tamrin. Tak sanggup lagi nak menghadap muka nya lagi. Dia tidak mahu lukakan hati Haliza yang sedang melawan penyakit kanser itu.

" Tapi aku cinta padamu. " itulah yang ingin dia katakan pada Tamrin . Namun hati ini pula menggerakkan dirinya supaya meninggalkan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience