Bab 20

Romance Series 7243

Mona Syuhada menyiram pokok bunga orkid yang ditanam oleh Haliza di halaman rumahnya. Dia perlu menjaga pokok bunga itu dengan baik sebagai mana Haliza menjaganya. Tiba - tiba dia mendengar seseorang menepuk tangan dari luar.

" Selamat pengantin baru . " Ucap Amran.

" Apa yang you buat kat sini! " Mona Syuhada menjerit kecil. Amran pula menahan ketawa melihat Mona Syuhada.

" Tak sangka you akan rampas husband orang lain. " Kata Amran dengan sinis.

" Habis you tu jealous? Ouh I am feel sorry for you. Mana Cempaka? Ke dia dah lari daripada you. " Mona Syuhada membalas buah paku keras kepada Amran.

Berasap lubang hidung Amran.Geram pula mendengar sindiran Mona Syuhada lalu dia masuk ke dalam pagar rumah yang terbuka luas.

" Jangan masuk ! Haram you jejak kaki kat sini. " Semakin kuat ketawa Amran. Geram melihat Amran yang keras kepala itu.

" Apa salahnya. Ini rumah orang lain . Bukan you ok. Sedar diri sikit. " Dahi Mona Syuhada ditonjolnya.

" Sakitlah! " Mona Syuhada menghentak kaki. Dahi nya digosoknya supaya dapat menghilangkan kesakitan.

" Wow makin garang lah you ni. " Amran cuba mencubit pipi Mona Syuhada. Namun sebelum tangan nya itu mendarat di atas pipi Mona Syuhada, dia menggigit jari telunjuk Amran.

" Argh lepas kan. " Rayu Amran . Jari nya itu bagaikan mahu terputus. Macam kena gigit dengan binatang buas yang kelaparan. Amran menarik jari nya.

" Hoi lepaskan lah. " Semakin kuat Amran merayu semakin kuat gigitan Mona Syuhada.

" Jangan datang sini lagi. " Mona Syuhada memberikan amaran . Dia menjatuhkan rahang bawah untuk melepaskan jari Amran.

" Cis tak guna punya perempuan. " Kata Amran sambil melarikan diri. Mona Syuhada menjelirkan lidah.

" Bluark. Pergi mampus lah. " Mona Syuhada ketawa kecil melihat Amran yang lari lintang pukang. Baru dia tahu siapa Mona Syuhada yang sebenarnya. Yang
takkan membiarkan lelaki bukan mahram menyentuh nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience