Bab 22

Romance Series 7243

Mona Syuhada menggosok baju kemeja Tamrin. Dia memanjangkan leher supaya dapat melihat Tamrin yang sedang mamai.Mona Syuhada menggeleng kepala

Sarapan pun telah dihidangkan di atas meja dan hanya menanti untuk dijamah sahaja.

" Bang turun makan. " Tamrin cepat- cepat menuruni tangga . Dia mencium aroma yang enak dari dapur.

" Wow sedapnya bau. " Kata Tamrin .
" Mestilah saya yang masak. "
Tamrin memandang hidangan yang tersedia. Terdapat 4 keping roti bakar yang disapu dengan jem strawberi.

Mona Syuhada menuangkan teh bunga ke dalam cawan kosong.

" Awak tau tak apa beza awak dengan teh ini dengan awak. " Soal Tamrin. Cuba untuk memikat hati Mona Syuhada dengan pickup line.

" Soalan KBAT ke ni. Hmm tak tau lah. Apa jawapan nya. " Mona Syuhada menongkat dagu sambil mencucuk pipinya.

" Aroma teh membuatkan kita rasa terangkat. Kalau awak pula. ...... " Tamrin termati kata- kata tak tahu apa yang nak di sambung lagi.

" Ish tak payah lah nak pickup line ni. Cukup lah sekadar keikhlasan awak kepada saya. " Mona Syuhada berjaya memancing hati Tamrin.

" Amboi! bersemutnya ayat. " Tamrin meniup teh yang berasap.

" Lebih baik cepat nanti lambat pula datang kerja. " Mona Syuhada menunjukkan ke arah jam yang tergantung di dinding.

Tamrin menepuk dahi. Dia segera menghirup teh dengan laju. Roti bakar pula digigit separuh.

" Bye jaga diri baik - baik. " Mona Syuhada mencium tangan suaminya.
" Awak pun sama juga. "

* * * * * * * * * * *

" awak nak pergi mana? " Tanya Cempaka . Dia membersihkan pinggan mangkuk yang belum dicuci.

" Kau diamlah. " Tengking Amran. Wajah ayu Cempaka langsung tidak dipandang nya. Jijik sangat kah wajah Cempaka di mata Amran. Sejak ke belakangan ini dia menyebut nama Mona Syuhada .

Amran menyarungkan kasut di pintu rumah. Cempaka mahu menyalami Amran. Tetapi Amran menepis.

" Tak yah lah nak salam- salam ni. Bukan pergi jauh pun. " Amran mengorak langkah menuju ke kereta.

Cempaka menahan sakit hati. Sejak beberapa bulan ini. Amran bersikap dingin terhadap nya. Mungkin dia stress selepas kerja. Sedangkan dia belum menghasilkan apa-apa filem lagi. Dia langsung tidak mengerti perasaan itu. Dia menutup pintu dan menyambung tugasan yang belum di selesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience