Bab 33

Romance Series 7243

Flashback sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.

" Dik." Sapa Amran kepada tiga orang budak sekolah menengah yang melepak di cyber cafe. Baru sahaja keluar dari tempat itu setelah puas bermain game.

" Apa yang kau nak? " Soal seorang daripada mereka yang berbadan besar. Dari segi percakapan nya memang seorang pelajar yang bermasalah di sekolah.

" Abang nak minta kau buat sesuatu . Nanti aku akan bagi upah yang lumayan." Kata Amran sambil mengangkat tangan tanda berjanji.

" Ok. Tapi kita orang kena lah tau upah tawaran tu dulu baru lah kami boleh tolong. " seorang lagi budak lelaki menyampuk.

" Baiklah abang bagi tau. Abang akan kasi duit sebanyak RM 3000 ha cukuplah untuk korang bertiga. "

RM 3000 membuat kan mereka yang membulat mata sebesar bola. Mereka berbincang antara satu sama lain dan bersetuju untuk menerima tugas itu.

" Apa tugasnya? " Kata budak lelaki yang beradan besar itu.

" Kau nampak ni. " Amran menunjukkan botol kaca yang kecil kepada mereka bertiga. Mereka merenung botol itu seraya mengangguk.

" Ha aku minta kau tolong calit pada daun pintu rumah Mona Syuhada . Kenal tak dia tu siapa?" Mereka menggeleng.

" Ala model terkenal tu. Takpa nanti abang akan cerita kan . " Ujar Amran sambil menepuk bahu budak lelaki bertubuh besar itu.

" Sebelum tu nama korang siapa ? " Tanya Amran.

" Aku Boy. Yang kurus tinggi lampai tu Hitam dan yang kecik tu pulak Jaz. " Kata Boy yang bertubuh besar itu. Amran menggeleng kepala . Macam - macam nama panggilan mereka.
" Jom kita pergi ke rumah abang dulu. Nanti aku akan beritahu rancangan abang. " Amran mempelawa mereka masuk ke dalam kereta. Tanpa prasangka mereka mengikut Amran sehingga sampai ke rumah.


* * * * * * * * * * * * * *

Boy, Hitam dan Jaz pergi ke rumah yang ditarget. Mereka berhati hati supaya tidak terkantoi oleh orang ramai. Selak pgar berjaya dibuka dengan baik oleh Jaz .

" Mana botol tu? " Tanya Boy kepada konco- konconya.
" Ni ha . " Hitam menghulurkan botol minyak itu kepada Boy.

" Just nak sapukan kat pintu bilik je kot tu pun nak suruh orang lain buat . Nasib baik hadiah lumayan. " gumam Jaz.

" shuh. Banyak bunyi siot lah korang ni. Kan kantoi terlepas peluang keemasan tu. " Kata Boy. Memang mempunyai ciri ciri pemimpin untuk memastikan kerja dilaksanakan dengan jayanya.

" Macam mana nak masuk dalam? " Fikir Boy. Pandangan di ke arah Jaz.

" Aku ada pisau dan lilin. Mula mula kita ikat lilin kat pagar. bila dah lembut kita potong lah pemegang mangga tu. " Jelas Jaz .

" Cantik.... aku pun ada lighter. " Kata Hitam sambil mengeluarkan pemetik api di dalam poket seluar.

" Mana kau dapat benda ni? " Tanya Jaz.
" Ala aku ..." Belum sempat Hitam menghabiskan kata , Boy memotong.

" Korang nak sembang kat kedai mamak bolehlah. Kat sini tak boleh. Cepat lah bagi lilin tu. " Arah Boy. Matanya kemerahan kerana tidak cukup tidur.

" Nah aku dah nyalakan. " Hitam menghulurkan lilin kepada Boy. Tiba- tiba lilin terlucut dari tangan Boy. Pintu rumah habis terbakar.

" Api dah marak lah Boy. " Jaz menepuk bahu Boy yang tergamam melihat api.

" Dah misi kita dah gagal . "
" Kita nak buat apa ? " Tanya Hitam.
" Apa lagi larilah." Boy orang pertama yang angkat kaki.

" Oi jangan tinggalkan kita orang. " Jerit Hitam diikuti dengan Jaz. Mereka mengejar Boy dari belakang.

"Ah tak dapat lah 3000 tu. " Jaz merungut dalam hati.

Api semakin mengganas dan membakar segala yang berdekatan. Para bomba cuba untuk memadamkan api yang marak. Jiran- jiran pula berkumpul di luar rumah dan menyaksikan api yang menjilat rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience